You are on page 1of 43

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA
CETAKAN SEMULA

Akta 87

AKTA PERIHAL DAGANGAN


1972
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972


Tarikh Perkenan Diraja

26 September 1972

Tarikh penyiaran dalam Warta

30 September 1972

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU


Cetakan Semula Yang Pertama

1994

Cetakan Semula Yang Kedua

1999

Perihal Dagangan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 87
AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen

1.
2.

Tajuk ringkas dan pemakaian


Tafsiran
BAHAGIAN II
LARANGAN PERIHAL DAGANGAN PALSU

3.
4.
5.
6.
7.
7A.
8.
9.

Larangan perihal dagangan palsu


Perihal dagangan
Perihal dagangan palsu
Menggunakan perihal dagangan bagi barang
Perihal dagangan yang digunakan dalam iklan
Anggapan tanggungan ke atas pengiklan, dll.
Tawaran untuk membekalkan
Cap dagangan yang mengandungi perihal dagangan
BAHAGIAN III
KUASA BAGI MENTAKRIFKAN PERKATAAN DAN
BAGI MENGHENDAKI MAKLUMAT DIBERIKAN

10.
11.
12.
13.

Perintah takrif
Perintah cap
Maklumat, dsb., hendaklah diberikan dalam iklan
Peruntukan tambahan kepada seksyen 11 dan 12

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

BAHAGIAN IV
SALAH PENYATAAN SELAIN PERIHAL DAGANGAAN PALSU
Seksyen

14.

Petunjuk palsu dan mengelirukan tentang harga barang-barang

14A. Harga disifatkan termasuk cukai


15.

Pertanyaan palsu mengenai bekalan atau kelulusan barang-barang atau


perkhidmatan

15A. Pernyataan palsu atau yang mengelirukan mengenai perkhidmatan, dll.


16.

Pelanggaran cap dagangan dan tindakan kelirupaan

BAHAGIAN V
LARANGAN PENGIMPORTAN BARANG-BARANG TERTENTU
17.

Larangan pengimportan barang-barang yang mengandungi petunjuk palsu


mengenai tempat asal

BAHAGIAN VI
PERUNTUKAN MENGENAI KESALAHAN
18.

Penalti kerana kesalahan

19.

Had masa untuk pendakwaan

20.

Kesalahan oleh perbadanan

20A. Prinsipal bertanggungjawab bagi perbuatan pekhidmat atau ejen


21.

Persubahatan kesalahan yang dilakukan di luar negeri

21A. Pengkompaunan kesalahan


22.

Mengambil contoh

BAHAGIAN VII
PEMBELAAN
23.

Kesalahan disebabkan oleh salah orang lain

24.

Pembelaan mengenai kekhilafan, tidak sengaja, dsb.

25.

Penyiaran iklan tanpa niat salah

Perihal Dagangan

BAHAGIAN VIII
PENGUATKUASAAN
Seksyen

26.

Pelantikan Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal

27.

Kuasa bagi membeli barang-barang untuk ujian

28.

Kuasa bagi memasuki premis dan memeriksa dan menyita barangbarang dan dokumen

28A. Pernyataan hendaklah diterima sebagai keterangan


28B. Kuasa menangkap, menyiasat dan mendakwa
29.

Menghalang pegawai

30.

Notis mengenai ujian dan pendakwaan yang dicadangkan


BAHAGIAN IX
PELBAGAI DAN TAMBAHAN

31.

Pengecualian

32.

Pelucuthakan barang-barang

33.

Barang-barang yang disita boleh diserahkan kepada pemunya atau orang


lain

34.

Tiada kos atau ganti rugi yang terbit daripada penyitaan boleh didapatkan

35.

Kecualian bagi hak sivil

36.

Negeri asal

37.

Eksperimen penyelidikan pasaran

38.

Perundingan sebelum membuat perintah

38A. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan


39.

Pemansuhan
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA (Dipotong)

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

Perihal Dagangan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 87

AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972


Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang
berhubungan dengan cap barang dagangan dengan peruntukan baharu
yang melarang salah perihal mengenai barang-barang, yang diadakan
dalam perjalanan perdagangan dan petunjuk yang palsu atau yang
mengelirukan tentang harga barang-barang; untuk memberi kuasa
untuk memberikan erti bagi apa-apa ungkapan atau petunjuk yang
digunakan berhubung dengan harga barang-barang, caj atau kadar
bagi perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan dan untuk
mengawal selia, mengawal atau melarang penggunaan ungkapan
atau petunjuk itu dalam perjalanan sesuatu perdagangan atau
perniagaan; untuk melarang membuat pernyataan yang palsu atau
mengelirukan tentang apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau
kemudahan yang diadakan dalam perjalanan perdagangan atau
perniagaan; untuk memberi kuasa untuk menghendaki maklumat
atau arahan yang berhubungan dengan barang-barang supaya dicapkan
pada atau supaya disertakan dengan barang-barang itu atau supaya
dimasukkan ke dalam iklan; dan bagi maksud yang berkaitan.
[Seluruh Malaysia3 November 1972,
P.U. (B) 442/1972]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN

Tajuk ringkas dan pemakaian


1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perihal Dagangan 1972.
(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

Tafsiran
2. Dalam pentafsiran Akta ini, selain takrif yang terkandung
dalam seksyen 4 hingga 8, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain
barang-barang termasuklah kapal, kapal udara, kenderaan,
haiwan, tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman tumbuhan dan segala
jenis harta alih;
iklan termasuk tiap-tiap bentuk pengiklanan (sama ada atau
tidak disertakan dengan atau dikaitkan dengan perkataan yang
ditutur atau ditulis atau dengan tulisan atau bunyi lain dan sama
ada atau tidak terkandung atau diterbitkan dengan terbitan) dengan
cara mempamerkan notis atau melalui katalog, senarai harga,
pekeliling, label, kad atau dokumen atau bahan lain atau dengan
menunjukkan filem atau gambar atau fotograf, atau melalui radio
atau televisyen, atau dengan apa-apa cara lain;
kapal termasuklah mana-mana bot dan apa-apa jenis vesel
lain yang digunakan dalam pelayaran;
logam berharga ertinya emas, perak atau platinum dalam bentuk
tulen atau aloi emas, perak atau platinum;
Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong Pengawal
masing-masing bererti Pengawal Perihal Dagangan, Timbalan
Pengawal Perihal Dagangan dan Penolong Pengawal Perihal
Dagangan yang dilantik di bawah seksyen 26;
perintah perihal dagangan ertinya perihal Mahkamah Tinggi
yang dibuat di bawah seksyen 16;
premis termasuklah mana-mana tempat dan mana-mana gerai,
kenderaan, kapal atau kapal udara;
standard ketulenan, berhubung dengan artikel yang dibuat
daripada logam berharga, ertinya bilangan bahagian mengikut berat
emas, perak atau platinum tulen dalam seribu bahagian mengikut
berat logam berharga; dan
terbit, berhubung dengan suatu iklan, ertinya menunjukkan
iklan kepada orang ramai atau mana-mana orang dengan apa cara
jua pun, dan penerbitan hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Perihal Dagangan

BAHAGIAN II
LARANGAN PERIHAL DAGANGAN PALSU

Larangan perihal dagangan palsu


3. (1) Mana-mana orang yang, dalam perjalanan perdagangan atau
perniagaan
(a) menggunakan sesuatu perihal dagangan palsu bagi apaapa barang-barang; atau
(b) membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apaapa barang-barang yang baginya digunakan suatu perihal
dagangan palsu,
melakukan suatu kesalahan.
(2) Istilah yang digunakan dalam seksyen ini dan di mana-mana
jua ia terdapat dalam Akta ini hendaklah ditafsirkan mengikut
seksyen 4 hingga 8.
Perihal dagangan
4. (1) Sesuatu perihal dagangan ialah suatu petunjuk, langsung
atau tidak langsung, dan dengan apa cara jua pun, yang diberikan
mengenai mana-mana daripada perkara yang berikut berkenaan
dengan apa-apa barang atau bahagian daripada barang, iaitu
(a) jenis atau nama;
(aa) kuantiti, saiz atau ukuran;
(b) cara pengilangan, pengeluaran, pemprosesan atau
pemulihan keadaan;
(c) kandungan;
(d) kelayakan bagi maksud, kekuatan, penjalanan, gerak-geri
atau ketepatan;
(e) standard ketulenan artikel yang dibuat daripada logam
berharga;
(f) apa-apa ciri fizikal yang tidak termasuk dalam perenggan
terdahulu;
(g) pengujian oleh seseorang dan keputusannya;

10

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(gg) kualiti selain yang ditetapkan dalam perenggan terdahulu;


