You are on page 1of 5

Friday, October 31, 2008

Guru Perlu Pelbagaikan Strategi Pengajaran


Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran
semasa melaksanakan pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Profesionalisme seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran beliau
menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan pengajaran.
Semasa latihan perguruan (pra perkhidmatan) di institusi latihan perguruan,
semua bakal guru telah didedahkan kepada ilmu pedagogi dan andragogi.
Selain itu ilmu mengenai kaedah mengajar bagi subjek tertentu juga
didedahkan. Semua bakal guru dikehendaki melaksanakan micro-teaching
dan latihan mengajar sebelum diiktirafkan sebagai seorang guru yang
sebenar. Kita sebagai warga guru perlu memjaga nilai profesion ini supaya
sentiasa terpelihara dan dipandang mulia dan dihormati. Kalau nak mengajar,
tak perlu mengikuti kursus pra perkhidmatan perguruan, semua orang boleh
mengajar seperti membuka pusat-pusat tuisyen. Tetapi, kita yang telah
mengikuti latihan perguruan, perlulah berbeza daripada guru tuisyen yang
tidak mengikuti sebarang kursus. Sekiranya guru tuisyen dapat mengajar
dengan lebih baik daripada kita, nilai profesionalisme kita pasti tercabar.
Baiklah, sekarang kita akan membincangkan strategi pengajaran, semoga
apa yang dibincangkan kali ini akan dapat memberikan sedikit manfaat
kepada kita sebagai seorang guru yang profesional. Apa yang dibincangkan
di sini mungkin ringkas dan tidak mencakupi secara keseluruhan topik,
namun ianya boleh dijadikan sebagai rangsangan dan permulaan kepada kita
semua. Aspek utama daripada fasa pengajaran dalam Model perancanganpengajaran-penilaian ialah pelbagai strategi pengajaran yang digunakan oleh
guru. Kepelbagaian strategi pengajaran Pembelajaran perlu dilakukan oleh
guru untuk menjadikan proses pengajaran pembelajaran menarik dan efektif.
Pembelajaran berpusatkan guru (teacher-directed strategy) adalah dimana
guru mengawal keseluruhan proses pengajaran pembelajaran, pelajar pasif
semasa guru mengendalikan pengajaran. Sementara pembelajaran
berpusatkan murid (pupil-centered strategy) pula, proses pengajaran
pembelajaran adalah daripada aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan
oleh murid. Proses pengajaran boleh juga berlaku di antara kedua-dua
strategi ini (perantaraan).
Pembelajaran Berpusatkan -----------> Pembelajaran Berpusatkan
Guru Murid Terdapat banyak pendekatan yang berlainan ke arah pengajaran
pembelajaran disebabkan oleh kepelbagaian cara manusia belajar. 1.
STRATEGI PENDEKATAN MEDIA Strategi pendekatan media mengandungi 3
langkah;
Perancangan

Penyediaan media
Aktiviti susulan
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk membawa pengalaman pembelajaran
ke dalam bilik darjah. ..experiences from beyond the classroom.' Strategi ini
sangat berfaedah untuk perkembangan dan pengayaan pengetahuan,
kemahiran dan sikap daripada bahan yang spesifik dan penyampainya.
Strategi ini didapati sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kebolehan
serta bidang seperti sains sosial, bahasa, sastera, muzik, matematik dan
sains. Supaya persembahan menggunakan media menjadi lebih efektif,
beberapa keperluan utama dipastikan ialah;periksa Panduan Penggunaan
atau pra-tonton (preview) bahan (video/filem/slaid) untuk mempastikan
program sesuai dengan umur, kebolehan, keperluan dan minat pelajar.
persembahan memenuhi keperluan objektif pelajaran.
pelajar diberikan tugasan khusus untuk dilakukan semasa dan selepas
menonton.
guru memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas
persembahan.
2. STRATEGI PENDEKATAN LATIH TUBI Pendekatan ini memerlukan 6 langkah
utama; i. Perancangan ii. Semak makna perkataan dan kefahaman iii.
Tumpukan kepada bahagian utama pelajaran iv. Latih tubi v. Ujian bertulis vi.
Pemeriksaan dan pemarkahan Tumpuan utama strategi ini ialah, melalui
pengulangan dapat menghasilkan respon yang segera atau pengingatan
kembali yang cepat terhadap fakta, nama dan perkataan. Latih tubi melalui
komputer adalah contoh yang sangat baik. Sekiranya strategi ini dilakukan
tanpa had menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tanpa tujuan. Pelajar
akan menghafal seperti nyanyian dengan sedikit kefahaman sahaja. Untuk
melakukan strategi ini dengan lebih berkesan, beberapa prinsip perlu
diberikan perhatian utama;
bahan mestilah mudah difahami oleh pelajar, berdasarkan contoh yang
konkrit/pengalaman pelajar.latih tubi perlu pendek, tepat, pantas dan sesi
latih tubi tidak melebihi 10 minit.latih tubi perlu aplikasi secara praktikal.latih
tubi perlu menarik; penggunaan kad imbasan, OHP, audio kaset, permainan
akan menambahkan minat, perisian komputer adalah salah satu cara yang
sangat berkesan.kadar kejayaan perlulah tinggi.
peneguhan seperti pujian dan maklumbalas segera akan menguatkan lagi
daya ingatan.
latih tubi perlu berdasarkan kepada keperluan dan 'individualized' sebanyak
mungkin.3. STRATEGI PENDEKATAN EKSPOSISI Mengandungi 4 langkah

