You are on page 1of 42

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Pengenalan
Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila
wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.Proses
pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai ,iaitu
sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti
rangsangan itu.Proses pembelajaran ini akan terakhir apabila perubahan
tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Menurut sesetengah ahli psikologi seperti Piaget,Kohler,Bruner,Gagne
dan Ausubel menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan
perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa
pembelajaran ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkaraperkara dalam persekitarannya.Mengikut mereka,pembelajaran

bukan

percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektifobjektif tertentu.
Selain itu,mengikut kajian-kajian mazhab kognitif ,pembelajaran hanya
boleh

berlaku

adalah

berdasarkan

pelajar

yang

mempunyai

cukup

pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping


mempunyai

motif

serta

rela

mengambil

inisiatif

diri

sendiri

untuk

menjalankan aktiviti pmbelajaran.Ahli-ahli kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti


pembelajaran

dengan

proses-proses

mental

dalaman

,iaitu

fikiran

,ingatan,pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam


pembentukan skema manusia.
Ahli-ahli kognitivis berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu
proses

dalaman

yang

berlaku

dalam

minda

manusia.Oleh

yang

demikian,ahli-ahli penyelidik tidak dapat memerhatikan secara langsung


bagaimana pembelajaran berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah

laku

manusia.Proses

dalaman

yang

dirujuk

termasuk

pemikiran,celik

akal,pemprosesan maklumat,ingatan dan pengamatan.

Teori Pemprosesan Maklumat Gagne


Robert M Gagne(1916-2002) adalah seorang ahli psikologi yang
dianggap

sebagai

bapa

psikologi

pendidikan

dan

telah

menjalankan

penyelidikan luas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Beliau telah


mencari cara yang paling sempurna dan unggul untuk melakukan suatu
pembelajaran yang standard.Beliau turut memberikan sumbangan yang kini
menjadi asas pendidikan di kalangan pendidik seluruh dunia.Sumbangan
beliau adalah dalam aspek-aspek seperti taksonomi pembelajaran dan juga
sembilan syarat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Gagne telah mengkaji cara seseorang menerima dan memproses
maklumat yang diterima melalui deria.Beliau menyamakan proses ini dengan
proses pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer,iaitu,input rangsangan
diproses oleh memori sensori dan ingatan jangka pendek.Maklumat yang
dihasilkan digunakan untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan
dalam memori jangka panjang.
Di samping itu, Taksonomi Gagne merupakan antara sumbangan
terpenting beliau.Taksonomi Gagne boleh dibahagikan kepada lima kategori
seperti kemahiran verbal,kemahiran intelektual,strategi kognitif,sikap positif
dan kemahiran motor.Kemahiran

verbal terdiri daripada

kemahiran-

kemahiran penghafalaan dari memori,membuat respon verbal kepada


input,kebolehan melabel dan menamakan fakta secara verbal atau bertulis
dan

kebolehan

untuk

mengingat

berkaitan.Seterusnya,kemahiran

semula

intelektual

maklumat-maklumat
terdiri

daripada

yang

kemahiran

berdiskriminasi ,mengkategorikan mengikut ciri-ciri fizikal atau abstarak

,pengaplikasikan prosedur-prosedur mudah dan yang kompleks untuk


menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.Ia mengandungi beberapa
aras seperti aras diskriminasi ,konsep konkrit ,penggunaan peralihan dan
penyelesaian masalah.Kategori ketiga iaitu strategi kognitif pula merujuk
kepada kebolehan individu-individu untuk mereka cipta dengan proses
mental untuk mencapai sesuatu tugasan dan menyelesaikan masalah.Ia
melibatkan kebolehan individu untuk membuat pilihan ,keputusan dan model
mental.Kategori seterusnya pula sikap positif iaitu ia merujuk kepada
individu-individu yang berkelakuan untuk menggambarkan nilai-nilai murni
yang baru dikuasai.Individu berkebolehan untuk memberi sesuatu pendapat
dengan logikal dan rasional.Kemahiran motor adalah kategori terakhir yang
terdapat dalam Taksonomi Gagne.Ia melibatkan perlakuan tugas-tugas fizikal
mengikut piawaian yang telah ditentukan.Ia turut melibatkan pergerakan
otot ,umpamanya memandu kereta dan mambaling bola.
Selain daripada Taksonomi Gagne,beliau juga telah menyenaraikan
sembilan situasi pengajaran dan proses kognitif untuk setiap syarat yang
ditetapkan oleh beliau.Situasi-situasi ini perlu dititikberatkan oleh guru-guru
supaya pengajaran dilaksanakan dengan berkesan dan pembelajaran akan
berlaku dengan kukuh dan sempurna.Menurut Gagne,sebagai seorang
guru,ia perlu menarik perhatian murid.Bagi mendapatkan tumpuan murid ke
atas pengajarannya,guru boleh memulakan pengajaran dengan set induksi
yang menarik.Selain itu,guru juga perlu memberitahu murid-murid mengenai
objektif pelajaran supaya murid dapat tahu apa yang akan dipelajarinya
pada

hari

itu.Seterusnya,guru

juga

perlu

mengingatkan

murid-murid

mengenai pelajaran lampau untuk merangsang pengetahuan sedia ada pada


mereka.Guru boleh menyoal murid-murid mengenai satu tajuk spesifik yang
akan diajari.Ini adalah untuk membolehkan murid itu berfokus kepada tajuk
tersebut.Di

samping

itu,guru

juga

boleh

memberi

panduan

dengan

membantu mereka melalui persoalan-persoalan yang berkaiatan dengan


proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.Sebagai seorang guru,ia

perlu menggalakkan murid membuat latihan kendiri bagi mendapatkan


gerak balas daripada mereka. Selepas mereka membuat latihan kendiri,guru
perlu memberi maklum balas dan membetulkan sekiranya wujud konsep
yang salah.Selain itu, guru juga boleh menilai tahap pencapaian murid
dengan memberi latihan tambahan dan pemulihan. Ini juga merupakan satu
kaedah penilaian dan pentafsiran yang boleh dilakukan untuk meninjau
tahap pemahaman mereka.Akhir sekali,guru perlu membuat generalisasi
dengan

membuat

mengajukan

pemindahan

soalan-soalan

lain

pembelajaran
dan

meminta

dimana
murid

guru

mengenal

boleh
pasti

jawapannya.
Secara kesimpulannya, pembelajaran berlaku daripada yang konkrit
kepada abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid
mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, teori ini menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan
Maklumat. Teori ini juga menekankan proses peneguhan supaya pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Teori Pembentukan Konsep Bruner
Jerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan
yang lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori
psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah
dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu
beliau masih bayi. Bruner bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah
tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil
jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian
mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada
1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat
di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi
Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang

penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik


moden di Amerika Syarikat.
Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti,
BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi
di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA
Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun
1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow,
American Academy of Arts and Sciences.
Bruner berpendapat bahawa cara seseorang individu mengamalkan
budayanya dan pergaulan sosialnya akan menentukan cara bagaimana
individu tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori
kognitifnya iaitu Model Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep.
Fokus utama teori Bruner adalah model penemuan inkuiri dalam
pembelajaran

yang

mementingkan

konsep

kategorisasi.Bruner

lebih

menegaskan faktor-faktor persekitaran dan pengalaman model penemuan


inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip
konstruktivisme iaitu,seorang murid akan membina maklumat dan konsep
baru berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia
ada.Murid-murid akan mengolah maklumat melalui struktur

kognitif yang

sedia ada seperti skema dan model mental untuk menambah kesedaran baru
dalam ingatan.
Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan
aktiviti dan pengalam sendiri.Dalam keadaan ini,peranan guru adalah untuk
mencungkil fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu
murid-murid

dengan

soalan-soalan

yang

mencabar.Guru-guru

juga

bertanggungjawab untuk memastikan aktivit-aktiviti pengajaran bersesuaian


dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti penemuan mereka.

Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri


yang harus diutamakan.Tema pertama adalah pertengahkan konsep dan
keutamaan

struktur

kognitif

dalam

proses

pembelajaran.Pemindahan

pembelajaran daripada pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan
konsep-konsep baru perlu difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan
dan memfokuskan pada konsep-konsep yang baru kerana penguasaan faktafakta atau sesuatu teknik tidak berkesan dalam jangka masa panjang.Tema
seterusnya pula kesediaan belajar murid-murid.Guru-guru mesti meneliti
kesediaan

pembelajaran

murid-murid

dan

mengutamakan

kurikulum

berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran dan kurikulum


daripada senang kepada susah dan yang sentiasa mengaitkan satu konsep
dengan yang lain.Selain daripada itu,sesuatu topik mesti selalu diulang oleh
guru sehingga murid-murid memahaminya dengan sempurna.
Tema ketiga pula adalah penggunaan naluri intuitif atau gerak
hati.Semasa

guru-guru

mengajar,mereka

mesti

mengajar

dengan

memfokuskan kepada naluri intuitif atau gerak hati para murid.Pembelajaran


harus produktif dan perlu diutamakan sebagai pembelajaran yang bermakna
untuk murid-murid.Pembelajaran perlu disokong dengan pemikiran lain
seperti

pemikiran

analitikal.Tema

yang

terakhir

adalah

motof

untuk

belajar.Guru-guru juga mesti sentiasa mencungkil motivasi dalaman atau


naluri ingin tahu murid-murid mengenai sesuatu fenomena.Ini merupakan
cara yang paling berkesan bagi seorang guru untuk menarik minat muridmuridnya.Guru-guru juga perlu mengajar murid-murid yang mencapai
markah yang tertinggi dalam peperiksaan atau mendapat tempat pertama
dalam pertandingan sekolah bukan tujuan utama untuk belajar sesuatu.Motif
untuk belajar adalah lebih untuk memenuhi keperluan kognitif minda serta
untuk perkembangan intelek murid-murid.
Bruner juga telah mengutamakan teori pembentukan konsep yang
terkenal.Beliau menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak melalui
beberapa peringkat penaakulan.Peringkat pertama adalah peringkat enaktif

atau tidak aktif.Kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun tergolong dalam
peringkat

ini.Pada

peringkat

ini,kanak-kanak

belajar

melalui

tindakan

manipulatif kerana mereka belum menguasai bahasa untuk bertutur.Mereka


juga menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah.Beberapa
aktiviti dilakukan berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak.Maka,guruguru perlu sdiakan bahan maujud untuk mengimbangkan minda murid-murid
dalam

peringkat

penaakulan

ini.Menuut

Bruner,peringkat

kedua.Kanak-kanak

yang

ikonik

berumur

adalah

2-4

peringkat

tahun

dapat

membayangkan satu situasi dalam minda mereka pada peringkat ini.Mereka


juga menyimpan maklumat dan pengalaman dalam kerangka kognitif
secara

lebih

tersusun.Guru-guru

perlu

merancang

pelajaran

dengan

menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar.Peingkat terakhir adalah


peringkat simbolik.Pada peringkat ini,kanak-kanak boleh menggunakan
simbol

seperti

bahasa,perkataan,nombor

dan

simbol-simbol

matematik.Mereka juga dapat memindah pengalaman pembelajaran ke


situasi serupa dengan membuat penaakulan logik.Pada tahap ini,kanakkanak dapat menyoal mengenai satu fenomena dan dapat memberi
pendapat mengenai sesuatu masalah atau situasi.Mereka juga menggunakan
langkah-langlah penyelesaian masalah.Oleh yang demikian,guru-guru harus
merancang

pengajaran

secara

teratur

supaya

murid-murid

dapat

mengembangkan potensi mereka pada peringkat ini.Menurut Bruner,dalam


mana-mana tempoh masa yang tertentu ,satu jenis penaakulan akan lebih
dominan daripada yang lain.Ini bererti kanak-kanak berkebolehan untuk
berfikir pada tahap yang lebih mantap melalui pendedahan kepada idea-idea
kognitif mencabar dalam persekitaran mereka daripada umur yang kecil lagi.
Dengan itu,Bruner (1996),di dalam bukunya Toward a Theory of
Instruction