(h) kelulusan oleh mana-mana orang atau penepatan dengan
jenis yang diluluskan oleh mana-mana orang;
(i) tempat atau tarikh pengilangan, pengeluaran, pemprosesan
atau pemulihan keadaan;
(j) orang yang mengilang, mengeluarkan, memproses atau
memulihkan keadaan;
(k) riwayat lain, termasuk pemunyaan atau penggunaan dahulu.
(2) Perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah
dianggap
(a) berhubung dengan apa-apa haiwan, termasuk jantina,
keturunan atau kacukan, kesuburan dan kesegaran;
(b) berhubung dengan apa-apa mani, termasuk pengenalan
dan ciri-ciri haiwan yang daripadanya mani itu telah diambil
dan sukatan kecairan.
(3) Dalam seksyen ini kuantiti termasuk panjang, lebar, tinggi,
luas, isi padu, muatan, berat dan bilangan.
(4) Jika penggunaan apa-apa perihal dilarang di bawah peruntukan
mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama,
kecuali jika perihal itu digunakan bagi barangan yang mematuhi
kehendak undang-undang itu, tiada perihal yang digunakan mengikut
kehendak undang-undang itu akan menjadi suatu perihal dagangan
palsu; dan Menteri boleh dengan perintah membuat tambahan kepada,
memotong daripada, meminda atau mengubahsuaikan Jadual
Pertama.
(5) Bagi maksud Akta ini, sesuatu perihal atau penyataan dagangan
yang disiarkan dalam mana-mana akhbar, buku atau majalah berkala
atau dalam mana-mana filem atau bunyian atau siaran televisyen
tidak boleh disifatkan sebagai suatu perihal dagangan yang digunakan
atau suatu pernyataan yang dibuat dalam perjalanan sesuatu
perdagangan atau perniagaan melainkan jika ia atau menjadi
sebahagian daripada sesuatu iklan.
Perihal dagangan palsu
5. (1) Suatu perihal dagangan palsu ialah suatu perihal dagangan
yang palsu setakat darjah yang material.

Perihal Dagangan

11

(2) Sesuatu perihal dagangan, walaupun tidak palsu, yang


mengelirukan, iaitu yang mungkin dianggap sebagai sesuatu petunjuk
bagi mana-mana perkara yang dinyatakan dalam seksyen 4
sebagaimana yang menjadi palsu setakat darjah yang material,
hendaklah disifatkan sebagai suatu perihal dagangan palsu.
(3) Apa-apa jua, walaupun bukan suatu perihal dagangan, yang
mungkin dianggap sebagai suatu petunjuk bagi mana-mana daripada
perkara itu dan, sebagai petunjuk itu, akan menjadi palsu setakat
darjah yang material, hendaklah disifatkan sebagai suatu perihal
dagangan palsu.
(4) Sesuatu petunjuk palsu, atau apa-apa jua yang mungkin
dianggap sebagai suatu petunjuk yang akan menjadi palsu, bahawa
apa-apa barang yang mematuhi suatu standard yang ditentukan
atau diiktiraf oleh mana-mana orang atau difahamkan menurut
kelulusan mana-mana orang, hendaklah disifatkan sebagai suatu
perihal dagangan palsu, jika tidak ada seseorang atau tidak ada
suatu standard yang ditentukan, diiktiraf atau difahamkan sedemikian.
Menggunakan perihal dagangan bagi barang-barang
6. (1) Seseorang menggunakan suatu perihal dagangan bagi barangbarang jika dia
(a) menampalkan atau melampirkannya pada atau dengan
apa-apa cara mencapkannya di atas atau menyatukannya
dengan
(i) barang-barang itu sendiri; atau
(ii) apa-apa benda yang di dalamnya, di atasnya atau
dengannya barang-barang itu dibekalkan; atau
(b) meletakkan barang-barang itu di dalam, di atas atau dengan
apa-apa benda yang perihal dagangan itu telah ditampalkan
atau dilampirkan padanya atau dicapkan di atasnya atau
disatukan dengannya, atau meletakkan mana-mana benda
itu dengan barang-barang itu; atau
(c) menggunakan perihal dagangan itu dengan apa-apa cara
yang mungkin dianggap sebagai berkenaan dengan barangbarang itu.
(2) Sesuatu pernyataan lisan boleh terjumlah kepada penggunaan
sesuatu perihal dagangan.

12

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(3) Jika barang-barang dibekalkan menurut suatu permintaan


yang dalamnya suatu perihal dagangan digunakan dan hal keadaannya
sedemikian hingga membolehkan difahamkan dengan munasabah
bahawa barang-barang itu dibekalkan sebagai barang-barang yang
bersamaan dengan perihal itu, orang yang membekalkan barangbarang itu hendaklah disifatkan telah menggunakan perihal dagangan
itu bagi barang-barang itu.
Perihal dagangan yang digunakan dalam iklan
7. (1) Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat
kuasa jika suatu perihal dagangan digunakan berhubung dengan
mana-mana kelas barang dalam sesuatu iklan.
(2) Perihal dagangan itu hendaklah dianggap sebagai berkenaan
dengan semua barang daripada kelas itu, sama ada atau tidak
barang-barang itu ada pada masa iklan itu disiarkan
(a) bagi maksud menentukan sama ada sesuatu kesalahan
telah dilakukan di bawah perenggan 3(1)(a); dan
(b) jika barang-barang daripada kelas itu dibekalkan atau
ditawarkan untuk dibekalkan oleh seseorang yang
menyiarkan atau menunjukkan iklan itu, juga bagi maksud
menentukan sama ada sesuatu kesalahan telah dilakukan
di bawah perenggan 3(1)(b).
(3) Dalam menentukan bagi maksud seksyen ini sama ada apaapa barang adalah daripada suatu kelas yang baginya sesuatu perihal
dagangan digunakan dalam sesuatu iklan berkaitan, perhatian
hendaklah diberi bukan sahaja terhadap bentuk dan kandungan
iklan itu bahkan juga terhadap masa, tempat, cara dan kerapnya
penyiaran iklan itu dan semua perkara lain yang menyebabkan
mungkin atau tidak mungkin seseorang yang dibekalkan barangbarang itu memikirkan barang-barang itu sebagai terdiri daripada
kelas yang berhubungan dengannya perihal dagangan itu digunakan
dalam iklan itu.
Anggapan tanggungan ke atas pengiklan, dll.
7A. Orang yang berikut hendaklah, melainkan jika dibuktikan
sebaliknya, disifatkan telah menggunakan perihal dagangan dalam
mana-mana iklan
(a) orang yang secara langsung atau tidak langsung menawarkan
untuk membekalkan barang-barang atau perkhidmatan;
(b) orang yang bagi pihaknya iklan itu dibuat.

Perihal Dagangan

13

Tawaran untuk membekalkan


8. Seseorang yang mendedahkan barang-barang untuk bekalan
atau yang ada barang-barang dalam miliknya untuk bekalan hendaklah
disifatkan menawarkan atau membekalkan barang-barang itu.
Cap dagangan yang mengandungi perihal dagangan
9. Sesuatu perihal dagangan yang menjadi atau yang terkandung
dalam suatu cap dagangan dalam erti mana-mana undang-undang
bertulis yang berhubung dengan cap dagangan atau sebahagian
daripada sesuatu cap dagangan boleh menjadi suatu perihal dagangan
palsu apabila digunakan bagi apa-apa barang, melainkan jika kesemua
syarat yang berikut dipenuhi:
(a) bahawa perihal dagangan itu mungkin boleh digunakan
dengan sah bagi barang-barang itu jika Akta ini tidak
diluluskan;
(b) bahawa pada tarikh Akta ini disiarkan, cap dagangan itu
telah pun didaftarkan di bawah undang-undang bertulis
yang berhubung dengan cap dagangan atau telah pun
digunakan untuk menunjukkan suatu perhubungan dalam
perjalanan perdagangan antara barang-barang itu dengan
tuan punya cap dagangan itu;
(c) bahawa cap dagangan itu sebagaimana yang digunakan
untuk menunjukkan sesuatu perhubungan antara barangbarang itu dengan tuan punya cap dagangan itu atau
seseorang yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis
yang berhubungan dengan cap dagangan sebagai seorang
pengguna berdaftar bagi cap dagangan itu; dan
(d) bahawa orang yang menjadi tuan punya cap dagangan itu
ialah orang yang sama, atau pengganti dalam hak milik,
tuan punya itu pada tarikh Akta ini disiarkan.
BAHAGIAN III
KUASA BAGI MENTAKRIFKAN PERKATAAN DAN BAGI
MENGHENDAKI MAKLUMAT DIBERIKAN

Perintah takrif
10.

