You are on page 1of 20

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Sinopsis
Tajuk

ini membincangkan konsep, objektif dan rasional pemulihan perlu dilaksanakan.

Bahagian ini juga menjelaskan perbezaan antara pendidikan pemulihan dengan pendidikan
imbuhan yang pernah dijalankan dalam sistem pendidikan di negara ini. Jenis-jenis Pendidikan
Pemulihan dan ciri-ciri murid pemulihan turut dibincangkan yang bertujuan untuk memberi
penjelasan yang menyeluruh tentang pendidikan pemulihan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.

Menghuraikan dan menjelaskan konsep, objektif dan rasional Pendidikan Pemulihan.

ii.

Menganalisis dan menghuraikan perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan


Imbuhan.

iii.

Menganalisis dan menghuraikan jenis Pendidikan Pemulihan dan ciri-ciri murid


pemulihan.

1.1

Konsep Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu


Pendidikan pemulihan ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang
memberikan keutamaan kepada masalah pembelajaran murid dan seterusnya mengenal
pasti punca dan langkah-langkah pemulihan.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan pemulihan sebagai perbuatan
memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, konsep
pemulihan

merujuk

kepada

kanak-kanak

yang

menghadapi

masalah

dalam

pembelajaran. Pembelajaran pemulihan lazimnya dikaitkan dengan usaha untuk


membaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
Blair (1956) mentakrifkan pemulihan sebagai program khas berbentuk tambahan untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar
ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu pada
penguasaan kemahiran.
O.C. Simpson (1975) pula menjelaskan bahawa aktiviti pemulihan merupakan tindakan
khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dan di dalam bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran biasa.
Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) menjelaskan pemulihan sebagai satu tindakan yang
diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari
segi pembelajaran di dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang
diasingkan daripada sekolah biasa dan di dalam darjah untuk pengajaran dan
pembelajaran biasa.
Ishak Haron dan Koh Bon Boon (1983) mendefinisikan pemulihan sebagai perkhidmatan
khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran
di sekolah biasa.
Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) menjelaskan
pemulihan

sebagai

satu

usaha

dalam

pendidikan

untuk

mengatasi

masalah

pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan


kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di bawah kelolaan guru-guru
pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
Berdasarkan pentakrifan yang telah dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa pemulihan
merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran agar murid tersebut dapat
menguasai sesuatu kemahiran yang tidak dapat dikuasai dengan menggunakan strategi,
bahan-bahan pelajaran serta aktiviti alternatif yang sesuai dengan aspek kelemahan
murid. Murid-murid yang terlibat dalam pendidikan pemulihan lazimnya digelar sebagai
murid lambat kerana gagal menguasai kemahiran dalam masa yang ditentukan.
Inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani permasalahan kegagalan
murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan, tulisan dan kiraan adalah dengan
menjelaskan perbezaan murid dalam Buku Panduan Am KBSR, 1982 yang wajar diberi
perhatian oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada
dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat
dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran


dan pembelajaran di dalam bilik darjah ...
Ab. Rahman, et. al. (1997) membincangkan program pemulihan dalam konteks
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merupakan langkah-langkah khas yang
diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu
dalam usaha menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Program pemulihan dilaksanakan sebaik sahaja masalah pembelajaran murid dapat
dikesan dan dikenal pasti.
1.2

Objektif Pendidikan Pemulihan


Pendidikan pemulihan bertujuan untuk:
1.2.1

membantu

murid

menguasai

masalah

pembelajaran

dalam

kemahiran-

kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan


aktiviti;
1.2.2

memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif dalam
kalangan murid terhadap pembelajaran;

1.2.3

membantu murid mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dan tingkah


laku yang menjejaskan pembelajaran;

1.2.4

membolehkan

murid

menguasai

kemahiran-kemahiran

tertentu

dengan

mengikuti aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan mereka;


1.2.5

membolehkan murid mendapat layanan kemudahan belajar yang sesuai dengan


kemampuan dan perkembangan mental individu;

1.2.6

membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri


sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah; dan

1.2.7

membolehkan murid untuk meneruskan pelajaran mereka dalam sistem


persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan
masing-masing.