,menghuraikan

empat

prinsip

pengajaran-pembelajaran

berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya.Di antaranya ialah


prinsip kecenderungan murid-murid,prinsip pengajaran berstruktur,prinsip
rangkaian

ataupun

sekuen

dan

prinsip

peneguhan.Dalam

prinsip

kecenderungan murid-murid,murid-murid mesti mempunyai kecenderungan


ingin tahu perkara-perkara yang sedang berlaku di sekelilngnya.Mereka perlu
sentiasa menyoal diri dengan soalan-soalan sepert Mengapa?,Kenapa?
atau Bagaimanakah sesuatu berlaku?Manakala pengajaran berstruktur
pula dikatakan sebagai organisasi isi pelajaran oleh Bruner.Mengikut
beliau,aktivit pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dapat dicapai
sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaran
mental kanak-kanak.Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai
dengan apa bentuk pengajaran,dan apa bentuk pengajaran yang sesuai
digunakan untuk apa murid yang berkenaan.Di bawah prinsip ini,Bruner
mencadangkan penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada
abstrak ,iaitu menggunakan bahan konkrit ,demonstrasi ataupun ilustrasi
untuk mengajar perwakilan nombor.
Sementara itu,prinsip rangkaian yang juga dikenali sebagai prinsip
sekuen merupakan suatu prinsip turutan. Mengikut Bruner, prinsip ini boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip
kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi
untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti
pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya
adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan
perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar
perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu.
Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan
mental

kanak-kanak.

pengalaman
pembelajaran

baru
dapat

Prinsip

dengan

sekuen

ini

pengalaman

ditingkatkan.Justeru

dapat
lama

menghubungkaitkan
serta

itu,murid-murid

keberkesanan
harus

diberi

peluang untuk sentiasa mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan


yang sedia ada dan menguasai bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk
rangkaian.Dengan itu,prinsip yang terakhir adalah prinsip peneguhan.Guruguru mesti bijak membuat peneguhan yang bersesuaian tidak kira positif

ataupun negatif untuk memperkukuhkan sesuatu pembelajaran.Mengikut


Bruner,selain daripada memberi peneguhan,penetapan masa yang sesuai
dalam pemberian peneguhan juga penting supaya gerak balas yang
ditunjukkan oleh murid-murid diulang secara bersiri dan konsisten.
Secara

kesimpulanya,boleh

dikatakan

bahawa

teori

Bruner

telah

mempengaruhi pengajaran dengan impak yang paling ketara.


Teori Pembelajaran Asimilasi Ausubel
David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli
psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting
khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga
pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918
dan dibesarkan di Brooklyn, New York.

Beliau mendapat pendidikan di

Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939


dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di
sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau juga

telah berkhidmat

dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi


M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada
1950. Pada tahun 1973, Ausubel membuat keputusan untuk

bersara dari

bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani


latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel
tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah
menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi
sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam
pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional
dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan
empat buah buku yang terkenal.
David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang
mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk
pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau

dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran


ekspositori yang dikemukakan oleh beliau menekankan penerangan bahan
pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan
menurut

urutan

serta

fakta

yang

lengkap.

Ausubel

menegaskan

pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am


kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
Ausubel

juga

mengemukakan

pembelajaran

lisan

bermakna

iaitu

meaningful verbal learning, termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan


hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal.
Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.Dua
proses yang dikemukakan untuk membantu pembelajaran bermakna ialah
pembelajaran
pembelajaran

resepsi
resepsi

dan

penemuan.Ausubel

daripada

lebih

pembelajaran

mementingkan

penemuan

dan

hafazan.Resepsi bermaksud penerimaan maklumat oleh murid-murid apabila


guru

mengemukakan

,langsung,lengkap

dan

isi

kandungan

tersusun.Mengikut

pelajaran
model

secara

eksplisit

ini,guru-guru

harus

menyampaikan pelajaran melalui kuliah atau ceramah,iaitu dalam bentuk


pengajaran memusatkan guru.Penemuan

berlaku apabila murid-murid

meneroka bahan-bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru dan


membentuk

konsep

melalui

proses

penyelesaian

masalah.Murid-murid

berusaha untuk mencari makna sendiri dengan menggunakan kerangka


kognitif yang telah dibina sebelum ini.
Untuk membantu pembelajaran,Ausubel juga telah memperkenalkan
konsep penyusunan awal. Penyusunan awal telah diperkenalkan oleh beliau
untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan
wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan
kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan
hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari
tersebut.Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan

pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk


pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan
konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga

tujuan penggunaan

penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam


pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan
menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan
yang telah dipelajari.
Mengikut Ausubel,peta konsep adalah sebuah struktur grafik yang
boleh digunakan sebagai penyusunan awal dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Pemetaan peta konsep dapat membantu proses penyusunan
maklumat

murid-murid

secara

jelas.Ia

juga

dapat

mengukuhkan

isi

kandungan yang sedia ada dalam struktur kognitif murid-murid dan


mendemostrasikan

kefahaman

mereka

mengenai

sesuatu

topik.Pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku sekiranya guru-guru


menyusun

bahab-bahan pembelajaran dalam bentuk yang lengkap dan

sempurna.Dalam

erti

kata

lain,pembelajaran

berkesan

berlaku

jika

penyampaian pengajaran guru-guru tersusun dan atur.Justeru itu,teori beliau


juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Resepsi.
Pembentukan kerangka pengetahuan atau struktur mental/kognitif
berkembang dengan pembelajaran
pertama

adalah

proses

bermakna melalui 4 proses.Proses

subsumsi.Proses

subsumsi

merujuk

kepada

pengetahuan baru mengenai konsep-konsep yang lebih umum dan inklusif di


dalam struktur kognitif seseorang individu.Proses ini terdiri daripada
subsumsi terbitan dan subsumsi korelatif.Subsumsi terbitan merujuk kepada
maklumat bary yang terbit daripada maklumat lama yang ada pada diri
murid-murid.Maklumat baru ini akan disesuaikan dengan pengetahuan sedia
ada murid-murid.Sementara subsumsi korelatif merujuk pada suatu keadaan
di mana murid-murid menukar dan mengubahsuai struktur kognitif yang
sedia ada untuk mengakomodasikan maklumat atau konsep baru.Proses
subordianat dan superodinat merupakan proses kedua dalam pembentukan

kerangka pengetahuan.Proses subordinat adalah pengolahan maklumat


untuk memahami konsep secara terperinci dan khusus.Proses ini adalah
spesifik dan bukan umum.Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan
melalui

pengajaran

induktif.Sebaliknya,proses

superordinat

adalah

pengolahan maklumat secara am dan inklusif.Proses pembelajaran ini boleh


dijalankan melalui pengajaran deduktif.Proses ketida adalah perbezaan
progresif.Dalam

pendekatan

ini,guru-guru

akan

cuba

memantapkan

kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau beransur-ansur khasnya


apabila konsep itu sangat sukar.Guru-guru akan mendedahkan murid-murid
kepada proses pembelajaran dimana mereka perlu mendedahkan prinsipprinsip yang lebih am dalam konsep-konsep yang dan yang berkaitan di
antara satu sama lain.Kemudian,guru-guru akan membuat elaborasi ciri-ciri
yang lebih

