You are on page 1of 14

Penjelasan

secara

mendalam

mengenai

karya

yang

dikaji.

Pengenalan.
Musafir murupakan novel karangan asli yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel ini
merupakan Pemenang Hadiah Kedua Peraduan Novel DBP 1958 (tidak ada pemenang pertama). Pernah
menjadi buku teks sastera SPM. Diterjemahkan ke bahasa Tionghua oleh Tan Yong Seong, 1963.
Pada keseluruhannya, novel ini bersifat sederhana dengan memelihara sifatnya sebagai novel kecil
daripada cacat cela yang besar. Selain daripada cerita pengembara dan pengalaman perjalanan hidup
seorang mualaf yang berperanan memberikan hiburan kepada pembaca, maka Musafir juga
mengemukakan beberapa masalah masyarakat. Serta pandangan hidup yang membuka jalan berfikir.
Musafir dijalinkan dengan kisah Lee Han bermusafir dari satu tempat ke satu tempat lantaran
menghadapi konflik hidupnya. Musafir pertama terpaksa dilakukannya lantaran lari dari tahanan akibat
dihukum kerana mencuri. Pada permulaan dikisahkan dengan kehidupan Leman (Lee Han) seorang
musafir yang mengembara ke kawasan baru iaitu Kampung Cangkat Pinang dan telah menjadi ahli
keluarga angkat kepada Pak Aji yang bertanggungjawab mengislamkan Leman. Beliau memulakan
kehidupan barunya secara perlahan-lahan sehingga berjaya membuka sebuah kedai runcit. Sehingga
suatu hari beliau di fitnah oleh Lebai Karim dan mereka yang dengki dengan kedudukannya sekarang.
Leman mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung tersebut agar segala ketegangan yang
berlaku dapat dileraikan. Musafir kedua angkara fitnah dan dituduh melakukan perkara sumbang
bersama seorang janda. Kerana perasaan hasad dengki Lebai Karim dan orang ramai terhadap
kesenangan hidupnya sekarang. Beliau mengambil keputusan untuk keluar dari kampung berkenaan
dalam menenangkan ketegangan yang melanda. Beliau memulakan hidup baharu di sebuah
perkampungan nelayan. Beliau telah dipelihara oleh Pak Rahman iaitu antara orang besar di kampung
berkenaan. Musafir ketiga berlaku kerana berkahwin secara cina buta. Demikianlah musafir demi
musafir dilakukannya sehingga berjaya mendirikan penghidupan dengan seribu kenangan. Musafir
merupakan sebuah cerita yang amat mengasyikkan ketika novel ini diterbitkan bergandingan dengan
novel-novel lain dalam tahun-tahun enam puluhan.
Latar belakang.
Novel musafir ini menyingkap perjalanan kehidupan seseorang yang pada mulanya susah dan dengan
usaha yang ada berjaya memperolehi kesenangan tetapi akibat terlalu leka dengan kuasa dan harta,
kesenangan yang diperolehi lenyap sedikit demi sedikit. Tetapi kesedaran yang segera timbul berjaya
memberikan petunjuk untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Persoalan dapat dilihat

berdasarkan kehidupan sebenar masyarakat pada waktu itu. Masyarakat Melayu yang bercucuk tanam,
nelayan, masyarakat Cina yang berkaitan dengan kerjaya perniagaan dan sebagainya. Ini bukan sahaja
sekadar buku pengisi waktu luang pembaca. Sebuah novel yang membawa pembaca merenungi
kehidupan, erti baik dan buruk, dan pergolakan kejiwaan manusia. Secara tidak sedar pembaca dibawa
oleh Hasan Ali untuk merefleksikan kehidupan pembaca sendiri melalui karakter dan perwatakan yang
ada sekitar segala situasi plot latar sekitar sebelum dan sesudah merdeka. Watak-watak dalam karya ini
begitu manusiawi dan nyata. Bahasa ringkas dan unsur kepuitisannya wujud dalam usaha menarik minat
pembaca. Penulis berjaya memberikan suatu impak realiti kepada pembaca melalui kisah kehidupan
masyarakat dengan menerapkan unsur-unsur kesenangan, kesusahan, penipuan, lupa akan daratan dan
sebagainya.
Gaya bahasa
Menurut Nik Hassan Basri ( 2007), gaya bahasa dapat dikelompokkan kepada lima jenis iaitu gaya
bahasa perbandingan, pertentangan, pengulangan, penyirnaan dan pertautan. Tidak dapat dinafikan
bahawa gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karya. Gaya bahasa yang
menjadikan

sesebuah

karya

itu

hidup

atau

kaku.