Jika ternyata pada Menteri


(a) bahawa adalah bagi kepentingan orang yang dibekalkan
apa-apa barang; atau

14

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(b) bahawa adalah bagi kepentingan orang yang mengeksport


apa-apa barang dan tidak berlawanan dengan kepentingan
orang yang dibekalkan barang-barang itu di Malaysia,
bahawa apa-apa ungkapan yang digunakan berhubung dengan barangbarang itu hendaklah difahamkan sebagai mempunyai erti yang
tertentu, Menteri boleh dengan perintah memberikan erti itu sama
ada
(i) kepada ungkapan itu apabila digunakan dalam perjalanan
perdagangan atau perniagaan sebagai, atau sebagai
sebahagian daripada, suatu perihal dagangan yang
digunakan bagi barang-barang itu; atau
(ii) kepada ungkapan itu apabila digunakan sedemikian dalam
hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu,
dan jika sesuatu erti itu diberikan sedemikian kepada sesuatu
ungkapan ia hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai
mempunyai erti itu apabila digunakan sebagaimana yang disebut
dalam subperenggan (i) atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,
subperenggan (ii).
Perintah cap
11. (1) Jika ternyata pada Menteri perlu atau suai manfaat demi
kepentingan orang yang dibekalkan barang-barang bahawa barangbarang itu hendaklah dicapkan atau disertai dengan apa-apa maklumat
(sama ada atau tidak terjumlah kepada atau termasuk suatu perihal
dagangan) atau arahan yang berhubungan dengan barang-barang
itu, Menteri boleh dengan perintah mengenakan kehendak bagi
mendapatkan barang-barang itu dicapkan atau disertai sedemikian,
dan mengawal selia atau melarang pembekalan barang-barang yang
mengenainya kehendak itu tidak dipatuhi; dan kehendak itu boleh
meliputi bentuk dan cara yang dalamnya maklumat atau arahan itu
akan diberikan.
(2) Jika sesuatu perintah di bawah seksyen ini berkuat kuasa
berkenaan dengan barang-barang daripada sesuatu perihal, manaaman orang yang, dalam perjalanan sesuatu perdagangan atau
perniagaan, membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan
barang-barang daripada perihal itu bersalahan dengan perintah itu
melakukan suatu kesalahan.

Perihal Dagangan

15

(3) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh membuat


peruntukan yang berlainan bagi hal keadaan yang berlainan dan
boleh, mengenai barang-barang yang dibekalkan dalam hal keadaan
maklumat atau arahan yang dikehendaki oleh perintah itu tidak
akan disampaikan hingga selepas penyerahannya, menghendaki
supaya semua atau sebahagian daripadanya ditunjukkan dekat dengan
barang-barang itu.
Maklumat, dsb., hendaklah diberikan dalam iklan
12. (1) Jika ternyata pada Menteri perlu atau suai manfaat demi
kepentingan orang yang akan dibekalkan barang-barang bahawa
apa-apa perihal iklan mengenai barang-barang hendaklah
mengandungi atau merujuk kepada apa-apa maklumat (sama ada
atau tidak terjumlah kepada atau termasuk suatu perihal dagangan)
berhubung dengan barang-barang itu, Menteri boleh dengan perintah
mengenakan kehendak tentang kemasukan maklumat itu atau sesuatu
petunjuk mengenai cara yang melaluinya maklumat itu boleh
diperoleh, dalam sesuatu perihal iklan mengenai barang-barang itu
sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(2) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini boleh menyatakan
bentuk dan cara yang dalamnya apa-apa maklumat atau petunjuk
itu akan dimasukkan dalam iklan daripada apa-apa perihal dan
boleh membuat peruntukan yang berlainan bagi hal keadaan yang
berlainan.
(3) Jika sesuatu iklan mengenai apa-apa barang yang hendak
dibekalkan dalam perjalanan sesuatu perdagangan atau perniagaan
tidak mematuhi apa-apa kehendak yang berkenaan bawah seksyen
ini, mana-mana orang yang menyiarkan iklan itu melakukan sesuatu
kesalahan.
Peruntukan tambahan kepada seksyen 11 dan 12
13. (1) Sesuatu kehendak yang dikenakan oleh sesuatu perintah
di bawah seksyen 11 atau 12 berhubung dengan apa-apa barangan
tidak dihadkan kepada barang-barang yang dikilang atau dikeluarkan
di mana-mana satu negeri atau di mana-mana satu daripada beberapa
negeri atau kepada barang-barang yang dikilang atau dikeluarkan
di luar mana-mana satu negeri atau lebih, melainkan jika
(a) ia dikenakan berkenaan dengan sesuatu perihal barangbarang yang mengenainya Menteri berpuas hati bahawa

16

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

kepentingan orang di Malaysia yang dibekalkan barangbarang daripada perihal itu akan dilindungi dengan
secukupnya jika kehendak itu dihadkan sedemikian; dan
(b) Menteri berpuas hati bahawa perintah itu adalah selaras
dengan tanggungan Malaysia dari segi antarabangsa.
(2) Jika apa-apa kehendak mengenai apa-apa barang-barang
pada masa ini dikenakan oleh sesuatu perintah itu dan Menteri
berpuas hati, atas representasi orang yang ternyata pada Menteri
ada mempunyai kepentingan yang material dalam perkara itu,
bahawa kesusahan yang lebih besar berlaku terhadap orang itu
daripada yang sepatutnya dengan memandang kepada kepentingan
orang yang dibekalkan barang-barang itu jika kehendak itu
dikenakan seterusnya, kuasa Menteri untuk melonggarkan atau
memberhentikan kehendak itu dengan suatu perintah selanjutnya
boleh dijalankan tanpa perundingan dan notis yang dikehendaki
oleh subseksyen 38(2).

BAHAGIAN IV
SALAH PERNYATAAN SELAIN PERIHAL DAGANGAN PALSU

Petunjuk palsu dan mengelirukan tentang harga barang-barang


14. (1) Jika mana-mana orang yang menawarkan untuk
membekalkan barang-barang daripada apa-apa perihal memberi,
dengan apa-apa cara jua, sesuatu petunjuk palsu yang bermaksud
bahawa harga yang ditawarkan bagi barang-barang itu sama dengan
atau kurang daripada harga yang disyorkan dia melakukan suatu
kesalahan.
(2) Jika mana-mana orang yang menawarkan untuk membekalkan
barang-barang memberi, dengan apa-apa cara jua, apa-apa petunjuk
yang mungkin dianggap sebagai suatu petunjuk bahawa barangbarang itu ditawarkan dengan suatu harga yang kurang daripada
harga barang-barang itu sebenarnya ditawarkan, dia melakukan
suatu kesalahan.

Perihal Dagangan

17

(3) Bagi maksud seksyen ini


(a) sesuatu petunjuk mengenai suatu harga yang disyorkan
(i) hendaklah disifatkan, melainkan jika dinyatakan
sebaliknya, sebagai suatu petunjuk bahawa ia suatu
harga yang disyorkan oleh pengilang atau
pengeluarnya; dan
(ii) hendaklah disifatkan, melainkan jika dinyatakan
sebaliknya, sebagai suatu petunjuk bahawa ia suatu
harga yang disyorkan pada amnya untuk pembekalan
secara jualan runcit di kawasan barang-barang itu
ditawarkan;
(b) apa-apa jua yang mungkin dianggap sebagai suatu petunjuk
mengenai suatu harga yang disyorkan hendaklah disifatkan
sebagai suatu petunjuk itu; dan
(c) mana-mana yang mengiklankan barang-barang sebagai
ada untuk pembekalan hendaklah dianggap sebagai
menawarkan untuk membekalkannya.
(4) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di
bawah seksyen ini, beban bagi membuktikan adanya dan terma
sesuatu harga yang disyorkan dan yang kepadanya dia bergantung
atau bahawa kehendak subseksyen (3) telah dipatuhi hendaklah
terletak pada orang yang dipertuduh itu.
Harga disifatkan termasuk cukai
14A. Jika dalam mana-mana iklan harga apa-apa barang atau
perkhidmatan disebut, harga itu hendaklah, melainkan jika dinyatakan
sebaliknya, disifatkan termasuk semua cukai kerajaan, duti dan
apa-apa caj lain.
Pernyataan palsu mengenai bekalan atau kelulusan barangbarang atau perkhidmatan
15. (1) Jika mana-mana orang dalam perjalanan sesuatu perdagangan
atau perniagaan memberi dengan apa-apa cara jua sesuatu petunjuk
palsu, langsung atau tidak langsung, bahawa apa-apa barangan
atau perkhidmatan yang dibekalkan olehnya atau apa-apa kaedah
yang digunakan olehnya dibekalkan kepada atau diluluskan oleh
atau daripada jenis yang dibekalkan kepada atau diluluskan oleh
mana-mana orang termasuk mana-mana kerajaan atau jabatan atau
agensi kerajaan atau mana-mana badan atau agensi antarabangsa
sama ada di Malaysia atau luar negeri, dia melakukan suatu kesalahan.