1.3

Rasional Pemulihan
i.

Murid-murid pemulihan secara umumnya mempunyai daya intelek dan


kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan untuk menerima pendidikan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

biasa dengan sepenuhnya. Mereka yang menghadapi masalah dalam aktiviti


pembelajaran memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang
untuk membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan
akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran yang
seterusnya seperti murid yang lain.
ii.

Pendidikan pemulihan berupaya untuk mengembangkan potensi individu seperti


yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perbezaan murid dari
segi minat, gaya belajar dan kebolehan dapat ditangani melalui pendidikan
pemulihan yang diberikan guru secara berterusan. Masalah rendah diri dan
keciciran murid dapat diatasi dan penguasaan kemahiran bahasa dapat
ditingkatkan.

iii.

RASIONAL PEMULIHAN

Terdapat pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa murid dan pelbagai


strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu
dapat diaplikasikan oleh
guru untuk
Falsafahyang
Pendidikan
Perbezaan
Murid mengatasi masalah
Falsafah Pendidikan
Perbezaan Murid
Kebangsaan:
Pengalaman
pembelajaran
murid.
Kebangsaan:
Pengalaman
Mengembangkan potensi
Minat
Mengembangkan potensi
Minat
individu
Kebolehan
individu
Kebolehan

Mengatasi masalah rendah


Mengatasi masalah rendah
diri murid
diri murid

Mengelakkan keciciran murid


Mengelakkan keciciran murid
dalam pembelajaran
dalam pembelajaran

Meningkatkan penguasaan kemahiran


Meningkatkan penguasaan kemahiran

Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan


Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan
yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa
yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa
dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti
dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti
pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur
pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur
dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa.
dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa.
Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi
Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi
proses pembelajaran seterusnya.
proses pembelajaran seterusnya.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Rajah 1: Rasional Pendidikan Pemulihan

1.4

Jenis-jenis Pendidikan Pemulihan

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Terdapat dua jenis pendidikan pemulihan, iaitu Pemulihan Bahasa Melayu di dalam Bilik
Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) dan Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran
Kompleks).
Pemulihan Bahasa Melayu di dalam bilik darjah dijalankan di dalam bilik darjah biasa
oleh guru Bahasa Melayu biasa. Murid-murid yang menghadapi pembelajaran di kenal
pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Aktiviti

pemulihan hendaklah dijalankan secara serta-merta berdasarkan masalah tertentu.


Pemulihan Khas dijalankan di dalam bilik darjah khas oleh guru pemulihan khas yang
terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada murid yang gagal menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang
telah dikenal pasti melalui ujian saringan. Murid akan kembali ke kelas biasa setelah
kelemahan pembelajaran diatasi. Bilangan murid di dalam kelas ini kecil sahaja.
1.5

Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan


Pendidikan Imbuhan meliputi unsur-unsur pedagogi di dalam bilik darjah dan melibatkan
unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah. Projek Pendidikan Imbuhan
bagi murid sekolah rendah dilaksanakan antara tahun 1975-1980 di Malaysia. Bahan
bantu khas dihasilkan khas untuk murid luar bandar. Guru terlatih dipilih untuk menyertai
kursus supaya mereka mendapat kemahiran untuk melaksanakan Projek Pendidikan
Imbuhan. Pendidikan Imbuhan memberi tumpuan pada aspek masalah ekonomi,
pelajaran, kewangan, peralatan dan makanan. Pendidikan Imbuhan dianggap sebagai
satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan.
Pendidikan ini merupakan langkah yang rapi dan teliti yang telah diprogramkan untuk
mencegah daripada berlakunya sebarang kelemahan dalam kalangan murid yang
mempunyai latar ekonomi yang rendah. Sekiranya masalah murid ini dibiarkan akan
menyebabkan berlakunya keciciran dalam kalangan murid berkenaan.
.

Pendidikan Imbuhan menitikberatkan perkara yang berikut:

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

a.

Pendidikan Imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal, iaitu pada peringkat awal

b.

pembelajaran. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan punca kelemahan.


Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.

c.

Pengajaran disusun dengan rapi dan teliti.


Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan

d.

khusus.
Guru hendaklah boleh mengubah suai bahan-bahan kurikulum dan kaedah

e.

pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.


Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan

f.
g.
h.

badan-badan lain yang dapat membantu untuk meningkatkan prestasi murid.


Objektif projek ditentukan secara jelas.
Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti.
Koordinasi dengan agensi yang dapat memberikan sumbangan untuk projek
kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan seumpamanya.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Terdapat perbezaan antara pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan. Antara


perbezaannya seperti yang berikut:
Bil.

Pendidikan Pemulihan

Pendidikan Imbuhan

Rancangan pembelajaran disediakan


untuk murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran tanpa mengira
golongan kaya atau miskin.

Rancangan pembelajaran disediakan


untuk murid-murid yang menghadapi
masalah
kekurangan
kemudahan
sosioekonom.

Rancangan pembelajaran ditumpukan Rancangan


pembelajaran
untuk
khas pada penguasaan kemahiran semua mata pelajaran mengikut
asas, iaitu membaca, menulis dan perkembangan kognitif murid-murid.
mengira.
Skop
kajiannya
terbatas
pedagogi di dalam bilik darjah.

pada Skop kajiannya meliputi pedagogi di


dalam bilik darjah serta sosioekonomi
dan politik di luar bilik darjah.

Program ini hanya meliputi akativiti Program ini meliputi aktiviti pengajaran
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan pembelajaran di dalam bilik darjah,
bilik darjah.
program makanan dan bantuan dari
segi kemudahan dan kewangan.
Bantuan diberikan kepada individu
atau sekumpulan kecil murid sahaja di
sekolah
rendah
dan
sekolah
menengah.
Objektif
kelemahan
asas.

Bantuan diberikan kepada semua


murid daripada golongan bawahan
pada peringkat prasekolah, sekolah
rendah serta ibu bapa mereka.

untuk
membetulkan Objektif utama untuk merapatkan
penguasaan kemahiran jurang dalam peluang pendidikan
antara
golongan
kaya
dengan
golongan miskin.
(Sumber: Mok Soon Sang, 1994)

Aktiviti 1
Bina peta minda yang menunjukkan perbezaan Pendidikan Pemulihan
dengan Pendidikan Imbuhan. Tulis satu rencana tentang masalah Pendidikan
Pemulihan Bahasa Melayu di sekolah anda. Tugasan dilaksanakan secara
kumpulan dan dibentangkan di dalam kelas semasa interaksi.

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.6

Ciri-ciri Murid Pemulihan


i.

Lemah dalam penguasaan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

ii.

Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak.

iii.

Lemah dari segi koordinasi mata dengan tangan.

iv.

Singkat tahap tumpuan pembelajaran.

v.

Kurang keyakinan diri.

vi.

Lambat memberikan tindak balas.

vii.

Selalu gagal dalam ujian.

viii.

Sukar menguasai kemahiran pelajaran dalam tempoh masa yang ditentukan.

ix.

Lemah dari segi ingatan pendengaran, ingatan dan penglihatan.

x.

Rendah darjah kecerdasan berbanding dengan rakan sebaya.

xi.

Selalu sakit masalah kesihatan.

xii.

Kerap ponteng sekolah.

xiii.

Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

xiv.

Bermasalah dalam tingkah laku.

xv.

Sukar mengawal emosi.

Aktiviti 2
Kenal pasti murid bermasalah dalam kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis di dalam kelas anda. Analisis masalah tersebut dan kenal
pasti punca masalah berlaku.

10

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 2

PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI

Sinopsis
Dalam tajuk ini dihuraikan perbezaan pengelolaan dan strategi pendidikan pemulihan,
khususnya di dalam kelas biasa dan di dalam kelas khas pemulihan. Pengelolaan pengajaran
pemulihan melibatkan penentuan objektif, perancangan, pengajaran dan penilaian.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.

Membezakan pengelolaan pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam


kelas khas.

ii.

Membezakan strategi pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam kelas
khas.

