You are on page 1of 26

3.

2 Implikasi Terhadap Perkembangan


Pendidikan di Malaysia.
* Falsafah pendidikan negara
* Tokoh-tokoh pendidik
negara

Latar Belakang
Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960)
menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar
Pelajaran Kebangsaan sepertitermaktub dalam Akta
Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan
perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping
itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk
memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan
negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk
mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah
mewujudkan perpaduan negara.

Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi


semakin mendesakmapabila berlakunya tragedi 13 Mei
1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru
yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan
pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu
digubal Rukunnegara yang menggariskan lima rukun
sebagai asas pegangan dan panduan setiap rakyat di
negara ini. Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa
kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk
mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.
Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan
ditegaskan semula.

Matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara


yang baik yang memiliki cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang
warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah:

keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama


dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian
dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan,


bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna,
menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang baik
dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan
mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan
bersedia berkhidmat untuk negara;
boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan
negara.

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara,


matlamat pendidikanialah ke arah melahirkan insan
yang baik dan sempurna. Insan yang baikiani secara
automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik.
Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri
yang berikut:

percaya dan patuh kepada Tuhan;


berilmu pengetahuan;
berakhlak mulia;
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan negara;
berbakti dan memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara;
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Penutup
Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di
negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti
mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam
sistem
dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun negara, falsafah
pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah
berpaksikan keTuhanan.
Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki
ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas,
insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang
berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih
dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa
dan negara.

Tokoh-Tokoh Pendidikan
Negara

Zainal Abidin Bin Ahmad ( ZABA


)
Pendeta Yang Bersemangat
Waja

ZABA merupakan seorang tokoh cendekiawan dan


patriot Melayu yang ulung dan yang amat prihatin
terhadap masalah umat Melayu dalam pelbagai bidang
terutama bahasa, pendidikan, agama dan ekonomi.
Dilahirkan pada 16 September 1895 dan dibesarkan di
Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak Melayu
pertama di Negeri Sembilan yang menduduki
peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1915 dan
memperolehi keputusan yang cemerlang, malah beliau
menjadi pelajar yang mendapat markah tertinggi
dalam Ilmu Hisab, karangan Bahasa Inggeris dan
Geografi Fizikal.

Beliau mula bergiat dalam bidang penulisan semasa bertugas


sebagai guru pada tahun 1916 dan mengajar bahasa Melayu di
beberapa buah sekolah di Johor dan Perak. Beliau telah
menghasilkan beberapa majalah berbahasa Melayu seperti
Utusan Melayu, Lambaga Melayu dan Pengasuh yang
memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu. Selain
itu, beliau turut menghasilakn dua buah karya klasiknya
tentang seni karangan dan tatabahasa Melayu, iaitu Ilmu
Mengarang Melayu (1927) dan Pelita Bahasa(1934). ZABA
merupakana seorang pemikir, pejuang dan penulis yang
prolifik. Beliau menghasilkan karyanya dengan menggunkan
bahasa Melayu dan Inggeris. Beliau juga turut berjaya
menghasilkan ratusan makalah dan tidak kurang daripada 20
judul buku, termasuk Canai Bacaan(1924) dan Umbi Kemajuan
(1932).

Selain bergiat dalam bidang penulisan, beliau


juga pernah menjadi penterjemah berita dan
juruhebah untuk pemerintahan Inggeris di Radio
Malaya Singapura dan penterjemah bahasa
Melayu di Mahkamah Kuala Lumpur. Beliau juga
turut memikul tugas sebagai guru bahasa Melayu
di School of Oriental and African Studies,
University of London pada tahun 1949/50. Beliau
turut memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera
dari universiti tersebut ketika berusia 52 tahun
dan kemudian beliau kembali ke tanah air dan
berkhidmat di UM Singapura.

Memandangkan sumbangannya yang luar biasa terhadap


bahasa dan persuratan, pada tahun 196, beliau telah
dianugerahkan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Ketiga suatu gelaran unik iaitu Pendeta Bahasa yang bermaksud
ilmuan bahasa yang ulung. Pada tahun 1973, beliau mendapat
anugerah Ijazah Doktor Persuratan Kehormat oleh UKM.
Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pemikir bahasa,
sastera dan kebudayaan Melayu, beliau merupakan pengasas
Jabatan Pengajian Melayu di UM Singapura. Dari jabatan inilah
kemudian tertegaknya Jabatan Pengajian Melayu, UM Kuala
Lumpur yang kini berkembang menjadi Akademi Penyajian
Melayu.
ZABA yang merupakan seorang tokoh terbilang dalam bidang
persuratan telah meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika
berusia 78 tahun.

