You are on page 1of 27

PERISTIWA 13 MEI 1969

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara.
Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak
nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya
Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di
Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan
ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal
memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan
DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di
Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat
kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas
sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana
tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut
telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang
banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia.
Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama
berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah
ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar
untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.
1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Peristiwa 13 Mei 1969
1.1.1 Dasar Pecah Dan Perintah British
Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompokkelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga
kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana
mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia.
Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum
seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal
di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah
berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas
hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan
prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah
yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
1.1.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan
Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu
asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan
yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka
telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anakanak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan
tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya
mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China
mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang
berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang

seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda
masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah
menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam
pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

1.1.3 Perbezaan Agama Dan Kebudayaan


Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca
berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan
besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze,
Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat
ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang
berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia.
Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaumkaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain
tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara
yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.
Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

1.1.4 Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan


Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di
kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun
keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat
India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan
ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara
satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13
Mei 1969.

1.1.5 Persatuan-persatuan Etnik


Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum
telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang
berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak
wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya
memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman
seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum
hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum
yang lain.

1.1.6 Pendudukan Jepun


Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah
akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang
lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi
dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan
awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang
melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai
askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat
sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian
People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera
Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah
menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan
kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

1.17 Membangkitkan Soal Sensitif Pada Pilihanraya Umum 1969.


Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang
bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang
Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini
telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah
memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti
Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu.
Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah
mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan
Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13
Mei 1969.

1.2

Gambaran Detik-Detik 13 Mei 1969 Secara Ringkas

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan
"Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa
Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan

Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin
mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNOMCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai
satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam
Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada
66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP)
dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi.Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian
gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.
Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui)
telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut
dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu,
melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. [1]. Pihak
pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action
Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun
perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu
Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan
membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagi simbol menyapu keluar orang
Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai
tengelamnya kapal Perikatan the coalition's logo. [3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei
1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di
atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah
mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Pembangkang meraikan kemenangan


Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10
Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu,
Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti
tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke
Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di
Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO,
berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah
Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu
kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih

kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu
ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial).
Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.


Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang
jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi
perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan.
Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf
sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang
tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda
Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar
Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang

berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu
arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar
dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu
di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat ceritacerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya
dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum
menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin
yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung
Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya
dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap
telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala
Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai
senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah
menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar
terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah.
Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih
awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.


Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer
ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India,
Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan
kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan
Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain


mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar
Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul
Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya
beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil
harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai
orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu
tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di
Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman
televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap,
dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada
bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di
skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.
Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa
cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke
dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada. Hampir
semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat
mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang
melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya
persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas
lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik
kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang
menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu
yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak
orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka
melanggar perintah berkurung.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau
masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang
sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The
Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan
sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina
yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke


Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak
disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang
telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke
Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari
Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya
menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah
menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang
pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan
penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di
Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor
dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM.
Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh
PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka
akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik"
Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku
Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti,
Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke
Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup
dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri
seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya
pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri
tersebut seperti di selatan thai.
Persepsi
Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum
cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang
diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu
terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti
menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara
komunis berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian
Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan
bekas ahli parlimen Kua Kia Soong telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan
dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut
mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang
sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh
"ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan
Tunku Abdul Rahman.

Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah
thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000
orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu : 86 orang

Cina : 342 orang

Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang
menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak
sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan
kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku
sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati
hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam
peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa
sama ada kita hidup atau mati".

Mageran
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan
ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh
Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Mageran
telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut.
Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.
Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sesetangah orang melayu mempersalahkan Tunku Abdul Rahman kerana
gagal membendung ancaman rusuhan perkauman tersebut. Di antara tokoh yang
lantang menghentam Tunku ialah Tun Dr Mahathir menerusi buku "Dilema Melayu"
("Malay Dilemma"). Buku tersebut pernah diharamkan oleh Tunku.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk
mencari punca dan penyelesaian agar trajedi tersebut tidak berulang. Diantara
tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan
kefahaman rakyat pada perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan
Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti
ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang
bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding
pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP.