2.1

Pengelolaan Pengajaran Pemulihan dalam Kelas Biasa


Pengajaran pemulihan di dalam sesebuah kelas biasa dijalankan secara sistematik agar
murid-murid lambat memperoleh faedah yang maksimum. Terdapat empat langkah
pengelolaan pengajaran pemulihan, iaitu:
i.

Penentuan objektif

ii.

Perancangan

iii.

Pengajaran

iv.

Penilaian

Penentuan Objektif
Objektif pengajaran hendaklah ditentukan sebelum pengajaran pemulihan. Aras objektif
seharusnya sejajar dengan kebolehan murid lambat agar objektif ini dapat dicapai
seperti yang ditentukan oleh guru. Objektif pelajaran ditentukan merujuk kepada
masalah pembelajaran yang dihadapi murid.

11

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Contoh 1:
Masalah murid adalah tidak dapat mengenal huruf-huruf vokal yang dilihat pada kad
perkataan.
Objektif:

Pada akhir pelajaran, murid dapat mengenal pasti huruf-huruf vokal yang
terdapat dalam perkataan pada kad perkataan yang ditunjukkan guru.

Contoh 2:
Masalah murid adalah tidak dapat menulis objek (frasa nama) selepas kata kerja
transitif.
Objektif:

Pada akhir pelajaran, murid dapat menulis objek (frasa nama) selepas
kata kerja transitif dalam ayat tunggal.

Perancangan
Guru

merancang

pengajarannya

berdasarkan

objektif

yang

telah

ditentukan.

Perancangan meliputi strategi P dan P seperti secara individu, berpasangan atau


kumpulan. Perancangan juga meliputi bahan bantu belajar yang akan digunakan
semasa P dan P. Bahan yang dipilih sesuai mengikut aras kesukaran isi pelajaran. Guru
juga merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif. Jenis penilaian yang
sesuai untuk menilai pencapaian murid bagi kemahiran yang diajarkan hendaklah
ditentukan oleh guru semasa merancang pengajaran mereka.
Pengajaran
Pengajaran dalam kelas biasa boleh berbentuk pengajaran secara individu, kumpulan
atau rakan sebaya. Guru mungkin mengajar seseorang murid yang lambat atau
beberapa orang murid lambat yang menghadapi masalah yang sama. Murid-murid yang
cerdas boleh diminta membimbing murid-murid lambat untuk menjalani aktiviti
pemulihan.
Pengajaran pemulihan biasanya dijalankan selepas satu-satu pengajaran selesai. Pada
masa yang sama murid-murid yang cerdas dan sederhana akan membuat aktiviti
pengayaan.

12

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Penilaian
Penilaian hendaklah dijalankan bagi memastikan sama ada objektif pelajaran yang
ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian dapat dijalankan dengan cara-cara yang berikut:
i.

Pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti pembelajaran dijalankan.

ii.

sesi soal jawab atau kuiz selepas tamat satu-satu pengajaran.

iii.

Pemeriksaan latihan harian.

Selepas penilaian, murid yang telah menguasai kemahiran tertentu akan kembali ke
kumpulan yang sejajar dengan kebolehannya. Murid yang masih belum dapat
menguasai kemahiran-kemahiran tetentu hendaklah dirujuk kepada guru khas
pemulihan.
2.2

Strategi Pengajaran Pemulihan


a.

Strategi Pengajaran Kumpulan Kecil

Murid-murid yang mengalami masalah yang sama dikumpulkan dalam


kumpulan kecil.

Ahli dalam kumpulan kecil boleh bertukar-tukar kerana murid yang lemah
dalam bahasa Melayu tidak semestinya lemah dalam mata pelajaran lain.

Guru dapat membimbing kumpulan ini dengan menggunakan bahan


bantu belajar yang memberikan peluang belajar kepada murid melalui
penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang beraneka jenis untuk
menarik minat serta mengukuhkan kemahiran bahasa. Bahan pengajaran
tersebut hendaklah digunakan dalam pelbagai situasi yang berlainan.

b.

Strategi Pengajaran Individu


Melalui pengajaran ini, guru memberikan perhatian kepada seorang murid dan
membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan penggunaan
bahan-bahan bantu belajar.

c.