Penulis memulakan karyanya dengan ayat pada perenggan pertama:


Daun padi sedang menghijau di tengah sawah. Anak sungai pinang yang jernih membelah segala
kehijauan itu dengan alurnya yang bengkang-bengkok. Pohon pinang dan kelapa selang-menyelang
memagari keliling sawah. Dari jauh kedengaran suara ibu mendodoikan anaknya,
Melalui

ayat

tersebut

dilihat

penulis

menerapkan

penggunaan

unsur

bahasa

majaz

perbandingan personafikasi iaitu menerang objek manusia kepada bukan manusia. Ayat 'anak sungai
pinang yang jernih membelah' menjelaskan sifat air sungai pinang membelah bahawa frasa tersebut
ialah kata kerja bagi manusia dipindahkan dan dibandingkan kepada air sungai pinang tersebut. Diikuti
dengan ayat yang seterusnya menerapkan unsur majaz yang sama dengan kehadiran frasa 'selang
menyelang'. Permulaan sebegini dilihat menarik kerana penerapan kata-kata indah yang berkesan.
Penulis mengheret pembaca dengan menggunakan teknik imaginasi suasanapersekitaran untuk turut
bersama-sama berimaginasi seolah-olah berada pada suasana dan tempat berkenaan. Novelis juga
menerapkan unsur bukan bahasa iaitu imejan dengan meletakkan unsur alam persekitaran. Ia dapat
dilihat pada diksi 'daun padi','air sungai pinang', 'pohon pinang dan kelapa' yang dapat diistilahkan
sebagai imej-imej alam.
Hasan Ali turut menerapkan penggunaan gaya bahasa hiperboladalam karyanya. Contoh dapat dilihat
pada halaman 111 novel ini iaitu :
air matanya yang dikandung dalam dadanya telah melimpah keluar dan akhirnya, nafasnya telah
putus di penghujung batuknya yang tidak meleking lagi. Ketika itu datanglah awan hitam yang
menyelubungi seluruh kehidupan Leman.

Merujuk ayat diatas, frasa awan hitam digambarkan dengan kesedihan yang teramat sangat dilalui oleh
watak. Menerusi definisihiperbola, merujuk kepada penggunaan istilah yang membesarkan sesuatu
dengan tujuan penekanan dilihat sesuai dengan contoh yang diberikan penulis. Kenyataan ini
bermaksud bahawa seluruh kehidupan Leman diselubungi kesedihan sebagaimana ditekankan frasa
'awan hitam' dan dibandingkan dan dikaitkan dengan kehidupan watak ketika itu.
Sebelum penulis memperkenalkan watak utama dalam karyanya, watak musafir diletakkan selaras
dengan konsep enumerasi yang bermaksud penyataan diksi atau frasa penting terlebih dahulu sebelum
menjelaskannya dengan lebih lanjut. Keadaan ini dapat dilihat pada halaman pertama iaitu :
'pengembara yang baharu tiba itu terpaksa mematikan langkahnya..'
Melalui frasa ini, penulis menerangkan watak utama secara umum iaitu 'pengembara' atau musafir
sebelum menjelaskannya dengan lebih lanjut pada halaman kedua iaitu pengenalan kepada namanya
sebagai 'Lee Han'. Diterangkan juga tujuan kehadirannya ke kampung tersebut melalui diksi " tapi, Pak
Aji, saya suka masuk Melayu". Ini dapat diterangkan sebagai niat watak untuk memeluk agama Islam.
Penulis menggunakan gaya bahasa tersebut untuk menerapkan kesan suspen dan separa klimaks agar
pembaca agar lebih menumpukan pembacaan mereka supaya dapat mengenali watak utama secara
jelas.
Terdapat penggunaan teknik dialog pada permulaan kandungan novel ini. Pada kandungan 'kawan
lama', dialog antara Leman dan Kadir iaitu :
"Turun lagi malam ini Leman?". Seorang kawan nelayan bertanya ketika Leman membubul pukatnya
diluar pondok , sambil menikmati tiupan angin petang.
"Belum tentu lagi Kadir." Leman menjawab.
Dengan menggunakan teknik dialog, pembaca akan turut serta dalam penceritaan novel ini dengan
memainkan watak Leman dan Kadir secara realiti.
Penulis dilihat juga meletakkan meletakkan gaya bahasa perulangananafora iaitu pengulangan kata
atau frasa yang sama pada permulaan klausa penulisannya. Contoh dapat dilihat pada halaman 130
iaitu :
Mereka tidak peduli. Mereka lapar, mereka marah, merekatelah melakukan seperti sesuatu yang
dilakukan manusia yang tidak bertamadun. Dan mereka tidak sedar.
Melalui contoh diatas dilihat pengulangan diksi mereka. Pengulangan frasa ini akan menghasilkan kesan
emosi yang kuat kepada pembaca. Menurut Nik Hassan Basri (2007), anafora sejenis gaya bahasa
pengulangan, iaitu pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau ayat secara berurutan
supaya memperolehi kesan tertentu. Diksimereka merujuk kepada pekerja-pekerja lombong yang
membuat rusuhan dengan menggambarkan perasaan mereka yang sedang marah dan inginkan tuntutan

