You are on page 1of 8

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MENINGKATKAN TINGKAH LAKU POSITIF MURID


MENGGUNAKAN KIT ALBUM ANUGERAHKU BAGI MURID
TAHUN 4 NAIM SK KEBOR AYER
Oleh
Mason Maur Anak Changan & Rosmani Binti Ali
Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail.
sernbam90@gmail.com & ross6622@yahoo.com
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan tingkah laku positif murid
menggunakan kit Album Anugerahku bagi murid Tahun 4 Naim SK
Kebor Ayer. Kajian ini telah dijalankan terhadap 3 orang peserta kajian
yang kerap melakukan tingkah laku negatif yang secara tidak langsung
telah mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan Kit Album Anugerahku digunakan untuk membantu
pengkaji mengatasi masalah tingkah laku ini. Kaedah temubual, soal
selidik dan pemerhatian telah digunakan bagi mendapatkan segala data
yang diperlukan untuk kajian ini. Hasil daripada dapatan kajian, pengkaji
mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam perubahan tingkah laku
peserta kajian dan ini membuktikan bahawa penggunan kit Album
Anugerahku dapat meningkatkan tingkah laku positif peserta kajian.
Dengan penerapan motivasi ekstrinsik, pengkaji dapat memotivasikan
peserta kajian untuk mengurangkan tingkah laku negatif mereka. Pengkaji
berharap agar penyelidikan tindakan ini dapat memberikan kebaikan dan
seterusnya dapat membantu golongan pendidik dalam menghadapi
masalah tingkah laku kelas mereka. akhir sekali, pengkaji turut berharap
agar mampu memberikan maklumat yang bermanfaat untuk golongan
penyelidik yang lain dalam usaha melahirkan bangsa yang berakhlak mulia
dan memiliki peribadi yang baik di samping sahsiah yang sempurna.
Kata kunci : Meningkatkan, Tingkah laku, Positif, Kit Album
Anugerahku

PENDAHULUAN
Pada sesi praktikum fasa ketiga kali ini, pengkaji telah diberi mandat untuk mengajar di
Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Manir Terengganu. Sekolah ini merupakan sekolah
yang boleh dikategorikan sebagai sekolah luar bandar ataupun bahasa mudahnya, sekolah
kampung. Pengkaji telah diberikan amanah oleh pihak sekolah untuk mengajar murid
Tahun 4 Naim. Kelas ini telah ditunjangi oleh murid seramai 34 orang iaitu 19 orang
lelaki dan 15 orang perempuan.
Pada hari pertama pengkaji masuk ke kelas, semua murid kelihatan baik dan
mendengar kata. Namun, setelah minggu ketiga iaitu semasa setiap kali semasa kelas
pengkaji iaitu sewaktu kelas Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaran tiga orang murid didapati melakukan tingkah laku yang boleh
mengganggu proses kelancaran pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Peserta kajian
ini cuba untuk menarik perhatian pengkaji dengan melakukan perkara-perkara yang agak
217