terpencil yang wujud di dalam konsep-konsep yang sukar

ini.Mereka juga akan menekankan perbezaan dan persamaan yang wujud di


antara konsep-konsep yang saling berkaitan.Langkah ini akan membantu
murid-murid

meningkatkan

kefahaman

dan

memperolehi

penguasaan

pembelajaran terhadap konsep-konsep yang sukar.Proses penyelarasan


integratif atau pengubahsuaian bersepadu adalah proses terakhir.Dalam
proses penyelarasan integratif ,guru-guru mesti memainkan peranan untuk
menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam minda muridmurid akibat daripada pendedahan kepada pelbagai jenis konsep dan rumus
dalam sistem persekolahan.Mereka akan cuba menyelaraskan tajuk-tajuk
pembelajaran yang hampir sama supaya lebih mudah difahami oleh muridmurid.Justeru itu,pengubahsuaian bersepadu juga merujuk kepada satu
pendekatan dimana percanggahan makna di antara konsep-konsep yang
hampir sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru.
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara.Perkara
pertama, Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran
resepsi(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat

menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti


dalam kaedah kuliah.Perkara kedua pula menggunakan penyusunan awal
dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep
yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan
dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting
dalam sesuatu tajuk pelajaran.

Ciri-Ciri Penting Mazhab Kognitif Dan Penggunaannya Dalam Kelas.


Menurut Kamarudin Hj. Husin (1993), terdapat beberapa ciri-ciri penting
yang dapat dikutip daripada setiap mazhab untuk diaplikasikan di dalam bilik
darjah. Antaranya ialah :
1)

Pembelajaran merupakan satu proses mental

Melalui prinsip ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses


pemikiran.

Dalam

proses

pembelajaran,

kanak-kanak

sering

berfikir,

menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka melalui


kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan kepentingan
berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik bilik darjah harus dipergiat
untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus

disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk


menghasilkan gerak balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir,
menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang
diperoleh

daripada

terhadapnya.

dunia

Prinsip

ini

luar

sebelum

member

mereka

perhatian

mampu

berat

berinteraksi

kepada

kebolehan

intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang


terlibat dengan aktiviti mental.
2)

Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-

peringkat.
Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku
secara berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih
mustahak dan utama. Peringkat awal ini menjadi asas kepada perkembangan
kognitif yang selanjutnya.
Dalam

hal

pembelajaran,

guru

harus

menyedari

hakikat

bahawa

perkembangan diri kanak-kanak sebenarnya tidak serupa. Oleh yang


demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka
yang sebenar. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan,
pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan
perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Guru harus memikirkan tentang
tahap

kemampuan

berfikir,

pembinaan

konsep-konsep,

keperluan

mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebagainya yang sebenarnya


sentiasa

terlibat

dalam

proses

pembelajaran.

Menurut

prinsip

ini,

mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai


masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang
kanak-kanak tentang sesuatu yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini
bermaksud

bahawa

faktor

kemampuan

dan

kematangan

dalam

pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai


motivasi yang lebih tinggi untuk belajar.

Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan


mental, emosi dan sosial murid. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan,
disusunatur dan disampaikan mengikut keperluan. Keadaan ini perlu
mengambil

kira

prinsip-prinsip

pembelajaran

yang

lain

melibatkan

pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada


yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman, daripada yang
dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstark dan
sebagainya.
3)

Pembelajaran adalah satu keseluruhan.

Hal ini sebenarnya, melibatkan persepsi. Dalam proses pengajaran dan


pembelajaran,

keseluruhan

adalah

lebih

penting

daripada

bahagian-

bahagian yang menjadikannya. Ini kerana daripada keseluruhan, kita dapat


melihat makna sebenar dan pertalian atau hubungan antara bahagianbahagiannya.
Prinsip ini cuba mengetengahkan proses pengamatan dan pembinaan
konsep yang bererti yang hanya dapat dilakukan melalui keseluruhan yang
bermakna.

Menurut

prinsip

ini,

keseluruhan

adalah

penting

untuk

mendapatkan makna atau fungsi yang tepat. Dalam hal pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, seandainya kita hanya berpeluang
melihat bahagian-bahagiannya, dan tidak keseluruhannya maka kita tidak
dapat menghasilkan satu makna yang menyeluruh. Ini akan menyebabkan
pembelajaran dianggap tidak bererti dan tidak sempurna. Dalam hal ini,
hukum-hukum pembelajaran yang disarankan oleh mazhab kognitif seperti
Hukum Kedekatan, Hukum Keserupaan, Hukum Kesinambungan dan Hukum
Tutupan adalah mustahak diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid
membina konsep-konsep secara berkesan dan menjalani pembelajaran yang
lebih bermakna.
4)

Pembelajaran adalah proses cuba jaya.

Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah.
Dalam hal ini, kita cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita
fikirkan terbaik. Biasanya, tiada masalah yang dapat diselesaikan tanpa
percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu.
Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik
darjah, malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid.
Melaluinya,

murid-murid

berpeluang

mengetengahkan

pendapat

dan

menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah. Dalam


kesukaran menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil.
Pengalaman-pengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka.
5)

Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan.

Pembelajaran mengikut pendapat mazhab ini bukan sahaja melibatkan


proses cuba jaya tetapi juga pada peringkat yang lebih tinggi melibatkan
kajian-kajian, penyiasatan dan penerokaan. Dalam hal ini murid-murid
biasanya

meneliti,

memerhati,

menganalisis,

membuat

perbandingan,

mengesan dan sebagainya.


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh digunakan
untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik
penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan dan
sebagainya. Murid-murid boleh juga mengadakan sesi-sesi perbincangan,
membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu. Situasi ini
member mereka

peluang bertukar-tukar

pandangan, mengetangahkan

penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya.

6)

Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar.

Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman


dan pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Biasanya,
pembelajaran

yang

bertitik

tolak

daripada

kedua-dua

elemen

ini

memudahkan guru-guru merancang, iaitu menyediakan bahan dan milih


strategi

pengajaran

yang

sesuai.

Di

samping

itu,

murid-murid

juga

berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah


disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman mereka.

SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF


Teori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab
behavioris

tidak

dapat

digunakan

untuk

menerangkan

semua

jenis

pembelajaran yang berlaku dalam situasi yang berlainan. Umpamanya,


walaupun kita kerap menggunakan telefon untuk menelefon kawan, kita
sentiasa perlu merujuk buku panduan telefon untuk mendapatkan nombor.
Sukar bagi kita untuk mengingati nombor yang kurang memberi makna
dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengingati peristiwa
yang telah kita alami suatu masa dahulu. Ini kerana peristiwa itu merupakan
suatu pengalaman yang bermakna kepada kita.
Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab
Gestalt) menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba
mencari

maksud

perkataan

berkaitan

German

yang

dengan

sesuatu

bermaksud

bentuk,

perkara.

Gestalt

adalah

pola,

konfigurasi

atau

keseluruhan yang tersusun. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal
kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif
juga dikenali sebagai teori Gestalt.
Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu,
kepercayaan , harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita.
Dalam

situasi

bilik

darjah

murid

belajar

dengan

memperolehi

dan

mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang


sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya memperolehipengetahuan
yang baru. Setiap kali murid belajar mereka akan mengelolakan dan
menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahkan mereka akan menghayati
maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih juga
dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka
hadapi.

Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan


apabila seseorang belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam
ingatannya.

Mazhab

kognitif

berpendapat

bahawa

setiap

manusia

mempunyai keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta


mengeluarkan

semula

segala

pengalaman

untuk

membolehkannya

memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang


dihadapi.

Mengikut

pandangan

kognitif,

proses

pembelajaran

dapat

disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan


yang

dikeluarkan

untuk

penyelesaian

masalah.

Pembelajaran

kognitif

melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan dan penguasaan


konsep(penanggapan)
Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang
aktif. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola,
menyimpan
memperoleh

dan

mengeluarkan

maksud

baru

semula

dalam

segala

pembelajaran

pengalamannya
lanjutan

atau

untuk
untuk

menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya


melalui kaedah cuba ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih,
membuat keputusan, mempraktik dan mencuba untuk mencapai sesuatu
matlamat. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sentiasa
menentukan apa yang akan dipelajari, diingati atau dilupakan.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET (1896-1980)


2.1 Pengenalan Kepada Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Teori Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih
menyeluruh

walaupun

ada

yang

masih

menyoal

dan

tidak

menyetujuinya.Teori ini ada pada dasarnya telah menjadi menjadi asas dan
pengaruh

kepada

mengemukakan

teori

idea

dan

tentang

penyelidikan
pembentukan

yang
konsep

selanjutnya. Piaget
kanak-kanak

dan

kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat


belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh
kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak
secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak
sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah
dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut piaget, sistemsistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh
orang

dewasa.

Untuk

memahami

perkembangan,

sistem-sistem

ini

seharusnya didefinisikan dan dibahagi mengikut ciri-ciri yang tersendiri.


Piaget percaya fungi kecerdasan adalah untuk membanu menyesuaikan diri
(adaptasi) kanak-kanak terhadap persekitaran.
Fokus penyesuaian (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif
yang dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap
persekitaran. Dengan meningkatkannya pembelajaran dan kematangan

kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbezabeza. Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang
mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan) keadaan yang
menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di antara apa yang
dialami dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang
dihadapinya. Equilibration melibatkan tiga proses. Proses pertama, dalam
situasi-situasi tertentu, skema dan tahap pemikiran kanak-kanak adalah
cukup

untuk

menyesuaikan

atau

mengadaptasikan

cabaran-cabaran

persekitaran. Maka, kanak-kanak tersebut adalah dalam keadaan equilibrium


(keseimbangan). Proses kedua kanak-kanak juga diberi informasi yang tidak
sesuai dengan skema kanak-kanak kurang menghadapi cabaran-cabaran
baru.
2.2 Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget
2.2.1 Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)
Dalam
motornya

peringkat

ini, kanak-kanak

untuk

memahami

mula

dan

menggunakan

berinteraksi

seria

dengan

persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah


boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara 4 hingga 8
bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara
penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari
objek-objek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1 hingga 2 tahun, kanakkanak cuba menggunkan berbagai-bagai skema (struktur menyelesaikan
masalah yang dia hadapi). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan
mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga
umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor
dengan gerakannnya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan
objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi
berumur sebelum Sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak
kelihatan setelah diperhatikan objek tersebut sebelummya. Pada tahap ini,

bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.


Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi
tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan
mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru
tingkah

laku

dikenali

sebagai

pembelajaran

melalui

pemerhatian

(observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan


sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan
melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)
Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang
diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan
tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan
mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya.
Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan
tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi
sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang
tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk
pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati
daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanakkanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab
musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan
sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan
tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan
matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut
melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat

menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu


lagi.
c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)
Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n
pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada
sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru
seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi
boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya,
bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan
untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.
d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)
Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud
sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini,
perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada
di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi.
Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya,
apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)
Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh
bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk
melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam
sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat
berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai
konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba
jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan
mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran


awal)
Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai
keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada
ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan
dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan.
kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi
individu dalam rumahtangga.
2.2.2 Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)
Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta symbol
untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun
kanak-kanaktelah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang
dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanakkanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap
pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa
dengannya. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka
tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya
boleh memikir secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada
contoh contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir
secaradeduktif (daripada umum kepada contoh khusus) dan
secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir
peringkat ini, mereka mula berupaya member sebab untuk menyokong
kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu
dan memahami konsep pengabadian bilangan.
2.2.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)
Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau
12 tahun.Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk

reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai


pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti computer,
perabot dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti
yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan (conserve)
dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran
objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada
persepsi segera seperi rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahanlahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan
bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya, menggunakan skema
dalaman untuk member panduan tentang penaakul daripa bentuk luaran
sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi
representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini dapat memanipulasi
representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti
kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal
dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh.
Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti
dan mengsplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

2.2.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 Tahun)


Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya
melibatkan operasi mental pada yang abstrak dan symbol yang

mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Dalam pada itu,
kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak
terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat
membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada
situasi yang dihadapinya dengan logic. Justeru, teori perkembangan kognitif
adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku
pada usia yang sama bagi kanak-kanak. Setiap tahap memasuki tahp baru,
kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pasti dalam
tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja telah
boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan
menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum matematik.
2.3 Empat Tahap Perkembangan Kognitif Piaget
Tahap
Tempoh
Sensori Motor
Sejak lahir hingga 2 tahun
Praoperasi
2 hingga 7 tahun
Operasi Konkrit
7 hingga 12 tahun
Operasi Formal
11 tahun hingga zaman remaja
Jadual Empat tahap Perkembangan Kognitif Piaget

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM


PROSESPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori


yang sangat pentingdalam proses pengajaran dan pembelajaran muridmurid.

