You are on page 1of 10

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) telah diperkenalkan di United


Kingdom [UK] pada pertengahan tahun 1980-an sebagai satu alternatif kepada prosedur
pra-kelahiran.1 Teknik PGD merupakan satu teknik yang tergolong di bawah teknologi
reproduktif bantuan yang juga dikenali sebagai assisted reproductive technology (ART) di
mana teknik ini membantu generasi baharu untuk mengelakkan mewarisi penyakit
genetik.2 Teknik PGD merupakan satu jenis teknik reproduktif bagi menjalankan
pemeriksaan genetik terhadap embrio untuk mengesan kewujudan sesuatu gen sama ada
ia akan memudaratkan kesihatan atau tidak di mana embrio ini adalah hasilan daripada

1 Harper JC, Delbanty JDA, Handyside (pyt), Preimplantation Genetic Diagnosis, John Wiley & Sons,
London, UK [2001], http://www.emedicine.com/med/topic3520.htm (4 April 2014).

2 Aaron R. Fahrenkrog, A Comparison of International Regulation of Preimplantation Genetic Diagnosis


and a Regulatory Suggestion for the United States, Transnational Law & Contemporary Problems,
[Vol.15:757],
http://heinonline.org.www.ezplib.ukm.my/HOL/Page?
handle=hein.journals/tlcp15&div=29&collection=journals&set_as_cursor=1&men_tab=srchresults&terms=
Aaron|R.|Fahrenkrog,|A|Comparison|of|International|Regulation|of|Preimplantation|Genetic|Diagnosis|and|a|
Regulatory|Suggestion|for|the|United|States&type=matchall#765 (1 April 2014).

kajian teknik in vitro fertilisation (IVF).3 Pengamal perubatan biasanya hanya akan
menggunakan teknik tersebut untuk mengesan sama ada embrio tersebut mewarisi
penyakit genetik atau tidak dengan syarat bahawanya pasangan ibu bapa kepada embrio
yang bakal dilahirkan mestilah telah menghidapi penyakit genetik yang serius. Antara
penyakit genetik yang dapat dikesan oleh teknik PGD ialah fibrosis sistik, BetaThalassemia, haemofilia, sindrom Tay-Sachs dan distrofi otot.4
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini teknik PGD hanyalah boleh dilakukan
selepas teknik IVF selesai dikendalikan bagi membolehkan teknik PGD menjalankan
pemeriksaan penyakit genetik yang mungkin diwarisi oleh embrio tersebut. Dalam
prosedur teknik IVF, sel telur yang dikeluarkan daripada pesakit wanita akan
disenyawakan dengan sperma pasangannya dalam piring petrie secara in vitro. Embrio itu
hanyalah akan diperiksa menggunakan teknik PGD bagi mengesan penyakit genetik
tertentu seperti yang dinyatakan sebelum ini jikalau persenyawaan antara sel telur dengan
sperma pasangan tersebut berjaya.5 Bagi embrio yang berjaya dihasilkan menerusi teknik
IVF, satu atau dua sel akan diambil daripada embrio yang berada pada peringkat 4 hingga
6 sel untuk menjalani proses teknik PGD. Biopsi kemudiannya akan dijalankan ke atas
sampel sel tadi bagi mengenalpasti penyakit genetik yang spesifik ataupun apa-apa
keabnormalan kromosom. Setelah diuji dengan menggunakan teknik PGD, hanya embrio
yang bebas daripada penyakit genetik sahaja akan dipindahkan ke dalam rahim pesakit
wanita tersebut.6
3 Genetics & Pub Poly CTR, Preimplantation Genetic Diagnosis: A Discussion Of Challenges, Concerns,
and Preliminary Policy Options Related to the Genetic Testing of Human Embryos 3 (2004),
http://www.dnapolicy.org/downloads/pdfs/policy_pgd.pdf. (4 April 2014).

