You are on page 1of 1

Laporan Perjumpaan Minggu Kesepuluh Untuk Permainan Gerko Hoki

Seperti kebiasaanya, satu perjumpaan yang diadakan diantara ahli kelab hoki telah diadakan di kelas B11 pada jam 4.30 petang. Pada petang tersebut, guru penasihat kelab hoki iaitu Encik Dana Raja telah memberi serba sedikit maklumat tentang cara mengelolakan sesuatu pertandingan hoki itu dengan lebih berkesan. Maklumat mengenai pengurusan keselamatan dan cara untuk mengadili sesuatu pertandingan hoki itu juga turur diadakan. Cikgu Dana telah bertanyakan mengenai persiapan pertandingan hoki yang kelab kami akan adakan. Setiap ajk yang telah dilantik pula akan mengemukakan sebarang masalah dan cadangan yang terbaik dalam melaksanakan pertandingan tersebut. Sebelum itu, setiap ajk yang telah dilantik akan duduk berbincang dengan ahli-ahlinya bagi megenal pasti aspek yang perlu dilakukan semasa melaksanakan pertandingan tersebut. Kemudian setiap ajk akan membentangkan kepada ahli kelab untuk sesi penambahbaikan dan tindakan selanjutnya. Kehadiran pada perjumpaan tersebut berada pada tahap yang memuaskan dengan kehadiran daripada setiap ahli kelab. Pengerusi kelab iaitu Saudara Hilary Jainol juga telah mempengerusikan majlis penmbahbaikan dan komen cadangan dalam mengelolakan pertandingan itu kelak. Cikgu Dana juga telah mengarahkan kami untuk mematiskan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa

melaksanakan pertandingan bagi mengelakkan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Sejurus selepas itu, perjumpaan pada petang itu diakhiri dengan komen dan cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan dengan segera oleh Cikgu Dana. Perjumpaan pada hari tersebut berlansung dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak dingini berlaku. Ahli kelab bersurai pada jam 6.36 petang. Disediakan Oleh, ____________________ (MOHD AZNAL ARIEF BIN RAMLI) PISMP PRA JAN 12 27 September 2012

You might also like