You are on page 1of 2

TZ40303 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

MERVYN B.ANIP@ PETRUS


CT11210025

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, KAMPUS KOTA KINABALU
TUGASAN INDIVIDU
TZ40303 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH (TMSR)

NAMA PELAJAR
MERVYN B.ANIP@PETRUS

NO.MATRIKS
CT11210025
PENSYARAH PENILAI
CIK CRISPINA K HAN

TARIKH SERAHAN
22 MAC 2015

TZ40303 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH


MERVYN B.ANIP@ PETRUS
CT11210025
Antara isu yang masih menjadi wacana perbincangan akademik pada masa kini ialah peranan
kemudahan Teknologi yang dilihat masih belum merentasi sekolah-sekolah diseluruh negara,
sedangkan prasarana-prasarana bertunjangkan teknologi sudah disediakan disemua peringkat.
Pengimplementasian Persekitaran Pembelajaran Maya atau VLE melalui platform FROG sebagai
contoh, masih dilihat pada fasa infancynya sedangkan kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit
didalam penyediaan infrastruktur, latihan dan pelestarian serta khidmat bantu yang berterusan.

Dalam hal ini, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran wajar melihat dan menilai isu-isu
berkaitan pengaplikasian teknologi disekolah secara umum dan dari semua perspektif agar luwes
dengan persekitaran sekolah serta dapat dimaksimumkan penggunaanya. Sebagai salah seorang
daripada Jurulatih Utama (JU) Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) bagi PPD daerah saya serta
melihat perkara ini dari sudut demografi pendidikan luar bandar dan pendalaman, secara gambaran
besarnya, isu-isu yang seharusnya diketengahkan adalah seperti berikut:

a) Bangunan fizikal sekolah seharusnya dinaiktaraf terlebih dahulu untuk menampung


penempatan kemudahan teknologi seperti makmal komputer.
b) Kemudahan seperti bekalan elektrik yang berterusan perlu ada untuk memaksimumkan
penggunaan kemudahan teknologi pendidikan.
c) Prasarana Teknologi yang dibekalkan hendaklah disesuaikan dengan kapasiti
penguasaan pembelajaran murid.
d) Kerangka Internet yang stabil dan diperkaya dengan pelbagai sumber pembelajaran
melalui dedicated servers yang pelbagai.
e) Guru-guru dan murid-murid yang dibantu, dibimbing dan diperkasakan dengan
pedagogi, metodologi serta kaedah pembelajaran berteraskan teknologi oleh pembekal
perkhidmatan.
f)

Penyelengaraan dan Penyengaraan peralatan yang efisien, efektif dan sistematik.

232 Patah Perkataan

You might also like