Professional Documents
Culture Documents
Pelajaran Interaksi 3
Pelajaran Interaksi 3
Tajuk 7
Struktur Linguistik
7.1 Semantik
7.2 Pragmatik
7.3 Analisis Wacana
Sinopsis
Tajuk 7 menjelaskan sebahagian lagi struktur yang terdapat di dalam ilmu linguistik am, iaitu
semantik, pragmatik, dan wacana. Ketiga-tiga subbidang ini merupakan peluasan konsep
dalam ilmu linguistik yang tidak rigid sebagaimana tatabahasa (nahuan).
Hasil Pembelajaran:
(i)
Selepas perbincangan, pelajar dapat melakarkan secara peta minda akan unsur-unsur
yang terdapat di dalam bidang semantik bahasa Melayu.
(ii)
(iii)
7.1 Semantik
Istilah semantik berasal daripada bahasa Yunani sema yang bermakna tanda atau lambang.
Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan
dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Ilmu semantik menyentuh tentang pengertian
makna, hubungan antara konsep dengan makna, jenis-jenis makna, perubahan makna,
perkaitan makna, dan peribahasa.
Dalam suatu keadaan, tanda linguistik yang dieja ialah <meja>. Tanda ini terdiri
daripada unsur makna atau yang diertikan meja dan unsur bunyi atau yang mengertikan
melalui kewujudan fonem [m,e,j,a]. Tanda <meja> ini pula merujuk suatu referen yang berada
di luar bahasa (ekstrabahasa), iaitu sebuah meja, salah satu perabot di rumah. Perkataan
<meja> ialah hal yang menandai manakala sebuah meja yang merupakan perabot itu ialah hal
yang ditandai.
------------------------------------------------------------------(a) perkataan/leksem
Berdasarkan rajah di atas, perkataan atau leksem melambangkan konsep atau makna,
sedangkan konsep atau makna merujuk sesuatu, iaitu referen.
Sesebuah perkataan atau leksem mempunyai makna atau konsep. Makna atau konsep
bersifat umum sedangkan sesuatu yang dirujuk yang berada di luar dunia bahasa bersifat
khusus. Contohnya, perkataan meja mempunyai konsep meja pada umumnya manakala
dalam dunia nyata, meja yang dirujuk bersifat khusus, iaitu alat perabot yang lazimnya
berkaki empat. Hubungan antara perkataan meja sebagai lambang dengan makna atau
konsepnya bersifat langsung. Hubungan antara makna itu dengan meja tertentu di dunia
nyata juga bersifat langsung. Sebaliknya, hubungan antara perkataan meja (lambang) dengan
sebuah meja di dunia nyata tidak bersifat langsung. Maka, dalam rajah di atas, hubungan
antara perkataan dengan referennya ditandai dengan garis terputus-putus.
ii.
Jangan tertipu dengan kata-kata manisnya kerana dia itu buaya. (makna
gramatikal)
Seterusnya, jenis makna juga meliputi makna denotatif dan konotatif. Makna denotatif
ialah makna sebenar (referensial) sesuatu perkataan misalnya wanita dan perempuan
mempunyai makna denotatif yang sama, iaitu manusia dewasa bukan lelaki. Namun, makna
konotatif pula ada kaitan dengan nilai rasa sama ada positif atau negatif. Walaupun perkataan
wanita dan perempuan mempunyai makna denotatif yang sama tetapi nilai rasanya berbeza.
Perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang lebih tinggi berbanding perempuan.
kekeluargaan, dan selanjutnya menjadi bentuk panggilan ganti nama diri orang kedua,
khususnya lelaki. Berlawanan dengan hal ini, perubahan makna menyempit pula merujuk
perkataan yang awalnya mempunyai banyak makna kemudiannya menjadi terbatas.
Contohnya, kata sarjana awalnya bermaksud orang bijak pandai. Kemudian sarjana telah
disempitkan maknanya menjadi orang yang telah lulus ijazah universiti sama ada Sarjana
Muda (ijazah pertama) dan Sarjana (masters).
7.2 Pragmatik
Pragmatik ialah kajian yang meneliti bagaimana ujaran mendapat maknanya apabila
digunakan dalam keadaan tertentu (komunikasi). Kita tidak dapat memahami hakikat sifat
bahasa itu sendiri jika kita tidak memahami pragmatik, iaitu bagaimana bahasa digunakan
dalam komunikasi. Bidang ini dicetuskan oleh Ross dan Lakoff (sekitar akhir 1960-an) yang
menghujahkan bahawa sintaksis tidak boleh secara sahih dipisahkan daripada kajian yang
meneliti cara bahasa digunakan sejajar dengan perkembangan linguistik daripada penelitian
data pertuturan fizikal hinggalah kepada menelitian bentuk, makna dan konteks (Leech, 1993,
hlm. 2). Bidang pragmatik moden adalah pengaruh daripada ahli falsafah terutama Austin
(1962), Searle (1969), dan Grice (1975).