2.0 Usaha Membentuk Perpaduan Kaum


Usaha membentuk perpaduan kaum merupakan satu perlkara yang
amat penting untuk membentuk satu negara yang utuh. Menyedari hakikat tersebut,
kerajaan telah berusaha membentuk perpaduan kaum di negara Malaysia agar
Malaysia
mampu
maju
seiring
dengan
negara
lain
di
dunia.
Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyaralat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair. Perpaduan
boleh dicapai melalui dua cara utama iaitu :
1)Integrasi
Satu merupakan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulankumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesuatu unit
politik.
2)Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti
diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik
yang lebih besar. Namun dalam jika diteliti kedua-dua aspek di atas kerajaan lebih
banyak mengusahakan pembentukan perpaduan kaum melalui proses integrasi
kerana melalui proses integrasi setiap etnik akan dapat berkongsi satu identiti nasional
dan apabila ini berlaku maka secara logiknya akan wujudlah proses asimilasi. Namun

begitu apa yang ingin difokuskan di sini ialah usaha kerajaan membentuk perpaduan
selepas peristiwa 13 Mei 1969.
2.1 Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
2.1.1Mengisytiharkan Darurat
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan
pertempuran antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan
ketegangan keadaan ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di
seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan
keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang
terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba
menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat.
2.1.2 Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN )
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969
kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut
menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai
kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr.
Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri
Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh
Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan
semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan
berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
2.1.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk
membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah
dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.

j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan
negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan
pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai
perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di
Malaysia.
2.1.4 Memperkenalkan Rukun Negara.
Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai
satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk
memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di
Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk
mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan
agama. Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah
untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang
telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah:
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
2) Memelihara cara hidup demokratik.
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak.
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.
Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan.
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara..
3. Kedaulatan Undang-undang
4. Keluhuran Perlembagaan.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
2.1.5 Pembentukan Majlis Muhibah
Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN.
Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap
peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk
memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat
Malaysia. Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di
kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan
keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa
hitam 13 Mei 1969.
2.1.6 Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional)
Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula
menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai
kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi
maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India

Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik.
Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik
dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya
menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin
mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

3.0 Dasar-Dasar Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik


Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap
perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato Hussein
menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan
mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah
diambil untuk mengatasi maslah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina
perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa.
3.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang
dua mata iaitu:
3.1.1 Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan
antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana
ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan
suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain.
Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak
tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani
nelayan dan pesawah.
Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut:
a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi dan kredit
bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun.
b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih
kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta
bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada
pekebun kecil.
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk
membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih
berguna.
d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni
desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara
(FELCRA).
e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah

bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga
kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.

3.1.2 Penyusunan Semula Masyarakat


Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan
untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat
ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini
kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan
perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi
kaum Bumiputera pada tahun 1990.
Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkahlangkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
i) Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya.
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti.
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan
masyarakat bumiputera.
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar
negeri khas untuk pelajar Bumiputera.
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam
sektor awam dan swasta.
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut
menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen
DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan
meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah:
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB).
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).
4. Bank Negara.
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
6. Skim Amnah Saham Bumiputera.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA).
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN).
3.1.2 Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990.
Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat
DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti
pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun
begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah
yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan
pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan.
3.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran
1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia
telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan
untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan
keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan


dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah:
1. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah.
2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah
diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di
sekolah rendah pad athaun 1970 tetapi mulai tahun 1983 semua kursus tahun
pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu.
Objektif utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara
dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.
Antara matlamat lain dasar ini ialah:
i) Untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja
khasnya dalam bidang sains dan teknologi.
iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik negara.
iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami
antara satu sama lain.
v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran
dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja
negara.
vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yag kurang
bernasib baik dan kawasan luar bandar.
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah:
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.
b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah.
c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan
kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan.
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988.
d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan.
e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan.
f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan
pelajaran.
Langkah-langkah di atas amat penting untuk memupuk perpaduan
terutamanya langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
yang utama. Ini akan memberikan kefahaman dan rasa saling memahami sambil
dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat
berinteraksi dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu. Melalui
aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan generasi yang dapat
menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada
peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara
yang telah ditetapkan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar
pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta
kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan
perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang.
3.3 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan
agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama
lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk
warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu
keperibadian Malaysia.
Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang
telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu:
I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini;
II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan.
III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai
kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang
budaya masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu sama lain dapat
dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai
daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat
Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah:
i) Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan.
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam
sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.
3.3.1 Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal
pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat
diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua dalam soal
Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti di bawah agar
matlamatnya tercapai:
1. Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di peringkat
negeri dan nasional.
2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan.
3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita.
4. Memupuk kesedaran kebangsaan.
5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara.