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Walaupun ketiga-tiga


murid ini telah ditegur, namun demikian hasilnya tetap sama juga.
Pengkaji cuba untuk mengaplikasikan sedikit sebanyak perubahan dalam kelas
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan memberi motivasi berbentuk katakata semangat yang dilekatkan pada dinding kelas. Kata-kata semangat turut dilamina
dalam bentuk penanda buku untuk diberi kepada murid yang diberikan intervensi.
Pengkaji turut memberi motivasi ekstrinsik berbentuk barangan dengan hasrat berlaku
perubahan tingkah laku murid dan penglibatan mereka sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Lazimnya, orang percaya peneguhan yang diberikan ke atas tingkah laku yang
baik meninggalkan kesan-kesan baik kepada penerimanya. Sebagai contoh, dipercayai
apabila murid yang membuat kerja-kerja rumahnya dengan baik diberi peneguhan atas
prestasinya itu, tentu murid lebih terdorong mahu meningkatkan lagi prestasinya
(Abdullah Hassan Ainon Mohd, 2011).
FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah menerapkan motivasi ekstrinsik bagi mengatasi masalah tingkah laku
murid 4 Naim. Melalui penerapan motivasi tersebut, murid dapat mengubah tingkah laku
yang negatif dan secara tidak langsung dapat melibatkan diri secara aktif semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bagi memantapkan lagi penerapan motivasi
ekstrinsik yang dilakukan, pengkaji telah memberi token berbentuk kata-kata motivasi
yang dilamina dan dibuat dalam bentuk penanda buku selain daripada dilekatkan pada
dinding kelas. Pengkaji turut memberi token berbentuk barangan selain daripada katakata motivasi tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengatasi tingkah laku negatif peserta kajian semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Peserta kajian akan mengurangkan
tingkah laku negatif setelah mereka diberikan intervensi dengan menggunakan Kaedah
Penerapan Motivasi Ekstrinsik Dengan Menggunakan Kit Album Anugerahku.
Objektif khusus kajian ini adalah agar peserta kajian dapat ;
Mengurangkan tingkah laku negatif peserta kajian di dalam kelas sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu suka mengganggu rakan sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran dan tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan tingkah laku positif peserta kajian di dalam kelas sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu melengkapkan tugasan kerja rumah yang
diberi.
Meningkatkan penglibatan aktif peserta kajian semasa menjalankan aktiviti secara
berkumpulan.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dipilih untuk kajian tindakan ini ialah murid-murid Tahun 4
Naim dari Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Manir Terengganu. Seramai 3 orang dari
kelas berkenaan dipilih untuk menjadi peserta kepada kajian ini. Ketiga-tiga peserta
kajian adalah lelaki, kaum melayu dan beragama Islam. Ciri-ciri peserta kajian yang
218

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

dipilih oleh pengkaji telah diperhatikan dan ditinjau selama dua minggu pengkaji
mengajar kelas berkenaan. Ciri-ciri yang ada pada peserta kajian telah diperhatikan oleh
pengkaji sebelum mereka didedahkan dengan penerapan motivasi secara ekstrinsik oleh
guru dalam usaha untuk meningkatkan kualiti disiplin dan seterusnya melibatkan mereka
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
TINDAKAN
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan model kajian tindakan yang
dibangunkan oleh Kemmis & Mc Taggart (1988). Terdapat empat proses yang terlibat
berdasarkan model ini iaitu mereflek (reflect), merancang (plan), bertindak (act) dan
memerhati (observe). Pengkaji telah mengumpul data yang bersifat kualitatif bagi
menjalankan kajian ini.

Rajah 1.0

Model Kajian Tindakan Model Kemmis & Mc Taggart (1988)


Perlaksanaan Kajian Mengikut Model Kemmis & Mc Taggert (1988)
Proses kajian tindakan bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas
satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Dalam kajian ini,
pengkaji telah memilih 3 orang murid lelaki dari kelas Tahun 4 Naim sebagai peserta
kajian ini. Pengkaji telah mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan yang wujud
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di kelas berkenaan terutama
semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
Bagi mengatasi permasalahan ini, pengkaji telah membuat pengumpulan
beberapa maklumat menerusi pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Bagi mengatasi
permasalahan yang berlaku, pengkaji telah menggunakan kaedah Penerapan Motivasi
Ekstrinsik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Penerapan Motivasi
Ekstrinsik tersebut adalah kaedah di mana guru akan memberikan motivasi ekstrinsik
melalui dua cara iaitu melalui motivasi persekitaran dan motivasi keperluan.
Selepas membuat perancangan, pengkaji telah mengambil tindakan mengikut
perancangan yang diunjurkan dalam model Kemmis & McTanggart(1988). Untuk
menjalankan tindakan ini, pengkaji telah melibatkan dua peringkat sebagai langkah
penerapan motivasi tersebut.