Aminuddin Baki
Tokoh Pendidik dan Pemikir
Bangsanya

Aminuddin Baki telah diiktiraf sebagai perancang pendidik yang


bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations
Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
Beliau telah terlibat dalam penggubakan beberapa dasar
pendidikan negara untuk menghasilkan satu sistem pendidikan
kebangsaan di Tanah Melayu yang keluar daripada sistem
pendidikan yang diasaskan oleh penjajah yang berat sebelah.
Beliau di lahirkan di Chemor, Perak pada tahun 1926 dan
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor sehingga
darjah lima dan kemudiannya di Sekolah Anderson, Ipoh dari
tahun 1936 hingga 1945. Seterusnya melanjutkan pelajaran di
Raffles College, Singapura dan memerolehi Ijazah Sarjana Muda
dalam bidang Sejarah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di
University of London dan dianugerahkan Postgraduate Certificate
of Education.

Beliau telah bergerak cergas dalam kegiatan yang dianjurkan oleh


pertubuhan pelajar Melayu di Semenanjung seperti Persatuan
Penuntut-Penuntut Melayu Victoria Institution pada tahun 1945.
Kecenderungan beliau menggerakkan pelajar Melayu supaya
bersatu mendapatkan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan
tinggi dilanjutkan ketika beliau menuntut di Singapura. Pada tahun
1950, Aminuddin Baki telah dipilih menjadi Yang Dipertua GPMS
dimana beliau telah meniup semangat orang Melayu untuk
memberikan perhatian yang serius kepada pendidikan.
Beliau juga dilantik menjadi pensyarah di Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI) setelah sekembalinya dari melanjutkan
pelajaran di London. Semasa menjadi pensyarah, beliau telah
membuka fikiran penuntutnya untuk melihat peranan Islam dalam
pembentukan tamadun dunia dan peri pentingnya memperoleh
pengetahuan dengan banyak membaca. Selain itu, beliau turut
memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan Negara
dengan penglibatannya dalam menyiapkan Penyata Razak (19551957) dan Laporan Rahman Talib (1960-1963). Penyata dan
Laporan ini penting dalam pembinaan dasar pendidikan negara
sehingga hari ini. Beliau turut terlibat dalam Jawatankuasa
Perancangan Pelajaran Tinggi dan Pelajaran Aneka Jurusan

Pada usia 30-an, beliau telah dilantik sebagai Ketua


Penasihat Pelajaran (sekarang dikenali sebagai Ketua
Pengarah Pelajaran) Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1961 hingga 1965. Kesimpulannya, kejayaan
pendidikan tinggi kebangsaan pada hari ini antaranya
disumbangkan oleh Aminuddin Baki.
Perhatian dan perjuangannya kepada pendidikan tinggi
orang Melayu sangat dihargai. Penglibatannya dalam
perancangan menyiapkan Penyata Razak dan Laporan
Rahman Talib dan keaggotaannya dalam pelbagai bidang
jawatankuasa yang lain memberikan pengalaman yang
besar dan penting dalam melaksanakan tugasnya
sebagai penasihat pelajaran. Jasanya yang besar kepada
perkembangan dasar pendidikan negara telah diabadikan
dalam pelbagai bentuk seperti penamaan sekolah, kolej
dan institusi pendidikan.

Ungku Omar Bin Ungku Ahmad :


Saintis yang Berjiwa Pendidik

Ungku Omar ialah pendidik dan saintis terkenal di Malaysia. Beliau sering
menyatakan bahawa kemunduran orang Melayu di kawasan luar bandar ada
hubung kait dengan tahap kesihatan yang membimbangkan. Oleh hal yang
demikian, beliau telah memberikan perhatian kepada peningkatan taraf
kesihatan penduduk luar Bandar. Penglibatannya dalam bidang penyelidikan
sains dan perubatan mendapat pengitirafan antarabangsa seperti World
Health Organization (WHO) dan diterima sebagai ahli College of Pathologist,
London dan ahli kehormat College of American Pathologist, Amerika
Syarikat. Beliau juga ahli jawatankuasa Sains Kemasyarakatan UNESCO dan
ahli Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau dalam Perubatan Tropika
(SEAMEC).
Dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada tahun 1931 dan mendapat pendidikan
di Sekolah Melayu Tangkak, Pontian dan Segamat, Johor. Beliau meneruskan
pelajaran di Sekolah Inggeris di Keluang dan Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Seterusnya beliau memperolehi ijazah dalam bidang perubatan di UM
Singapura pada tahun 1957. Kemudian beliau berkhidmat sebagai Pegawai
Perubatan di Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur. Setelah itu, beliau
meneruskan pelajaran dalam bidang Patologi dan memperolehi diploma
dalam bidang tersebut daripada Royal College of Physicians London dan
Royal College of Surgeon. Seterunya beliau melanjutkan pelajaran pada
peringkat doktor falsafah dari University of London pada tahun 1965 dengan
tesis bertajuk Electrolytes in Isolated Human Leucocytes.