Teori

pembelajaran

kognitif

menekankan

proses

kognitif

bagi

menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia


juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada
untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.
Teori

pembelajaran

kognitif

ini

sangat

menitikberatkan

bahawa

pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk


proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia
secara langsung memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori
pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran muridmurid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.
Dalam

pembelajaran

kognitif

ia

lebih

kepada

menggunakan

pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh


yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanakkanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam
persekolahan

mereka

akan

melalui

pembelajaran

yang

memerlukan

pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M


iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di
prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanakkanak tersebut.
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam
proses pengajarandan pembelajaran murid-murid iaiah membantu muridmurid mengingat semula. Olehkerana pembelajaran kognitif ini menekankan
kepada perubahan-perubahan yang berlakudalam cara manusia berfikir dari
peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak
sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintismuda dan akan
memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-

murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.
Selainitu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut
memperolehi

pengetahuan

mereka.

Contohnya,

kanak-kanak

tadika

memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan


dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman
persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apayang
mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka
miliki ketika di prasekolah.
Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi
pelajaranhendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanakkanak. Mengikut pendapatJean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif,
beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget
iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2 hingga 7
tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun
hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam
proses

pengajaran

dan

pembelajaran

mestilah

mengikut

peringkat

perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan


kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masingmasing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran
mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya,di prasekolah ia
lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan
asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar muridmurid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya
mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

1.1 DEFINISI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran konstruktivisme? Istilah
konstruktivisme

ini

merujuk

kepada

idea

bahawa

pelajar

membina

pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu(dan


sosial) membina makna contoh seperti dia belajar membina makna bagi
sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme juga berasaskan pandangan bahawa
proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi
sedikit sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata lain, apa yang
dilalui dalam kehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua
pengalaman yang dialami oleh manusia. Seseorang individu akan membina
atau

konstruk

ilmu

menguasainya
semasa proses ini.

pengetahuan

dengan

usaha

sendiri

daripada

dan
orang

bukan
lain

Rajah 1.1.1 : Murid membina pengetahuan sendiri


Pembinaan ilmu adalah satu proses

semulajadi. Menurut penyokong

konstruktivis, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak


diketahui, mereka ingin memahaminya. Naluri mereka akan mengaitkan
maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya ia menjadi satu
informasi yang bermakna (Jonassen, 1996;Jones et al, 1993). Jean Piaget,
Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan Seymour Papert adalah antara
tokoh-tokoh mazhab konstruktivisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi dan
pakar pendidikan. Menurut teori konstuktivisme, pengetahuan adalah produk
minda yang dibina (konstruk) dengan pengalaman dan input baru yang
diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi.
Murid-murid akan membina makna bagi setiap fenomena di
sekelilingnya melalui refleksi. Mereka akan menjana peraturan dan panduan
mental sendiri agar memahami dunia sekeliling seperti dalam rumah,
sekolah dan komuniti hidup seharian. Dengan itu, pembelajaran mereka
dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru-guru dan
kualiti pengalaman yang ada pada murid-murid.
1.2 PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Terdapat beberapa prinsip pemikiran konstruktivis yang kita mesti ingat
apabila kita mempertimbangkan peranan kita sebagai pendidik. Kesemua
idea berikut adalah berdasarkan pada kepercayaan bahawa pembelajaran
terdiri seseorang individu itu sendiri membina makna dan kemudiannya
bagaimana mereka mempengaruhi pengetahuan sedia ada masing-masing.

Rajah 1.2.1 : Kanak-kanak menggunakan deria sentuhan


Prinsip yang pertama, pembelajaran adalah satu proses yang aktif di
mana pelajar menggunakan input deria dan membina makna daripadanya.
Rumusan yang lebih tradisional idea ini melibatkan istilah pelajar yang aktif
(istilah Dewey) menekankan bahawa pelajar perlu melakukan sesuatu; di
mana

pembelajaran

bukanlah

penerimaan

pasif

pengetahuan,

ilmu

pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda
berdasarkan pengalaman sebenar..
Kedua, manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar, dimana
pembelajaran terdiri membina makna dan membina sistem makna. Sebagai
contoh, jika kita belajar mengenalpasti sela masa dalam jadual waktu dalam
mata pelajaran matematik, kita akan belajar makna jadual dalam masa yang
sama. Setiap makna kita membina membuatkan kita lebih berupaya untuk
memberi makna bagi sensasi lain yang boleh dimuatkan dalam corak yang
sama.

Rajah 1.2.2 : Aktiviti

hands-on

Selain itu, peranan tindakan yang sangat penting dalam membina


makna adalah mental: ia berlaku dalam minda. Tindakan fizikal, pengalaman
secara hands-on sangat diperlukan untuk pembelajaran, terutamanya bagi
kanak-kanak.

Bagi

mengukuhkan

lagi

pembelajaran,

kita

juga

perlu

menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan minda serta fizikal (Dewey


menyebut aktiviti ini sebagai reflektif).
Seterusnya, pembelajaran melibatkan bahasa, bahasa yang kita
gunakan mempengaruhi pembelajaran. Pada peringkat empirik, penyelidik
telah mendapati bahawa individu bercakap kepada diri mereka semasa
belajar. Pada peringkat yang lebih umum, Vigotsky menegaskan bahawa
bahasa dan pembelajaran adalah berkait saling berkaitan. Perkara ini jelas
ditekankan dalam merujuk kepada keperluan untuk menghormati bahasa
ibunda. Bahasa ibunda haruslah sebagai bahasa pengantar utama bagi
memudahkan proses pembelajaran.
Prinsip yang kelima pula menyatakan pembelajaran adalah aktiviti
sosial, dimana pembelajaran kita berkaitrapat hubungan kita dengan
manusia yang lain, guru-guru, rakan-rakan, keluarga serta kenalan kasual.
Kita lebih cenderung untuk berjaya dalam usaha kami untuk mendidik jika
kita mengiktiraf prinsip ini dan bukannya cuba untuk mengelakkan ia.