219

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Peringkat 1
Sebelum pengkaji melibatkan intervensi, pengkaji telah melakukan pemerhatian terhadap
tingkah laku peserta kajian terlebih dahulu. Pemerhatian ini telah dijalankan di dalam
bilik darjah dan juga di luar bilik darjah seperti pusat sumber sekolah. Sepanjang
pemerhatian ini dijalankan, pengkaji telah memerhatikan tingkah laku negatif peserta
kajian. Untuk memastikan pengkaji mendapat maklumat yang mencukupi, pengkaji turut
membuat temu bual dan soal selidik guru subjek lain yang mengajar di kelas Tahun 4
Naim tersebut.
Peringkat 2
Dalam kajian ini, pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas tiga orang peserta kajian
untuk mendapatkan maklumat perubahan tingkah laku negatif peserta kajian kepada
tingkah laku positif. Setelah intervensi dilaksanakan, pengkaji akan menilai perubahan
tingkah laku peserta kajian sebelum intervensi, semasa intervensi dan selepas intervensi.
Pengkaji telah membuat pemerhatian secara sistematik iaitu dengan menggunakan borang
data perekodan peristiwa iaitu event recording. Dalam peringkat 2 ini pula, pengkaji
telah membuat perjumpaan secara individu bersama dengan peserta kajian berkenaan.
Pengkaji menemu bual dan menerangkan apa yang menjadi kesilapan mereka semasa
dalam kelas. Selain itu, pengkaji turut menyediakan beberapa kata-kata motivasi dan
kata-kata tersebut dilaminakan kemudian diberi kepada murid yang mencapai penilaian
yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Pengkaji turut menampal kata-kata semangat
berkenaan pada dinding dan sudut di dalam kelas 4 Naim untuk dihayati oleh murid
dalam kelas berkenaan.
Namun begitu, pengkaji turut menarik balik pengurniaan token sekiranya ada
responden yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Penarikan balik
token ini adalah sebagai salah satu dendaan yang dikenakan kepada responden yang
melakukan tingkah laku negatif.
Bagi menilai keberkesanan kaedah yang telah diberikan, pengkaji membuat
pemerhatian dengan mengumpul data-data yang baru. Pemerhatian dibuat berdasarkan
kepada senarai semak yang telah disediakan. Keseluruhan perlaksanaan ini disifatkan
sebagai gelungan pertama.
Proses Penambahbaikan/Pengubahsuaian (Gelung Kedua)
Gelung kedua wujud apabila pengkaji ingin melakukan pengubahsuaian terhadap
intervensi. Pada gelungan kedua, pengkaji akan menggunakan pelan tindakan pada gelung
pertama dengan mengaplikasikan penambahbaikan yang ingin dilakukan terhadap
intervensi tersebut.
Dalam kajian ini, semasa pada gelung pertama, pengkaji hanya memberikan katakata motivasi yang dilamina begitu sahaja kepada peserta kajian. Selain itu, pengkaji turut
berjanji memberikan ganjaran kepada peserta kajian yang dapat merubah tingkah laku
negatif kepada tingkah laku positif melalui percakapan mulut sahaja. Oleh kerana
pengkaji mendapati bahawa ada peserta kajian yang tercicir kata-kata semangat yang
dilamina, maka pengkaji telah membuat penambahbaikan terhadap intervensi yang
dilakukan. Pengkaji telah mewujudkan satu Album Anugeraku untuk setiap peserta
kajian pengkaji. Dengan menggunakan album ini, pengkaji dapat memastikan bahawa
tiada peserta kajian yang akan tercicir kata-kata semangat yang dilaminakan tersebut.
Selain daripada itu, pengkaji turut melamina gambar-gambar barangan yang ingin
diberi sebagai ganjaran kepada peserta kajian. Dengan melaminakan gambar-gambar ini,
pengkaji boleh membuat penarikan ganjaran dengan mengeluarkan ganjaran tersebut
daripada Album Anugerahku peserta kajian. Pengkaji turut meberi satu sijil
220

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

penganugerahan kepada salah seorang peserta kajian yang menunjukkan perubahan


tingkah laku positif yang lebih cemerlang antara mereka bertiga. Secara tidak langsung,
ini akan menaikkan semangat ekstrinsik murid lain untuk merubah diri mereka seperti
rakan mereka yang lain.
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Jumlah Kekerapan (%)

