You are on page 1of 18

Kajian Tindakan

(Aznal Arief)
(Glandy Ernester)

Soalan ISL Minggu 4


Bincangkan mengenai jenis-jenis
kajian tindakan dan
kepentingannya.

Kepentingan Kajian
Tindakan
Meningkatkan meta kognitif guru dalam
memahami isu dan permasalahan amalan
pengajaran dan pembelajaran dan
seterusnya memperbaiki amalan tersebut
Memupuk guru sebagai penyelidik yang
kritikal, dan inovatif

Meningkatkan amalam kualiti penyelidikan


Perkenal inovasi dan pembaharuan
Untuk mengkaji kesan atau hasil sesuatu
tindakan sosial yang dilaksanakan
Pembangunan profesionalisme
Meningkatkan kefahaman mengenai amalam yg
dlakukan.

Jenis Kajian Tindakan


Menurut Ferrance (2000) kajian tindakan terbahagi kepada 4 jenis:

Kajian Tindakan
Individu

Kajian Tindakan
Kolaboratif

Kajian Tindakan
Sekolah

Kajian Tindakan
Daerah

Kajian tindakan individu


Memfokuskan kepada isu-isu dalam kelas.
Mencari penyelesaian kepada permasalahan seperti pengurusan
bilik darjah, strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu
mengajar, dan pembelajaran pelajar.
Contohnya isu pelajar mengantuk dalam kelas sewaktu subjek
Sejarah.
Melibatkan pengumpulan data dan pemerhatian terhadap
penglibatan pelajar dalam kelas.
Guru yang membuat kajian ini tidak akan berkongsi dengan orang
lain sehinggalah beliau benar-benar yakin dengan hasil kajian
beliau dan memilih untuk persembahkan kepada umum.

Kajian tindakan kolaboratif

Melibatkan dua atau lebih guru yang berminat terhadap


permasalahan dalam kelas.
Melibatkan satu kelas atau banyak kelas yang mempunyai
masalah yang sama.
Contohnya isu kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar; oleh itu, beberapa guru daripada Panitia
Bahasa Inggeris mencari jalan untuk meningkatkan
penguasaan pelajar tersebut.
Adakalanya diberi sokongan oleh organisasi luar sekolah
seperti pihak PPD.

Kajian tindakan sekolah

Memfokuskan kepada isu sekolah (bukan bilik darjah)


Contohnya isu kurangnya penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti sekolah; oleh itu, pihak sekolah mencari jalan
menarik minat ibu bapa supaya terlibat dalam aktiviti
di sekolah.
Melibatkan semua warga sekolah terutamanya Kelab
Guru dan Kakitangan serta PIBG dalam mencari
perancangan tindakan (plan of action)

Kajian tindakan daerah

Kajian ini lebih kompleks dan berstruktur


Memerlukan banyak perbelanjaan dan komitmen daripada ramai
guru
Isu-isu melibatkan pengurusan organisasi, kajian berasaskan
komuniti, kajian berasaskan pencapaian dalam peperiksaan dan
juga proses pemilihan keputusan tentang satu masalah yang
melibatkan beberapa buah sekolah dalam satu daerah.
Contohnya, untuk memantapkan lagi penglibatan pelajar Tahun 6
di Daerah Kinta dalam aktiviti kokurikulum sebagai persediaan
ke sekolah menengah dan asrama penuh.


Kajian eksperimental

Dilaksanakan dalam konteks


ekperimen bagi menentukan
keberkesanan sesuatu rangsangan,
rawatan atau tindakan keatas subjek
yang dikaji.
Menurut Gay dan Airasian (2013),
kajian ini berupaya membuktikan
hubungan sebab akibat yang
berlaku.

Kajian Tinjauan
Sering digunakan oleh pelbagai bentuk
media seperti majalah dan television untuk
menyelidik pendapat dari orang ramai.
Kajian ini digunnakan untuk mendapatkan
persepsi menyeluruh daripada suatu
populasi.
Terdapat 2 jenis:
- cross-sectional ( singkat)
-longitudinal (panjang)

Sesuai digunakan untu dapatkan maklumat


daripada responden yang ramai sama ada
dalam bilangan (ratusan & ribuan)
Menurut Chua (2006), kajian tinjauan popular
kerana proses pengumpulan data yg cepat,
penggunaan sampel yang besar , dan
maklumat daripada responden secara terus
serta mempunyai keputasan analisis yang
tepat dan releven.


Kajian kolerasi

Menentukan perhubungan antara


dua pembolehubah.
Misalnya, penyelidik ingin mengkaji
hubungan antara stress dengan
keputusan akademik pelajar.
Terdapat kolerasi positif dan negatif.

Kajian Etnografi

Melibatkan penyelidik terlibat secara


langsung berkaitan dengan penyelidikan
alam budaya yang khusus untuk
memperoleh kefahaman yang lebih
mendalam.
Fokus utama- aspek budaya, tingkahlaku,
corak interaksi sosial, pemikiran dan cara
hidup masyarakat dan komuniti berkenaan.
Tujuan penyelidik melibatkan diri secara
langsung adalah untuk menjalinkan
hubungan rapat dan empati dengan komuniti
yang dikaji.


Kajian kes

Kajian yang dijalankan untuk mendapat


maklumat secara mendalam bagi sesuatu
situasi, subjek, bahagian dokumen, dan
peristiwa khusus.
Tidak melibatkan populasi tetapi, hanya
individu atau kumpulan yang dikenalpasti
oleh penyelidik.
Yin (1994), menyifatkan kajian ini sebagai
proses penyelidikan dimana konteks
memainkan peranan kritikal.

Merupakan sesuatu inkuiri empirikal yang


berfokus kepada penyiasatan sesuatu
fenomena semasa atau kontemporari
dalam konteks kehidupan seharian.
Menurut Merriam (1998), kajian kes
merupakan suatu penyelidikan kualitatif
yang menghasilkan suatu analisis dan
huraian yang terperinci dan holistik
berkenaan sesuatu fenomena.

Kajian Sejarah

Penyusunan peristiwa yang sitematik


melibatkan kajian dan penilian data yang
berkaitan dengan peristiwa yang terjadi
dengan masa lepas.
Menghurai peristiwa lampau dan meramal
peristiwa yang akan berlaku pada masa
hadapan.
Kajian sejarah banyak bergantung kepada
dokumen seperti surat, majalah, batu bersurat
dan sebagainya.
Kajian ini perlu telus jujur dan tidak
dipengaruhi oleh idea yang lain. Pandangan
haruslah original dan tidak meniru orang lain.

Kesimpulan
Penyelidikan tindakan merupakan
satu usaha kearah pembangunan
profesionalisme melalui peningkatan
kefahaman serta kesedaran kendiri
tentang sesuatu masalah khusunya
didalam konteks pendidikan.

You might also like