You are on page 1of 4

Laporan Hari Perkhemahan SJK(T) Mambang Di Awan

Hari Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil


Mambang Di Awan telah dijalankan pada 20 April 2014 bersamaan dengan hari
Ahad. Perkhemahan badan beruniform ini telah dilaksanakan selama satu hari.
Program perkhemahan ini telah dijalankan di kawasan sekolah SJK(T) Mambang Di
Awan. Aktiviti yang disediakan semasa program perkhemahan ini bermula pada
pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Murid murid Tahap Dua
SJK(T) Mambang Di Awan telah dijemput melibatkan diri dalam program
perkhemahan tahunan ini. Untuk menjayakan program perkhemahan, dan
melancarkan perjalanan program, lapan guru pelatih daripada Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh telah turut serta dalam program perkhemahan ini. Guru guru
pelatih tersebut telah diberi tanggungjawab sebagai fasilitator untuk aktiviti aktiviti
perkhemahan ini.
Pada hari perkhemahan, seramai 40 orang murid daripada SJK(T) Mambang
Di Awan telah berada di perkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Kaunter
pendaftaran telah ditempatkan mengikut badan beruniform untuk memudahkan
proses pendaftaran. Puan Gunamadey, Puan Thiruselvi, dan Cik Vasantha telah
menjalankan proses pendaftaran murid murid mengikut badan beruniform masing
masing. Puna Gunamadey telah diberikan tanggungjawab untuk mendaftar murid
murid Persatuan Bulan Sabit Merah, manakala Puan Thiruselvi bertanggungjawab
mendaftar murid murid Tunas Kadet Remaja Sekolah. Cik Vasantha pula
diamanahkan untuk mendaftar murid murid Pengakap. Selepas pendaftaran, murid
murid telah bergerak padang sekolah untuk memulakan aktiviti pertama dalam
program perkhemahan.
Aktiviti pertama dalam Program Perkhemahan Badan Beruniform SJK(T)
Mambang Di Awan ialah aktiviti dalam kumpulan. Aktiviti dalam kumpulan ini
diadakan untuk mengagihkan murid murid dalam kumpulan yang lebih kecil, dan
melahirkan semangat kekawanan yang kuat dalam kumpulan mereka. Aktiviti ini
dijalankan oleh guru pelatih IPG Kampus Ipoh, iaitu Encik Vijayaseelan. Kumpulan
diagihkan mengikut bulan lahir peserta. Dan kami dapat mengagihkan kumpulan
peserta kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lapan orang. Setiap

kumpulan ditugaskan dengan seorang guru pelatih IPG Kampus Ipoh. Selepas
aktiviti pengagihan kumpulan dijalankan, setiap kumpulan diberikan masa untuk
mendirikan khemah. Pada masa yang sama juga, setiap kumpulan diarah untuk
memberikan nama, slogan dan sorak untuk kumpulan mereka. Selepas aktiviti
mendirikan khemah dilaksanakan, semua peserta diarah berhimpun mengikut
kumpulan masing masing. Mereka dikehendaki mempersembahkan nama, slogan
dan sorak kumpulan mereka. Aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar, dan
semua kumpulan mempamerkan semangat kekawanan yang tinggi semasa
persembahan tersebut.
Selepas aktiviti dalam kumpulan dijalankan, aktiviti kawad kaki statik pula
dilaksanakan. Aktiviti ini telah diketuai oleh Encik Sugandesh dan Encik
Suguneshwaran. Murid murid telah diberi pendedahan mengenai kawad kaki statik
dalam kumpulan besar. Selepas pendedahan awal tersebut, setiap kumpulan telah
dilatih oleh fasilitator masing masing. Setiap kumpulan telah diberi masa 20 minit
untuk membuat latihan dalam kumpulan. Kemudian, semua kumpulan dipanggil
berhimpun dalam kumpulan yang besar. Kelima - lima kumpulan tersebut diuji dari
segi kecekapan kawad kaki kumpulan mereka, dan juga keseragaman kawad kaki
kumpulan mereka. Aktiviti kawad kaki juga dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa
sebarang gangguan.
Minum pagi telah disediakan untuk murid murid dan guru guru pelatih.
Minum pagi telah disediakan atas usaha guru guru SJK(T) Mambang Di Awan.
Dengan habisnya minum pagi, program perkhemahan diteruskan dengan aktiviti
membina gajet. Aktiviti gajet ini diketuai oleh Puan Sivagami dan Puan Thiruselvi.
Dua guru pelatih daripada IPG Kampus Ipoh, iaitu Cik Valaarmaty dan Encik Mugilan
juga telah ditugaskan untuk membantu peserta peserta program perkhemahan
dapat mempelajari gajet yang diajar pada waktu yang singkat. Dua jenis gajet telah
diajar kepada peserta, iaitu tripod dan rak kasut. Pada mulanya peserta ditunjukkan
cara untuk membina gajet tersebut. Guru guru dan fasilitator program telah
memberikan tunjuk ajar kepada murid murid. Selepas mereka menunjukkan cara
membina gajet tersebut secara lengkap, murid murid pula diberi peluang untuk
membina gajet dalam kumpulan masing masing. Murid murid telah diberi masa
yang mencukupi. Dengan bimbingan daripada fasilitator kumpulan mereka, mereka