utama; i. Perancangan ii. Persembahan bahan iii. Aktiviti pelajar iv. Uji
kefahaman/pemindahan bahan ke dalam kehidupan sebenar
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk memindahkan maklumat dengan
secepat yang mungkin dan difahami. Guru memindahkan maklumat dan
pelajar pasif secara fizikal sebagai penerima. Strategi ini kerap digunakan
kepada pelajar yang lebih matang. Strategi ini menyebabkan pelajar menjadi
bosan, terlalu lama mendengar dan menerima maklumat dengan lemah.
contoh strategi ini adalah syarahan dan ceramah iaitu lebih berbentuk
strategi pembelajaran berpusatkan guru. Untuk persembahan dengan kaedah
ini, beberapa perkara perlu diberikan perhatian khusus;

strategi ini sesuai dengan peringkat umur, kebolehan, minat dan keperluan
pelajar; kesesuaian ini adalah berasaskan kepada masa penumpuan dan isi
kandungan pelajaran
bermula dari tahu kepada tidak tahu isi kandungan dipersembahkan dalam
langkah-langkah yang kecil had masa persembahan adalah kira-kira 20 minit
yang mencakupi dua hingga tiga idea utama persembahan adalah pantas,
menarik, hidup dan bersemangat pelajar dilibatkan sebanyak mungkin
melalui pendengaran, komen, soal jawab dan tindakbalas
4. STRATEGI PENDEKATAN DEMONSTRASI (A DEMONSTRATION STRATEGY)
Pendekatan ini mengandungi 3 langkah utama;
i. Perancangan ii. Penerangan dan demonstrasi kemahiran/isi kandungan iii.
Pelajar melakukan demonstrasi dengan maklumbalas guru iv.
Penggunaan/pemindahan kemahiran/isi kandungan Tumpuan utama ialah
untuk memperkenalkan kemahiran baru, isi kandungan dan tingkah laku
melalui pengamatan/pemerhatian dan peniruan. Ia merupakan satu kaedah
tradisional tetapi sangat efektif terutamanya kepada pelajar yang peringkat
umur rendah serta lembam. Untuk persembahan yang efektif dalam
pendekatan ini, perkara berikut perlulah diberikan perhatian khusus;aktiviti
bersesuaian dengan umur, kebolehan, minat dan keperluan pelajar.tugasan
yang diberikan perlu jelas, langkah demi langkah yang mudah dan istilah
yang mudah.semua pelajar dapat melihat dan mendengar penerangan dan
demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.menyediakan penglibatan pelajar
dan penilaian kendiri sebanyak mungkin.
5. STRATEGI KONSEP (A CONCEPT STRATEGY) Pendekatan ini mengandungi 4
langkah utama;
i. Perancangan ii. Kenalpasti item yang berkaitan dengan permasalahan iii.
Kumpulkan item-item ini berdasarkan kesamaan iv. Labelkan
kumpulanTumpuan utama adalah untuk mengurus dan mengkategori

maklumat atau pengalaman kepada sesuatu yang intelektual dan bermakna.