18

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(2) Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa tanpa menjejaskan


peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang melarang atau
menyekat penggunaan apa-apa nama, lambang, insignia, meterai,
bendera, panji-panji, gelaran, jata, tanda, perkataan atau huruf atau
apa-apa bentuk perihal lain dalam perjalanan perdagangan,
perniagaan, pekerjaan atau profesion.
Pernyataan palsu atau yang mengelirukan mengenai
perkhidmatan, dll.
15A. (1) Menjadi suatu kesalahan bagi seseorang dalam perjalanan
sesuatu perdagangan atau perniagaan
(a) membuat pernyataan yang diketahuinya adalah palsu;
(b) tanpa berhemat membuat sesuatu penyataan palsu; atau
(c) membuat apa-apa pernyataan yang mungkin
memperdayakan atau mengelirukan seseorang,
mengenai mana-mana perkara yang berikut, iaitu
(i) mengadakan apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau
kemudahan dalam perjalanan sesuatu perdagangan atau
perniagaan;
(ii) jenis apa-apa perkhidmatan; tempat tinggal atau kemudahan
yang diadakan dalam perjalanan sesuatu perdagangan atau
perniagaan;
(iii) bila masanya, bagaimana caranya atau orang yang olehnya
apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan
diadakan;
(iv) pemeriksaan, kelulusan atau penilaian oleh mana-mana
orang bagi apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau
kemudahan yang diadakan itu;
(v) kedudukan atau kemudahan mana-mana tempat tinggal
yang diadakan itu; atau
(vi) kadar atau caj bagi apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal
atau kemudahan yang diadakan itu.
(2) Bagi maksud seksyen ini
(a) apa-apa jua (sama ada atau tidak pernyataan mengenai
apa-apa perkara yang dinyatakan dalam subseksyen yang
terdahulu) yang mungkin diambil kira sebagai suatu
pernyataan mengenai mana-mana perkara yang boleh jadi
palsu hendaklah disifatkan sebagai suatu pernyataan palsu
mengenai perkara itu; dan

Perihal Dagangan

19

(b) suatu pernyataan yang dibuat tidak kira sama ada ia benar
atau palsu hendaklah disifatkan telah dibuat tanpa berhemat,
sama ada atau tidak orang yang membuatnya ada sebab
mempercayai bahawa ia mungkin palsu.
(3) Berhubung dengan apa-apa perkhidmatan yang mengandungi
atau yang termasuk pengenaan apa-apa pengawetan atau proses
atau perjalanan apa-apa pembaikan, perkara yang tersebut dalam
subseksyen (1) hendaklah dianggap sebagai termasuk kesan
pengawetan, proses atau pembaikan.
(4) Dalam seksyen ini, palsu ertinya palsu setakat darjah yang
material dan perkhidmatan tidak termasuk apa-apa yang dilakukan
di bawah kontrak perkhidmatan.
Pelanggaran cap dagangan dan tindakan kelirupaan
16. (1) Jika mana-mana orang, sebagai seorang tuan punya atau
pengguna berdaftar sesuatu cap dagangan berdaftar dalam pengertian
mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan cap
dagangan atau secara lain sebagai seorang yang berhak di sisi
undang-undang kepada perlindungan bagi sesuatu cap dagangan
atau cap lain sesuatu cara gaya bagi apa-apa barang atau perkhidmatan
membuktikan
(a) dalam hal sesuatu cap dagangan berdaftar, bahawa haknya
mengenai cap dagangan itu dilanggar dalam perjalanan
perdagangan dalam pengertian undang-undang bertulis
itu; dan
(b) dalam hal sesuatu cap dagangan cap lain atau cara gaya
bagi apa-apa barang atau perkhidmatan bahawa haknya
mengenai cap dagangan atau cap lain atau cara gaya itu
dilanggar dalam perjalanan perdagangan dan oleh sebab
demikian dia mempunyai hak mengambil tindakan
mengenai kelirupaan,
Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan orang itu, membuat
sesuatu perintah yang menetapkan bahawa cap dagangan atau cap
lain atau cara gaya yang melanggar itu, mengikut mana-mana yang
berkenaan, bagi maksud Akta ini suatu perihal dagangan palsu
dalam penggunaannya bagi apa-apa barang sebagaimana yang
dinyatakan dalam perintah itu.
(2) Sesuatu perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat di bawah
seksyen ini boleh disebut suatu perintah perihal dagangan.

20

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(3) Sesuatu perintah perihal dagangan yang masih berkuat kuasa


yang dibuat oleh mana-mana Mahkamah Tinggi di Malaysia boleh
diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah
Akta ini yang dalamnya adalah berkaitan sebagai bukti konklusif
mengenai suatu perihal dagangan palsu.
(4) Sesuatu perintah perihal dagangan hendaklah tamat pada
akhir tempoh lima tahun dari tarikh ia dibuat, melainkan jika ia
dibaharui oleh Mahkamah Tinggi atas apa-apa terma dan bagi apaapa tempoh selanjutnya sebagaimana yang diputuskan oleh
Mahkamah Tinggi atas permohonan orang yang tersebut dalam
subseksyen (1) atau pengganti dalam hak miliknya.
(5) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu daftar awam
mengenai perintah perihal dagangan diadakan dan disenggarakan.
BAHAGIAN V
LARANGAN PENGIMPORTAN BARANG-BARANG TERTENTU

Larangan pengimportan barang-barang yang mengandungi


petunjuk palsu mengenai tempat asal
17. Jika sesuatu perihal dagangan palsu digunakan bagi apa-apa
barang di luar Malaysia dan petunjuk palsu, atau satu daripada
petunjuk palsu, yang diberikan atau mungkin dianggap sebagai
diberikan dengan demikian itu ialah suatu petunjuk mengenai tempat
pengilangan, pengeluaran, pemprosesan atau pemulihan keadaan
bagi barang-barang itu atau apa-apa bahagian daripadanya, Menteri
boleh membuat suatu perintah yang melarang barang-barang itu
diimport ke dalam Malaysia.
BAHAGIAN VI
PERUNTUKAN MENGENAI KESALAHAN

Penalti kerana kesalahan


18. (1) Mana-mana orang, selain suatu pertubuhan perbadanan,
tetapi termasuk pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai
seumpamanya yang lain bagi suatu pertubuhan perbadanan, yang
melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan yang dibuat
di bawahnya yang tidak ada penalti lain ditetapkan, apabila disabitkan,

Perihal Dagangan

21

boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan,
bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi
dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
enam tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang menjadi pertubuhan perbadanan yang
melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan
yang dibuat di bawahnya yang tidak ada penalti lain ditetapkan,
apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima
puluh ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian,
didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Had masa untuk pendakwaan
19. Tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini
boleh dimulakan selepas tamat
(a) tempoh tiga tahun dari tarikh berlaku kesalahan itu; atau
(b) tempoh satu tahun dari tarikh ia diketahui oleh pendakwa,
mengikut mana-mana satu yang lebih awal:
Dengan syarat bahawa tidaklah menjadi suatu halangan bagi
memulakan sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini walaupun tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (b)
di atas telah tamat jika Pendakwa Raya memperakui dengan bertulis
bahawa orang yang dituduh itu telah juga dengan kelakuannya
sendiri menyebabkan kelewatan bagi memulakan pendakwaan itu.
Kesalahan oleh perbadanan
20. (1) Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang telah
dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan dibuktikan telah
dilakukan dengan persetujuan dan dengan dibiarkan oleh, atau
sebagai berkaitan dengan apa-apa keabaian pada pihak, seseorang
pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya
daripada pertubuhan perbadanan itu, atau mana-mana orang, yang
berupa sebagai menjalankan tugas dalam mana-mana jawatan itu,
maka dia dan pertubuhan perbadanan itu kedua-duanya melakukan
kesalahan itu dan boleh didakwa dan dihukum dengan sewajarnya
sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 18(1) dan (2).