4 Genetics & Pub Poly CTR, Preimplantation Genetic Diagnosis: A Discussion Of Challenges,
Concerns, and Preliminary Policy Options Related to the Genetic Testing of Human Embryos 3
(2004), http://www.dnapolicy.org/downloads/pdfs/policy_pgd.pdf. (4 April 2014).
5 Deech R, Family Law & Genetics, Brownsword R, Cornish WR & Lleweyln M (pyt), Law &
Human Genetics, Regulating a Revolution, Hart Publishing, Oxford Portland 1998, hlm 105 106.

Sebelum kewujudan teknik PGD, terdapat ujian-ujian yang digunakan bagi


mengesan sebarang keabnormalan atau penyakit berkaitan genetik pada janin dalam
kandungan seperti ultrasound, amniosentesis dan chorionic villus sampling (CVS).
Namun ketiga-tiga ujian tersebut hanyalah boleh dilakukan selepas penghamilan berlaku
dan ujian-ujian ini terdapat risiko tersendiri ke atas janin dalam kandungan. 7 Oleh hal
yang demikian itu, kewujudan teknik PGD telah mengurangkan kebarangkalian bakal ibu
bapa untuk membuat keputusan menggugurkan janin dalam kandungan di mana janin
tersebut mungkin menghidapi penyakit genetik. Ekoran daripada itu, kelebihan teknik
tersebut boleh dikesan bahawanya kebarangkalian di mana pasangan suami isteri perlu
membuat pengguguran kandungan atas alasan bahawa janin tersebut menghidapi penyakit
genetik adalah lebih kurang berbanding dengan penggunaan teknik ultrasound,
amniocentesis dan CVS.8
Sehubungan dengan itu, teknik PGD telah memberikan keyakinan kepada
pasangan suami isteri untuk mendirikan satu keluarga yang sihat di mana pasangan
tersebut tidak perlu lagi risau kerana anak yang mereka bakal lahirkan itu akan bebas
daripada penyakit genetik selepas penggunaan teknik PGD dan pasangan tersebut juga
tidak mungkin lagi bertemu dengan isu menggugurkan kandungan janin yang menghidapi
penyakit genetik.9 Kejayaan teknik ini boleh dibuktikan menerusi kelahiran bayi yang
diberi nama Yau Tack di mana dia merupakan bayi pertama di Malaysia yang dihasilkan
6 Samuel S. Park, A Question of Ethics and Law: Should Prospective Parents Have the Right to
Design Their Ideal Child? Childrens Legal Right Journal,
http://heinonline.org.www.ezplib.ukm.my/HOL/Page?
handle=hein.journals/clrj20&div=7&collection=journals&set_as_cursor=26&men_tab=srchresult
s&terms=designer|baby|using|pgd&type=matchall (1 April 2014).
7 Gunning J (pyt) Assisted Conception: Research, Ethics & Law, Ashgate Publishing Ltd.Aldershot 2000,
hlm 18.

8 Lindsey A. Vacco, Preimplantation Genetic Diagnosis: From Preventing Genetic Disease To


Customizing Children. Can The Technology Be Regulated Based On The Parents Intent? Saint
Louis University Law Journal [Vol. 49:1181], http://heinonline.org/HOL/LandingPage?
handle=hein.journals/stlulj49&div=54&id=&page= (4 April 2014).