Kebanyakan pendidikan tradisional, seperti yang ditegaskan Dewey, lebih


terarah kepada mengasingkan pelajar semua daripada interaksi sosial, dan
ke arah melihat pendidikan sebagai satu-satu hubungan antara pelajar dan
bahan objektif yang perlu dipelajari. Sebaliknya, pendidikan progresif (untuk
terus menggunakan formulasi Dewey) mengiktiraf aspek sosial pembelajaran
dan menggunakan perbualan, interaksi dengan orang lain, dan aplikasi
pengetahuan sebagai aspek penting pembelajaran.
Pembelajaran juga adalah kontekstual, bermaksud kita belajar dalam
hubungan apa lagi yang kita tahu, apa yang kita percaya, prasangka kita dan
kebimbangan kita. Ia menjadi jelas bahawa ini sebenarnya adalah akibat dari
idea bahawa pembelajaran adalah aktif dan sosial. Kita tidak boleh
mengelakan suatu pembelajaran dari kehidupan harian.
Selain itu, pengetahuan juga diperlukan untuk seseorang itu belajar.
Adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk sesorang itu mengasimilasikan
pengetahuan baru tanpa mempunyai beberapa struktur yang dikembangkan
dari pengetahuan sebelumnya untuk dibina. Lebih banyak kita tahu, lebih
banyak kita boleh belajar. Oleh itu, sebarang usaha untuk mengajar mesti
dihubungkan dengan keadaan pelajar, mesti diwujudkan laluan ke arah
subjek bagi pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Prinsip yang kelapan pula adalah mempelajari sesuatu perkara
memerlukan masa, pembelajaran bukanlah terbina secara serta-merta.
Untuk pembelajaran yang signifikan, kita perlu melewati semula idea, cuba
untuk bermain dengan idea-idea bagi menyesuaikan dengan pengajaran dan
menggunakan idea-idea. Ini tidak boleh berlaku dalam 5-10 minit . Jika anda
memikirkan tentang apa yang anda telah belajar, anda akan menyedari
bahawa ia adalah hasil dari sesuatu pengulangan pendedahan dan
pemikiran.
Prinsip yang terakhir pula menegaskan bahawa motivasi adalah satu
komponen

penting

dalam

pembelajaran.

Bukan

sahaja

membantu

pembelajaran, motivasi juga adalah penting untuk pembelajaran. Idea


motivasi ini diilhamkan untuk merangkumi pemahaman cara di mana
pengetahuan yang boleh digunakan. Melainkan kita tahu "sebab mengapa",
kita tidak boleh sangat terlibat dalam menggunakan pengetahuan yang
boleh diterapkan dalam diri kita. Walaupun dengan pengajaran paling teruk
dan langsung.
1.3 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Ciri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah murid-murid
bertanggungjawab ke atas pembelajarannya.Guru-guru mesti sedar tentang
corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat
andaian-andaian

untuk

menyokong

pemikiran

mereka.

Dalam

teori

konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan


maklumat di mana jawapan betul diberikann oleh guru-guru.
Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait
rapat dengan minat dan naluri ingin tahu murid-murid.Pemahaman sesuatu
topic pembelajaran harus dibuat secara menyeluruh dan sebagai kaitan di
antara bahagia-bahagian yang kecil.Jusyeru itu, pembelajaran berpusatkan
kepada penguasaan konsep-konsep asas.
Guru-guru juga harus mendorong proses pembelajaran murid-murid
dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka yang sering mengadakan
perbincangan kumpulan di kalangan murid-murid.
Teori konstruktivis tidak menggalakkan pernilaian sumatif yang
berpusat ; sebaliknya, penilaian harus formatif dan berterusan dan
dijalankan serentak dengan proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh
yang demikian, penggubal kukirikulum konstraktivis perlu menggalakkan
pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-berubah berdasarkan
pengetahuan
praktikal.

sedia

ada

individu

serta

penyelesaian

masalah

secara

1.4 PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME MENURUT TOKOH-TOKOH


UTAMA
Jean Piaget

menyatakan pembentukan struktur mental melalui skema,

asimilasi dan akomodasi. Konsep dasar organisasi dan adaptasi proses


intelek mengikut ke Piaget, iaitu: skema yang dilihat dilihat sebagai
sekumpulan konsep, asimilasi pula merupakan peristiwa padanan maklumat
baru dengan maklumat lama yang telah berlaku terhadap seseorang dan
sementara itu

akomodasi adalah sesuatu yang berlaku apabila maklumat

baru dan maklumat lama kembali tidak sepadan kemudian dibandingkan dan
diselaraskan dengan maklumat lama. Keseimbangan akan dicapai apabila
pelajar mengiktiraf maklumat baru.
Menurut Jerome Bruner, pembelajaran melalui penemuan ;
pembentukan konsep. Pembelajaran secaraa penemuan adalah berasaskan
penyelidikan,

teori

pembelajaran

konstruktivis

yang

berlaku

dalam

menyelesaikan masalah situasi di mana pelajar menggunakan pengalaman


yang sedia dan pengetahuan sedia ada untuk mengetahui fakta dan
hubungan dan kebenaran baru yang perlu dipelajari.

Rajah 1.4.1 : Kanak-kanak meneroka

Pelajar
memanipulasi

berinteraksi
objek,

dengan

bergelut

dunia

dengan

dengan

soalan

dan

meneroka

dan

kontroversi,

atau

melaksanakan eksperimen. Hasilnya, pelajar mungkin lebih cenderung untuk


mengingati konsep dan pengetahuan yang ditemui pada mereka sendiri
(dalam berbeza dengan model penghapusan). Model yang berdasarkan
model

pembelajaran

penemuan

termasuk:

penemuan

berpandu,

pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan simulasi,


pembelajaran berasaskan kes, pembelajaran sampingan, antara lain.
Seterusnya, Lev Vygotsky mengilhamkan bahawa Zon Perkembangan
Proksimal

berkaitan

dengan

pendekatan

sosio-budaya.

Pembinaan

pengetahuan dipengaruhi oleh lingkungan sosial di sekitarnya. Pengetahuan,


sikap, pemikiran, sistem nilai yang dimilki pelajar akan berkembang melalui
proses interaksi. Konsep penting dalam teori Vygosky iaitu Zone of Proximal

Development (ZPD) dan Scaffolding.