22

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(2) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan disabitkan atas suatu


kesalahan yang mengenainya peruntukan seksyen ini terpakai, sabitan
itu tidak boleh diambil kira bagi mentaksir penalti yang akan
dikenakan ke atas pertubuhan perbadanan itu bagi apa-apa kesalahan
lain di bawah Akta ini.
(3) Dalam seksyen ini dan dalam subseksyen 18(1), pengarah,
berhubung dengan apa-apa pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan
oleh atau di bawah sesuatu undang-undang bagi maksud menjalankan
sesuatu perindustrian atau sebahagian daripada sesuatu perindustrian
atau perusahaan, iaitu suatu pertubuhan perbadanan yang hal ehwalnya
diuruskan oleh anggotanya, termasuklah seseorang anggota
pertubuhan perbadanan itu.
Prinsipal bertanggungjawab bagi perbuatan pekhidmat atau
ejen
20A. Jika ejen atau pekhidmat seseorang melakukan kesalahan
atau membuat atau meninggalkan sesuatu perbuatan (yang jika
dibuat atau ditinggalkan oleh orang itu akan menjadi suatu kesalahan
di bawah Akta ini), orang itu hendaklah, walaupun dia tidak ada
pengetahuan mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan
itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu melainkan jika dia
membuktikan bahawa
(a) perbuatan atau peninggalan yang diadukan bukan dalam
bidang pekerjaan pekhidmat atau agensi ejen itu; atau
(b) perbuatan atau peninggalan yang diadukan telah dilakukan
atau ditinggalkan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya
dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk
mengelakkan perbuatan atau peninggalan itu sebagaimana
yang sepatutnya dilakukannya dengan mempertimbangkan
segala hal keadaan kes itu.
Persubahatan kesalahan yang dilakukan di luar negeri
21. (1) Mana-mana orang yang menolong atau mendorong di
Malaysia supaya dilakukan di mana-mana negeri lain sesuatu
perbuatan berkenaan dengan barangan yang, jika perbuatan itu
dilakukan di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan di bawah
seksyen 3, melakukan suatu kesalahan, kecuali sebagaimana yang
diperuntukkan oleh subseksyen (2), tetapi hanya jika sama ada
(a) perihal dagangan palsu yang berkenaan itu suatu petunjuk
(atau apa-apa jua yang mungkin dianggap sebagai suatu
petunjuk) bahawa barang-barang itu atau mana-mana
bahagian daripadanya telah dikilangkan, dikeluarkan,
diproseskan atau dipulihkan keadaannya di Malaysia; atau

Perihal Dagangan

23

(b) perihal dagangan palsu yang berkenaan itu


(i) terdiri daripada atau mengandungi suatu ungkapan
(atau apa-apa jua yang mungkin dianggap sebagai
suatu ungkapan) yang sesuatu pengertian adalah
diberi kepadanya dengan suatu perintah yang dibuat
menurut perenggan 10(b); dan
(ii) jika pengertian itu diberi sedemikian hanya dalam
hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu,
perihal dagangan itu adalah digunakan dalam hal
keadaan itu.
(2) Seseorang tidak melakukan suatu kesalahan di bawah
subseksyen (1) jika, menurut seksyen 31, perbuatan itu, walaupun
dilakukan di Malaysia, tidak menjadi suatu kesalahan di bawah
seksyen 3 jika sekiranya barang itu telah dimaksudkan untuk dihantar
keluar ke negeri yang lain itu.
(3) Mana-mana orang yang menolong atau mendorong di Malaysia
supaya dilakukan sesuatu perbuatan di luar Malaysia yang, jika
dilakukan di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan di bawah
seksyen 15 melakukan suatu kesalahan.
Pengkompaunan kesalahan
21A. (1) Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh mengkompaun
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan
yang dibuat di bawahnya yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh
kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis, kepada orang
yang disyaki dengan munasabahnya telah melakukan kesalahan
itu, untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Pengawal atau Timbalan Pengawal apa-apa jumlah wang dalam
masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada
bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apaapa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan
dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam
tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan
oleh Pengawal atau Timbalan Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan
itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang
yang kepadanya tawaran itu dibuat.

24

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah


subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan
berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya
tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat dan jika apaapa barang atau dokumen telah diambil milik di bawah Akta ini
atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya barang-barang
atau dokumen itu boleh dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa syarat
yang dikenakan.
(4) Kuasa untuk mengkompaun kesalahan di bawah subseksyen
(1) hendaklah dijalankan oleh Pengawal atau Timbalan Pegawal
sendiri.
Mengambil contoh
22. (1) Tertakluk kepada apa-apa perintah di bawah subseksyen
(2), jika apa-apa barang yang menjadi hal perkara apa-apa kesalahan
di bawah Akta ini terdapat dalam dua bungkusan atau bekas atau
lebih yang perihalnya sama, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan
sebaliknya bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi
barang yang sama jenis, kuantiti dan kualitinya.
(2) Menteri boleh dengan perintah memperuntukkan bahawa
dalam prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini berhubung
dengan apa-apa barang yang dinyatakan dalam perintah itu keterangan
bagi pihak pendakwa mengenai sesuatu contoh yang diperoleh
untuk analisa tidak boleh diterima melainkan jika contoh itu telah
diselenggarakan mengikut sesuatu cara yang dinyatakan dalam
perintah itu.
BAHAGIAN VII
PEMBELAAN

Kesalahan disebabkan oleh salah orang lain


23. Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh manamana orang dan berlakunya kesalahan itu disebabkan oleh perbuatan
atau keingkaran seseorang lain, orang lain itu melakukan kesalahan
itu, dan seseorang boleh dipertuduh dan disabitkan atas kesalahan
itu menurut seksyen ini sama ada atau tidak prosiding diambil
terhadap orang yang mula-mula disebut itu.

Perihal Dagangan

25

Pembelaan mengenai kekhilafan, tidak sengaja, dsb.


24. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), ia menjadi suatu pembelaan
dalam sesuatu prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini
bagi orang yang dipertuduh itu untuk membuktikan
(a) bahawa berlakunya kesalahan itu kerana suatu kekhilafan
pada pihaknya atau kerana bergantung kepada maklumat
yang diberikan kepadanya atau kerana perbuatan atau
keingkaran seseorang lain; atau kerana sesuatu perbuatan
yang tidak sengaja atau sesuatu sebab lain di luar
kawalannya; dan
(b) bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga
yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang
sepatutnya untuk mengelakkan sesuatu kesalahan itu
daripada dilakukan olehnya sendiri atau oleh seseorang
di bawah kawalannya:
Dengan syarat bahawa jika suatu pertubuhan perbadanan dipertuduh
atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, pertubuhan perbadanan itu
tidak berhak bergantung kepada pembelaan yang disebut dalam
subseksyen ini.
(2) Jika dalam apa-apa hal, pembelaan yang diperuntukkan o1eh
subseksyen terdahulu yang akhir disebut itu melibatkan pengataan
bahawa berlakunya kesalahan itu kerana perbuatan atau keingkaran
seorang lain atau kerana bergantung kepada maklumat yang diberikan
oleh seorang lain, tanpa kebenaran Mahkamah, orang yang dipertuduh
itu tidak berhak bergantung kepada pembelaan itu, melainkan jika,
dalam tempoh empat belas hari genap selepas dia dipertuduh dalam
Mahkamah, dia telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis
bertulis memberikan apa-apa maklumat yang pada masa itu ada
dalam miliknya, bagi mengecamkan atau menolong untuk
mengecamkan orang lain itu.
(3) Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini kerana membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan
barang-barang yang baginya digunakan suatu perihal dagangan
palsu, menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dipertuduh itu
untuk membuktikan bahawa dia tidak tahu, dan tidak mungkin
dapat menentukan dengan usaha yang munasabah, bahawa barangbarang itu tidak menepati perihal itu atau bahawa perihal itu telah
digunakan bagi barang-barang itu.

26

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

Penyiaran iklan tanpa niat salah


25. Dalam prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini
yang dilakukan melalui penyiaran suatu iklan, menjadi suatu
pembelaan bagi orang yang dipertuduh itu untuk membuktikan
bahawa dia adalah seorang yang urusannya ialah untuk menyiarkan
atau menguruskan penyiaran iklan dan bahawa dia telah menerima
iklan itu untuk disiarkan dalam perjalanan biasa urusannya dan
tidak tahu dan tiada sebab untuk mengesyaki bahawa penyiarannya
akan terjumlah kepada suatu kesalahan di bawah Akta ini.