Secara amalan, masalah perbezaan bahasa (language) daripada penggunaan
bahasa (parole) berkisar pada perbahasan dalam menentukan batasan antara semantik dan
pragmatik. Kedua-dua bidang ini mengkaji makna tetapi semantik menganggap makna
sebagai pertalian dua segi misalnya dalam ayat, Apakah maksud X? manakala pragmatik
menganggap makna sebagai pertalian tiga segi yang melibatkan keadaan penutur atau
pendengar misalnya dalam ayat, Apakah yang anda maksudkan dengan X?. Semantik
(bentuk logik) sesuatu ayat berbeza daripada tafsiran pragmatiknya. Semantik bersifat pekarumus (tatabahasa) yang bersifat lazim tetapi pragmatik umum bersifat peka-prinsip (retorik)
yang bersifat tidak lazim, iaitu terdorong oleh matlamat perbualan.
Pragmatik harus dikaji dengan berlandaskan Prinsip-prinsip Perbualan seperti yang
dinyatakan oleh H.P Grice dalam Prinsip Kerjasamanya (Leech, 1993, hlm. 9). Prinsip
Kerjasama (PK) dapat diringkaskan seperti yang berikut.
7.3.1 Tautan
Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur yang
lain dalam sesbuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.
Contoh ayat:
1.Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakaan
2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.
7.3.2 Runtutan
Runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga
menjadikan sesebuah teks itu bermakna.
Contoh teks:
Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini
telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah
Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS,gejala dan
penyakit.
7.3.3 Tujuan
Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.
Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah
untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya.
7.3.4 Penerimaan
Sesuatu wacana, sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca.
Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.
7.3.5 Maklumat
Setiap wacana perlu mempunyai maklumat. Maklumat yang terdapat dalm sesebuah wacana
boleh dibahagikan keada dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu
Contoh ayat:
Muhammad memandu van.
Van itu kepunyaan Hassan.
Van
itu merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya,
7.3.6 Keadaan
Keadaan ialah berkaitan dengan faktor untuk menjadikan sesuatu wacana itu relevan dengan
situasi ujaran. Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan.
7.3.7 Interteks
Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. ini bererti
wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang
memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.
Penanda leksikal
7.4.2
Penanda rujukan
7.4.3
Penanda penghubung
7.4.4
Penanda penggantian
7.4.5
Penanda pengguguran
Aktiviti:
Wacana adalah satu daripada komponen linguistik.Huraikan jenis-jenis wacana dan
bagaimana penggunaannya dapat menjadikan sesuatu penulisan itu menarik dan berkesan.
Tajuk 8
Faktor Luaran
8.1 Pemerolehan Bahasa dan Ciri-ciri Asosiasi
8.2 Psikolinguistik
8.3 Linguistik Klinikal
Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan faktor luaran yang bergabung dengan ilmu linguistik, iaitu pemerolehan
bahasa dan ciri-ciri asosiasi, psikolinguistik (dalam pendidikan), dan linguistik klinikal yang
berkaitan dengan terapi bahasa.
Hasil Pembelajaran:
(i)
Pelajar dapat menyatakan konsep pemerolehan bahasa dan ciri asosiasi bahasa.
(ii)
menggunakan bahasa. Kebolehan ini dinamakan jentera pemerolehan bahasa. Bagi kanakkanak yang normal, mereka akan dapat bertutur dalam jangka masa yang agak sama. Oleh
sebab manusia mempunyai otak yang kecil waktu lahir maka kematangan berbahasa itu
adalah sejajar dengan perkembangan otak mereka dan semestinya mengambil masa yang
lama.
seni
perbezaaan fiturnya.
Dalam perkembangan semantik pula, kanak-kanak mula berupaya menguasai
beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan
agak cepat. Mula-mula sepatah perkataan mungkin merujuk beberapa benda atau makna.
Sebagai hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks komunikasi, kanakkanak itu akan mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak
dan mula dapat menyusun perkataan mengikut kelas-kelas tatabahasa.
Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada
satu perkataan ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika
menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut susunan
kata atau konteks untuk menggambarkan penafian, pertanyaan dan sebagainy. Setelah
meningkat kepada umur 5 tahun, baharulah bahasa kanak-kanak itu hampir menyamai bahasa
orang dewasa. Apabila mencapai umur 5 tahun, kanak-kanak akan berupaya menghasilkan
ayat-ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan
hubungannya dengan struktur luar.
