You are on page 1of 4

Forum 2

19 Mar 2015 01:02:26 AM

SUBATRA A/P KANAN

Salam sejahtera guru-guru


sekalian. Saya sangat setuju
dengan kenyataan Kesahan
dan kebolehpercayaan
intrument kajian adalah perlu
untuk mendapatkan kejituan
data-data kajian.
kebolehpercayaan merujuk
kepada ketekalan pengukuran.
Kebolehpercayaan adalah
syarat perlu tetapi tidak
memadai untuk penentuan
kesahan. Kebolehpercayaan
yang rendah dianggap boleh
membatasi darjah kesahan
yang diperoleh, tetapi
kebolehpercayaan yang tinggi
tidak memberikan kepastian
bahawa darjah kesahan yang
tinggi terhasil. Secara
ringkasnya, kebolehpercayaan
hanya menyediakan ketekalan
yang memungkinkan kesahan.
Pengukuran Rasch, kesahan
bagi sesuatu instrumen dapat
dikenal pasti dengan merujuk
analisis-analisis utama seperti
polariti item, peta itemindividu, ketaksepadanan
item-individu, pengasingan
item-individu, unidimensi,
kesepadanan item-individu
dan skala pemeringkatan
(Rasch 1980; Bond & Fox
2007). Sehubungan itu, kajian
ini dilaksanakan untuk
menghasilkan bukti secara
empirikal mengenai kesahan
dan kebolehpercayaan soal
selidik gaya e-Pembelajaran
(eLSE) versi 8.1 dengan
menggunakan Model
Pengukuran Rasch.
Forum 2
Salam sejahtera cikgu. Saya setuju
dengan kenyataan cikgu. Seperti dalam
kenyataan cikgu, kajian kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen amat
penting bagi mempertahankan kejituan
soal selidik daripada terdedah kepada
kecacatan. Semakin tinggi nilai dan
tahap kesahan dan kebolehpercayaan
soal selidik, maka semakin jitu data
yang diperoleh. Menurut Howard dan

19 Mar
2015
07:46:13
AM

SUBATRA
A/P
KANAN

Henry (1988) ketekalan bermaksud


apabila item yang sama diuji beberapa
kali kepada subjek yang sama pada
selang masa yang berlainan skor
keputusan atau jawapan yang diberikan
adalah sama atau hampir sama.
Kesahan dan kebolehpercayaan setiap
item dalam soal selidik adalah penting.
Data kajian juga penting dan perlu
dipastikan ketepatan dan kemasukan
datanya adalah seperti yang
dimaksudkan kerana ia menyumbang
kepada kesahan dan kebolehpercayaan
hasil kajian. Jika nilai kebolehpercayaan
atau kesahan soal selidik adalah tinggi,
maka soal selidik tersebut boleh
dipercayai dan sah. Walaupun sesuatu
soal selidik yang telah digunakan oleh
pengkaji terdahulu telah teruji kesahan
dan kebolehpercayaannya.
Forum 2
Salam sejahtera Tuan dan guru-guru
sekalian. Saya sangat setuju dengan
kenyataan, Kesahan dan
kebolehpercayaan intrument kajian
adalah perlu untuk mendapatkan
kejituan data-data kajian. Tujuan
penyelidik membuat kesahan instrumen
adalah bagi menjamin kesahan itemitem (instrumen) agar bersifat ;
1.

Defensibiliti (dapat
dipertahankan hasil kajiannya
tepat dan berguna)

2.

Accuracy (ketepatan
menjawab persoalan kajian)

3.

Appropriatetness (kesesuaian
relevan dengan tujuan kajian)

4.

Meaningfulness (bererti
memberi makna terhadap data
melalui skor)

5.

Usefulness (kebolehgunaan
mampu membuat keputusan
berhubung dengan apa yang
cuba dicari atau dihasilkan
kerana keputusan dari penilaian
tersebut boleh menyediakan
maklumat yang bermakna
mengenai tajuk dan
pembolehubah yang hendak
diukur untuk menginferenkan

19 Mar
2015
08:23:57
AM

SUBATRA
A/P
KANAN

data kajian).
Seseorang penyelidik perlulah
menitikberatkan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen dan data
kajian, kerana ia akan menentukan
kesahan dan kebolehpercayaan hasil
kajian. Dicadangkan teknik triangulasi
(soal selidik, temu bual dan
pemerhatian juga dokumen) digunakan
sebagai instrumen pengumpulan data
bagi menyokong dan mengukuhkan
antara satu data dengan data yang lain,
dengan harapan kelemahan data yang
dipungut melalui soal selidik akan
dineutralkan oleh data yang dikumpul
daripada temu bual dan pemerhatian
atau sebaliknya, di samping
penggunaan sampel yang bersifat
hetrogenus yang mewakili seluruh
Malaysia.
Forum 2

Salam sejahtera cikgu. Ya betul cikgu.


Kesahan dan kebolehpercayaan
merupakan elemen yang amat penting
dalam mempertahankan ketepatan
instumen daripada terdedah kepada
kecacatan.(Ghazali, 2008). Dalam
menghasilkan suatu kajian yang
berkualiti, ia memerlukan tahap
kesahan dan kebolhpercayaan yang
tinggi (Ghazali, 2008).
Kesahan ditakrifkan sebagai sejauh
mana ia memberikan jawapan yang
pasti (Kirk & miller, 1986). Dalam
memastikan kesahan instrument
kajian, ia juga adalah berdasarkan
dengan soroton kajian lepas. Ini
adalah sebagai panduan untuk
mendapatkan kesahan data bagi
menyokong hasil penemuan.
Kebolehpercayaan merujuk kepada
kemantapan jawapan yang sama
setiap kali suatu pengukuran itu
dilakukan (Kirk & Miller, 1986). Hal
ini dibuat untuk mendapatkan
maklumat yang sahih untuk
digunakan dalam sesuatu kajian.

30 Mar
2015
11:14:16
AM

SUBATRA
A/P
KANAN

Forum 2

Ya betul cikgu. Kesahan didefinisikan


sebagai ketepatan (appropriateness),
kebenaran (truthfulness), bermakna
(meaningfulness) dan kebolehgunaan
(usefulness) instrumen yang
membolehkan data-data diinferenkan.
Kesahan juga bermaksud ;
persetujuan antara dua percubaan
untuk mengukur trait yang sama
secara maksimum dengan kaedah
yang berlainan.
Kebolehpercayaan pula dikaitkan
dengan darjah konsistensi antara dua
ukuran bagi perkara yang sama
(Cresswell & Plano, 2007).
Kebolehpercayaan juga merupakan
darjah yang menunjukkan pengukuran
yang dijalankan adalah bebas
daripada kesilapan dan seterusnya
menghasilkan keputusan yang
konsisten. Pendekatan yang 55
digunakan untuk mengukur koefisien
kebolehpercayaan item-item dalam
instrumen adalah ketekalan dalaman
(internal consistency). Sebaliknya,
alat ukur yang menghasilkan markah
yang berubah-ubah bagi mengukur
gagasan atau pembolehubah yang
sama dikatakan tidak tekal seterusnya
mempunyai kebolehpercayaan yang
rendah.

You might also like