daripada gabungan teknik IVF dan teknik PGD pada tahun 2004.10 Hal ini menunjukkan
bahawanya institusi-institusi kesihatan Malaysia telah mula menceburi dalam bidang
teknik PGD sejak tahun 2000-an. Namun demikian, Datuk Dr Chua Soi Lek selaku
Menteri Kesihatan Malaysia pada tahun 2006 telah berhujah bahawa kementerian tidak
membenarkan perancangan jantina dengan menggunakan teknik PGD. 11 Menerusi
keterangan ini, teknik PGD sememangnya hanya dibenarkan untuk memeriksa
kebarangkalian kewujudan penyakit genetik yang ada pada embrio sahaja.
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu etika yang
wujud akibat penggunaan teknik PGD di Malaysia. Selain itu, pandangan agama terhadap
penggunaan teknik PGD juga akan diambil kira dalam kajian ini kerana Malaysia
merupakan satu negara yang mempunyai berbilang agama seperti Islam, Buddha, Hindu
dan Kristian. Tambahan lagi, isu-isu perundangan yang timbul akibat penggunaan teknik
PGD juga akan dikaji secara kritis kerana penggunaan teknik ini tanpa kawalan akan
menimbulkan isu-isu etika yang mampu menggugat kesejahteraan negara. Akhir sekali,
cadangan kepada penambahbaikan bagi pengawalan teknik PGD akan disyorkan dalam
kajian ini selepas penyemakan ketidakcukupan sumber perundangan bagi kawalan
penggunaan teknik PGD dikenalpasti.
1.2

KENYATAAN MASALAH

9 Heather Draper & Ruth Chadwick, Beware! Preimplantation Genetic Diagnosis May Solve
Some Old Problems but It Also Raises New Ones, Journal of Medical Ethics 1999,
http://jme.bmj.com/content/25/2/114.full.pdf+html?sid=a62ab411-8da2-4902-9231-f6b062b84e28
(4 April 2014)
10 Choo Suat Ling, Designer Babies and The Dilemmas Thereof, New Sunday Times, 25 Jun 2006, hlm
20.

11 Sadatul Mahiram Rosli dan Azimi Mustapha, Kerajaan Haramkan Bayi Rekaan, Utusan
Malaysia, 27 Jun 2006, hlm 1.

Berikutan dengan permintaan penggunaan teknik PGD yang kian bertambah di Malaysia,
maka institusi-institusi kesihatan yang sedia ada di Malaysia akan senantiasa bersedia
untuk menawarkan penggunaan teknik ini bagi memenuhi kehendak dalam pasaran.
Secara umumnya, teknik PGD sememangnya telah menyumbang jasa yang besar dalam
ilmu perubatan dan bidang kejuruteraan genetik dimana ia akan memberikan manfaat
kepada manusia terutamanya terhadap generasi baharu untuk menghindari daripada
mewarisi penyakit genetik yang ada pada ibu bapa mereka seperti yang telah dinyatakan
sebelum ini. Namun demikian, penawaran penggunaan teknik PGD secara berleluasa
tanpa dikawal juga akan memudaratkan manusia terutamanya dari aspek nilai-nilai moral.
Antara persoalan yang paling utama di sini ialah apakah isu-isu etika yang bakal
timbul akibat penggunaan teknik PGD. Hal ini adalah sangat serius kerana isu-isu
tersebut boleh menyebabkan rakyat sesebuah negara berasa terancam terhadap status
kedudukannya terutamanya bagi golongan kurang berupaya kerana teknik PGD bakal
membantu masyarakat mengurangkan bilangan golongan tersebut apabila teknik ini
berupaya mengesan penyakit genetik yang mungkin diwarisi oleh embrio hasilan teknik
IVF. Selain itu, isu etika berkaitan bayi rekaan juga akan menimbulkan kebimbangan
masyarakat kerana golongan yang berkemampuan dari sudut ekonomi akan menggunakan
teknik ini mereka bayi mengikut kesukaan mereka seperti ketinggian dan warna kulit.
Sementera itu, persoalan yang seterusnya adalah berhubungan dengan status moral
embrio yang akan digunakan untuk pemeriksaan penyakit genetik menenerusi teknik
PGD juga diperdebatkan dalam pelbagai agama. Setiap agama mempunyai pendekatan
atau pandangan yang berbeza dalam pengiktirafan status moral bagi embrio. Secara
umumnya, semua agama mengambil pendekatan bahawa embrio diberikan status moral
yang penuh selepas berlakunya ensoulment, iaitu embrio diberikan roh. Namum, setiap
agama mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap masa berlakunya pemberian roh
dalam embrio. Oleh itu, apabila setiap agama berbeza pandangan terhadap masa di mana
embrio perlu dilindungi, maka kesahan penggunaan teknik PGD akan disoalkan kerana
jika embrio harus dilindungi, maka teknik PGD adalah haram dijalankan atas dasar
mengancam keselamatan embrio tersebut.