Strategi Pengajaran Rakan Sebaya


Murid yang cerdas boleh diminta untuk membantu rakan-rakannya yang lambat
untuk menjalankan aktiviti pemulihan yang ditetapkan oleh guru.

13

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.3

Pemulihan dalam Kelas Khas


Pendidikan pemulihan khas disediakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid ini mengikuti aktiviti
pemulihan di dalam kelas khas yang disediakan khusus untuk pengajaran dan
pembelajaran mereka. Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di
kelas biasanya akan dipindahkan dalam kelas khas untuk mengikuti program pemulihan
khas dengan guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khusus dalam
pemulihan khas. Rasionalnya murid pemulihan khas ditempatkan di dalam kelas kerana
masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru.

Selain itu, segala

kemudahan yang terdapat di dalam kelas tersebut dapat digunakan dengan lebih
berkesan

serta

guru

dapat

menyediakan

suasana

pembelajaran

yang

lebih

menggalakkan minat murid untuk belajar. Program Pemulihan Khas disediakan untuk
membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai
dalam tempoh masa ditetapkan
Selain itu. kelas khas diwujudkan kepada kanak-kanak yang memerlukannya bertujuan
untuk membolehkan mereka menerima pembelajaran atau rawatan khas (jika perlu)
supaya keperluan-keperluan individu dapat dipenuhi atau dalam setengah-setengah
keadaan cuma dapat dibantu agar masalah yang sedia ada tidak menjadi bertambah
buruk atau menimbulkan kesan-kesan sampingan. Menurut laporan National Bureau for
Co-Operation in Child Care (1970) dalam Living With Handicaps, terdapat beberapa
cara untuk memberikan pengajaran kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini,
iaitu:
i.

Sekolah Khas berasrama penuh.

ii.

Sekolah Hospital.

iii.

Sekolah Berasrama Penuh yang dikendalikan 5 hari seminggu.

iv.

Sekolah Berasrama Penuh digunakan sebagai pusat (Base), iaitu kanak-kanak


ditempatkan seperti sekolah biasa.

v.

Menubuhkan kelas-kelas Pemulihan Khas di sekolah biasa.

14

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.4

Strategi Pemulihan Khas


a.

Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas

b.

Kenal pasti masalah murid

c.

Kenal pasti punca masalah murid

Menjalin hubungan mesra dengan murid

Menunjukkan penghargaan kepada murid

Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar

Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai

Pendekatan bermain sambil belajar

Teknik bercerita

Teknik latih tubi

Teknik bersoal jawab

Teknik nyanyian

d.

Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.

e.

Menjalankan aktiviti pengukuhan.

f.

Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

15

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2.5

Perbezaan Pemulihan dalam Kelas Biasa dan Pemulihan dalam Kelas Khas

latihan

Pemulihan Khas
Guru mempunyai asas perguruan
dan kursus khas.

Dilaksanakan semasa proses P


dan P kelas biasa.

Dijalankan pada waktu tertentu.

Perlu pada setiap mata pelajaran


yang diajarkan.

Hanya
melibatkan
Matematik

Murid kekal di dalam kelas semasa


sesi pemulihan.

Murid perlu masuk kelas khas


untuk sesi pemulihan.

Ujian bulanan atau penggal.

Ujian pencapaian
kemahiran.

Tidak perlu ujian saringan atau


diagnostik.

Perlu ujian saringan dan diagnostik.

Tidak memerlukan
terperinci.

Penyimpanan
segala
rekod
berkenaan murid adalah amat
penting.

Kekal di dalam kelas.

Murid akan balik ke kelas biasa


setelah
berjaya
menguasai
kemahiran.

Pemulihan dilakukan secara umum.

Murid tahap 1 dan 2 yang tidak


menguasai kemahiran.

Keutamaan murid tahap 1 yang


dicalonkan oleh guru kelas.

Pemulihan berdasarkan kelemahan


tertentu yang dikesan.

Guru
perlu
menjadi
AJK
perancangan kurikulum sekolah.

Bilangan murid tidak dihadkan.

Bilangan
orang.

Jadual waktu berdasarkan mata


pelajaran Bahasa Melayu yang
diajarkan.

Jadual waktu ditentukan sendiri


oleh guru pemulihan.