Rajah 1.4.2 : Teori Vygotsky : Zon Perkembangan Proksimal

ZPD adalah jarak antara perkembangan sebenar dengan peringkat


perkembangan yang berpotensi di mana pelajar mampu mengkonstruksikan
pengetahuan di bawah bimbingan orang dewasa. Sementara Scaffolding
Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada pelajar pada
tahap-tahap

awal

pembelajaran,

kemudian

mengurangi

bantuan

dan

memberikan pelajar kesempatan untuk mengambil alih tanggungjawab yang


semakin besar setelah ia dapat melakukannya (Slavin, 1997).

Scaffolding

merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk belajar dan


memecahkan masalah. Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk, dorongan,
peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan,
memberikan contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar
itu belajar berdikari.
Kostrukstivisme sosial Vygosky meyakini bahawa interaksi sosial,
unsur budaya, dan aktiviti-aktiviti yang membentuk pembangunan dan
pembelajaran

individu.

Vygosky

menekankan

bahawa

semua

mental

peringkat tinggi seperti berfikir dan menyelesaikan masalah didorongi


dengan alat-alat psikologi seperti bahasa, lambang dan simbol. Vygosky
dalam penelitiannya membezakan dua macam konsep iaitu konsep spontan
dan konsep saintifik. Konsep spontan diperolehi dari pengetahuan harian,
sedangkan konsep saintifik diperolehi dari pengetahuan dan pembelajaran
yang diperoleh dari sekolah. konsep ini saling berhungan antara satu dengan
yang lain.
Tokoh lain iaitu John Dewey menegaskan bahawa

pendidikan

progresif adalah pembelajaran melalui pengalaman. Dalam teori beliau,


pembelajaran terhasil daripada refleksi mengenai pengalaman seseorang,
semasa berusaha untuk membuat sesuatu. Seseorang boleh terus menghidu
bau, rasa, dan sebagainya, dan mempunyai reaksi mendalam (contohnya,
bahaya), tetapi kita juga berhadapan dengan situasi yang mencabar, hairan,
atau keliru. Melalui pertemuan individu dengan dunia dan refleksi kepada
pengalaman ini, pemahaman terkini individu di dunia ini berubah supaya

perkara baru itu menjadi lebih jelas. Pemahaman kita menjadi lebih luas dan
lebih tersusun, membantu kita untuk mendapatkan makna yang lebih kukuh.
Dewey percaya bahawa manusia mempunyai aliran intelektual, yang
berkembang apabila dicabar oleh masalah atau dilema. Peranan pendidikan
bukanlah untuk memenuhi sepenuhnya kecenderungan pelajar dan tidak
cuba untuk memaksa kanak-kanak mengikuti kurikulum tersedia yang tidak
mengambil kira mengenai pelajar. Dewey melihat minda kanak-kanak
sebagai fleksibel, luas, dan tidak terbentuk.

Rajah 1.4.3 : Pengunaan peralatan sains


Persekitaran pembelajaran mewah yang dicadangkan oleh Dewey
harus menyediakan mencukupi "masa, bercakap, dan alat." Pelajar dicabar
melalui pertanyaan, perbincangan, cadangan, dan galakan daripada ibu
bapa, guru, dan rakan-rakan. Alat, seperti mikroskop dan teknik penyelidikan
yang digunakan oleh saintis, atau instrumen muzik dan notasi yang
digunakan oleh komposer dan pemuzik, boleh membuat pertanyaan dan
penyiasatan pelajar di dunia bahkan lebih menarik dan berkuasa.

Rajah 1.4.4 : Penggunaan komputer dalam pengajaran

Penggunaan teknologi untuk membina dan menghasilkan idea-idea


baru

merupakan idea dari tokoh bernama Seymour Papert. Pengajaran

berasaskan

komputer

untuk

kanak-kanak

telah

membawa

kepada

penggunaan meluas komputer dan teknologi maklumat dalam persekitaran


konstruktivis.

1.5 IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM BILIK DARJAH


Prinsip

yang

paling

penting

adalah

bahawa

guru-guru

tidak

memberikan pengetahuan kepada murid-murid.Sebaliknya, murid-murid


mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur
mental mereka. Ini bermakna, murid-murid harus berusaha sendiri dalam
aktiviti-aktiviti seperti berikut.

Rajah 1.5.1 : Membina makna dan berinteraksi


Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, iaitu membina makna daripada
pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, muridmurid membina maklumat berasaskan pengalaman yang sedia ada; apa
yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah penting.
Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan baru;
ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru
berasaskan kepercayaan individu.

Rajah 1.5.2 : Penyediaan bahan bantu mengajar matematik


Seterusnya, bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru-guru
harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid-murid.
Persembahan pengajaran mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat
murid-murid

agar

mereka

cepat

menguasai

ilmu

baru.

Murid-murid

mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berasaskan


pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.
Selain itu, murid-murid perlu menggunakan minda mereka secara
aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman
sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru
ini.

Akhir sekali, penaakulan dan penggunaan logik di aplikasikan secara


aktif. Apabila seorang murid menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang
ada padanya tidak konsisten atau serasi dengan penerangan baru, ia akan
bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan pada dirinya. Murid
tersebut akan berusaha menerima informasi baru dan menganalisinya
sebelum menerima atau menolaknya.

1.7 KELEMAHAN TEORI KONSTRUKTIVIS


Terdapat beberapa kelemahan teori pembelajaran konstruktivis ini.
Kelemahan yang pertama, pelajar mengkonstruksi pengetahuannya sendiri,
kemungkinan bahawa hasil pembinaan pelajar tidak sesuai dengan hasil
pembinaan sesuai dengan kaedah ilmu pengetahuan sehingga menyebabkan
salah faham.
Konstruktivisme menerapkan agar pelajar membina pengetahuannya
sendiri, hal ini pasti memerlukan masa yang lama dan setiap pelajar
memerlukan layanan dan keperluan yang berbeza-beza. Pelajar pintar akan
dapat mengikuti plajaran, sementara pelajar lemah mungkin akan terus
ketinggalan.
Situasi dan keadaan setiap sekolah tidak sama, kerana tidak semua
sekolah

mempunyai

kemudahan

infrastruktur

yang

dapat

membantu

keaktifan dan kreativiti pelajar. Kelebihan kepada sekolah bandar berbanding


luar bandar, mungkin wujud jurang perbezaan dari segi pencapaian murid.

Walaupun guru hanya menjadi motivasi dan penunjuk hala tuju


proses belajar, tetapi guuru juga mempunyai kelakuan yang elegan dan arif
sebagai

semangat

pendorong

bagi

kanak-kanak

pengajaran menerapkan nilai-nilai kemanusiaan

sehingga

diperlukan

You might also like