mereka dipenuhi. Pengunaan teknik berjaya mempertegaskan maksud yang ingin disampaikan penulis
bahawa watak yang digarapkan sedang marah digambar bandingkan dengan manusia yang tidak
bertamadun.
Penggunaan gaya bahasa perbandingan simile dilihat meluas dalam penulisan karya ini. Contoh dapat
dilihat pada halaman 10 iaitu :
Kemudian dihenyakkannya punggungnya di atas bendul sehingga pondok itu bergegar. Budak-budak
muda itu senyapseperti tikus basah, hanya Leman bersuara.
Kewujudan gaya bahasa perbandingan simile dapat dilihat dengan kehadiran frasa seperti. Merujuk
ayat di atas, keadaan tikus yang basah dibandingkan dengan keadaan watak budak-budak yang hanya
memdiamkan diri. Situasi ini dibandingkan dengan keadaan tikus yang basah yang hanya senyap dan
tidak

memberikan

sebarang

reaksi.

Retorik
Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk
menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Melalui novel yang dikaji, dilihat
penulis menerapkan kepelbagaian retorik dalam penulisannya. Segala maksud dan penjelasan dalam
karya dapat disampaikan dengan jelas dan menarik kepada pembaca.
Pada keseluruhan novel ini dilihat penulis menggunakan retoriknaratif penceritaan . Pada bahagian
awal kandungan iaitu 'anak angkat' sehingga bahagian 'penutup' atau bahagian terakhir novel ini,
pemakaian retorik penceritaan begitu jelas. Plot novel boleh dibaca pada pelbagai lapis makna. Novel
ini pasti bukan sahaja untuk pembaca yang malas atau mereka yang mahukan pembacaan ringan.
Seorang pembaca harus meneliti penanda dan petanda yang bertaburan sepanjang novel untuk
mengikuti serta memahami plot dan makna yang cuba diungkapkan oleh pengarang. Sebagai contoh
pada bahagian pertama iaitu 'anak angkat' diceritakan tentang kedatangan watak Leman ke suatu
kawasan yang baharu baginya. Diikuti dengan perjalanan cerita yang berurutan dengan watak utama
terus dikembangkan dengan komunikasinya watak-watak lain. Sehingga pada bahagian akhir novel
diceritakan watak Leman yang sudah berumur. Ia dapat dilihat pada halaman 149 iaitu :
perempuan yang separuh umur itu memulakan doa-doanya, diiringi dengan air mata, diikuti oleh lakilaki tua itu.
dan pada halaman 152 iaitu :
"ah, rupanya hari telah tinggi." Hasnah berpaling menentang mukaorang tua itu.
Watak lelaki tua dan orang tua tersebut merupakan watak Leman yang digambarkan sudah berumur.
Merujuk ayat di atas, penulis berjaya meletakkan watak lelaki tua sebagai watak Leman walaupun tidak
diterangkan secara mendalam. Ayat tersebut juga terdapat teknik skema ragaman abstrak-konkrit

