You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


TUGASAN PROJEK

PROGRAM :
PISMP Pendidikan Pemulihan
KOD DAN NAMA KURSUS :
PKP3033 Perkhidmatan dalam Pemulihan
Tarikh
Mula

17 Ogos 2014

NAMA PELAJAR :

SEMESTER : 2
Tarikh
Hantar

TAHUN : 2014

25 September 2014

Hasil Pembelajaran Kursus:


1.

Membincangkan peranan dan ciri-ciri guru pemulihan.

2.

Menghuraikan bidang tugas guru pemulihan untuk melaksanankan program pemulihan.

3.

Mengaplikasi konsep pengurusan kelas dan tingkah laku dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pemulihan.

4.

Menghasilkan Rancangan Pendidikan Individu untuk murid pemulihan.

Tugasan Projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Projek:
1.

Membincangkan peranan, ciri-ciri dan bidang tugas guru pemulihan.

2.

Mendapatkan maklumat dan menghasilkan satu portfolio berkaitan pentadbiran dan


pengurusan kelas pendidikan pemulihan.

3.

Membuat unjuran dan merancang strategi untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan
pengurusan kelas pendidikan pemulihan.

4.

Menghuraikan teori-teori berkaitan pengurusan tingkah laku murid pendidikan pemulihan.

5.

Merancang dan mengaplikasi satu program pengurusan tingkah laku dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pemulihan.

Tugasan Projek (100%)

Pendidikan Pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan


kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa atau
aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (Ishak Haron
dan Koh Boh Boon 1983). Justeru itu, Guru Pendidikan Pemulihan mempunyai peranan yang
penting untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi matlamat pendidikan
pemulihan. Antara peranan Guru Pendidikan Pemulihan ialah melaksanakan pengurusan dan
pentadbiran kelas pendidikan pemulihan dan melaksanakan program pergurusan tingkah laku di
kalangan murid pendidikan pemulihan.
Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki menyempurnakan tugasan projek yang
berfokus kepada:
1.
2.
3.
4.
5.

Membincangkan peranan, ciri-ciri dan bidang tugas guru pemulihan.


Mendapatkan maklumat dan menghasilkan satu portfolio berkaitan pentadbiran dan
pengurusan kelas pendidikan pemulihan .
Membuat unjuran dan merancang strategi untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan
pengurusan kelas pendidikan pemulihan.
Menghuraikan teori-teori berkaitan pengurusan tingkah laku murid pendidikan pemulihan.
Merancang dan mengaplikasi satu program pengurusan tingkah laku dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan pemulihan.

Panduan Pelaksanaan Projek


Bagi menyempurnakan tugasan ini, anda dikhendaki:
1.

Menghasilkan satu portfolio berkaitan pentadbiran dan pengurusan kelas pendidikan


pemulihan:
i. Memilih sebuah kelas pendidikan pemulihan yang ideal dan mendapatkan maklumat
berkaitan pentadbiran dan pengurusan kelas pendidikan pemulihan.
ii. Menghasilkan satu portfolio yang mengandungi maklumat berkaitan struktur
organisai pentadbiran, peranan guru pemulihan, ciri-ciri guru pemulihan, bidang tugas
guru pemulihan, carta alir penempatan pelajar, pelan bilik darjah, keceriaan,
kemudahan-kemudahan lain, bahan bantu mengajar, ujian-ujian daignostik, sistem fail
dan maklumat lain yang berkaitan.
iii. Membuat unjuran dan merancang strategi untuk meningkatkan kualiti pentadbiran
dan pengurusan kelas pendidikan pemulihan tersebut.
2. Menyediakan laporan tentang perancangan dan pelaksanaan satu program pengurusan tingkah
laku murid-murid pendidikan pemulihan:
i. Membuat penulisan akademik berkaitan teori-teori pengurusan tingkah laku murid
pendidikan pemulihan.

ii. Kenalpasti masalah tingkah laku di kalangan murid-murid di Kelas Pemulihan dan
nyatakan ciri-ciri masalah tingkah laku tersebut.
iii. Rancang satu program pengurusan tingkah laku untuk mengurangkan atau menghapuskan
masalah tingkah laku tersebut. Anda perlu memilih satu kaedah atau strategi pengurusan
tingkah laku dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku tersebut.
iv. Nyatakan prosedur-prosedur pelaksanaan program pengurusan tingkah laku tersebut.
v. Sediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) bagi pelaksanaan program pengurusan
tingkah laku tersebut.
vi. Lampirkan bukti pelaksanaan program pengurusan tingkah laku tersebut ( bahan, gambar,
video dan sebagainya)
Arahan Pentadbiran
1. Hasil penulisan anda hendaklah disediakan dalam format yang piawai menggunakan
pemerosesan perkataan ( font Arial, saiz huruf 11, spacing 1.5 lengkap dengan justify )
dan dicetak dalam kertas A4.
2. Rujukkan/sumber perlu dinyatakan menggunakan format APA.
3. Keseluruhan tugasan perlu menunjukkan keaslian, kematangan dan kualiti akademik.
4. Bahagian kulit luar dengan: nama, no. matrik, no. kad pengenalan, kod mata pelajaran,
program, pensyarah pembimbing dan tarikh serahan.
5. Semua produk penulisan projek ini hendaklah dihantar dalam bentuk laporan yang turut
mengandungi :
i. biodata bergambar
ii. borang kolaborasi (Sekiranya perlu)
iii. isi kandungan
iv. penghargaan
v. pengenalan
vi. refleksi / penutup / kesimpulan
vii. bifliografi / rujukan
viii.
lampiran
Kriteria Pentaksiran
Tugasan Projek ini akan dinilai berdasarkan Rubrik Pemarkahan seperti dalam lampiran yang
disertakan.

You might also like