You are on page 1of 4

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL,
LADANG LANADRON,
84500 PANCHOR,MUAR,JOHOR.

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


Tarikh

: 12.01.2015

Masa

: 2.00 - 3.00 petang

Tempat

: BILIK KOMPUTER

Pengerusi

: GURU BESAR

JBD 5084

BIL 1 / TAHUN 2015

Kehadiran(Bilangan) : 17/18
Turut Hadir
1

: -

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru yang telah melapangkan masa
untuk hadir dalam mesyuarat Panatia Matematik yang pertama sesi persekolahan
2015, pada tengahari ini.
2.2 Beliau juga merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para hadirin
yang telah melapangkan masa untuk hadir bersama-sama demi menjayakan
mesyuarat pada petang ini.

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1. Dibentang oleh Pn R.Kavitha
Dicadang untuk disahkan oleh Pn.M.Manimala
Disokong untuk pengesahan oleh En.C.Sugumaran

PERKARA BERBANGKIT:
Tiada
Tindakan:

PERBINCANGAN ISU SEMASA :


4.1 2 Laporan Analisis Matapelajaran Matematik Peperiksaan Akhir Tahun 2014
dan Posmortem
4.1.1 Pengerusi Panatia membacakan analisis posmortem peperiksaan akhir tahun
2014 bagi kelas Tahun 4 dan 5 2014.
4.1.2 Pengerusi menegaskan nama beberapa orang murid yang memerlukan
perhatian serius.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.1.3 Pengerusi Panatia menerangkan analisis tersebut secara terperinci dan


mengingatkan guru-guru supaya memberi perhatian yang serius pada kelas yang
tidak mencapai kelulusan 100%.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.3 Laporan Analisis Matapelajaran Matematik Peperiksaan UPSR 2014 dan
Posmortem
4.3.1 Pengerusi panitia membacakan analisis peperiksaan UPSR tahun 2014.
4.3.2 Pengerusi Panatia menerangkan analisis tersebut secara terperinci dan
mengharapkan kelulusan 100% pada tahun akan datang.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.4 Pengagihan Tugas Ahli
4.4.1 Pengerusi Panatia mengedarkan borang biodata kepada semua guru dan
berbincang dengan guru-guru lain untuk pemilihan ahli jawatankuasa Panatia bagi
Tahun 2015.
4.1.2 Perlantikan ahli jawatankuasa telah dibuat berdasarkan pada borang biodata
yang telah diedarkan dan disokong oleh semua guru.
Tindakan: S/U Panitia
4.5 Menilai Keberkesanan Aktiviti Tahun Lepas
4.5.1 Pengerusi mengatakan kebanyakkan program dan aktiviti yang dirancang pada
tahun lepas, telah dijalankan dengan sempurna.
4.5.2 Kerjasama para guru amat dihargai dan mengaharapkan yang lebih pada tahun
ini.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.6 Perancangan Program Tahunan Panatia 2015
4.4.1 Pengerusi memaklumkan program-program yang dirancang untuk dijalankan
oleh Panatia Matematik pada tahun 2015.
4.4.2 Pengerusi juga menerangkan setiap program yang akan dijalankan dan juga
tujuan dan objektif program-program tersebut.
4.4.3 Pengerusi meminta kerjasama daripada semua guru untuk menjayakan
program-program yang dirancang untuk dijalankan sepanjang tahun 2015 nanti.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.7 Perbincangan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Mengajar
4.7.1 Pengerusi menerangkan dokumen-dokumen yang perlu ada pada semua guru
Matematik iaitu sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan rancangan tahunan
bagi Tahun 6, manakala dokumen standard/dokumen standard kurikulum prestasi,
dan PPPM bagi Tahun 1-5.
4.7.2 Guru-guru diminta mematuhi cara penulisan rancangan harian yang telah
ditetapkan oleh panitia.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.8 Pengkaedahan Mengajar Aliran Kerja P&P dan ABM
4.8.1 Guru-guru diminta mempelbagaikan kaedah P&P untuk menarik minat murid
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

dan bagi memastikan P&P yang berkesan.


4.8.2 Guru-guru diminta melayari laman web e-guru atau group KSSR dan KBSR
dalam facebook untuk mendapat idea bagi P&P yang menarik.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.9 Semakan Kerja Bertulis
4.9.1 Pengerusi meminta para guru untuk menyemak buku latihan dan buku aktiviti
murid setiap hari untuk mengelakkan timbunan kerja rumah yang belum disemak.
4.9.2 Penyemakan buku latihan murid hendaklah dibuat menggunakan pen merah.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.10 R&D, TOV dan Target murid
4.10.1 Guru-guru diminta mengkaji markah peperiksaan-peperiksaan lepas dan TOV
murid.
4.10.2 Ini adalah untuk menetapkan target murid bagi peperiksaan akan datang.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.11 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
4.11.1 Pengerusi meminta agar semua guru mengimbas kembali maklumat-maklumat
tentang PPPM yang disampaikan dalam mesyuarat guru pertama.
4.11.2 Beberapa taktik boleh diambil dari PPPM untuk digunakan dalam P&P seperti
i-think yang menyarankan pembinaan peta minda.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.12 Perancangan Strategik 2015
4.12.1 Pegerusi menerangkan perancangan strategik panitia 2015.
4.12.2 Guru-guru diminta bekerjasama bagi menjayakan program-program yang
dirancang dalam perancangan straregik 2015.
Tindakan: Semua guru Matematik
4.13 Pengurusan Sistem Fail
4.13.1 Guru-guru diminta mengemaskini fail masing-masing.
4.13.2 Semua fail harus dikemaskini dengan maklumat dan dokumen terkini.
Tindakan: Semua guru Matematik
5

HAL-HAL LAIN

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Tiada

PENUTUP
a) Ucapan penangguhan telah diadakan oleh Pengerusi.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,
............................................
(Pn R.Kavitha )
Setiausaha
Tarikh : 19 Januari 2015

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Disemak Oleh,
...............................
( En.M.Turuvangadam )
Guru Besar
Tarikh : 19 Januari 2015

You might also like