You are on page 1of 5

Profil Perniagaan

Famous Bakery telah ditubuhkan pada 2011. Jualan utama bakeri ini ialah pelbagai
aneka pilahan kek, roti dan minuman. Tempahan khas boleh dibuat sekiranya terdapat
permintaan daripada pelanggan. Bakeri ini mempunyai pasaran yang stabil.
Famous Bakery ini adalah milikan tunggal En. Hanafi Bin Atan. Walaupun bakeri ini
agak baru ditubuhkan, namun kemahiran untuk mengeluarkan produk jualan datangnya
daripada usaha pengusaha sendiri yang sebelum ini menjalankan perniagaan daripada
rumah selama 5 tahun.

Maklumat Am

Nama syarikat

: Famous Bakery

Jenis milikan

: Milikan Tunggal

Tarikh didaftarkan

: 1 Januari 2011

Tarikh mula operasi

: 5 Januari 2011

No. Pendaftaran syarikat

: 0002278-M

Alamat Pejabat

No.telefon

: 087-334775

Jenis produk

: Menjual pelbagai aneka muffin

1.0 Pendahuluan
Famous Bakery ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuat dan pengedar
produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek dan roti. Premis perniagaan yang dipilih
terletak di lokasi yang strategik di kawasan bandar iaitu di Pekan Keningau yang
bersebelahan dengan KFC Branch 2 Keningau.
Famous Bakery adalah milik sepenuhnya oleh En Hanafi Bin Atan. Sebelum
tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri
dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan muffin yang sewajarnya
daripada pengalaman berkursus di beberapa buah kedai kek di sekitar Kota Kinabalu dan
Keningau serta melalui video tutorial di Youtube.
Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk
mempertingkatkan status sosio ekonomi, saya telah berusaha mengumpul wang daripada
pendapatan bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli 1 buah oven,1 buah
heavy duty cake mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan. Ini adalah
sebahagian daripada langkah mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pengurus
syarikat yang bijak dan berkalibar.
Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan
bakeri yang halal untuk pelanggan beragama Islam juga telah menjadi pendorong kepada
saya untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelori oleh kaum bukan
bumiputera. Seterusnya, saya juga dapat menyumbang ke arah peningkatan bilangan
bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mencabar ini disamping dapat
mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain.
Famous Bakery juga memperbesarkan jualannya melalui tempahan yang boleh
dibuat melalui laman web sesawang kami iaitu www.famousbakery.com untuk melihat
produk ataupun menghubungi kami melalui nombor telefon yang terdapat di dalam laman
web tersebut. Bakeri ini juga beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 8.30 malam. Segala
tempahan akan disiapkan mengikut permintaan pelanggan.

1.1 VISI
Membuka sebuah galeri roti dan kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi
rasa dan bentuk dengan menawarkan harga yang berpatutan
1.2 MISI
Memastikan orang Islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk
berasaskan bakeri yang diyakini halal . Selain itu, ia dapat meningkatkan lagi peratusan
orang Melayu menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh bangsa lain.

2.0 Objektif Rancangan Perniagaan

2.1 Tujuan rancangan perniagaan ini ialah:

Menyediakan maklumat lengkap bagi tujuan memohon pembiayan kewangan


dari institusi kewangan.

Menyedikan garis panduan untuk pihak pengurusan, supaya syarikat ini


berjalan dan berkembang mengikut seperti yang di rancang.

Sebagai bahan rujukan untuk menyakinkan pembekal-pembekal bahan


mentah akan keupayaan perniagaan.

2.2 Nilai pembiayaan yang dipohon bagi memulakan perniagaan adalah sebanyak RM 20000

3.0 Produk dan Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Rainbow Muffin

Chocolate Muffin -

Red Velvet Muffin

RM0.80/ biji

RM0.80/ 1 biji

RM 0.80/ 1 biji

Blueberry Muffin

Banana Muffin

RM 0.80/ 6 biji

RM 0.80/1 biji

Vanilla Muffin
RM 0.80/ 1 biji

Untuk menghasilkan 20000 muffin, bahan-bahan berikut diperlukan

Harga
Kuantiti

Jenis Bahan

Digunakan

Jumlah
Seunit
(RM)
(RM)

Mentega

210 kg

3.00

630.00

Tepung

417 kg

1.80

750.60

Gula

417 kg

1.80

750.60

Susu segar

417 liter

4.00

1668.00

Baking powder

34 kg

5.00

170.00

Garam

25 kg

1.30

32.50

Telur ayam

1667

0.35

500.10

Esen vanilla

5 kg

10.00

50.00

Serbuk coklat

10 kg

5.00

50.00

Cip coklat

62 kg

3.50

217.00

Jumlah

4818.80

Alamat Pembekal
Hiap Lee Shopping Centre

Milimewa Keningau

No. 32, Blk E Pagalan Shopping Complex,

Yee Shing Commercial Complex,

Jln Sodomon, Keningau, , 89000 Sabah

Lot 3-10 Phase 2, 89009, Keningau,

087-33 1489

Sabah 087-332 500

You might also like