You are on page 1of 4

Keberkesanan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Dengan penyediaan Rancangan Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar yang menarik
pengajaran dan pembelajaran hari itu dijalankan dengan lancar sekali dan telahpun mencapai
objektif apabila murid dapat mengelas haiwan-haiwan mengikut ciri-ciri yang terpilih. Berdasarkan
hasil lembaran kerja murid. Saya dapati slaid power point dan aktiviti P&P saya telah mencapai
objektif P&P kerana murid-murid telahpun menguasai kemahiran proses sains- mengelas yang
saya pilih dalam tugasan saya supaya mengelas haiwan mengikut ciri-ciri yang terpilih.
Kekuatan Aktiviti P&P
Model pelbagai haiwan telah menimbulkan minat dan menyediakan suasana pembelajaran
kepada murid untuk topik hari itu.
Bahan bantu mengajar

yang berbentuk slaid power point yang bervideo telah menarik

perhatian murid untuk menumpukan perhatian semasa guru mengajar.


Slaid power yang bervideo telah membantu guru membimbing murid supaya dapat mengelas
haiwan-haiwan mengikut ciri yang terpilih.
Latihan dalam power point dan aktiviti kumpulan telah memberi peluang komunikasi antara
guru dengan murid dan juga murid dengan murid.
Nilai-nilai dan sikap cinta akan alam sekitar, menyayangi haiwan, bekerjasama dan berani telah
dapat dipupuk melalui aktiviti P&P.
Murid telah dapat menguasai kemahiran proses ains iaitu mengelas melalui aktiviti P&P yang
telah dirancangkan.
Lembaran kerja yang sesuai dengan topik P&P dapat memperkukuhkan pengetahuan yang
dipelajari oleh muird pada hari itu. Dalam Hukum Latihan, Thorndike berpendapat bahawa
perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan
diberikan. Ini bermakna, untuk meningkatkan gerak balas,seseorang murid hendaklah diberi
latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Kelemahan Aktiviti P&P
Saiz sesetengahj model

haiwan yang agak kecil telah menjejaskan keberkesanan aktiviti

Fasa Pencetusan Idea kerana murid yang duduk di belakang kurang jelas melihat ciri-ciri
haiwan yang ditunjukkan.

Guru hanya beri peluang kepada murid untuk memilih jawapan dan menyebut jawapan tetapi
tidak beri peluang untuk murid keluar dan bergerak mencari jawapan sendiri menggunakan
komputer .
Lembaran Kerja Kumpulan yang bersaiz kertas A4 kurang sesuai kerana terlalu kecil
menyebabkan sesetengah murid tidak dapat lihat semasa wakil kumpulan membuat
pembentangan.
Kesuntukan masa bagi murid menyiapkan lembaran kerja dalam fasa renungan kembali. Oleh
itu, 5 minit dalam waktu rehat murid terpaksa digunakan untuk menyiapkan lembaran kerja
mereka.
Penambahbaikan Aktiviti P&P

Saiz bahan bantu mengajar yang dipilih mestilah cukup besar dan sesuai bagi murid
supaya keseluruhan murid di kelas dapat lihat dengan jelas.

Selepas aktiviti P&P, barulah saya dapat idea supaya bagi murid peluang untuk keluar dan
bergerak mencari jawapan sendiri supaya mereka tidak berasa bosan.

Lembaran kerja kumpulan yang bersaiz A4 sepatutnya diganti dengan kertas mahjong
yang besar supaya pembentangan hasil kumpulan lebih berkesan.

Masa aktiviti perlu dirancang dengan baik kerana ini akan menjejaskan keberkesanan
aktiviti P&P.

Lebihkan aktiviti belajar sambil bermain kerana pandangan daripada Maria Montessori:
Permainan adalah seperti pekerjaan kepada kanak. Permainan memberi peluang kepada
kanak-kanak meneroka dan mencuba sesuatu aktiviti. Dalam proses mencuba, mereka
menemui pengetahuan yang baru.

Peneguhan dan pujian yang sesuai mesti banyak diberi kepada murid supaya dapat
memotivasikan murid untuk belajar. Menurut Skinner, peneguhan positif merupakan
sesuatu yang menyenangkan, misalnya ganjaran kebendaan dan pujian. Misalnya guru
memberi pujian kepada muridnya yang mendapat markah tertinggi.

Kesimpulan
Dalam pengajaran sains, Kemahiran Proses Sains adalah amat penting selain daripada
dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains ianya juga dapat membuat pelajar berfikir
secara kreatif dan kritis. Dalam tugasan individu, saya telah memilih kemahiran mengelas dalam
aktiviti rancangan mengajar saya. Dalam rancangan mengajar saya, saya telah mengaplikasikan
kemahiran mengelas dalam aktiviti-aktiviti P&P saya. Selepas P&P saya, saya dapati murid-murid
telah dapat menguasai kemahiran mengelas dengan baik.
Selain itu, sebuah rancangan mengajar harian yang baik telah membantu guru
berkeyakinan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajarannya. Guru dapat menyampaikan
pelajarannya dengan sistematik dan teratur dengan persediaan awal yang mencukupi. Dengan ini,
guru tidak akan menjadi kelam-kabut dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. Selepas
pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru boleh mengimbas kembali pengajaran dan
pembelajarannya dan membuat refleksi. Guru juga dapat meninjau keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu. Jadi guru dapat mencari alternatif dan langkah penambahbaikan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan datang sekiranya mendapati kelemahan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran akan jadi
lebih berkesan.
Seandainya, guru-guru pandai menggunakan Bahan Bantu Mengajar

yang sesuai dalam

pengajaran dan pembelajarannya, murid-murid akan terpikat dengan pelajaran hari itu. Guru tidak
lagi asyik bercakap dan murid asyik mendengar. Pada masa kini, talk and chalk tidak sesuai lagi
digunakan dalam era pengajaran guru. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seronok dan
mendapat tindak balas yang lebih baik daripada murid-murid.
Secara kesimpulannya , Rancangan Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar serta kemahiran
proses sains yang telah disediakan ini telah memberi manfaat bahkan kepada guru mahapun
kepada murid-murid. Berdasarkan hasil kerja murid, P&P saya telah berjaya kerana murid-murid
dapat menguasai kemahiran yang telah diajar. Dengan secara langsungnya , proses pengajaran
dapat dilaksanakan dengan sempurna dan juga menimbulkan suasana pembelajaran yang
harmonis.
3

You might also like