You are on page 1of 2

SU-ISU SEKOLAH KLUSTER/SEKOLAHBERPRESTASI TINGGI

1) Kerenah Birokrasi - menentukan had-had penurunan kuasa (kewangan) a)


Sejauhmanakah tahap kuasa autonomi dalam pengurusan kewangan
diberikan kepada pihak pengurusan sekolah ? b) Sejauhmanakah KPM benarbenar bersedia untuk memberi kuasa autonomi dan mengurangkan kerenah
birokrasi? c) Sejauhmanakah pentadbiran pusat bersedia untuk
mengurangkan kebergantungan sekolah kepada pusat dengan memberi lebih
kuasa autonomi kewangan kepada pengurusan sekolah ? Dalam sistem
pendidikan di Malaysia, mandat dan punca kuasa,peraturan dengan
berpandukan akta, surat pekeliling iktisas dan pelbagai lagi peraturan perlu
dipatuhi, jika melanggar arahan, pelbagai tindakan akan dikenakan samaada
surcharge, tindakan tatatertib, audit berteguran dan pelbagai tindakan lain
akan diambil. Peraturan-peraturan, kekangan dan kerenah birokrasi ini mengekang kretiviti dan inovasi dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan. -menggagalkan sesuatu perancangan dan dasar yang baik.
-memberi kesan negatif terhadap kelicinan pentadbiran sesebuah sekolah
2. PEMILIHAN SEKOLAH SEBAGAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI Isu-isu
Berbangkit a) Kriteria yang melayakkan sesebuah sekolah dipilih ? Apakah
sekolah yang dipilih memenuhi syarat ? b) Sejauhmanakah ketelusan
pemilihan SK dan SBT? Apakah pemilihan tidak mewujudkan kecenderungan
yang bersifat prejudis atau pilih bulu ? - kerajaan perlu bersikap adil dalam
membuat pemilihan sekolah SBT ( keseimbangan kedudukannya di bandar
dan luar bandar) -Pemilihan SBT perlu dilaksanakan secara telus tanpa pilih
kasih dan perlu membuka peluang kepada semua sekolah yang merasakan
layak memohon berdasarkan kriteria yang ditetapkan -Tumpuan tidak harus
lebih diberikan kepada sekolah berstatus Sekolah Kluster atau Sekolah
Berasrama Penuh sahaja. -Tiada sekolah jenis kebangsaan yang dipilih
walaupun ada diantaranya membuktikan kejayaan dalam pelbagai aspek
-Kenapa sekolah-sekolah premier yang terkenal seperti St Johns Institution,
Convent Bukit Nenas dan Penang Free School tidak dipilih sebagai SBT
walaupun terkenal dan kelihatan memenuhi kriteria pemilihan SBT?
3. Sekolah Berprestasi Tinggi lebih kepada penjenamaan semula Sekolah
Kluster?*Konsep SK dan SBT mempunyai persamaan yang ketara dari segi
objektif -mencapai standard prestasi pendidikan bertaraf dunia meningkatkan berkemahiran murid dalam pengurusan diri -bekerja dalam
kumpulan - berkomunikasi secara efektif dan berkebolehan bersaing di arena
antarabangsa.* Namanya sahaja berbeza. Retorik ini diterima masyarakat
dari sudut pandangan wujudnya perbezaan SK dan SBT tetapi ironinya tidak
terdapat perbezaan yang ketara dan signifikan antara SK dan SBT dari segi
kriteria pemilihan sekolah dan pelaksanaan kedua-duanya. Berita Harian (27
Januari 2010) Surat Jawapan KPM kepada SMS (Apa sudah jadi kepada
Sekolah Kluster yang disenaraikan beberapa tahun lalu). Walaupun kriteria

pemilihan tidak menetapkan hanya SK yang layak diiktiraf sebagai SBT,


namun SK menjadi frame work kepada SBT untuk melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan negara dan melahirkan pemimpin
bertaraf dunia. Dalam maksud yang lebih jelas, SK akan bergerak seiring
dengan SBT.
4. Mampukah sekolah-sekolah menengah harian (terutamanya di luar
bandar) bersaing dengan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster
untuk mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi? *Perlu juga bersaing
dengan sekolah berjenama lain seperti Sekolah Bestari, Sekolah Premier dan
Sekolah 100 Tahun, Sekolah Kawalan, Sekolah Elit, Sekolah Model Khas dan
beberapa jenama sekolah yang lain. *Kemudahan yang terdapat di sekolah
menengah harian biasa tidak setanding yang diperolehi oleh Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster. *Budget dan peruntukan kewangan
yang disalurkan kepada sekolah menengah harian sedikit dan sukar bagi
pihak sekolah dan guru-guru melaksana dan menjayakan aktiviti di peringkat
daerah, negeri mahupun yang lebih tinggi *Jumlah Sekolah Kluster sedia ada
dengan kebitaraan, kecemerlangan dan kekuatan tersendiri mengurangkan
kebarangkalian sekolah biasa mencapai status SBT
Pemilihan kemasukan pelajar SBP adalah daripada kalangan pelajar yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR mahupun PMR (Tingkatan 3) dan
berjaya melepasiujian kemasukan. Oleh itu, prestasi kecemerlangan sekolah
dapat dikawal. Sekolah menengah harian terdiri daripada pelbagai
latarbelakang akademik murid.*Kementerian sepatutnya menumpukan
sekolah-sekolah menengah harian yang tertinggal terlebih dahulu, agar
mampu bersaing berbanding memberi bantuan kepada sekolah yang telah
cemerlang dan mempunyai budaya pembelajaran yang sudah cukup baik
serta sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yangkuat
KESIMPULAN Dilihat dari sudut positif- *SK dan SBT memberi manfaat
kepadaa pelajar luar bandar kerana keistemewaan yang diberikan kepada SK
dan SBT melalui SBP dan pendekmokrasian pendidikan. * Pihak KPM,
pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar sekolah, pihak pengurusan
sekolah, guru-guru dan murid-murid akan selalu beriringan dan
mengembeleng tenaga dan usaha untuk sama-sama menjayakan matlamat
dan mengekalkan status berprestis SK dan SBT. *Mewujudkan budaya
bersaing dan budaya kecemerlangan dalam kalangan sekolah-sekolah yang
merasakan berkelayakan untuk mencapai status SK mahupun SBT ataupun
sekolah-sekolah kluster dan SBT sediaada untuk kekal di dalam kelompok
tersebut. Namun persaingan harus adil dan setara antara luar bandar dan
bandar.

You might also like