You are on page 1of 1

Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan

masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar.
Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada
masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.
Perkataan biologi moden kelihatannya diperkenalkan secara terasing antara Gottfried Reinhold
Treviranus (Biologie oder Philosophie der lebenden Natur, 1802) dan oleh Jean-Baptiste
Lamarck (Hydrogologie, 1802). Perkataan Biologi itu sendiri telah dikatakan dicipta
pada 1800 oleh Karl Friedrich Burdach, tetapi ia muncul pada judul Jilid 3 buku Michael
Christoph Hanov Philosophiae naturalis sive physicae dogmaticae: Geologia, biologia,
phytologia generalis et dendrologia, diterbitkan pada 1766. Pada masa kini, perkataan tersebut
merangkumi bidang akademik yang lebih meluas yang sering dilihat sebagai bidang yang
tersendiri.
Kebanyakan sains biologi merupakan disiplin khusus. Botani merupakan kajian tumbuhtumbuhan, zoologi merupakan kajian haiwan, danmikrobiologi merupakan kajian
mikroorganisma. Bidang lain dalam biologi adalah berdasarkan skala organisma dikaji dan
kaedah mengkaji mereka.Biokimia mengkaji kimia asas hidup, biologi molekul mengkaji interaksi
sistem molekul biologi yang kompleks, biologi sel mengkaji benda binaan kehidupan asas,
iaitu sel, manakala fisiologi merupakan kajian fungsi tisu dan organ organisma dari segi fizikal
dan kimia, dan ekologi merupakan kajian hubungan sesama pelbagai organsima dan alam
sekeliling mereka.

You might also like