10
8.2 Psikolinguistik
Psikolinguistik dan pengajaran bahasa memang tidak dapat dipisahkan, kerana skop
atau tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa dan pembelajaran dan
pengajaran bahasa.Psikolinguistik adalah sains inter disiplin yang lahir daripada hasil
percantuman dua disiplin sains-psikologi dan linguistik. Istilah ini telah tercipta setelah adanya
pertemuan-petemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi dan linguistik yang
masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungani antara kedua-dua sains ini.
Ahli-ahli psikologi telah lama menerima kenyataan bahawa otak manusia bergerak
berdasarkan simbol-simbol linguistik. Ahli-ahli linguistik pula mengakui kewujudan satu alat di
dalam otak manusia yang dikenali sebagai motor psikososial yang menggerakkan jentera
tatabahasa dan leksikon. Ahli-ahli bahasa cuba mengkaji bagaimana otak manusia dapat
memproses bahasa dan mampu menerbitkan perkataan-perkataan serta ayat-ayat yang tidak
terhingga banyaknya. Mengikut ahli psikologi tumpuan utama psikologi ialah usaha untuk
mengetahui proses-proses yang berlaku apabila seseorang itu menghasilkan dan memahami
ujaran dan bagaimana pula kebolehan ini diperoleh.
Kajian ahli-ahli psikolinguistik terbahagi kepada 3 aspek penting:
(a) Pemahaman percakapan
(b) Penghasilan percakapan
(c) Pemerolehan bahasa
(a) Pemahaman Percakapan
Bidang ini mengkaji proses-proses mental yang berlaku apabila seseorang itu
mendengar, memahami dan mengingati percakapan yang didengarnya.
(b) Penghasilan percakapan
Bidang ini mengkaji segala proses mental yang berlaku ketika seseorang itu cuba
bertutur.
11
persoalan tentang sejauh mana bahasa itu bergantung kepada operasi kognitif melalui sejadi
dan sejauh mana pula pemerolehan bahasa itu bergantung kepada pengalaman-pengalaman
naluriah.
12
Perkaedahan
Membuat uji kaji tingkah laku.- Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan diminta
melakukan sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca
perkataan yang dipaparkan dengan kuat).
Melakukan pemerhatian.Terdapat kanak-kanak yang sukar membunyikan bahasa.- Penyelidikan tertumpu
kepada menganalisis aspek linguistik yang terdapat dalam kecelaruan bahasa atau pertuturan, membentuk alatalat penilaian dan intervensi, mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi bahasa-bahasa tempatan, serta
aspek pengajaran/pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi, dan sebagainya. Masa
tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk
mengukur prestasi.
Aktiviti:
Psikolinguistik
merupakan disiplin yang semakin hari semakin popular dalam bidang bahasa.Bincangkan tiga
aspek penting yang dikaji oleh ahli-ahli psikolinguistk dan hubungannya dengan pemerolehan
bahasa.
13
Tajuk 9
Variasi Bahasa
9.1 Perbezaan sistem antara bahasa
9.2 Bahasa isyarat
Sinopsis
Bahasa yang kita gunakan dalam komunikasi harian tidak sama secara keseluruhannya. Kita
kadangkala tidak menyedari wujud kelainan kata yang kita tuturkan secara spontan. Sebagai
contoh, adakalanya kita menggunakan bentuk tidak dan adakala pula kita menyebutkan tak
bagi menafikan sesuatu. Mungkin suatu ketika kita menggunakan ungkapan meninggal dunia
dan kala yang lain kita menggunakan mati. Kita juga perlu membezakan penggunaan bahasa
istana dengan bahasa rakyat biasa. Fenomena inilah yang disebut sebagai kelainan (variasi)
bahasa. Kelainan atau variasi bahasa secara tuntasnya bermaksud bentuk bahasa yang
berbeza tetapi membawa maksud yang sama.
Variasi bahasa merupakan subbidang sosiolinguistik yang memaparkan keanekaan
pada bahasa Melayu yang disebabkan kepelbagaian ahli masyarakatnya dan situasi
penggunaannya yang berlainan konteks. Antara aspek yang diliputi dalam tajuk ini adalah:
Hasil Pembelajaran:
(i)
(ii)
(ii)
14
Peta Konsep
BDV
Fia
dar
Bli
Tea
Fks
i
d
a
n
a
a
a
a
a
m
s
a
k
o
Nota ringkas:
9.1
15
Variasi bahasa juga berlaku oleh sebab faktor sosial seperti latar belakang
pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza.
Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.
Namun, apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu misalnya bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris, mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan
bahasa yang walaupun mempunyai pelbagai kelainan tetapi hakikatnya masih
terbina daripada satu keseluruhan.
Daripada beberapa variasi sesuatu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai
mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita
merujuk
sifat
umum
bahasa
tersebut.
