You are on page 1of 7

1.

1 Definisi Pembentukan Kata


Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan kata, kita dapat melihat kata dari segi
unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan
paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah
morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai
morfologi.
Morfem terbahagi kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Sebenarnya

morfem

bebas

ialah

bentuk

yang

sama

dengan

kata.

Misalnya,

kita

perhatikan kata pendidikan. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil iaitu pen, didik,
dan kan. Daripada ketiga-tiga unit ini, makna satu unit ialah didik. Bentuk didik ialah sebuah
morfem bebas dan juga kata serta boleh berdiri sendiri. Dua unit lagi iaitu pen dan kan adalah
morfem terikat kerana tidak boleh berdiri sendiri. Morfem bersifat abstrak yang tidak boleh
didengar atau diujarkan.
Kita
permulaan

menyoroti
untuk

konsep

kata

membincangkan

berlandaskan
pembentukan

aliran
perkataan

sistemik-fungsional
dalam

bahasa

sebagai
Melayu.

Menurut Asmah Hj. Omar (2008), kata ditakrifkan sebagai unit nahu yang merupakan unsur
dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal.
Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya, aliran
sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Omar, aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan dan aliran
transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim. Dalam hal ini, proses morfologi
yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi menjelas pembentukan
kata dalam bahasa Melayu.
1.2

Bidang Morfologi meliputi aspek:


Penggolongan Kata
Proses Pembentukan Kata
Bentuk Kata Terhasil

1.3

Perbandingan Penggolongan Kata di Antara Para Sarjana

Apabila kita melihat dan meneliti golongan perkataan bahasa Yunani dan Romawi, maka sudah
jelas bahawa golongan-golongan perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu banyak
meminjam konsep yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana tersebut.
Sebagai

permulaannya,

Aristotle

(384-322

SM)

membahagikan

perkataan

kepada 10 golongan. Usaha beliau seterusnya diperbaiki oleh Dionysius Thrax (100 SM)
dalam buku berjudul Techne Gramatike (Kaedah Menggunakan Bahasa) yang menjadi batu
asas

kepada

mendeskripsi

tatabahasa

semua

bahasa

Eropah

selepas

itu.

Beliau

menggolongkan perkataan kepada 8 golongan. Tatabahasa Yunani kemudian disadur oleh


tatabahasa Romawi. Priscian (6 M) menggolongkan perkataan kepada 8 golongan dalam buku
yang dikenali Institutiones Grammaticae (Asas Tatabahasa). Bagi golongan
bahasa

Inggeris.,

R.

Quirk

dan

S.

Greenbaum

perkataan

(1973) membahagikan perkataan

kepada dua iaitu kumpulan A (kata nama, kata adjektif, kata kerja, kata adverb) dan kumpulan
B (kata article, kata tunjuk, kata ganti nama, kata sendi, kata hubung dan kata seru)
Sekarang kita membandingkan lima karya besar tatabahasa Melayu bermula dari karya
W. Marsden (1812) yang mana beliau membahagikan perkataan kepada tiga golongan iaitu:
Kata Namaan, Kata Kerjaan dan Kata Partikel. Satu hal yang menarik mengenai karya
beliau ialah tidak perlunya meniru golongan-golongan perkataan bahasa-bahasa Eropah
seperti yang dibuat oleh Zaba. Ada juga pengaruh kajian Marsden terhadap kajian Asmah
Hj. Omar namun ternyata kajian Asmah Hj. Omar lebih rinci dan menyeluruh.
R.O. Winstedt menulis buku tatabahasa The Malay Grammar (1927). Winstedt
sebenarnya banyak menyadur konsep-konsep golongan perkataan yang sudah wujud dalam
bahasa

Inggeris

yang

sebenarnya

diserap

daripada

bahasa

Yunani-Romawi. Beliau

membincangkan unsur kala dalam mendeskripsi kata kerja, namun dalam bahasa Melayu
unsur tersebut tidak wujud. Namun demikian, kajian Winstedt membuat satu persepsi jelas dan
tepat terhadap golongan perkataan bahasa Melayu. Winstedt membahagikan

perkataan

kepada dua golongan besar iaitu Golongan Major dan Golongan Minor. Golongan Major
terdiri daripada Kata Namaan, Kata Adjektif dan Kata

Kerjaan. Bagi Golongan Minor terdapat enam sub-golongan iaitu Ganti nama, Angka, Kata
Keterangan, kata Sendi dan Kata Depan, kata Hubung serta Kata Seru.
Pada tahun 1947, Zaba menerbitkan Pelita Bahasa Melayu 1. Zaba cuba
mendeskripsi tatabahasa Melayu menggunakan pola acuan tradisional yakni gabungan
tatabahasa

Inggeris

perkataan

untuk

dengan

Tatabahasa

golongan

perkataan.

Arab.

Beliau

Dengan

menggunakan

pendekatan

istilah

demikian,

jenis
beliau

menghasilkan lima jenis atau golongan kata iaitu Nama, Perbuatan, Sifat, Sendi dan Seruan.
Suatu

perkara

menarik

tentang

golongan

perkataan

yang

dibuat

oleh

Zaba ialah

keasliannya dalam mencuba menghasilkan sesuatu yang betul-betul bercirikan bahasa


Melayu dengan berdasarkan nahu Inggeris dan Arab.
Kajian
berbanding

yang

dilakukan

usaha-usaha

oleh

terdahulu.

Asmah

Hj.