diterapkan iaitu 'memulakandoa-doanya, diiringi dengan air mata'. Diksi doa-doanya merupakan diksi
jenisan abstrak dan diksi air mata adalah bersifat konkrit.
Penulis menggunakan penulisan yang ringkas dan mudah untuk difahami. Penggunaan tatabahasa yang
bebas sebagai contoh pada halaman 2 iaitu :
"datang dari mana?"dia memulakan pertanyaan.
Dan
"apa nama?" Pak aji bertanya.
Melalui ayat dia atas, penggunaan kata tanya 'mana' dan 'apa' diletakkan pada akhir ayat menyalahi
tatabahasa Bahasa Melayu yang sepatutnya diletakkan pada awal ayat. Ia menunjukkan bahawa retorik
penceritaan menggunakan tatabahasa yang bebas dan ekspresi yang bebas. Walaubagaimana pun,
teknik ini dilihat berkesan kerana ia diklasifikasi sebagai dialog perbualan antara watak. Pembaca akan
turut bersama berada dalam suasana penceritaan. Pemakaian teknik ini dilihat berjaya mengheret
pembaca untuk turut sama berdialog berdasarkan dialog watak dalam novel.
Penulis menggunakan teknik retorik deskriptif selaras dengan retorik pemerian dalam penulisannya..
Retorik pemerian dilihat mampu melukiskan peristiwa dengan kata supaya pembaca turut
mengambarkan situasi. Juga disebut pelukisan iaitu penulis berusaha melukiskan sesuatu melalui
perkataan. Penulis cuba untuk menerangkan dan memerikan sesuatu maklumat kepada pembaca agar
isi penyampaianya difahami dengan jelas. Contoh dapat dilihat pada halaman 68 iaitu :
Maimun sudah tiga kali janda. Ketiga-tiga bekas suaminya itu orang tua. Ketiga-tiga saudagar kain yang
biasa bertumpu ke daerah itu, Maimun tidak pernah membantah kerana perkahwinan itu sebab dia
dalam peliharaan tuanya yang selalu ingin mempunyai wang banyak. Maimun masih baik lagi. Suaminya
yang pertama seorang Pakistan, yang kedua seorang Kelantan dan yang ketiga seorang haji tua.
Melalui ayat tersebut, penulis berjaya menerapkan retorik pemerian. Menurut Nik Hassan Basri (2007),
pemerian merupakan bercerita tentang sesuatu keadaan atau peristiwa. Hasan Ali berjaya menjawab
setiap persoalan mengenai watak Maimun melalui kisah hidupnya. Persoalan pembaca seperti
'bagaimana Maimun bergelar janda?', 'siapakah bekas suaminya?' dan 'mengapa Maimun menerima
perlawaan tersebut?' berjaya diterangkan keadaanya dalam ayat di atas.
Teknik

imbas

kembali

(flashback)

muncul

secara

meluas

dalam

novel

Musafir

ini. Contoh teknik dapat dilihat pada halaman 54 iaitu :


Matanya merintangi sinar matahari yang kian meninggi. Tatkala itu, melintaslah kenangannya kisahkisah hidupnya yang lalu.
Ayat diatas menerangkan teknik imbas kembali dengan berkesan. Pembaca akan mengambarkan
peristiwa dan kisah hidup terdahulu watak. Frasa melintaslah kenangan dapat memerihalkan bahawa