Dengan
itu,
setiap
pihak
harus
Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara
menyeluruh itulah yang disebut bahasa baku (standard). Bahasa Melayu baku ialah
variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada pelbagai dialek di negara ini
16
Bahasa Isyarat
Bahasa isyarat ialah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa
tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk ahli-ahlinya berkomunikasi.
Kaum Turarungu ialah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini yang
lazimnya dengan menggabungkan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan,
lengan, dan tubuh serta mimik muka untuk mengungkapkan pemikiran mereka.
Lazimnya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai
kecacatan sama ada pekak atau bisu. Ini adalah salah satu cara untuk mereka
berkomunikasi antara satu dengan lain.
Golongan pekak dan bisu di negara kita menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia
(BIM) yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila mereka berurusan dengan
mereka yang tidak memahami bahasa isyarat.
Aktiviti:
Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang
digunakan dalam cerpen tersebut.
Maafkan Siti, Ibu!
17
Tersebut al-kisah seorang anak yang mementingkan rakan daripada orang tuanya sendiri
sehingga sanggup menderhaka dengan ibunya.Kisahnya bermula,Siti yang tinggal di Klang
tetapi bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Selangor,yang
dibenarkan balik bermalam setelah permohonanya diluluskan oleh warden bertugas bertujuan
menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat di Johor.Tepat jam 2.30 petang, ibu Siti
menjemputnya di sekolah.Perjalanan mereka untuk sampai ke Klang,rumah Siti mengambil
masa lebih kurang satu jam lima belas minit.
Tiba di rumah, Siti yang keletihan terus tidur.Oh,sudah tidur rupanyaKesian
anakku,bisik hati si ibu.Lenanya itu,dibawa hingga keesokkan paginya.Ibu!!Kenapa tak basuh
baju Siti lagi? Kitakan nak pergi Johor, mestilah balik lewat.Mungkin 2 atau 3 pagi esok baru
sampai rumah.Esok Siti dah nak balik sekolah.kata Siti tanpa kata hormat kepada ibunya
setelah mendapati baju kotor yang dibawanya pulang belum dibasuh.Ibu minta maaf.Ibu
terlupa nak basuh.lembut kata ibu.Asyik-asyik lupa.Itulah kerja orang tua.Sudah nyanyok
cakap
ajalalah!tengking
si
anak.Siti,
kenapa
tinggikan
suara
dengan
ibu?
Tahu
tak,meninggikan suara dengan ibu dikira anak derhaka?!sampuk abang. Ah,peduli apa aku!
Derhaka,tak derhaka suka hatilah. Pergaduhan mereka terhenti apabila telefon rumah
berdering.KRING,KRING,KRING.Hello,saya Syasya, boleh saya bercakap dengan
Siti? Ya, Siti bercakap.Panggilan daripada Syasya mengajak Siti keluar bersama rakanrakan yang lain.
Ibu,Siti tak jadi nak ikut pergi Johor.Syasya ajak keluar pergi tempat lain. Siti nak
kemana?Jomlah kita semua pergi kenduri pak su .Penat ibu ambil Siti di Kuala Selangor.rayu
si ibu. Boringla ibu ni, Siti kata tak nak pegi tak nak la. Bentak Siti kepada ibunya. Ya Allah
kau ampunilah segala dosaku dan anakku.Sesungguhnya ini adalah dugaan darimu.Kau
lembutkanlah hati Siti untuk menjadi seorang anak solehah.Kau tabahkanlah diriku untuk
mengharungi dugaan yang kau turunkan. Amindetik hati si ibu. Tanpa disedari air mata
seorang ibu yang tabah mengalir dipipinya.
Kasi pula ibu kau untuk join kami kata Syasya. Mampuslah orang tua nyanyok tu.
Memang nak dapat pelempanglah kalau dia halang aku,kasar jawapan Siti. Sepanjang
perjalanan keluarganya ke Johor, hati si ibu tidak tenteram. Macam-macam perkara yang
bukan-bukan tentang anak perempuanya bermain-main di mindanya.Dia menarik nafas
perlahan, beristighfar dan berdoa dengan penuh khusyuk agar tidak ada perkara buruk terjadi
kepada anaknya.Selang beberapa jam,keluarga Siti mendapat panggilan daripada hospital
mengatakan Siti terlibat dalam kemalangan jalan raya.
18
Sudah satu minggu Siti terlantar di hospital tiadk sedarkan diri. Namun begitu,seluruh
ahli keluarga tidak pernah putus asa untuk berdoa agar Siti selamat.Ibu Siti sering
menyedekahkan
bacaan
surah
Yassin
kepadanya,semoga
cepat
sembuh.Malam
19
20