You are on page 1of 12

VICTOR LOWENFELD

BIOGRAFI VICTOR LOWENFELD


Lahir di Linz, Austria pada tahun 1903
Dr. Lowenfeld merupakan lulusan
daripada College of Applied Arts di Vienna
dan Academy of Fine Arts
Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana
dalam Pendidikan dari University of
Vienna dan telah bertugas sebagai
seorang guru sekolah menengah.

Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik menjadi


pengarah kesenian kepada Blind Institute.
Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke
England sebelum kembali ke United States.
Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas
berkhidmat sebagai wartime visual aids consultant
dalam tentera laut.
Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia
pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di
Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru
seni di institut ini.

Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi


Pengerusi Art Department di institut yang sama.
Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke The Pennsylvania
State University sebagai professor Pendidikan Seni
pada tahun 1946.
Selepas 10 tahun beliau telah menjadi head of the
newly founded Department of Art Education
Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau
meninggal dunia pada tahun 1960
Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan Visual-Haptic
theory in Art Education yang juga merupakan asimilasi
daripada kebudayaan Vienna.
Beliau juga merupakan seorang ketua yang aktif dalam
National Art Education Association dan The National
Committee dalam Pendidikan Seni.

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK


OLEH VICTOR LOWENFELD
Victor Lowenfeld membahagikan perkembangan artistik kepada 6
peringkat:
1)Peringkat Scribbling (2-4 tahun)
2)Peringkat Preschematic (4-7 tahun)
3)Peringkat Schematic (7-9 tahun)
4)Peringkat Dawning Realism/ The Gang Age (9-12 tahun)
5)Peringkat Pseudonaturalistic/Reasoning (12-14 tahun)
6)Peringkat Period If Decision/Adolescent Art (14-17 tahun)

Peringkat Scribbling (2-4


tahun)
Kanak-kanak menghasilkan contengan
secara rawak dan tidak terkawal.
Proses menconteng menyebabkan
pergerakan badan dan membangunkan
koordinasi otot moto tangan.
Apabila kanak-kanak telah mampu
menguasai pergerakan tangan dan badan,
mereka mula melukis dari peringkat
contengan kepada lukisan garisan lurus
dan melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Preschematic ( 4-7 Tahun )


Memperlihatkan peningkatan daripada
contengan bulatan kepada percubaan pertama
untuk melukis objek disekelilingnya dengan
menggunakan garisan
Contoh :
Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka
dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan
kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan
dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Peringkat Schematic ( 7-9


Tahun )
Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej
objek berbanding pada peringkat awal tadi.
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau
konsep tertentu.
Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan
objek dalam imej selain daripada imej manusia dan
objek yang terdapat disekelilingnya.
Contoh :
Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan
membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2
bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi permandangan satah bawah objek


disusun secara melintang dan sama
manakala objek udara pula dibiarkan kosong.
Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah
spontan, bebas dan berskala besar.
Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan
tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan
oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk
berkongsi

Peringkat Dawning Realism / The


Gang Age ( 9-12 Tahun )
Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep
dan skema tertentu.
Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej
yang dilukis secara realistik dan teliti
Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanakkanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil
karya sendiri.
Mereka mula membandingkan karya dengan karya
rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati
dan sedikit individualistik serta menitik beratkan
kualiti karya yang dihasilkan

Peringkat Pseudonaturalistic /
Reasoning ( 12-14 tahun )
Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik
dalam menghasilkan lukisan.
Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan
saiz rasional imej.
Mereka lebih gemar melukis melalui konsep
peniruan atau melalui objek di hadapan mata
dengan lukisan menerusi imaginasi
Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi
bersama dengan rakan sebaya dan perasaan
malu dan rendah diri akan timbul sekiranya
lukisan yang dihasilkan tidak menarik

Peringkat Period If Decision / Adolescent


Art In High School ( 14-17 tahun )

Peringkat ini merupakan peringkat


penekanan terhadap proses penghasilan
karya seni dan penciptaan objek
Peringkat ini memperlihatkan
kematangan di dalam membuat
keputusan dan pemilihan bahan yang
sesuai untuk menghasilkan karya seni

You might also like