You are on page 1of 2

PERATURAN AM DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN

A.
Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang
pesanan untuk kerja amali) kepada kakitangan makmal keperluan peralatan
sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum
peralatan atau bahan ini diperlukan.
B.
Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal
atau bilik persediaan.
C.
Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik
persediaan tanpa urusan rasmi.
D.
Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah
dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.
E.
Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan
sedemikian tanpa sebarang pengawasan.
F)
Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di
bilik persediaan untuk kegunaan persendirian.
G)
Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa
dalam makmal dan bilik persediaan.
H.
Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam
makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran.
I)
Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada
dalam makmal atau bilik persediaan.
J.

Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreas


PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR

A)
Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun
dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
B.
Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh
dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
C.
Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan
atas arahan dan panduan guru.
D.
Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan
hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
E.

Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

F.

Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.

G.
Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan
segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.
H.
Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam
makmal.
I.
Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat
lain tanpa kebenaran guru.
J.
Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal
hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.

K.

Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.

L.
Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan
sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
M.
Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal
tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam
tong sampah yang disediakan.
N.
Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
makmal.
O.

Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.

P.

Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

Q.
Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan
guru.
R.

Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.


PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

A.
Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa
bahan kimia yang akan digunakan itu betul.
B.
Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana
sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan
kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan
membazirkan bahan kimia.
C.
Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari
tangan.
D.
Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera
setelah diambil bahannya.
E.
Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa
sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.
AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak
diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut
di atas.

You might also like