Beliau telah menjadi Pengarah Institute of Medical Research (IMR)


pada tahun 1965 dan turut menghasilakn sebuah jurnal
antarabangsa yang terkenal iaitu Journal of Clinical Pathology.
Beliau menggunakan pelbagai medium untuk mendidik masyarakat
luar bandar tentang perlunya menjaga kesihatan seperti
berceramah di radio sehingga dikenali sebagai Doktor Radio.
Beliau telah memainkan peranan penting dalam penubuhan UKM
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Beliau telah memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam
bidang perubatan di universiti khususnya di UKM. Selain itu, beliau
turut menekankan penggunaan bahasa Melayu di falkuti sastera
dan agama, sains, kedoktoran, kejuruteraan, pertanian dan
ekonomi kerana ramai pelajar Melayu daripada sekolah kebangsaan
tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kuliah
disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

Beliau juga mengemukakan konsep universiti Islam di


Malaysia dalam satu kertas kerja yang dibentangkan di
Seminar Peradaban Islam se-Malaysia. Beliau
mencadangkan bahasa Melayu , Arab dan Inggeris
digunakan sebagai bahasa pengantar di universiti Islam
yang dicadangkan. Selain mengajar bahasa Arab dan
pengajian Islam, Universiti Islam Malaysia mengajarkan
disiplin lain seperti perdagangan, kejuruteraan dan
teknologi, undang-undang dan perubatan.
Jasanya yang besar dalam bidang pendidikan telah
diabadikan bukan sahaja dengan anugerah bintang
kebesaran tetapi juga namanya diabadikan di IPT seperti
Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak yang merupakan
politeknik yang tertua di Malaysia.

Ungku Abdul Aziz Bin Ungku


Abdul Hamid
Pentadbir dan Pemikir
Pendidikan Tinggi

Profesor Diraja Ungku Aziz ialah seorang tokoh akademik dan


ekonomi yang sangat sukar disaingi apatah lagi ditandingi di
negara ini. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang
dilantik memegang jawatan penting di UM iaitu Ketua Jabatan
Ekonomi dan apabila jabatan itu dinaiktarafkan menjadi
fakulti, beliau ialah orang pertama yang menjadi dekannya;
professor Ekonomi dan naib canselor.
Ungku Aziz yang berdarah diraja dilahirkan pada 28 Januari
1922 di London, England. Beliau mendapat pendidikan awal di
Johor Bahru kemudian meneruskan pengajian di Raffles
College (1940-1941) dan mengambil mata pelajaran Ekonomi,
Sejarah dan bahasa Inggeris. Beliau meneruskan pengajian di
peringkat yang lebih tinggi di Waseda University, Tokyo
dengan mendapat Ijazah Doktor Ekonomi pada tahun 1964.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah ekonomi di UM


Singapura, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, pensyarah kanan dan
Ketua Jabatan Ekonomi, UM Kuala Lumpur, Dekan Fakulti Satera UM,
diikuti dengan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM. Seterusnya
beliau dilantik sebagai naib canselor selama dua dekad bermula 1
Oktober 1968 hingga 22 Februari 1988,. Beliau dianugerahkan Profesor
Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong pada 17 Jun 1978.
Sumbangan beliau yang pertama ialah penubuhan Akademi Islam.
Berdasarkan kertas kerja yang dibuat Profesor Diraja Ungku Aziz, senat
universiti dalam mesyuaratnya pada 29 Julai 1976 telah menubuhkan
Lembaga Pengajian tentang Nilam Puri dengan Ungku Aziz sebagai
pengerusinya. Tujuannya untuk menimbang penerapan Yayasan
Pengajian Tinggi Islam Kelantan ke dalam UM. Hasil cadangan itu
tertubuhnlah Akademi Islam UM. Kedua, penubuhan Institut Pengajian
Tinggi pada tahun 1979 dengan menekankan kepada projek HAWA,
Projek Pengajian Tinggi dan Pekerjaan. Dan pengajaran Kursus Sarjana
Falsafah : Falsafah Penyedlidikan. Seterusnya penubuhan Pusat Asasi
Sains pada tahun 1977 atas kesedaran beliau akan kekurangan pelajar
peribumi dalam fakulti sains di UM. Keempat pula ialah penubuhan
Pusat Bahasa UM pada 3 Mac 1972 sebagai sebuah organisasi
perkhidmatan bahasa dan bertanggunjawab dalam menjalankan kursus
bahasa yang sesuai dengan kehendak fakulti dan pusat-pusat lain di
UM.

Ungku Aziz telah diberikan ijazah kehormat oleh beberapa


universiti, antaranya Doctor of Humane Letters, University of
Pittsburgh (1971); Doctor of Education, Chulalongkorn
University, Bangkok (1977); Doctors of Laws, Waseda
University, Tokyo(1982); Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi, UKM
(1986); Doctor of Laws, University of Buckingham (1987);
professor Emeritus, UM (1988); Ijazah Kehormat Doktor
Ekonomi, UM. Beliau turut mendapat pengiktirafan oleh
kerajaan seperti Ordre des Arts et Des Lettres oleh Kerajaan
Perancis (1965); Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak (1978);
Japan Foundation Award (1981); Soka Education Award (1987);
International Academic Prize of the 4 Fukuoka Asian Cultural
Prizes (1993); Anugerah Melayu Terbilang oleh Datuk Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi (2005) dan Anugerah Tuanku
Syed Putra (2007).

http://pmr.penerangan.gov.my/in

You might also like