BAHAGIAN VIII
PENGUATKUSAAN

Pelantikan Pengawal, Timbalan Pengawal dan Penolong


Pengawal
26. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik dari kalangan orang
yang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam seorang
Pengawal Perihal Dagangan, dan apa-apa bilangan Timbalan
Pengawal dan Penolong Pengawal Perihal Dagangan sebagaimana
yang perlu atau suai manfaat bagi maksud Akta ini.
(2) Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, Pengawal
hendaklah mempunyai kuasa menjalankan pengawasan dalam segala
perkara yang berhubungan dengan penguatkuasaan Akta ini dan
Pengawal dan Timbalan Pengawal hendaklah melaksanakan apaapa kewajipan dan menjalankan apa-apa kuasa dan fungsi yang
diberikan kepada mereka dan kepada seseorang Penolong Pengawal
oleh Akta ini.
(3) Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah
disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
(4) Kuasa dan fungsi Pengawal dan kewajipan yang dikehendaki
ditunaikan olehnya boleh dijalankan dan ditunaikan oleh seseorang
Timbalan Pengawal.

Perihal Dagangan

27

(5) Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah seksyen ini, apabila


bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah
apabila diminta menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada
orang yang terhadapnya dia bertindak itu apa-apa kad kuasa yang
diarahkan oleh Pengawal untuk dibawa oleh pegawai itu.
Kuasa bagi membeli barang-barang untuk ujian
27. Pengawal hendaklah mempunyai kuasa untuk membeli atau
untuk memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk membeli
bagi pihaknya, apa-apa barang yang, pada pendapatnya, suai manfaat
bagi maksud menentukan sama ada atau tidak peruntukan Akta ini
dan apa-apa perintah yang dibuat di bawahnya dipatuhi.
Kuasa untuk memasuki premis dan memeriksa dan menyita
barang-barang dan dokumen
28. (1) Mana-mana Penolong Pengawal boleh, pada bila-bila masa
yang munasabah, menjalankan kuasa yang berikut, iaitu
(a) dia boleh, bagi maksud menentukan sama ada suatu
kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, memeriksa
mana-mana barang dan memasuki mana-mana premis yang
lain daripada premis yang digunakan hanya sebagai tempat
kediaman sahaja;
(b) jika dia ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki
bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan,
dia boleh, bagi maksud menentukan sama ada kesalahan
itu te1ah dilakukan, menghendaki mana-mana orang yang
menjalankan sesuatu perdagangan atau perniagaan atau
yang bekerja berkaitan dengan sesuatu perdagangan atau
perniagaan supaya mengemukakan apa-apa buku atau
dokumen yang berhubungan dengan perdagangan atau
perniagaan itu dan boleh mengambil salinan mana-mana
buku atau dokumen itu atau apa-apa catatan di dalamnya;
(c) jika dia ada sebab yang munasabah bagi mempercayai
bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan,
dia boleh menyita dan menahan apa-apa barang bagi maksud
menentukan, dengan jalan menguji atau dengan jalan 1ain,
sama ada kesalahan itu telah dilakukan;
(d) dia boleh menyita dan menahan mana-mana barang atau
dokumen yang dia ada sebab bagi mempercayai mungkin
dikehendaki sebagai keterangan dalam prosiding bagi
sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

28

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(e) dia boleh, bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah


subseksyen ini bagi menyita barang-barang, tetapi hanya
jika dan setakat yang semunasabahnya perlu untuk
menentukan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan
apa-apa perintah yang dibuat di bawahnya dituruti dengan
sewajarnya, menghendaki mana-mana orang yang
mempunyai kuasa untuk berbuat demikian supaya memecah
buka apa-apa bekas atau membuka apa-apa mesin penjualan
dan, jika orang itu tidak mematuhi kehendak itu, dia
sendiri boleh berbuat demikian.
(2) Seseorang Penolong Pengawal yang menyita apa-apa barang
atau dokumen pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini
hendaklah memberitahu orang yang daripadanya barang-barang
itu disita dan, mengenai barang-barang yang disita daripada mesin
penjualan, kepada orang yang nama dan alamatnya dinyatakan
pada mesin itu sebagai tuan punyanya atau, jika tiada apa-apa
nama dan alamat dinyatakan sedemikian, kepada penduduk premis
yang mesin itu berada atau kepada penduduk premis yang mesin
itu dilekatkan.
(2A) Jika barang-barang atau dokumen yang disita oleh Penolong
Pengawal dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini
disebabkan oleh jenis, saiz atau amaunnya tidak praktik untuk
dipindahkan dari tempat barang-barang atau dokumen itu dijumpai,
dia boleh dengan apa-apa cara melak barang-barang atau dokumen
di dalam premis atau bekas yang di dalamnya barang-barang atau
dokumen itu dijumpai dan menjadi suatu kesalahan bagi manamana orang tanpa kuasa yang sah untuk memecahkan, mengganggu
atau merosakkan lak itu atau untuk memindahkan barang-barang
atau dokumen itu atau cuba berbuat demikian.
(3) Jika seseorang Majistret, atas sesuatu maklumat bersumpah
secara bertulis
(a) berpuas hati bahawa ada sebab yang munasabah bagi
mempercayai sama ada
(i) bahawa apa-apa barang, buku atau dokumen yang
seorang Penolong Pengawal mempunyai kuasa untuk
memeriksa di bawah seksyen ini berada di manamana premis dan bahawa pemeriksaan mengenainya
mungkin menzahirkan keterangan mengenai
berlakunya suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

Perihal Dagangan

29

(ii) bahawa apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah,


sedang atau hampir hendak dilakukan di mana-mana
premis; dan
(b) adalah juga berpuas hati sama ada
(i) bahawa kemasukan ke premis itu telah atau mungkin
tidak dibenarkan dan bahawa notis mengenai
cadangan hendak memohon suatu waran di bawah
subseksyen ini telah diberi kepada penduduk itu;
atau
(ii) bahawa permohonan untuk memasuki premis itu
atau pemberian sesuatu notis itu akan mengecewakan
tujuan kemasukan itu atau bahawa premis itu tidak
diduduki atau bahawa penduduknya tidak ada bagi
sementara dan menantikan dia pulang mungkin
mengecewakan tujuan kemasukan itu,
Majistret boleh dengan waran yang ditandatangani sendiri olehnya,
dan yang hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh satu bulan,
membenarkan seorang Penolong Pengawal untuk memasuki premis
itu, dan jika perlu dengan kekerasan.
(3A) Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), jika Penolong
Pengawal yang diberi kuasa khas secara bertulis oleh Menteri bagi
maksud seksyen ini ada sebab yang munasabah untuk mempercayai
bahawa dengan sebab kelengahan mendapatkan waran, apa-apa
barang, buku atau dokumen di dalam premis itu mungkin dipindahkan,
pegawai itu boleh menjalankan dalam, ke atas atau berkenaan
dengan premis, barang, buku dan dokumen itu semua kuasa dengan
cara penuh dan cukup seolah-olah dia diberi kuasa melalui waran
yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu.
(4) Seseorang Penolong Pengawal yang memasuki mana-mana
premis menurut seksyen ini boleh membawa bersamanya manamana orang 1ain dan apa-apa alat kelengkapan yang ternyata padanya
perlu; dan apabila meninggalkan mana-mana premis yang telah
dimasukinya menurut waran di bawah subseksyen yang terdahulu
dia hendaklah, jika premis itu tidak diduduki atau penduduknya
tidak ada bagi sementara, meninggalkan premis itu dalam keadaan
yang betul-betul terselamat daripada penceroboh sebagaimana
keadaan premis itu telah didapati olehnya.

30

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(5) Jika mana-mana orang menzahirkan kepada mana-mana orang


lain
(a) apa-apa maklumat berkenaan dengan apa-apa proses
pengilangan atau rahsia perdagangan yang didapati olehnya
di premis yang telah dimasukinya menurut seksyen ini;
atau
(b) apa-apa maklumat yang didapati olehnya menurut Akta
ini,
dia melakukan suatu kesalahan melainkan jika penzahiran itu
dilakukan dalam atau bagi maksud menjalankan fungsi di bawah
Akta ini.
Pernyataan hendaklah diterima sebagai keterangan
28A. (1) Jika mana-mana orang dipertuduh atas sesuatu kesalahan
di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan sama ada pernyataan itu
terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara
lisan atau bertulis yang dibuat pada bila-bi1a masa, sama ada
sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa
penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak
keseluruhannya atau sebahagian daripadanya bagi menjawab soalan,
oleh orang itu kepada atau dengan didengar oleh seorang Penolong
Pengawal dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh
seorang Penolong Pengawal atau mana-mana orang lain yang
berkenaan atau tidak dalam kes itu hendaklah, walau apa pun
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan,
diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya dan, jika orang
itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, apa-apa pernyataan itu
boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar
kebolehpercayaannya:
Dengan syarat bahawa
(a) tiada pernyataan boleh diterima atau digunakan seperti
yang disebut terdahulu
(i) jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada
Mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan,
ugutan atau janji mengenai pertuduhan terhadap
orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang
berkuasa dan yang pada pendapat Mahkamah
mencukupi untuk memberi orang itu alasan yang
pada pendapat Mahkamah adalah munasabah untuk
menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan

Perihal Dagangan

31

itu dia akan mendapat faedah atau dapat mengelakkan


apa-apa durjana keduniaan berhubung dengan
prosiding terhadapnya; atau
(ii) dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang
itu selepas dia ditangkap, melainkan jika Mahkamah
berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan
perkataan yang berikut atau perkataan yang
bermaksud sedemikian:
Menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran
kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan
menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan,
tetapi apa jua yang kamu nyatakan, sama ada sebagai
menjawab sesuatu soalan atau tidak boleh diberi
sebagai keterangan.; dan
(b) sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang
sebelum sempat dia diberi amaran tidak boleh dijadikan
sebagai tidak boleh diterima sebagai keterangan sematamata oleh sebab dia tidak diberi amaran jika dia diberi
amaran dengan seberapa segera yang boleh.
(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis
yang berlawanan, seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan
yang baginya subseksyen (1) terpakai tidak diwajibkan menjawab
apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas dia diberi
amaran.
Kuasa menangkap, menyiasat dan mendakwa
28B. (1) Seseorang Penolong Pengawal boleh menangkap tanpa
waran mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk
mempercayai telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta
ini jika orang itu enggan memberikan nama dan alamatnya atau
memberikan alamat di luar Malaysia atau ada sebab yang munasabah
untuk mempercayai bahawa dia te1ah memberikan nama atau alamat
palsu atau bahawa dia mungkin melarikan diri:
Dengan syarat bahawa apabila seseorang itu telah ditangkap
sebagaimana yang disebut terdahulu, dia hendaklah kemudian
daripada itu diselenggarakan sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

32

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(2) Penolong Pengawal boleh, berhubung dengan apa-apa


penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta
ini, tanpa perintah Pendakwa Raya, menjalankan kuasa khas
berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Kanun
Tatacara Jenayah dalam apa-apa, kes boleh tangkap.
(3) Apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan
di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh Penolong Pengawal.

Menghalang pegawai
29. (1) Mana-mana orang yang
(a) dengan sengaja menghalang mana-mana pegawai yang
dilantik di bawah seksyen 26 apabila bertindak menurut
Akta ini;
(b) dengan sengaja tidak mematuhi apa-apa kehendak yang
telah diminta dengan sepatutnya oleh seseorang pegawai
sedemikian di bawah seksyen 28 supaya dipatuhi olehnya;
atau
(c) tanpa sebab yang munasabah, tidak memberikan seseorang
pegawai yang bertindak sedemikian apa-apa bantuan atau
maklumat lain yang diminta dengan munasabah oleh
pegawai itu daripadanya bagi maksud menjalankan
fungsinya di bawah Akta ini,
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda
tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2) Jika mana-mana orang, apabila memberi apa-apa maklumat
sebagaimana yang disebut dalam subseksyen yang terdahulu,
membuat sesuatu pernyataan yang diketahuinya palsu, dia melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan penalti
sebagaimana yang disebut dalam subseksyen itu.
(3) (Dipotong oleh Akta A539).

Perihal Dagangan

33

Notis mengenai ujian dan pendakwaan yang dicadangkan


30. Jika apa-apa barang yang disita atau dibeli menurut Akta ini
diserahkan untuk sesuatu ujian
(a) jika barang-barang itu telah disita, orang yang disebut
dalam subseksyen 28(2) hendaklah diberitahu mengenai
keputusan ujian itu;
(b) jika barang-barang itu telah dibeli dan ujian itu membawa
kepada prosiding dimulakan kerana sesuatu kesalahan di
bawah Akta ini, Pengawal hendaklah memberitahu kepada
orang yang daripadanya barang-barang itu telah dibeli,
atau, mengenai barang-barang yang telah dijual melalui
mesin penjualan, kepada orang yang disebut dalam
subseksyen 28(2), mengenai keputusan ujian itu,
dan hendaklah, jika sebagai hasil daripada ujian itu, prosiding bagi
sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dimulakan terhadap manamana orang, membenarkan orang itu menguruskan supaya barangbarang itu diuji bagi pihaknya jika didapati semunasabahnya praktik
untuk berbuat demikian.
BAHAGIAN IX
PELBAGAI DAN TAMBAHAN

Pengecualian
31. Menteri boleh dengan perintah menentukan bahawa manamana daripada perkara yang termasuk dalam subseksyen 4(1) tidak
terpakai berkenaan dengan sesuatu perihal barang-barang yang
dimaksudkan
(a) untuk dihantar ke suatu tempat tujuan di luar Malaysia;
atau
(b) untuk apa-apa kegunaan atau maksud tertentu sebagaimana
yang disebut dalam perintah itu.
Pelucuthakan barang-barang
32. (1) Semua barang yang disita pada menjalankan apa-apa
kuasa yang diberikan di bawah Akta ini boleh dilucuthakkan.

34

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

(2) Suatu perintah bagi melucuthakkan atau melepaskan apaapa barang yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang
diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh Mahkamah
yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah
dijalankan dan suatu perintah bagi melucuthakkan barang itu
hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah
bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan
bahawa barang-barang itu ialah hal perkara kesalahan itu atau
telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, walaupun tiada
seseorang disabitkan atas kesalahan itu.
(3) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana barang
yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di
bawah Akta ini, barang-barang itu hendaklah dikira dan disifatkan
telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari
tarikh ia disita melainkan jika suatu tuntutan mengenainya dibuat
sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada
ini.
(4) Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya
barangan itu dan bahawa barang-barang itu tidak boleh dilucuthakkan
boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa
dengan bertulis memberi notis bertulis kepada seseorang Penolong
Pengawal bahawa dia menuntut barang-barang itu.
(5) Apabila menerima notis itu Penolong Pengawal hendaklah
merujukkan tuntutan itu kepada Pengawal dan Pengawal boleh
mengarahkan supaya barang-barang itu dilepaskan atau boleh
mengarahkan Penolong Pengawal supaya merujukkan perkara itu
kepada suatu Mahkamah untuk keputusan.
(6) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah
mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang
menegaskan bahawa dia ialah pemunya barang-barang itu dan
orang yang daripadanya barang-barang itu telah disita supaya hadir
di hadapannya dan apabila dia hadir atau tidak hadir, selepas
dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sempurna,
Mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan
apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah
dilakukan dan bahawa barang-barang itu ialah hal perkara kesalahan
itu atau telah digunakan pada melakukan kesalahan itu hendaklah
memerintahkan barang itu di1ucuthakkan atau boleh, jika tidak
dibuktikan sedemikian, memerintahkan barang itu dilepaskan.

Perihal Dagangan

35

(7) Semua benda yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan


hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengawal dan hendaklah
dilupuskan mengikut arahan Pengawal.
(8) Jika apa-apa barang disita pada menjalankan kuasa yang
diberikan oleh Akta ini daripada jenis mudah musnah
atau jika penyimpanan barang-barang itu melibatkan perbelanjaan
dan kesusahan yang tidak munasabah, barang-barang itu boleh
dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu boleh dipegang
untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di
bawah seksyen ini.
Barang-barang yang disita boleh diserahkan kepada pemunya
atau orang lain
33. Menteri boleh, apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya
melalui Pengawal, mengarahkan supaya apa-apa barang yang disita
pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini, sama ada
dilucuthakkan atau dikira dan disifatkan dilucuthakkan, diserahkan
kepada pemunyanya atau orang lain yang berhak kepadanya atas
apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut:
Dengan syarat bahawa apa-apa permohonan itu hendaklah dibuat
sebelum tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh barangbarang itu dilucuthakkan atau dari tarikh barang-barang itu dikira
dan disifatkan dilucuthakkan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiada kos atau gantirugi yang terbit daripada penyitaan boleh
didapatkan
34. Dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah
berkenaan dengan penyitaan apa-apa barang yang diambil pada
menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa
yang diberikan di bawah Akta ini, tiada seorang pun berhak mendapat
kos bagi prosiding itu atau tertakluk kepada seksyen 32 apa-apa
ganti rugi atau apa-apa relief lain melainkan jika penyitaan itu
telah dilakukan tanpa sebab yang munasabah atau seharusnya.
Kecualian bagi hak sivil
35. Sesuatu kontrak bagi membekal apa-apa barang tidak boleh
menjadi terbatal atau menjadi kontrak yang tidak boleh
dikuatkuasakan semata-mata oleh sebab sesuatu pelanggaran terhadap
mana-mana peruntukan Akta ini.

