You are on page 1of 2

Manggis (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal

dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan
buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala
buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah".
Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia
pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia,Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia
purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.
Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak
mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]


Biji benih manggis mempunyai tempoh hayat yang pendek dan perlu ditanam dengan segera. Ia
hanya tahan antara 1-5 hari dan perlu ditanam serta merta selepas dikeluarkan dari buahnya.
Percambahan memakan masa antara 2-3 minggu. Anak pokok akan menghasilkan akat tunjang
yang panjang yang penting bagi daya hidup pokok, oleh itu pemindahan anak pokok perlu
dilakukan dengan berhati-hati agar ia tidak merosakkan akar tunjang muda tersebut. Bentuk
pembiakan lain sukar hidup.
Pokok manggis akan berbuah 6-12 tahun selepas ditanam dari biji benih. Buah manggis
biasanya dimakan segar kerana rasanya yang lazat. Buah manggis segar boleh ditinkan, tetapi
rasanya jauh kurang menarik berbanding buah yang segar.

Taburan[sunting | sunting sumber]


Manggis ditanam di semenanjung Malaysia dan kawasan sekitar ASEAN. Ia ditanam secara
perdagangan di Malaysia, Thailand, Indonesiadan Filipina. Kini ia juga ditanam
di Hawaii dan Amerika Syarikat. Manggis (Garcinia mangostana) juga pernah ditanam di taman
Duke Northumberland pada 1855, dan telah berbunga dan berbuah (lihat lakaran dalam Bot.
Mag. t., 1847).

Pokok manggis[sunting | sunting sumber]


Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki). Pokok manggis biasanya berbuah selepas
tempoh hujan lebat. Pokok yang matang mampu berbuah antara 100 hingga 3,000 biji buah.
Pokok manggis juga amat sensifif kepada jenis tanah dan kealkalian tanah. Pokok manggis tidak
tahan kawasan tanah masin, atau tanah berpasir. Manggis tumbuh di kawasan lembapan tinggi
dengan kadar hujan 180-250 cm setahun. Pokok manggis boleh ditanam berhampiran sungai,
kolam atau kawasan berair di mana sistem akarnya kekal lembab sepanjang tahun. Pokok
manggis boleh hidup subur sekiranya sistem irigasi dan pengaliran air adalah baik serta
kandungan bahan organik dalam tanah yang seimbang dan tinggi. [1]

Buah manggis[sunting | sunting sumber]


Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai
kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis
mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Kulit manggis mempunya Tanin, Resin, dan Crystallizable Mangostine (C20H22O5., membentuk
sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190 C. (374 F.), mudah larut
dalam alkohol atau ether/ ester, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh
dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan
larutan emasdan perak. Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid.
Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N.
Reitler di Makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati
mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether. Penggunaan amonia
memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia Purpurea,
terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri
dariTristearin dan Oleic Glycerides dan Asid Myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).
Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi
warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin
berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah
manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan
warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.
Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua
belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk
membuka dan mengambil isinya.

You might also like

  • Labah
    Labah
    Document2 pages
    Labah
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Istilah
    Istilah
    Document2 pages
    Istilah
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Tentang Tamadun
    Tentang Tamadun
    Document2 pages
    Tentang Tamadun
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Contoh Soalan
    Contoh Soalan
    Document7 pages
    Contoh Soalan
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Nilon
    Nilon
    Document3 pages
    Nilon
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Pen Gu Kuran
    Pen Gu Kuran
    Document2 pages
    Pen Gu Kuran
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Penyesuaian Terhadap Alam
    Penyesuaian Terhadap Alam
    Document1 page
    Penyesuaian Terhadap Alam
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Perkembangan Nasionalisme Di Filipina
    Perkembangan Nasionalisme Di Filipina
    Document3 pages
    Perkembangan Nasionalisme Di Filipina
    Pei Ling
    77% (13)
  • Faktor
    Faktor
    Document1 page
    Faktor
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Ciri Sistem Politik
    Ciri Sistem Politik
    Document3 pages
    Ciri Sistem Politik
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Tahap Kedua
    Tahap Kedua
    Document2 pages
    Tahap Kedua
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Nota Sej
    Nota Sej
    Document1 page
    Nota Sej
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Peranan Akhbar
    Peranan Akhbar
    Document2 pages
    Peranan Akhbar
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Usahawan
    Usahawan
    Document2 pages
    Usahawan
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Penanaman Mangga
    Penanaman Mangga
    Document2 pages
    Penanaman Mangga
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Bab 1
    Bab 1
    Document3 pages
    Bab 1
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Kegunaan
    Kegunaan
    Document2 pages
    Kegunaan
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Burung
    Burung
    Document3 pages
    Burung
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Mangga
    Mangga
    Document2 pages
    Mangga
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Senarai Burung
    Senarai Burung
    Document4 pages
    Senarai Burung
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Usahawan
    Usahawan
    Document1 page
    Usahawan
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Politi K
    Politi K
    Document2 pages
    Politi K
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Azan
    Azan
    Document2 pages
    Azan
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Pakaian
    Pakaian
    Document1 page
    Pakaian
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Orang India
    Orang India
    Document2 pages
    Orang India
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Melayu
    Melayu
    Document1 page
    Melayu
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Atomos
    Atomos
    Document1 page
    Atomos
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Biolog I
    Biolog I
    Document1 page
    Biolog I
    Pei Ling
    No ratings yet
  • Sejarah Kimia
    Sejarah Kimia
    Document1 page
    Sejarah Kimia
    Pei Ling
    No ratings yet