3.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPB)


Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri
Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi
menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000.
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan
untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.
DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut:
a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan.
c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan
perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada
pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia.
d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negerinegeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar.
e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat
menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial
dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja
yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi
menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan
dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan
budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian
yang moden.
h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian
yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam
jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara
berterusan.
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan
strategi ekonomi DEB iaitu:
a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di
samping mengurangkan kemiskinan relatif.
b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan
dan perindustrian Bumiputera.
c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses
penyusunan semula masyarakat
d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk
sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan
yang saksama.
DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan

bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan sentosa.
Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak
memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut
yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat
Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk
sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan
dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama
dalam keadaan dan suasana yang aman damai. Jika dilihat faktor berlakunya
peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah
membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk
memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa
13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat
Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk
memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.
Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita
kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan
saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita
saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus
mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan salig
membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang
dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya
agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas
menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi
pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah
dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Pembangunan Nasional serta wawasan
Rujukan

Ramlah Adam, 'Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra'. Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004.
Tunku Abdul Rahman Putra, '13 Mei - Sebelum dan Selepas'. [1]
Leon Comber, "13 May 1969, A Survey of Sino-Malay Relations",Heinemann
Asia Ltd., Kuala Lumpur, 1981, Kamarudin, Raja Petra (June 13, 2005). "Silver
lining in a dark cloud: May 13 was not all bad news". Malaysia Today.

Contoh isu isu perpaduan sebelum merdeka


dasar pecah dan perintah british,
kedudukan jepun,
sekolah vernakular,
penubuhan parti2 politik.

Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia


Dr Rahmat Ghazali
Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang
dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha
menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah
usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah
pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu
sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.
Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah
setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu
Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah
yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks
ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan
penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang
seringkali kita rujuk sebagai kontrak sosial antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik
yang dominan di Malaysia.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia
Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi pecah dan
perintah. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk
nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak
penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme
atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang they mix but do not combine atau dalam
bahasa ibunda, mereka bercampur tetapi tidak bersatu. Bagi Furnival falsafah pluralisme
sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara.
Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan fungsional
daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di
tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan
persekitaran tersebut.
Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam
menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan
empatetik sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya
berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya
pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk
sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai,
norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan
amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa
disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama
kita.
Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan
menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang
etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita
perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152
(memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan
falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan
media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan
melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di manamana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada
mengangkat falsafah Artikel 153.
Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan
kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik,
dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik
kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme
Furnival.
Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada
tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan
peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik
sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk
mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian.
Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik
seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada
tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan Operasi Lalang, yang menurut beberapa
pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah
kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung
Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa
UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk
hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang
kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.
Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar keskes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah
perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan
sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang
mengatakan bahawa sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik
di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen
sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.
Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik
kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan sistem
amaran konflik perkauman yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya
sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan adhoc iaitu mencegah perbalahan etnik
daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum.
Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.
Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen
pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza
dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan
oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan
berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan
yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan
konsep melting pot atau acuan pelebur dalam pendekatan mereka untuk menyatukan
pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses
peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna
dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep acuan pelebur itu
tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep salad bowl atau mangkuk sayur-mayur
yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit
dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.
Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku
proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa
dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.
Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini
sebagai satu bentuk penjajahan dalaman kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan
majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan
majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar
memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum.
Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi
sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan
perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi
mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran
bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para
pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan
persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus
penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan
Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia,
kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan
media massa monoetnik.
Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana
kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi
dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya
dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang
India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada
tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika
Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang
bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah
elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong
kelangsungan budaya mereka masing-masing.
Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah
dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun
Mahathir pernah menyatakan bahawa Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya
nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan
budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional (dipetik daripada Munro-Kua
1996).
Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep
perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu.