36

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

Negeri asal
36. (1) Bagi maksud Akta ini barang-barang hendaklah disifatkan
telah dikilangkan atau dikeluarkan dalam negeri yang dalamnya
barang-barang itu akhir sekali menjalani sesuatu rawatan atau proses
yang mendatangkan sesuatu perubahan material.
(2) Menteri boleh dengan perintah menentukan
(a) berhubung dengan apa-apa perihal barang-barang, rawatan
atau proses apakah yang akan dianggap bagi maksud
seksyen ini sebagai mendatangkan atau tidak mendatangkan
sesuatu perubahan material;
(b) berhubung dengan apa-apa perihal barang-barang yang
bahagiannya yang berlainan telah dikilangkan atau
dikeluarkan di negeri yang berlainan, atau barang-barang
yang dipasangkan di suatu negeri yang lain daripada negeri
yang dalamnya bahagiannya telah dikilangkan atau
dikeluarkan, di negeri manakah di antara negeri itu barangbarang itu akan dianggap bagi maksud Akta ini sebagai
telah dikilangkan atau dikeluarkan.
Eksperimen penyelidikan pasaran
37. (1) Dalam seksyen ini eksperimen penyelidikan pasaran ertinya
apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud mengetahui pendapat
orang (dalam seksyen ini disebut peserta) mengenai
(a) apa-apa barang;
(b) apa-apa benda yang dalamnya, atasnya atau dengannya
barang-barang itu dibekalkan;
(c) rupa atau apa-apa ciri lain mengenai barang-barang itu
atau mengenai sesuatu benda itu; atau
(d) nama atau perihal yang atasnya barang-barang itu
dibekalkan.
(2) Seksyen ini terpakai hanya bagi sesuatu eksperimen
penyelidikan pasaran yang berkenaan dengannya syarat yang berikut
cukup iaitu
(a) bahawa mana-mana peserta yang dibekalkan sesuatu
barang-barang dalam perjalanan eksperimen itu diberitahu,
pada atau sebelum masa barang-barang itu dibekalkan
kepadanya, bahawa barang-barang itu dibekalkan bagi
sesuatu maksud sebagaimana yang disebut dalam
subseksyen (1); dan

Perihal Dagangan

37

(b) bahawa tiada balasan berupa wang atau nilai wang diberi
oleh seorang peserta bagi barang-barang itu atau apa-apa
barang yang dibekalkan kepadanya untuk perbandingan.
(3) Baik seksyen 3 mahupun seksyen 11 tidak terpakai berhubung
dengan barang-barang yang dibekalkan atau ditawarkan untuk
dibekalkan sama ada kepada seseorang peserta atau mana-mana
orang lain, dalam perjalanan eksperimen penyelidikan pasaran yang
seksyen ini terpakai baginya.

Perundingan sebelum membuat perintah


38. (1) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 10, 11,
12, 22(2), 31 dan 36 yang berhubungan dengan apa-apa keluaran
pertanian, perkebunan atau perikanan, sama ada diproses atau tidak,
makanan, makanan ternak, ramuan makanan atau ramuan makanan
ternak, ubat, dadah, baja atau apa-apa barang yang digunakan
sebagai racun makhluk perosak atau bagi maksud yang seumpamanya
hendaklah dibuat oleh Menteri hanya selepas berunding dengan
Menteri yang bertanggungjawab bagi benda yang masing-masing
disebut terdahulu.
(2) Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi pembuatan
sesuatu perintah di bawah seksyen 10, 11, 12 atau 36, kecuali
dalam hal yang disebut dalam subseksyen 13(2), iaitu
(a) sebelum membuat perintah itu, Menteri hendaklah
berunding dengan mana-mana pertubuhan yang ternyata
padanya mewakili kepentingan yang terlibat olehnya secara
material dan hendaklah menyiarkan mengikut apa-apa
cara yang difikirkan sesuai oleh Menteri, notis mengenai
tujuannya hendak membuat perintah itu dan mengenai
tempat yang salinan perintah yang dicadangkan itu boleh
diperoleh; dan
(b) perintah itu tidak boleh dibuat sehingga tamat tempoh
dua puluh lapan hari dari penyiaran notis itu dan
kemudiannya boleh dibuat dengan apa-apa ubah suaian
(jika ada) yang difikirkan sesuai dengan memandang kepada
apa-apa representasi yang diterima olehnya.

38

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan


38A. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menjalankan
maksud Akta ini dan, tanpa menjejaskan keluasan makna perkataan
yang terdahulu, boleh
(a) memberi pengertian bagi apa-apa ungkapan atau petunjuk
yang digunakan dalam penjalanan sesuatu perdagangan
atau perniagaan berhubung dengan harga barang-barang
atau caj atau kadar bagi perkhidmatan, tempat tinggal
atau kemudahan;
(b) melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia atau
mengawal penggunaan apa-apa ungkapan atau petunjuk
yang digunakan dalam penjalanan sesuatu perdagangan
atau perniagaan berhubung dengan harga barang-barang
atau caj atau kadar bagi perkhidmatan, tempat tinggal
atau kemudahan;
(ba) menetapkan fi yang dikehendaki dikenakan berkenaan
dengan penggunaan apa-apa ungkapan atau petunjuk yang
digunakan dalam penjalanan sesuatu perdagangan atau
perniagaan berhubung dengan harga barang-barang atau
caj atau kadar bagi perkhidmatan, tempat tinggal atau
kemudahan;
(c) mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan daftar atau
rekod berhubung dengan barang-barang, perkhidmatan,
tempat tinggal atau kemudahan dan menetapkan butirbutir yang hendaklah direkodkan di dalam daftar atau
rekod tersebut;
(d) menetapkan borang bagi maksud perenggan (b);
(e) menetapkan standard ketulenan artikel yang dibuat daripada
logam berharga dan mengawal selia atau mengawal
penggunaan apa-apa ungkapan atau petunjuk yang
digunakan dalam perjalanan sesuatu perdagangan atau
perniagaan berhubung dengan standard ketulenan
sedemikian; dan
(f) menetapkan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturanperaturan yang dibuat di bawahnya yang boleh
dikompaunkan, amaun kompaun itu dan tatacara yang
hendak diikuti dalam mengkompaun kesalahan.

Perihal Dagangan

39

Pemansuhan
39. Ordinan Cap Barang Dagangan 1950 [F.M. Ord. 10 tahun
1950], Ordinan Cap Barang Dagangan Sabah [Sabah Bab 77] dan
Ordinan Cap Barang Dagangan Sarawak [Sarawak Bab 60] dengan
ini dimansuhkan.

40

Undang-Undang Malaysia
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 4(4)]
Akta Jualan Dadah 1952 (Akta 368) (Disemak1989)

JADUAL KEDUA
(Dipotong oleh Akta A539)

AKTA 87

Perihal Dagangan

41

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 87
AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972
SENARAI PINDAAN

Undang-undang
yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa
dari

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia


(Ringgit) 1975

29-08-1975

Akta A327

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan


dan Peluasan) 1976

31-03-1976

Akta A539

Akta Perihal Dagangan (Pindaan)


1982

14-05-1982

Akta A672

Akta Perihal Dagangan (Pindaan)


1987

22-05-1987

Akta A880

Akta Perihal Dagangan (Pindaan)


1994

01-04-1994

42

Undang-Undang Malaysia

AKTA 87

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 87
AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa
dari

Tajuk panjang

Akta A539
Akta A672

14-05-1982
22-05-1987

Akta A539
Akta A880

14-05-1982
01-04-1994

Akta A539
Akta A880

14-05-1982
01-04-1994

7A

Akta A539

14-05-1982

14

Akta A672

22-05-1987

14A

Akta A539

14-05-1982

15A

Akta A539
Akta A672

14-05-1982
22-05-1987

18

Akta 160
Akta A539
Akta A672

29-08-1975
14-05-1982
22-05-1987

20

Akta A539

14-05-1982

20A

Akta A539

14-05-1982

21A

Akta A880

01-04-1994

22

Akta A539

14-05-1982

24

Akta A539

14-05-1982

26

Akta A539

14-05-1982

28

Akta A539

14-05-1982

Perihal Dagangan

43

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa
dari

28A

Akta A539

14-05-1982

28B

Akta A539

14-05-1982

29

Akta A539

14-05-1982

38A

Akta A672
Akta A880

22-05-1987
01-04-1994

Jadual Kedua

Akta A539

14-05-1982

You might also like