Adakah melalui penerapan motivasi ekstrinsik dengan menggunakan kit Album


Anugerahku dapat mengurangkan tingkah laku negatif murid dalam kelas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung?
100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

Sebelum Intervensi
Semasa Intervensi
Selepas Intervensi

Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Peserta Kajian 3


Tingkah Laku Negatif Peserta Kajian

Rajah 1
Kekerapan Peserta Kajian 1, 2 & 3
Melakukan Tingkah Laku Negatif Bagi Tingkah Laku 1 Iaitu
Tidak Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Semasa P&P Berlangsung

Berdasarkan graf bar, jelas menunjukkan perubahan tingkah laku setiap peserta kajian
setelah intervensi dilaksanakan ke atas mereka. Peserta kajian 1 menunjukkan perubahan
tingkah laku negatif daripada 50% kekerapan sebelum intervensi kepada 20% selepas
intervensi ditamatkan. Peserta kajian 2 pula menujukkan perubahan tingkah laku negatif
daripada 70% kepada 10% selepas intervensi ditamatkan. Akhir sekali peserta ketiga iaitu
daripada 50% kepada 20% selepas intervensi ditamatkan.

Adakah melalui penerapan motivasi ekstrinsik dengan menggunakan kit Album


Anugerahku dapat meningkatkan penglibatan aktif murid semasa menjalankan
aktiviti secara berkumpulan?
Graf bar di atas menunjukkan jumlah peratusan bagi aspek membantu peserta kajian lebih
bermotivasi untuk memahami isi pelajaran. Item Aspek 1 iait Aktiviti berkumpulan ini
memudahkan saya memahami isi pelajaran, menunjukkan 100% peserta kajian bersetuju
bahawa intervensi membantu mereka. Manakala bagi aspek 2 iaitu Saya lebih
bersemangat untuk belajar dalam aktiviti berkumpulan ini menunjukkan 33% iaitu
seorang peserta kajian bersetuju dan 67% tidak bersetuju iaitu 2 orang peserta kajian
tidak bersetuju. Bagi aspek 3 iaitu Saya suka dengan kata-kata motivasi yang diberi
221

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

kerana dapat menaikkan semangat belajar saya, 100% peserta kajian bersetuju bahawa
intervensi membantu mereka dalam aktiviti berkumpulan.

Jumlah Peratusan

100

100

100

80

67

60
33

40
20

0
Aspek 1

Aspek 2

Aspek 3

Item Aspek Membantu Peserta Kajian Lebih Bermotivasi Untuk


Memahami Isi Pelajaran
Setuju

Tidak Setuju

Rajah 2
Analisis Data Soal Selidik Peserta Kajian 1, Peserta Kajian 2 dan Peserta Kajian 3
Dalam Aspek Membantu Peserta Kajian Lebih Bermotivasi Untuk Memahami Isi
Pelajaran

Adakah melalui penerapan motivasi ekstrinsik dengan menggunakan kit Album


Anugerahku dapat meningkatkan tingkah laku positif murid di dalam kelas
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran?

Jumlah Kekerapan

100
80
60
Sebelum Intervensi
40

Semasa Intervensi

20

Selepas Intervensi

0
Peserta Kajian 1

Peserta Kajian 2

Peserta Kajian 3

Tingkah Laku Positif Peserta Kajian

Rajah 3
Kekerapan Peserta Kajian 1, 2 & 3
Bagi Tingkah Laku Positif Iaitu Menyiapkan Setiap Tugasan Yang Diberikan.