Menurut Tun, Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa
identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk
merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing
seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan
Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India
sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada
konsep pluralisme Furnival.
Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas
platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020,
kerana ia diangkat sebagai suatu Bangsa Malaysia tanpa melihat perbedaan warna kulit dan
amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan
2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan
inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen,
sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan
sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan
Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di
Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek
moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa kreol mereka
yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti
Melayu yang lebih dominan.
Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial
teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini.
Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi
Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan
Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.
Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat
mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak
pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di
Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah
jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan
bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.
Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep mangkuk sayur-mayur seperti di Malaysia
kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah
dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok
komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar
diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong
dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan
Cina.
Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga
terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi
dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang
untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi
malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri
Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra

Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah
seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan
kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan mangkuk
sayur-mayur Malaysia?
Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai polis
bahasa. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila
melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan
penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru
sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat
jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa
mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan
perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan
semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.

09:08

Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia


Posted by Noraini Ismail

Satu Malaysia jadi pegangan,


Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.
Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya
perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan
kata Satu Malaysia yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato Seri Najib Abdul
Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum
dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang
boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan
masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi
dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu,
India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas

menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma
dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang
sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin,
kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti
kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Industri

pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi

penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik


kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan
perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan
menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan
kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat
memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan
nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum
kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu
menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air.
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan
ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia,
penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan
adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya,
persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat
mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, nescaya rakyat
juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.
Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui,
tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan
bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara
yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah
perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan


pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita
bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum
menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.
AUNEE AZRINA ZULKIFLI (5SC1)
Penduduk Malaysia terdiri dari
berbagai kaum

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit


lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia
tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh
pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat
hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan.
Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat
perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi
tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah
dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh
sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan
kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada
seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan
kestabilan politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi
menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran
Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara
luar yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang
berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan
persahabatan dan perdagangan
bagi mencakupi arena global.
Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan kepada
pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang
telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang
lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicta, ulam
mendatang kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.
Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya
mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa di mana
majoriti rakyatnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India yang
mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima dekad
yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun
Tan Cheng Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain
telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi
sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi tanggungjawab kita
untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zamanberzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah
mengorak langkah serta melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga
kita standing dengan negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh

seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin dunia yang
menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan
rakyat mereka seterusnya mencetuskan keharmonian negara,
Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan
jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan
satu formulasi ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan
oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun Abdul Razak pada
tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu
rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu satu kaum telah memusuhi
kaum yang lain dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif
daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-ansur dalam kalangan
rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat
dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf
kehidupan golongan miskin melaui proses memodenkan kawasan luar
bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi antara kaum amat
penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.
Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap
individu menjadi tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha
yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dihargai oleh kita
dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa mengira latar belakang
agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita
menghayati cogan kata bersatu teguh, bercerai roboh dalam usaha
meningkatkan lagi kesedaran kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.

Factor
1. usaha malaysia yang tidak berputus asa dalam menyatupadukan masyarakat
berbilang
kaum.
2. rakyat sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan
faham.
3. kerajaan juga mengambil insiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat
saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama la

menghuraikan cabaran untuk mengekalkan


perpaduan kaum di
menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di malaysia?
menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum?
1. usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya
tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep atau gagasan
1Malaysia yang
diilhamkan
oleh
Perdana
Menteri

Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang
ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan
sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya
mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan
kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu
bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut
pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama.
2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan
pertelingkahan
dan
perselisihan
faham.
Sekolah yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam
atma setiap pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama
secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai
murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu
bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib
tanah
air
yang
disayangi
adalah
sama.
3. kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat
saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain sejak di
peringkat
sekolah
rendah
lagi.
4. media massa juga memainkan peranan yang signifikan dalam usaha
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

You might also like