Berfikir secara konsep dapat menolong pelajar berfikir dengan lebih
sempurna dan efektif dengan menjelaskan kepada mereka kaedah untuk
mengingat fakta, menggunakan berbagai cara dan mengumpulkannya
mengikut kumpulan. Contoh konsep dalam beberapa mata
pelajaran:Matematik - bentuk, set, nombor perdana, perkaitan operasi,
pengukuran, tempat, persamaan Sains - tenaga, momentum, magnet,
mamalia, hidup/bukan hidup, serangga, labah-labah, vertebrata. Sains sosial budaya, antropologi, bangsa, perkhidmatan yang baik, pengguna dan
penghasil, lokasi, daerah, kerajaan, nilai. Muzik - irama, mood, melodi,
harmoni Beberapa perkara perlu diambil perhatian semasa strategi konsep
digunakan: konsep mestilah berkaitan konsep mestilah mempunyai ciri-ciri
yang jelas pelajar mempunyai contoh dan pengalaman yang konkrit untuk
menghubungkan konsep sebelum dikaitkan dengan bentuk yang lebih
abstrak penglibatan pelajar yang aktif.
6. STRATEGI PERMAINAN SIMULASI (SIMULATION GAMES) Sesi pengajaran
bagi strategi ini mengandungi langkah-langkah seperti berikut;
i. Perancangan ii. Persediaan untuk permainan simulasi iii. Permainan
simulasi iv. Perbincangan dan rumusan Tumpuan utama strategi ini ialah
menghasilkan sedekat mungkin pengalaman atau situasi sebenar. Pelajar
akan dapat belajar prinsip yang khusus, konsep atau kemahiran berfikir
didalam domain kognitif, psikomotor dan nilai serta sikap yang berkaitan
dengan kepercayaan empati, kebaikan (efficacy) dan akibat (consequence).
Pelajar akan belajar dengan lebih seronok. Permainan simulasi boleh dibuat
oleh guru atau yang sudah tersedia. Keburukannya ialah permainan simulasi
ini boleh menyebabkan gangguan kepada realiti, 'over-competitive' dan nilai
yang tersembunyi. Permainan simulasi yang dipilih perlulah memenuhi
keperluan berikut: sesuai dengan peringkat umur, peringkat kebolehan dan
minat pelajar guru perlu mahir dengan peraturan permainan terlebih dahulu
permainan dijelaskan dengan tepat dan difahami pelajarguru mengawal kelas
dengan baik supaya tidak berlaku salah fahamsemua pelajar terlibat secara
aktif selepas permainan guru perlu memberikan penerangan dan rumusan
tentang kepentingan prinsip, kefahaman, nilai dan kemahiran daripada
permainan tersebut.
7. STRATEGI PERBINCANGAN KUMPULAN (A GROUP DISCUSSION STRATEGY)
Pendekatan ini memerlukan 4 langkah utama;
i. Penyusunan kumpulan ii. Penyediaan tugasan iii. Perbincangan iv.
Persembahan hasilan Tumpuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan
kemahiran komunikasi di kalangan pelajar dalam kelas. Menolong pelajar
berfikir dan kemahiran membuat keputusan di samping menggalakkan
mereka mengeluar pendapat dan buah fikiran. Strategi ini tidak sesuai

kepada pelajar peringkat rendah sebab kemahiran membuat keputusan


diperlukan (level of reasoning). Kaedah ini juga berlaku dalam suasana yang
bebas dalam persekitaran kelas. Beberapa perkara perlu diambil perhatian
sebelum melakukan strategi ini: kelas telah biasa dengan kumpulan topik
sesuai dengan umur, dan peringkat kematangan pelajar, serta dapat
merangsang ke arah perbincangan suasana kelas adalah koperatif dan
tenang setiap kumpulan mempunyai tugas yang tertentu dilakukan dalam
masa yang telah ditetapkan tugasan adalah jelas dan tersusun guru
mengawasi kebisingan kelas dan progres perbincangan guru memberi
panduan, berbincang dan mambantu pelajar
8. STRATEGI PENEMUAN BERPANDU (A GUIDED DISCOVERY STRATEGY) Terdiri
dari 3 langkah;
i. Guru mencetuskan masalah ii. Pelajar mengkaji masalah iii. Guru dan
pelajar berbincang masalah dan membuat kesimpulan Tumpuan utama
strategi ini ialah menolong pelajar menghasilkan kemahiran menyelesaikan
masalah. Strategi ini menekankan supaya pelajar mengenali bagaimana
belajar dengan melakukan sendiri. Strategi ini boleh digunakan kepada
pelajar di peringkat rendah tetapi lebih sesuai dan berfaedah kepada
peringkat tinggi. Kelemahannya ialah tidak sesuai untuk memindahkan
maklumat atau fakta yang banyak sekali gus. Tanpa panduan guru, pelajar
akan mengambil masa yang lebih panjang untuk belajar dengan kaedah ini.
Untuk menentukan supaya pendekatan ini efektif dilaksanakan, beberapa
perkara perlu diberikan perhatian; strategi ini sesuai dengan peringkat umur,
kebolehan, minat dan keperluan pelajar strategi sesuai dengan jadual (class
routines) guru benar-benar memahami isi kandungan dan proses penemuan
yang akan dilaksanakan oleh pelajar semua bahan/alat bantuan mengajar
disediakan dengan sempurna masalah dan tugasan diterangkan dengan jelas
semua pelajar terlibat sepenuhnya dan diberikan panduan sepanjang
pengajaran pembelajaran hasilan yang utama dibuat rumusan Semoga apa
yang dipaparkan dalam perbincangan kali ini akan dapat dimanfaatkan oleh
semua warga guru untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu, suasana dan persekitaran pembelajaran dalam
bilik darjah menjadi lebih dinamik dan ceria. Sebagai seorang pengamal
kerjaya profesional, kita akan dipandang lebih tinggi dalam kalangan warga
kerja dan bidang profesional lain.
Posted by Deria at 10:22 AM

You might also like