Graf bar di atas menunjukkan kekerapan peserta kajian melakukan tingkah laku positif
iaitu menyiapkan tugasan yang diberikan. Peserta kajian 1 menunjukkan perubahan
tingkah laku positif daripada 30% kekerapan sebelum intervensi kepada 70% selepas
intervensi ditamatkan. Peserta kajian 2 pula menujukkan perubahan tingkah laku negatif
222

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

daripada 50% kepada 90% selepas intervensi ditamatkan. Akhir sekali peserta ketiga iaitu
daripada 20% kepada 70% selepas intervensi ditamatkan.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Adakah melalui penerapan motivasi ekstrinsik dengan menggunakan kit Album
Anugerahku dapat meningkatkan tingkah laku positif murid di dalam kelas
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran?
Setelah intervensi dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian tidak
lagi membuat gangguan di dalam kelas. Malahan, peserta kajian juga turut memberikan
perhatian sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini turut dapat
dibuktikan melalui hasil temubual pengkaji dengan guru pembimbing. Jika dibandingkan
dengan sebelum intervensi dilakukan, peserta kajian melakukan tingkah laku negatif
seperti mengganggu rakan semasa melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pengkaji
dan berjalan semasa dalam p&p pengkaji.
Selain itu, kajian ini juga turut membantu pengkaji untuk meningkatkan tingkah
laku positif peserta kajian. Ini penting agar membantu dalam kawalan kelas pengkaji.
Menurut Eileen (2000) dalam kajiannya tentang kawalan kelas, selalunya sistem kawalan
kelas yang lemah menjadi punca utama kebanyakkan proses P&P tidak dapat dijalankan
dengan baik. Keadaan ini timbul disebabkan oleh beberapa perkara seperti, kurangnya
minat murid terhadap proses P&P serta kaedah tradisional dalam proses P&P masih
digunakan. Tambahan pula, kurangnya rasa hormat kepada guru serta hilang rasa
tanggungjawab sebagai seorang murid juga menyebabkan mereka sering tidak
mengendahkan tugasan dan arahan yang diberikan oleh guru. Setelah intervensi
dilaksanakan, tingkah laku peserta kajian lebih mudah dikawal berbanding dengan
sebelum intervensi dilaksanakan. Peserta kajian telah menunjukkan tingkah laku positif
seperti apa yang diharapkan oleh pengkaji. Dengan perubahan sedikit sebanyak daripada
tingkah laku peserta ini, proses pembelajaran dan pengajaran kelas pengkaji lebih mudah
dijalankan.
Adakah melalui penerapan motivasi ekstrinsik dengan menggunakan kit Album
Anugerahku dapat meningkatkan penglibatan aktif murid semasa menjalankan
aktiviti secara berkumpulan?
Menurut Gibb (1969), aktiviti berkumpulan adalah apabila beerapa orang idividuindividu yg mempunyai tujuan yg sama, saling berhubungan dan bertukartukar pendapat
serta fikiran dan bergantung diantara satu sama lain atau berganding bahu dlm apa juga
aktiviti utk mencapai objektif mereka. Apa yang dapat diperhatikan oleh pengkaji, ada
peserta kajian yang telah menunjukkan perubahan dan mulai memberikan kerjasama
dalam ahli kumpulan mereka. Ada juga peserta kajian yang bekerjasama semasa
menjalankan tugasan dalam aktiviti berkumpulan. Semua ini berlaku setelah intervensi
dilaksanakan kepada peserta kajian tersebut. Secara tidak langsung, turut memberikan
kesan positif kepada murid sekeliling mereka.

223

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

RUJUKAN
Abdul Rahim Marzuki (2006). Pelaksanaan Program Ekonomi Token Dalam
mengurangkan Tingkahlaku Bermasalah Murid Pemulihan Khas Satu Kajian Kes.
Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2006.
Kuala Lumpur : Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.
Mok Song Sang (2003) Psikologi Pendidikan : untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3. Subang Jaya : Kumpulan Budiman.
Nurul Aina Zakaria (2011) Mengurangkan Tingkahlaku Negatif Murid Bermasalah emosi
Dalam Aktiviti Pengajran Dan Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah
Token. Insititut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Diperoleh dari
http://www.scrib.com/doc/39187079/Prosiding-Kajian-Penggunaan-Tokenekonomi-Nurul-Aina-Zakaria-PDF diakses pada 17 Mei 2013.
Sharifah Alawiyah Alsagoff, (1987). Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur : Heinemann Malaysia Sdn. Bhd
Woolfolk, A. (2001). Education Psychology. Boston : Allyn & Bacon.

224

You might also like