Omar

(1968)

Perkataan-perkataan

tidak

dilihat

lebih

digolong

saintifik

berdasarkan

semantik semata-mata tetapi melihat kepada fungsi tatatabahasa. Bertitik tolak dari itu, beliau
membahagikan perkataan Penggolongan perkataan oleh Asmah ternyata lebih terperinci dan
meluas berbanding usaha Marsden, Winstedt dan Zaba. Di dalam buku Nahu Melayu
Mutakhir (1993), golongan perkataan ini diperlakukan dengan lebih terperinci dengan
melakukan pelbagai semakan dan penambahbaikan. Malah golongan kata adjektif yang
terdapat dalam Tatabahasa Dewan dikatakan dimanfaatkan daripada Nahu Melayu Mutakhir.
Empat orang sarjana linguistik iaitu Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Abdul Hamid
Mahmood dan Hashim Musa yang menyusun Tatabahasa Dewan (Ayat) pada 1986 dan
(Perkataan) pada 1987. Edisi seterusnya mencantumkan kedua-dua bahagian menjadi
Tatabahasa Dewan (2004) dan kemudian disemak pada tahun 2005 bagi menghasilkan
Tatabahasa

Dewan Edisi Ketiga

(2008). Tatabahasa

Dewan

merupakan

tatabahasa

pegangan. Hal ini selaras dengan KPM dan IPTA yang sepakat menjadikan TD sebagai
tatabahasa pegangan menggantikan Pelita Bahasa Melayu 1 yang sudah tidak relevan lagi
dengan peredaran zaman. TD menggolongkan perkataan kepada empat golongan iaitu 3
golongan major yakni kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Satu golongan minor ialah
kata tugas di mana terdapat satu penambahan kemasukan kata adverba sebagai keperluan
pelabelan dalam Kamus Dewan.

Rumusannya, kajian atau deskripsi penggolongan kata yang dibuat dalam


TD tidak banyak berbeza daripada persepsi Marsden (1812), Winstedt (1927) dan
Asmah Hj Omar (1968). Malah dapat dikatakan golongan perkataan ini tidak lari
daripada penggolongan
namun

perkataan

hanya pendekatan

kriteria

yang

dibuat

sahaja

oleh

yang

perkataan tersebut diaplikasi ke dalam bahasa Melayu.

sarjana

membezakan

Yunani-Romawi
penggolongan

Penggolongan Perkataan

Zaman Greek

Plato

Nama

Aristotle

Nama

Stoics

Thrax

Nama

Nama

Kata
Sandang

Kata

Tak dapat

Kerja

digolongkan
ke dalam
mana-mana
golongan

Kata Kerja

Kata
Penghubung

Zaman

Zaman

Romawi

Pertengahan

Perbaharuan

Modistae

Lyly & Jonson

Nama

Nama

Priscian &
Donatus
Nama

Kata Ganti

Abad ke-18 hingga 20

Lowth, Murray dan lain-lain


Nama
Kata Sifat
Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Ganti

Partisip

Partisip

Partisip

Partisip

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Kerja

Adverba

Adverba

Adverba

Adverba

Adverba

Kata Depan

Kata Depan

Kata Depan

Kata Depan

Kata Depan

Kata

Kata

Kata

Penghubung

Penghubung

Penghubung

Kata Seru

Kata Seru

Kata Seru

Kata
Sandang
Partisip

Kata Kerja

Zaman

(Participle)

Kata
Penghubung

Kata Sandang

Kata Penghubung
Kata Seru

Sumber: Disesuaikan dari buku R.D. King, Historical Linguistics and Generative Grammar, Prentice Hall Inc. Englewood, 1969.

Penggolongan Perkataan

Tradisional

Raja Ali Haji

W. Marsden

Kata Nama

Namaan

R.O.
Winstedt

Struktural

Transformasi Generatif

Zaba

Asmah Omar

Asraf

Abdullah Hassan

Nik Safiah Karim et.


al.

Nama

Nama

Kata Nama

Kata Nama

Kata Nama

Kata Adjektif

Kata Adjektif

Kata Adjektif

Sendi

Kata Sendi

Kata Tugas

Seruan

Kata Hubung

Kata Partikel

Kata Kerja

Kata Kerja

Kata Keterangan

Kata Adverba

Golongan
Major
Harf (Kata
Partikel)

Sifat

Partikel

Kata Tugas

Kata Tugas
Perbuatan

Kerjaan

Golongan
Minor

Kerjaan
Perbuatan

Kata Kerja

1.4

Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Berdasarkan Abdullah Hassan (2006), ada empat proses morfologi yang berlaku dalam
bahasaMelayuiaitu
pengakroniman.
membentuk

pengimbuhan,

penggandaan,

pemajmukan dan

Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar ini akan

imbuhan

apabila

mengalami

proses

pengimbuhan,

bentuk

yang

digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan.


Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Ditegaskan
bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. Kata
terbitan ini pula boleh terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kata
akronim.

1.4.1

Proses Pengimbuhan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unit-unit
bahasa

tertentu

yang

ditambahkan

pada

bentuk-bentuk

lain

yang

menyebabkan

perubahan makna nahunya. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998), morfem boleh
dibahagikan kepada akar dan imbuhan. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri
daripada morfem terikat sahaja. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan
(2006), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Ini
dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa
Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan
mencipta perkataan baharu.
Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau
mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata
terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu
awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis
afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan), sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) .

You might also like