You are on page 1of 8

TOPIK 8

NUTRISI HAIWAN

Sinopsis
Setiap organisma hidup memerlukan makanan. Namun begitu cara organisma
mendapat serta mencernakan makanan adalah berbeza. Cara pemakanan haiwan
untuk mendapatkan makanan boleh dikelaskan kepada tiga iaitu karnivor, herbivor dan
omnivor.

Hasil Pembelajaran

1.

Bandingkan gigi haiwan karnivor, herbivor dan omnivor.

2.

Bandingkan sistem penghadaman manusia dengan sistem penghadaman


arnab.

3.

Kaji kepentingan enzim dan fungsinya dalam pencernaan.

Ringkasan Topik

Nutrisi Haiwan

Karnivor,
Herbivor dan
Karnivor

Sistem
penghadaman

Kepentingan
enzim

Rajah 8.1: Ringkasan Isi Kandungan

8.1 Karnivor, Herbivor dan Omnivor


8.1.1 Karnivor
Haiwan karnivor adalah haiwan yang memakan daging. Haiwan jenis ini mendapatkan
tenaga dan keperluan nutrien seharian melalui diet yang terdiri dari tisu haiwan yang
lain. Haiwan jenis ini biasanya akan mendapatkan makanan melalui pemangsaan dan
memakan bangkai.

Gigi kacip

Gigi taring
Geraham besar
Geraham kecil
Sumber: smithlifescience.com

Rajah 8.2: Struktur tengkorak gigi karnivor

Sumber: jonbarron.org

Rajah 8.3: Rajah sebenar struktur gigi karnivor


8.1.2 Herbivor.
Herbivor adalah haiwan yang mendapatkan tenaga melalui tumbuh-tumbuhan.
Kebanyakan herbivor memerlukan tenaga yang banyak untuk kelangsungan hidup.
Oleh itu lembu, kerbau, kambing serta haiwan ruminan yang lain perlu makan
sepanjang hari.

diastema

Sumber: users.tamuk.edu

Rajah 8.4: Rajah tengkorak gigi herbivor


8.1.3 Omnivor.
Omnivor adalah jenis haiwan yang makan samada haiwan yang lain atau tumbuhan.
Sesetengah omnivor akan memburu untuk mendapatkan makanan . Sesetengahnya
akan makan bangkai dan ada juga yang akan makan telur organisma yang lain.
Omnivor makan dan boleh mencernakan sesetengah jenis tumbuhan sahaja . Omnivor
boleh makan semua buah-buahan dan sayur-sayuran.

Gigi taring

geraham

Geraham kecil

Gigi kacip
Sumber: psychology-forum.com

Rajah 8.5: Struktur gigi omnivor

Aktiviti 1
Kaji rangka haiwan karnivor, herbivor dan omnivor. Lukis dan labelkan 4 bentuk gigi
yang utama. Nyatakan peranan setiap gigi tersebut. Bincangkan dapatan anda dalam
tutorial yang berikutnya.

8.2 Sistem Penghadaman


Penghadaman (pencernaan) ialah proses pemecahan atau penguraian bahan-bahan
makanan yang besar dan kompleks kepada butiran yang ringkas dan kecil untuk
digunakan oleh sel-sel badan. Sistem penghadaman adalah gabungan salur
penghadaman dan kelenjar-kelenjar yang terlibat dalam penghadaman makanan.

8.2.1 Sistem Penghadaman Manusia.


Sistem penghadaman manusia meliputi mulut, esofagus, perut, pankreas, hati, pundi
hempedu, duodenum, ileum, apendks, sekum, kolon, rektum dan dubur.

mulut
esofagus
hati
perut
pankreas
Usus kecil
Usus besar

Rajah 8.6:

Sistem Penghadaman Manusia

Bahagian Sistem
Penghadaman

Fungsi

Mulut

pengambilan makanan

Gigi

memotong dan mengisar makanan

Lidah

merasa makanan, membentuk bolus makanan dan


menolak makanan ke dalam esofagus

Kelenjar air liur

merembeskan air liur

Epiglotis

mencegah makanan memasuki trakea

Esofagus

membawa bolus makanan ke perut secara tindakan


peristalsis.

Perut

-menyimpan makanan
-merembes jus gaster
-mencampurgaul makanan dengan jus gastrik
-tempat pencernaan protein dan pembunuhan bakteria

Pencerut pilorus

-mengawal pergerakan makanan keluar dari perut ke


duodenum

Duodenum

-meneutralkan asid hidroklorik


-pencernaan karbohidrat, lemak dan protein

Hati

mengeluarkan jus hempedu

Pundi hempedu

menyimpan hempedu sebelum di hantar ke duodenum

Pankreas

merembeskan jus pankreas

Ileum

-pencernaan yang lengkap untuk karbohidrat, lemak


dan protein
-penyerapan hasil pencernaan

Kolon

-menyerap semula air dan garam mineral


-menyimpan makanan tak tercerna

Rektum

menyimpan najis

Dubur

mengawal dan membenarkan pembuangan najis

Jadual 8.1: Bahagian Sistem Penghadaman dan Fungsinya.