dapat membina gajet tersebut dengan baik. Selepas mereka habis membina gajet
tersebut, gajet gajet tersebut telah dinilai daripada segi kekemasan dan kekuatan
ikatan tersebut.
Selepas aktiviti membina gajet, aktiviti nyanyian lagu telah dijalankan. Aktiviti
ini telah ditugaskan kepada Encik Sugandesh dan Encik Suguneshwaran. Mereka
telah dibantu oleh CIk Dewagi dan Atikalla daripada IPG Kampus Ipoh untuk
melancarkan aktiviti tersebut. Lagu lagu kanak yang terkenal telah dipilih dan
diubahsuai mengikut murid murid tersebut. Untuk memastikan mereka dapat
mempelajari lagu tersebut dengan baik, hanya dua lagu kanak kanak telah diajar
pada sesi tersebut. Lagu pertama ialah Cacing panjang & cacing pendek. Lagu ini
telah diajar dengan irama dan juga pergerakan yang sesuai untuk lagu tersebut.
Murid murid telah menunjukkan respons yang baik kepada lagu ini. Selepas itu,
lagu Di sini di sini kita berkumpul telah diajar kepada murid murid. Lagu ini juga
diajar dengan irama dan pergerakan yang sesuai dengan lagu tersebut. Aktiviti
nyanyian lagu ini dapat memberi keseronokan kepada murid murid. Mereka dapat
menghiburkan diri mereka sendiri melalui aktiviti nyanyian ini.
Makan tengahari telah disediakan untuk murid murid dan guru guru
pelatih dari IPG Kampus Ipoh. Makan tengahari ini disediakan atas usaha guru
guru SJK(T) Mambang Di Awan. Satu jam telah diberi kepada murid murid untuk
memastikan mereka semua dapat menjamu selera dan mendapatkan rehat yang
secukupnya, sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya.
Selepas makan tengahari, program perkhemahan diteruskan dengan aktiviti
berpangkalan. Terdapat 6 stesen disediakan untuk setiap kumpulan. Setiap
kumpulan perlu menghabiskan tugasan yang diberikan di setiap stesen, Setelah
mereka selesaikan tugasan tersebut, mereka perlu bergerak ke stesen yang
seterusnya.

Dalam

aktiviti

berpangkalan

ini,

keutamaan

diberikan

kepada

pengetahuan ikatan dan anduh. Stesen satu ditugaskan dengan mengajar simpul
manuk. Stesen ini diuruskan oleh Encik Mugilan. Stesen dua pula ditugaskan
dengan mengajar ikatan buku sila. Stesen ini diuruskan oleh Cik Valaarmaty. Anduh
bahu dan tangan pula diajar di stesen tiga, dan stesen tersebut diuruskan oleh Encik
Vijayaseelan. Stesen empat pula ditugaskan dengan mengajar anduh tapak tangan.

Stesen tersebut diuruskan oleh Cik Thevika. Stesen lima merupakan aktiviti telefon
karat. Aktiviti ini telah diketuai oleh CIk Dewagi dan Cik Atikalla. Stesen enam
merupakan stesen lari berhalangan. Stesen terakhir ini pula bertujuan untuk
menggembirakan hati peserta, dan mengeratkan hubungan baik antara kumpulan
mereka. Semua kumpulan telah menunjukkan semangat yang tinggi apabila
melaksanakan aktiviti berpangkalan ini. Semangat kumpulan tersebut dapat dilihat
semasa melaksanakan aktiviti aktiviti tersebut.
Upacara perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Encik Archunan a/l
Maniandi, selaku Guru Besar SJK(T) Mambang Di Awan. Beliau telah memberikan
sepatah dua kata mengenai kejayaan program perkhemahan tersebut dan
mengakhiri program perkhemahan tersebut secara rasmi. Beliau juga telah
menganugerahkan sijil penghargaan kepada guru guru pelatih daripada IPG
Kampus Ipoh untuk kesudian mereka membantu dalam program tersebut. Program
pada hari tersebut berakhir dengan baik.
Penyampaian sijil penghargaan kepada guru guru SJK(T) Mambang Di
Awan telah dilaksanakan pada perhimpunan rasmi hari Isnin. Peserta peserta juga
dianugerahkan dengan sijil penyertaan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_____________________

___________________

(En. Mior Mhd. Faizal B. Mohd Zaini)

(En. Archunan a/l Maniandi)

Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Guru Besar,

SJK(T) Mambang Di Awan

SJK(T) Mambang Di Awan.

You might also like