watak sedang cuba mengimbas kembali kisah hidupnya yang lampau.Watak mengingati kembali (berkhayal)
pengalaman masa lampau. Semasa mengingati kembali pengalaman lampau itu berlaku monolog dalaman di mana
perasaan dan kata-kata Leman tersirat dalam hatinya. Teknik ini berterusan pada ayat berikutnya pada novel.
Ayat ini menarik kerana pembaca akan mengenali latar belakang watak dengan jelas walaupun tidak
disampaikan oleh penulis pada bahagian sebelumnya. Penggunaannya dilihat sesuai dengan tajuk
bahagian dalam novel ini iaitu 'terkenang'. Ayat tersebut juga dapat dilihat dari segi penggunaan retorik
pemerian bahawa kisah silam watak iaitu Leman diperihalkan pada ayat berikutnya menerusi frasa
'melintaslah kenangannya kisah-kisah hidupnya yang lalu'.
Laras
Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984),
berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang
penggunaannya. Merujuk novel yang dikaji, Hasan Ali menggunakan dan mengolah karyanya selari
dengan penggunaan laras bahasa sastera. Dalam novel ini, penulis berjaya Memperlihatkan gaya bahasa
yang menarik dan kreatif melalui contoh pada halaman 145 iaitu :
Apabila perjalanan hari terus mara, terus bertukar, akan bertukarlah pula segala kisah dan akan
bertukarlah segala rasa.
Ayat tersebut berjaya memperlihatkan laras bahasa sastera yang baik terutamanya kepada minat
pembaca untuk mengamati pembacaan. Unsur-unsur kreatif dan permainan bahasa khususnya
manipulasi bahasa begitu jelas dalam diksinya. Menurut Rahman Shaari (1993), yang membezakan gaya
bahasa sastera dengan gaya bahasa bukan sastera ialah manipulasi bahasa. Ayat di atas mempunyai
pelbagai keindahan retoriknya. Dapat dijelaskan melalui rajah :
Bi
l

1.

Keindahan laras
bahasa (merujuk
kepada retorik)
Polisindeton

Contoh
akan bertukarlah pula segala
kisah dan akanbertukarlah
segala rasa.
terus bertukar,

2.

Pleonasme

akan bertukarlah.

Penerangan
Pengunaan kata hubung 'akan' yang melebihi
daripada jumlah lazim yang digunakan menurut
rumus tatabahasa Bahasa Melayu.
Penggunaan kata 'terus bertukar' dan 'akan
bertukarlah' dilihat tidak menepati gramatis
tatabahasa dan ia digunakan lebih banyak
daripada yang diperlukan.

Konsep
terbalik

segi

A2 A3
3

tiga
A1 merujuk kepada
perjalanana hari terus mara.
A2 merujuk segala kisah

Bagi mengukuhkan frasa perjalanan hari terus


mara, frasa bertukar segala kisah dan bertukar
segala rasa perlu bersama agar frasa tersebut dapat
berdiri dengan sempurna.

A3 merujuk kepada segala


A1

Melalui analisa ayat, dapat dirumuskan penulis berjaya menerapkan laras bahasa sastera dengan
sempurna dalam menghasilkan karya yang puitis dan indah walaupun ringkas. Laras bahasa sastera
memperlihatkan penggunaan bahasa yang menarik dan kreatif. Walaupun ayat diatas terdapat
penyimpangan bahasa dan tidak menepati skema tatabahasa, tetapi dapat dilihat melalui kegramatisan
serta dramatisnya.
Dapat dilihat juga penggunaan beberapa pantun dalam karya penulis tersebut. Melalui pendekatan
ini, penulis telah berjaya menarapkan unsur-unsur asli sastera bahasa Melayu. Contoh dapat dilihat
pada halaman pertama iaitu :
Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan menimpa si batang pauh,
Hendak tidur tidurlah mata,
Jangan dicinta orang yang jauh.

Melalui penerapan unsur pantun, dapat dilihat secara keseluruhan latar karya tersebut iaitu sekitar
waktu sebelum merdeka kerana masih terdapat penggunaan pantun asli dalam kehidupan masyarakat.
Penggunaan pantun ini dapat memerikan bahasa tersirat dan makna konotasi terhadap sesuatu karya
bahasa.

Senarai ayat yang menarik dan terbaik dari segi retorik.

