You are on page 1of 2

Hawar (Plague)

Pengenalan
Hawar adalah jangkitan wabak secara semulajadi yang melibatkan tikus berlaku di merata
tempat di seluruh dunia. Penyakit epidemik akut yang melibatkan tikus dan roden liar berlaku di
bahagian tengah, timur dan selatan Afrika, Amerika Selatan, bahagian barat Amerika Utara dan
di sebahagian besar Asia.
Di sesetengah kawasan, kontak antara tikus hutan dan tikus rumah biasa berlaku dan boleh
menyebabkan kes jangkitan manusia dan kadang-kala menjadi wabak.
Agen penyebab: Yersinia pestis
Cara jangkitan: Jangkitan kutu yang menular dari tikus ke haiwan lain dan manusia. Jangkitan
manusia ke manusia tidak berlaku kecuali semasa wabak pneumonik, apabila titisan cecair
pernafasan daripada pesakit menjangkiti orang lain semasa berdekatan.
Wabak juga boleh merebak melalui sentuhan dengan objek yang tercemar (contoh: tisu/tuala),
atau cecair atau nanah haiwan yang dijangkiti.
Tempoh pengeraman: 1 hingga 7 hari
Pelancung adalah berisiko rendah. Walau bagaimanapun perjalanan ke kawasan dimana
penyakit hawar biasa berlaku (endemik) di kawasan luar bandar mempunyai risiko, terutamanya
jika berkhemah atau memburu atau jika tersentuh tikus.
Tanda dan Gejala

Demam

Batuk

Bengkak yang sakit di pangkal peha, leher dan ketiak

Muntah

Jangkitan terbahagi kepada 3 jenis:


Hawar Bubonik: Berpunca dari gigitan kutu yang dijangkiti menyebabkan radang pada kelenjar
limfa (limfadenitis) dan sekitar kelenjar limfa. Ciri utama: Bengkak yang sakit dan bernanah.
Hawar Septisemik: Merebak dari wabak bubonik atau berlaku semasa ketiadaan limfadenitis.
Jangkitan menular ke dalam aliran darah menyebabkan keradangan di selaput otak
(meningitis), renjatan endotoksid dan pendarahan yang teruk akibat Penggumpalan Intravasel
Tersebar (Disseminated Intravascular Coagulation - DIVC).
Hawar Pneumonik: Jangkitan boleh menular ke paru-paru dan menyebabkan pneumonia yang
teruk. Pesakit boleh merebakkan penyakit melalui titisan cecair pernafasan. Individu yang
terkena titisan/cecair tersebut boleh mendapat jangkitan paru-paru.
Komplikasi

Tanpa rawatan segera dan berkesan, 50 hingga 60% dari kes boleh membawa maut.
Kesan septisemik yang tidak dirawat boleh menyebabkan renjatan endotoksid dan
Penggumpalan Intravasel Tersebar (Disseminated Intravascular Coagulation - DIVC) manakala
pneumonia teruk berlaku semasa wabak pneumonik.
Rawatan
Rawatan khusus: Streptomisin adalah disarankan. Ubat lain termasuklah gentamisin,
tetrasiklin dan kloramfenikol.
Pencegahan
Jika anda melawat kawasan yang dijangkiti:

Elakkan memegang tikus yang hidup atau mati

Elakkan berada di tempat yang sesak

Elakkan gigitan kutu dengan menggunakan repelan dan racun serangga

Elakkan mengendali tikus mati dan laporkan kepada pihak kesihatan jika terjumpa tikus
mati
Jika anda berhubungan dengan orang yang dijangkiti, elakkan menyentuh cecair tubuh
pesakit dan dapatkan rawatan awal
Simpan dan lupuskan sisa makanan/sampah dengan betul supaya tikus tidak
mencerobohi makanan dan tempat tinggal anda.

Rujukan / sokongan:

International Travel & Health, WHO 2006


Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L. Heymann, MD,
Editor, 2004

You might also like