You are on page 1of 3

Perkumuhan Excretion

Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan


(elimination of metabolic waste product from the body)
Organ Perkumuhan?

Organ
Kulit (Skin)

Proses perkumuhan (process of excretion)


Melalui peluh (sweating)

Ginjal
(Kidneys)

Melalui air kencing (urination)

Peparu
(Lungs)

Melalui hembus nafas (respiration during


exhalation)

Bahan kumuh (excretory products)


Air, garam mineral dan urea dalam
bentuk peluh (water, salts and urea
in sweat)
Air, garam mineral dan urea dalam
air kencing (water, salts and urea in
urine)
Karbon dioksida dan wap air dalam
hembusan nafas (carbon dioxide and
water vapour during exhalation)

Kepentingan perkumuhan?
1) Menyingkirkan bahan buangan bernitrogen berbahaya seperti urea
2) Menyingkirkan air dan garam mineral yang berlebihan (eliminates excess water and
mineral salts)
3) Menyingkirkan karbon dioksida daripada darah terdeoksigen
4) Mengekalkan kesihatan badan
5) Mengawal kepekatan darah dan kandungan air serta garam mineral dalam badan

Sistem urinari manusia (urinary system in man)


Sistem urinari terdiri daripada ginjal, arteri renal, vena renal, ureter, pundi kencing dan uretra.
(consist of kidney, renal artery, renal vein, ureter, urinary bladder and urethra)
Sistem urinary dan fungsi (urinary system and function)
Vena Renal: Mengangkut darah terdeoksigen yang bebas daripada bahan kumuh keluar dari
ginjal
Ureter: Menyalurkan air kencing daripada ginjal ke pundi kencing
Uretra: Menyalurkan air kencing daripada pundi kencing ke luar badan semasa pembuangan air
kencing
Arteri renal: Mengangkut darah beroksigen yang membawa bahan kumuh ke dalam ginjal
Ginjal: Menapis darah dan menyingkirkan bahan kumuh seperti urea, air, dan garam mineral
daripada darah
Pundi kencing: Menyimpan air kencing sebelum dibuang keluar

Struktur Ginjal (kidney structure)


Bentuk fizikal (physical structure) berbentuk kacang dan saiz lebih kurang
sebesar genggaman tangan (bean-shaped and approximately the size of a fist )
Kedudukan kiri dan kanan tulang belakang dalam rongga abdomen
Jika dipotong secara memanjang, dapat melihat dua bahagian utama iaitu
bahagian dalam dan luar

Bahagian luar berwarna lebih gelap merupakan bahagian pelindung bagi ginjal
yang dikenali sebagai korteks
Bahagian dalam yang lebih cerah warnanya disebut medulla
Medulla terdiri daripada struktur-struktur yang dinamakan piramid yang membuka
ke dalam rongga berbentuk kantung yang disebut pelvis
Daripada pelvis, satu tiub disebut ureter bersambung terus ke pundi kencing
Dalam bahagian korteks dan medulla, terdapat berjuta-juta struktur yang disebut
nefron yang bertanggungjawab dalam penghasilan air kencing melalui proses
penurasan
Kepentingan ginjal yang sihat
1) Menapis bahan-bahan toksik, air dan garam berlebihan daripada darah
2) Menyingkirkan bahan buangan seperti urea, garam mineral dan air berlebihan
dalam bentuk air kencing
3) Menyerap semula makanan tercerna dalam bentuk glukosa dan asid amino
kembali ke dalam darah
4) Mengekalkan keseimbangan air, mengekalkan ph dan komposisi plasma darah
5) Mengawal atur kandungan garam mineral dalam badan
Info mengenai ginjal?
Faktor yang boleh merosakkan ginjal
1) Makanan yang mengandungi bahan toksik seperti merkuri, plumbum dan arsenik
(cth makanan)
2) Jangkitan mikroorganisma seperti bakteria dalam pundi kencing
3) Makanan yang tinggi kandungan gula dan garam yang boleh menyebabkan
diabetes dan tekanan darah tinggi
4) Kecederaan ginjal
Cara mengekalkan ginjal yang sihat
1) Minum banyak air kosong
2) Mengelakkan pengambilan alkohol atau minum terlalu banyak minuman
berkarbonat
3) Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula dan garam
4) Elakkan mengambil ubat tanpa preskripsi doktor atau yang boleh merosakkan
ginjal
Seseorang boleh hidup dengan satu ginjal, kegagalan kedua-dua ginjal boleh
menyebabkan maut
Apa itu kegagalan ginjal? Ginjal gagal menapis toksin dan menyingkir bahan kumuh
daripada darah
Kesan? Bahan buangan berbahaya akan terkumpul, tekanan darah akan meningkat,
badan akan menyimpan cecair berlebihan dan tidak membina cukup sel darah merah
Kegagalan ginjal boleh dirawat melalui dialisis atau pemindahan ginjal
Dialisis? Proses menyingkirkan bahan kumuh daripada badan menggunakan mesin
dialisis yang berfungsi sebagai ginjal buatan menggantikan fungsi ginjal asli

Pemindahan ginjal? Penggantian ginjal yang rosak dengan ginjal yang sihat daripada
orang lain yang disebut penderma
Fungsi utama mesin dialisis
Mengepam darah dan memantau aliran darah untuk keselamatan
Menyingkirkan bahan kumuh daripada darah
Memantau tekanan darah dan kadar penyingkiran bendalir daripada badan

Bagaimana mesin dialisis berfungsi?


1) Darah pesakit dituraskan melalui membran buatan di dalam mesin dialisis
2) Darah dalam alteri di dalam lengan pesakit dialirkan melalui tiub dialisis.
3) Tiub dialisis diperbuat daripada membran separa telap dan dikelilingi oleh cecair
dialisis
4) Bahan kumuh seperti urea, garam mineral yang berlebihan dan air akan meresap
keluar dari darah melalui membran separa telap tiub dialisis ke dalam cecair
dialisis
5) Bahan-bahan ini disingkirkan melalui cecair dialisis di dalam alat dialisis
6) Darah yang dibersihkan dialirkan semula ke dalam vena pesakit
7) Untuk memastikan semua bahan kumuh disingkirkan, darah pesakit perlu melalui
mesin sebanyak beberapa kali dan keseluruhan proses mengambil masa 4 ke 5
jam
8) Rawatan dialisis dilakukan dua atau tiga kali seminggu

You might also like