You are on page 1of 3

Biskut Famous Amos

Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati
dengan menggunakan whisk.

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat
dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam
adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut
dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak
jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega
pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C
selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas
jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka
manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk
adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)
2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung
ikut kesesuaian keras adunan
3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap
mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke
dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan
adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

You might also like