Skema

seimbang

merujuk kepada perubahan bentuk atau susunan sesuatu perkataan secara seimbang yang menghasilkan
kesan makna yang berbeza.
Paralelisme
Kesamaan struktur dalam pasangan atau siri kata-kata, frasa atau klausa yang berhubungan. Contoh
pada halaman53 novel Musafir iaitu:
Beberapa bukit telah didatanginya, ladang-ladang getah, ladang pisang dan hutan-hutan kecil
Isokolon.
Pengulangan frasa-frasa dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar. Seperti pada
halaman 34 karya novel ini iaitu :
Setiap

mata

berkisar-kisar

pandangan kepada haji

gemuk,kepada haji

kurus, kepada Pak

Mahmud,dan kepada Leman yang bermuka usang di tepi dinding.


Skema perulangan merupakan perulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan makna, nada dan
bunyi yang puitis berirama dan pelbagai.
Anafora
Pengulangan perkataan yang sama atau sekumpulan perkataan pada permulaan klausa yang
menghasilkan kesan emosi yang kuat. Contoh dapat dilihat pada halaman 107 dalam novel ini iaitu :
Tetapi bukannya sebagai seorang pegawai, hanya sebagai seorang manusia biasa, manusia yang banyak
wang, manusiayang senang, manusia yang memang tabiat semula jadinya punya keinginan.
Epistrop
Pengulangan kata-kata yang sama kumpula pada akhir klausa-klausa yang berurutan. Contoh dapat
dilihat pada halaman 57 novel ini iaitu :
Dia tidak boleh lari dari manusia, sebab dia sendiri manusia
Anadiplosis
Pengulangan kata akhir dalam sesuatu klausa pada permulaan klausa berikutnya. Contohnya pada
halaman 27 novel Musafir iaitu :
Leman terus menuruti anak muda itu dengan matanya, memerhatikan langkah yang satu , satu menuju
tempat itu.

Klimaks
Penyusunan kata-kata, frasa-frasa atau klausa-klausa dalam urutan kepentingan yang meningkat.
Contoh dapat dilihat pada halaman 66 novel ini iaitu :
Dan dia ingin segera kembali ke desa, ke ladang, ke tempat kedamaian hatinya bersama Pak Nayan.
Asonansi
Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam sukukata-sukukata yang diberi penekanan pada kata-kata
bersebelahan.

Sebagai

contoh

pada

halaman

90 novel ini iaitu :


Semasa ke semasa semakin ternyata
Aliterasi
Pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua kata atau lebih kata-kata yang
bersebelahan. Contohnya pada halaman 142 novel musafir iaitu :
demikianlah, dunia demokrasi.
Skema pengguguran iaitu pengguguran kata hubung atau tanda mekanis. Penggunaan kata hubung yang
melebihi kebiasaan untuk memberi keunikkan dan kepelbagaian gaya bahasa.
Ellipsis
Pengguguran secara sengaja kata atau beberapa kata yang dibayangkan oleh konteks. Contoh dapat
dilihat pada halaman 21 novel ini iaitu :
daripada Husain, Leman dapat peluang belajar menulis dan membaca Bahasa Melayu.
Asindeton
Penggunaan kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan. Contohnya pada halaman 18 novel
Musafir iaitu :
dia terus melangkah sambil mulutmya berbisik antara kedengaran dengan tidak, ' tinggallah desa yang
yang indah, tinggallah sungai yang jernih, tinggallah sawah yang subur, dan tinggallah....'
Polisindeton
Penggunaan kata hubung yang melebihi daripada jumlah yang lazim digunakan menurut rumus
tatabahasa. Contohnya dapat dilihat pada halaman 23 novel Musafir iaitu :