Guru terlibat dengan setiap panitia


mata pelajaran yang diajarkan.

Guru
perlu
menjadi
AJK
Perancangan Kurikulum Sekolah.

Pemulihan Biasa
Guru mempunyai asas
perguruan.

rekod

yang

murid

BM

bagi

dan

setiap

maksimum

15

16

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

17

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK 3

MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN DAN CARA MENGESAN


KESUKARAN PEMBELAJARAN

Sinopsis
Tajuk ini membincangkan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran mendengar
dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Cara mengesan kesukaran
pembelajaran bagi keempat-empat kemahiran bahas itu turut dibincangkan dalam tajuk ini.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.

Menjelaskan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa.

ii.

Menghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahirankemahiran bahasa.

3.1

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Masalah yang dialami murid dalam kemahiran mendengar seperti yang berikut:

Sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi vokal, konsonan, diftong

Tidak berupaya mengajuk bunyi

Tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar

Sukar mengingat fakta

Sukar memahami dan mentafsir maksud

Sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situas komunikasi

Gagal mengikut aliran idea dalam perbualan

Lemah ingatan pendengaran

Gagal mematuhi arahan

Masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur seperti yang berikut:

Kosa kata yang terhad

Menggunakan dialek

Menggunakan bahasa ibunda

Lemah dalam kesantunan berbahasa

18

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3.2

Kemahiran Membaca

Keliru pada huruf yang hampir sama. Contohnya huruf b-d, m-w

Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah.Contohnya huruf a-A, b-B

Masalah disleksia. Contohnya [kail] [kali], [dada]-[baba]

Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku
kata

3.3

Membaca secara berlagu

Bacaan tidak lancar, tersekat-sekat

Tidak mematuhi tanda baca

Membaca perkataan secara terbalik. Contohnya kelapa kepala, suka - saku

Lemah ingatan penglihatan

Tidak faham kandungan bahan yang dibaca

Sukar membuat hubung kait dan analisis

Tidak dapat membuat urutan isi

Kemahiran Menulis

Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal

Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

Salah ejaan

Kosa kata yang terhad

Aliran pemikiran tidak lancar

Lupa format penulisan

Lemah dalam penyampaian idea

Ayat yang tidak gramatis

Lemah dalam penggunaan tanda baca

Aktiviti 3
Berdasarkan masalah dalam satu kemahiran bahasa, rancangkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid untuk mengatasi
masalah tersebut.

19

BMM 3106 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3.4

Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran


Guru dapat mengenal pasti murid-murid yang memerlukan aktiviti pemulihan
berdasarkan cara seperti yang berikut:

Mengesan murid bermasalah melalui pemerhatian

Mengesan murid bermasalah melalui rekod prestasi berdasarkan keputusan ujian

Mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui ujian saringan
dan ujian diagnostik

Mengesan masalah murid melalui temu bual dengan guru kelas dan ibu bapa

Mengesan punca masalah dari aspek fizikal, intelek dan emosi yang mengganggu
pembelajaran.

Guru juga dapat mengesan kesukaran pembelajaran dengan cara mengadakan ujian
seperti yang berikut:

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf besar
dalam abjad.

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf kecil dalam
abjad.

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal pasangan nama huruf besar dan huruf
kecil.

Ujian pengamatan penglihatan untuk mengesan masalah songsang huruf atau


pembalikan huruf.

Ujian membezakan bunyi huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya.

Ujian untuk kemahiran membatang dan mencantumkan suku kata yang mempunyai
gugusan konsonan dalam perkataan.

Ujian untuk kemahiran membezakan bunyi e taling [e] dan bunyi e pepet [].

Ujian mengesan masalah kekeliruan sebutan yang disebabkan oleh sistem ejaan
dan bunyi fonik yang berbeza antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ujian mengesan kesukaran mengecam bentuk perkataan yang disebabkan oleh


masalah pengamatan penglihatan yang songsang.
Aktiviti 4
Sebagai guru Bahasa Melayu, bincangkan cara-cara anda dapat mengesan20
kesukaran pembelajaran dalam kemahiran bahasa murid yang anda ajarkan.

You might also like