You are on page 1of 1

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing
RBT3183E iaitu Tuan Haji Khairazmi Bin Mat Nor yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa
melaksanakan tugasan projek RBT3183E ini. Atas bantuan dan bimbingan beliau, akhirnya saya dapat menyiapkan
tugasan projek ini dengan sempurnanya.
Di samping itu, saya amat bersyukur kerana banyak maklumat yang dapat saya memperoleh daripada pusat
sumber untuk dijadikan bahan rujukan. Bahan rujukan ini amat berguna kepada saya bagi membantu menyiapkan
tugasan projek RBT3183E. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak pusat sumber yang sentiasa memberi laluan kepada saya untuk meminjam bahan-bahan rujukan.
Selain itu, tidak lupa juga saya untuk menghargai segala bantuan yang diberikan oleh rakan-rakan kepada saya.
Sepanjang melaksanakan tugasan projek ini, banyak bantuan yang dihulurkan kepada saya terutamanya semasa
menghadapi kemusykilan dalam melaksanakan tugasan projek ini. Saling memberi pendapat merupakan agenda
utama perjumpaan antara saya dengan rakan-rakan yang lain bagi menghasilkan tugasan projek yang berkualiti.
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu
saya tidak kira secara langsung ataupun secara tidak langsung sepanjang melaksanakan tugasan projek ini.
Sekian, terima kasih.

You might also like