satu demi satu pengkalan tempat perahu dan tempat mandi-manda telah dilalui oleh Leman, dan jauh
di hujung tasik barulah kelihatan samar-samar pondoknya hitam tertegun seperti rimbun pohon manggis
dara.
Skema ragaman ialah manipulasi kata atau frasa yang pelbagai dari segi teknik, penuyusunan serta
kesannya.
Abstak-konkrit
Gandingan di antara kata atau frasa yang pengertiannya berbentuk abstrak pada awal ayat dengan kata
atau frasa yang berbentuk konkrit atau bukan ghaibi pada ayat atau frasa berikutnya. Contoh pada
halaman 91 iaitu :
Tuhan telah memberi kita rezeki (harta) besar.
Konkrit-abstrak
Gandingan di antara kata atau frasa yang pengertiannya berbentuk konkrit pada awal ayat dengan kata
atau frasa yang berbentuk abstrak atau ghaib pada ayat berikutnya. Contoh dapat dilihat pada halaman
9 novel Musafir iaitu :
"kaya harta, bukan kaya budi," kata Bidin, rakannya.
Dan pada halaman 149 dalam novel Musafir iaitu :
"ayah, bahagialah roh ayah dalam kumpulan ahli-ahli syurga"
Emunirasi
Menyatakan diksi atau frasa penting terlebih dahulu sebelum menerangkan dengan lebih lanjut
maksudnya secara ringkas pada frasa berikutnya. Contoh dapat dilihat pada halaman 91 dalam novel
yang di kaji iaitu :
" Pelacur ialah perempuan-perempuan yang sudah rosak hidupnya. Mereka hidup dengan menjual
batang tubuhnya".
Majaz bermakna memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan
adanya hubungan dan petunjuk.
Majaz pertautan merupakan hubungan pertautan makna sama ada bersifat simbolik, perumpamaan dan
tamsilan.
Periprasis

Penggantian kata atau frasa deskriptif untuk nama khas atau bagi kualiti yang berkaitan dengan nama
tersebut. Contoh dapat dilihat pada halaman 53 dalam novel ini iaitu :
Leman tidak berasa cemas kalau-kalau dia dibungkus oleh pengganas, atau dideram oleh pak belang.
Alusi
Merujuk kepada peristiwa, tokoh atau tempat dalam kehidupan nyata, mitos atau karya sastera yang
terkenal. Contoh dapat dilihat pada halaman 23 iaitu :
Ketika pagi mencecah datang, muka tasik itu mula dijalari nelayan-nelayan, harus sama seperti
kesibukkan jalan rayabandar Ipoh ketika orang berkejar ke pejabat.
Pada halaman 29 novel ini iaitu :
Dan dalam pada itu, dia kembali mengingatkan kisah Perang Dunia Kedua.
Dan pada halaman 50 dalam novel ini iaitu :
Leman masih ternganga dan masih duduk terhenyak di pangkal pohon beringin itu dengan dikelilingi
oleh orang-orang itu seperti Kasim Baba dikelilingi oleh penyamun dalam kisah " Seribu Satu Malam"
yang masyhur itu.
Eufemisme
Menghaluskan kata-kata. Contoh pada halaman 56 dalam novel ini iaitu :
Babak

hidupnya

hampir

habis

di

rumah

itu.

Kakaknya

yang

telah

putus

harapan

itu

telah menyerahkan nyawanya kepada air jernih di bekas lombong yang pernah memberi, mereka kezeki
dahulu-dahulunya.
Disfinisme
Kata-kata yang kasar untuk tujuan tertentu. Contohnya pada halaman 146 novel Musafir
iaitu :
Leman bangun dan lekas-lekas menyusun kembali bantal-bantal dan kerusi sial itu, dan serentak
dengan itu suara Ramlah memanggil.
Pleonasme
Menggunakan kata-kata yang lebih banyak daripada yang diperlukan. Contoh dapat dilihat pada
halaman 18 dalam novel Musafir iaitu :

dalam pada itu, ada juga kelihatan beberapa titik air yang jernih keluar dari kelopak matanya.
Majaz perbandingan merupakan penggunaan unsur-unsur bahasa yang bersifat membandingkan dua hal
yang hakikatnya berlainan atau yang sengaja dianggap sama.
Metafora
Memindahkan contoh pada halaman 61 iaitu :
Tetapi aku tetap macam lama, menjadi kuda tua di pejabat.
Simile
Perbandingan secara langsung. Contoh dapat dilihat pada halaman 10 novel yang dikaji iaitu :
" Apa yang kamu gelakkan, gelak seperti gelak Iblis.
dan,
budak-budak muda itu senyap seperti tikus basah
Personafikasi
Menerangkan objek manusia kepada bukan manusia. Contoh dapat dilihat pada halaman pertama dalam
novel yang dikaji iaitu :
kakinya dihulurkan ke dalam air sambil dikocak-kocakkan dan matanya merayap kepada daun-daun padi
yang menghijau, kepada daun kelapa yang melambai-lambai.
Hiperbola
Penggunaan istilah yang membesarkan dengan tujuan penekanan. Contohnya dalam novel Musafir pada
halaman 111 iaitu :
air matanya yang dikandung dalam dadanya telah melimpah keluar dan akhirnya, nafasnya telah
putus di penghujung batuknya yang tidak meleking lagi. Ketika itu datanglah awan hitam yang
menyelubungi seluruh kehidupan Leman.
Ironi
Penggunaan kata-kata dalam suatu cara yang membawa maksud pertentangan daripada maksud literal
nada kata tersebut. Contoh dapat dilihat pada halaman 90 novel yang dikaji iaitu :
" bukanlah pula yang lama itu kurang baik, tetapi yanglama itu baik pada

