You are on page 1of 3

Rancangan Pengajaran Mengikut model ASSURE

1. Analisis Ciri Pelajar


a) Ciri-ciri Umum Pelajar:
Kelas terdiri daripada 37 orang murid Tahun 4 Jupiter yang berumur 10
tahun.
Murid terdiri daripada 16 orang lelaki yang kesemuanya terdiri
daripada kaum melayu dan 21 orang perempuan yang terdiri
daripadanya adalah 17 kaum Melayu, 2 kaum India, dan seorang
serani.
Kesemua murid terdiri daripada murid yang pandai membaca, menulis
dan mengira.
Walaubagaimanapun, murid 4 Jupiter ini masih menghadapi masalah
dalam menguasai subjek sains dengan baik.
Hampir 99% daripada murid adalah lahir daripada keluarga yang
berpendapatan RM 3000.00 dan keatas kecuali seorang sahaja
keluarganya berpendapatan kurang daripada RM1000.00 sebulan.
Kesemua daripada pelajar ini mempunyai kereta sebagai kemudahan
pengangkutan.
Seramai 33 orang daripada kelas ini mempunyai kemudahan komputer
di rumah mereka dan 28 daripadanya pula mempunyai kemudahan
internet di rumah.
Daripada pengamatan saya, kebanyakkan pelajar ini tidak
menggunakan komputer sebagai medan untuk mencari maklumat.
Sebaliknya mereka menggunakan komputer untuk bermain game.
Daripada pemerhatian kebolehan dan minat pelajar mereka berminat
menggunakan komputer dalam kehidupan harian mereka.
Hasil daripada pemerhatian tersebut didapati bahawa mereka lebih
berminat untuk mempelajari sains dengan menggunakan komputer
dan paparan LCD .
b) Mengenalpasti ciri-ciri kompentensi khusus peringkat masuk:

Daripada analisis seramai 11 orang daripada 37 orang murid mampu


mengingat dengan cepat manakala selebihnya mengambil masa agak
lama untuk memahami dan mengingati apa yg mereka pelajari.
Selain itu, pelajar ini juga menghadapi masalah dalam melakarkan
semula gambarajah dengan baik contohnya sistem pernafasan
manusia,dan perkumuhan serta kurang mahir dalam melukis dengan
baik .

Justeru itu bagi mengatasi masalah pelajar melakar dengan baik dan
malas maka pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu
diterapkan.

c) Stail / Gaya Pembelajaran:


Merujuk kepada kebolehan seseorang berinteraksi dan bertindakbalas
dengan persekitaran didapati kira-kira 40% pelajar terdiri daripada
pelajar yang terarah kepada kebolehan kinestatik iaitu pelajar yang
lebih suka menyentuh, merasa, suka mengalami sendiri dan
mengerjakan sesuatu pembelajaran, Manakala 15% pelajar auditori
iaitu lebih suka mendengar informasi secara verbal ( mendengar kaset,
CD audio) dan45% lagi adalah pelajar visual iaitu melihat informasi
secara gambar dan grafik.
2. Objektif Pengajaran Secara Khusus:

Di akhir pelajaran murid-murid dapat :


Menyatakan manusia menggunakan paru-paru untuk bernafas.
Mengenalpasti laluan udara semasa bernafas.
Menyalin semula (copy) gambar yang tertera dalam laman imej sistem
pernafasan manusia ke dalam MS word.
3. Kaedah, Media dan Bahan:
Kaedah yang biasa dilakukan ialah mengeksperimen dan perbincangan
serta memerhati carta.
Pada proses pengajaran dan pembelajaran kali ini guru telah menukarkan
carta kepada kaedah murid mencari maklumat sendiri melalui internet
dalam laman Youtube Animasi Proses Pernafasan dan Pertukaran Gas
Diparu-paru.
Bahan media yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
kali ini terdiri daripada dua jenis iaitu :
a) Bahan yang telah diakses oleh guru dalam internet melalui
URL: http://www.youtube.com/watch?v=1Xz0VAoYQiY
b) Carta Sistem Pernafasan Manusia
c) Model manusia

4. Alat / Bahan Pengajaran:


Paparan youtube yang telah disalin oleh guru sebagai kebarangkalian
laman wab sukar untuk diakses.
2

Gambarajah Sistem Pernafasan Manusia yang perlu dilengkapkan oleh


murid.
Menjawab soalan-soalan dalam MS word.

5. Aktiviti Melibatkan Pelajar:


Setelah murid memerhati sendiri fungsi Sistem Pernafasan Manusia,
murid dikehendaki dalam kumpulan menerangkan semula apa yang telah
mereka fahami di hadapan kelas.
Guru membahagikan kumpulan kecil kepada kaedah pembentangan yang
berbeza-beza:
i)
Penerangan menggunakan carta
ii)
Penerangan menggunakan model
iii)
Penerangan menggunakan powerpoint
Murid membentangkan hasil maklumat yang telah diperolehi melalui
penetapan kaedah dalam kumpulan seperti di atas.
Murid juga dikehendaki menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam MS
word yang telah disediakan oleh guru.
6. Nilai dan Semak:

Guru menilai murid melalui temubual bersama pelajar.


Penilaian juga dilakukan melalui kematangan jawapan murid dalam
menjawab soalan-soalan yang diajukan.
Guru juga menyediakan senarai semak bagi memastikan samada kaedah
yang digunakan membantu murid menguasai topik yang harus dikuasai
oleh murid atau tidak.

You might also like