8.2.2 Sistem Penghadaman Haiwan Bukan Ruminan.


Haiwan bukan ruminan terdiri daripada arnab, tikus dan kuda. Haiwan ini mempunyai
sekum yang sangat besar untuk bertindak sebagai ruang penapaian. Di sekum terdapat
banyak protozoa simbiotik dan bakteria. Haiwan ini menghasilkan dua jenis najis. Najis
yang disingkirkan pada kali pertama terdiri dari bahan dari sekum. Ia adalah lembut,
berlendir dan separuh cerna. Kemudian najis itu dimakan semula oleh haiwan tersebut
untuk pencernaan kali kedua supaya lebih proses penghadaman lebih lengkap. Proses
ini membolehkan lebih banyak makanan diserap.

perut

Usus kecil

sekum

hati
pankreas
kolon
rektum

dubur

Rajah 8.7: Sistem Penghadaman Arnab

Aktiviti 2

Kaji sistem pencernaan manusia dan sistem pencernaan arnab. Dengan bantuan dari
mana-mana sumber bahan bacaan (majalah, internet,dll) huraikan perbandingan antara
kedua-dua sistem pencernaan berikut. Kongsikan bahan bacaan dengan rakan yang
lain dengan menyatakan nama pautan dan rujukan yang berkenaan. Bincangkan
dapatan anda dalam tutorial yang berikut.

8.3 Enzim dan pencernaan.


Enzim merupakan mangkin organik. Fungsi enzim ialah mengawal dan
mempercepatkan kadar tindakbalas biokimia di dalam organisma hidup. Bahan yang
ditindakkan oleh enzim disebut substrat. Setiap enzim dinamakan mengikut substratnya
dan diakhiri dengan .....ase. Contoh: Substrat (Maltosa); enzim (maltase).
Bahagian
saluran
makanan
Mulut
Perut

Duodenum

Kelenjar

Nama
lelehan

Enzim

pH

kelenjar liur

air liur

Ptialin

6.8

kanji

kelenjar
gaster

jus gaster

pepsin
renin

1.5
1.5

HCl

1.5

protein
pepton +
polipeptida
kaseinogen
garam
kalsium + kasein
membentuk medium berasid,
membasmi kuman,
memberhentikan tindakan
ptialin

hati

hempedu

garam
hempedu
pigmen
hempedu

pankreas

jus
pankreas

amilase

jus ileum

7.8

lipase

7.8

amilase
maltase
sukrase

7.6
7.6
7.6

laktase

7.6

erepsin

7.6

lipase

7.6

garam
beralkali

maltosa

membaurkan lemak

tripsinogen 7.8

Ileum

Tugas

kanji

maltosa

tripsinogen
tripsin
pepton
peptida +
polipeptida
lemak
asid lemak +
gliserol
kanji
maltosa
maltosa
glukosa
sukrosa
glukosa +
fruktosa
laktosa
glukosa +
galaktosa
polipeptida + peptida
asid amino
lemak
asid lemak +
gliserol
menyediakan medium
beralkali

Jadual 8.2: Enzim dan pencernaan

Aktiviti 3

Enzim memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Salah satu
daripadanya ialah dalam industri makanan. Bincangkan bagaimana enzim memainkan
peranan dalam industri tersebut. Senaraikan pautan internet yang berjaya diakses
untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Rujukan:
Campbell, N., Reese, J, Taylor, M, Simon, E. (2006). Biology concepts & connections. (5th
Eds.). San Francisco: Pearson Education Asia Pte Ltd.
Kaskel, Albert and Hummer, Paul.J. (2003). Biology an everyday experience. New York:
GlencoeMcGraw Hill
Lee S.C, Liew S.L, Choong N.M (2004). Success in Biology for STPM Vol.2. Kuala
Lumpur:Fajar Bakti,
Lum How Kee (2000) Biology The Living Science. Singapore:Pearson
Mader, Sylvia S (2007) Biology. (9th eds.). New York:McGraw Hill

http://www.link.vet.ed.ac.uk/clive/cal/rumencal/frames/frmrumen.html
http://www.scribd.com/doc/4800672/ASSIMILATION-AND-DIGESTIVE-SYSTEM
http://www.kgsepg.com/project-id/4033-digestion-ruminants-and-rodents
http://www.earthlife.net/mammals/diet.html

You might also like