zamannya, sedangkan kita sekarang hidup di zaman baharu"

Litotes
Mempertentangkan dengan merendahkan diri. Contoh dalam novel ini pada halaman 93 iaitu:
Dahulu, Leman tidak pernah terfikir yang dia seorang mualaf yang dipandang hina dapat duduk
bersama-sama dalam suatu majlis orang-orang atasan.
Majaz ragaman merupakan kepelbagaian struktur ayat yang membawa pelbagai makna.
Simetri
Penggunaan kata atau frasa yang sama atau hampir sama maksudnya. Contoh dapat dilihat dalam novel
yang dikaji pada halaman 121 hingga122 iaitu :
Tapi jarang ada orang menumpukan kesalahan kepada orang-orang kaya dan orang-orang besar itu.
Mereka tetap besar, kaya dengan membawa nama yang tinggi tidak seperti pelayan-pelayan yang sering
dilemparkan dengan segala kehinaan.
Onomatopia
Penggunaan kata-kata yang bunyinya meniru makna kata tersebut. Contohnya pada halaman 59 novel
yang dikaji iaitu :
"Srrr ... sssrrr ..." bunyi daun-daun padi yang dilanda Leman.
Antimeria
Maksud penggantian golongan kata dengan golongan kata lain. Contoh dapat dilihat melalui halaman 22
novel yang dikaji iaitu :
Seorang daripadanya ialah Pak Rahman. Hidup Pak Rahman ini bolehlah dibilang berada juga di
kampung itu.

Eklamasi
Menggunakan kata seru untuk menegaskan maksudnya. Contoh dapat dilihat pada halaman 8 novel yang
dikaji iaitu :
" Hoi, tengoklah ke sini."

dan pada halaman 50 iaitu :


" Hei! Cakap segera. "
HASAN BIN MUHAMMAD ALI LAHIR DI KUALA KANSAR PADA 1928.PENDIDIKAN SEKOLAH DI SEKOLAH
MELAYU DAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI MAKTAB PERGURUAN PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PADA 1948.
BELIAU PERNAH MENJADI PENSYARAH DI PUSAT BAHASA UNIVERSITI MALAYA PADA 1972 DAN BERSARA
PADA 1983.
Musafir mengangkat nama Hasan Ali sebagai penulis novel apabila beliau diumumkan sebagai pemenang hadiah
kedua Peraduan Menulis Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1958. Hadian pertama tidak
ada pemenang. Walaupun Hasan Ali terlebih dahulu menulis cerpen dan cerpenya "Pelayan Tua" telah memenangi
hadiah pertama dalam Peraduan Cerita Pendek anjuran DBP (1956), namun Musafilah yang cukup terkenal dan
meletakkan nama Hasan Ali sebaris dengan penulis-penulis lain seperti A. Samad Said, A. Wahab Ali, Aziz Jahpin
dan Suratman Markasan pada waktu itu. Musafir Menuju Destinasi merupakan memoir Hasan Ali dalam kegiatn
sastera setengah abad (1946-1996) yang cukup banyak menyingkap latar, proses, kepayahan dan kejayaan beliau
dalam mengharungi dunia penulisan yang begitu mencabar namun dicintainya. Hasan seorang pencatat yang baik,
cukup berdisplin dalam menyusun kisah hidupnya sehingga tanpa mengenal beliau secara dekat pun, kita dapat
mengikuti pengalamanannya yang amat menarik melalui buku ini.

You might also like