Persoalan ketiga di sini adalah apakah limitasi syarat bagi pengendalian


penggunaan teknik PGD dari sudut etika dan perundangan. Seperti yang dimaklumkan,
teknik PGD digunakan adalah untuk mengesan penyakit genetik yang serius dan
mengancam nyawa yang ada pada embrio hasilan teknik IVF. Namun demikian, sejauh
manakah pengamal perubatan dan masyarakat merasakan penyakit genetik tersebut boleh
tergolong dalam katogeri serius dan mengancam nyawa bagi membolehkan penggunaan
teknik PGD dilakukan. Oleh itu, takrifan bagi menentukan penyakit genetik tersebut
tergolong dalam kategori serius dan mengancam nyawa atau tidak adalah sangat penting
kerana teknik PGD ini seharusnya digunakan untuk motif mengelakkan bayi yang bakal
dillahirkan bebas daripada penyakit genetik dan bukan kepada apa-apa sebab lagi.
Persoalan keempat adalah apakah status moral dari aspek etika dan perundangan bagi
embrio yang akan digunakan untuk pemeriksaan teknik PGD. Secara dasarnya embrio
juga merupakan satu benda yang bernyawa dan kemusnahan atau pembuangan embrio
yang menghidapi penyakit genetik setelah menerima pemeriksaan teknik PGD mungkin
akan disamakan sebagai tindakan pengguguran atau pembunuhan. Oleh itu, ia adalah
penting bagi mentakrifkan status embrio dari sudut moral dan undang-undang bagi
mengenalpasti sejauh manakah embrio haruslah dilindungi daripada diancam.
Persoalan terakhir bagi kajian ini ialah adakah sumber perundangan yang sedia
ada di Malaysia cukup untuk dirujuk bagi mengawal penggunaan teknik PGD.
Disebabkan, penggunaan teknik PGD bakal menimbulkan isu-isu berkaitan etika, agama
dan perundangan, maka sumber perundangan yang mencukupi haruslah ada bagi
membolehkan teknik ini dilaksanakan oleh pengamal perubatan secara sistematik.
Dengan mengetahui implikasi penggunaan teknik PGD, cadangan akan dapat diutarakan
dalam memperbaiki sumber perundangan yang sedia ada di Malaysia mengenai
penggunaan teknik PGD.
1.3

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

Mengkaji isu-isu perundangan, agama, etika dan moral yang timbul secara kritis akibat
penggunaan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) di Malaysia dan
mencadangkan penambahbaikan terhadap sumber perundangan yang sedia ada bagi
pengawalan teknik PGD.
Objektif Khusus:
1. Menganalisa isu-isu etika dan moral yang timbul akibat penggunaan teknik PGD
di Malaysia secara kritikal.
2. Menganalisa secara kritikal dari sudut pandangan dan pendekatan agama terhadap
penggunaan teknik PGD.
3. Menganalisa peruntukan undang-undang atau garis panduan di Malaysia bagi
mengenalpasti sama ada peruntukan yang sedia ada cukup untuk menangani isuisu etika, moral dan perundangan yang timbul akibat penggunaan teknik PGD di
Malaysia.
4. Mengesyorkan cadangan dan penambaikan undang-undang atau garis panduan
terhadap masalah penggunaan teknik PGD di Malaysia.
1.4

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini difokuskan kepada implikasi etika dan perundangan mengenai penggunaan
teknik PGD di Malaysia. Ianya melibatkan perbincangan penggunaan teknik PGD yang
akan menimbulkan isu-isu etika jikalau penggunaan teknik tersebut tidak dikawal. Kajian
ini juga menilai dan mengkaji pendekatan dan pandangan yang diberikan oleh setiap
agama terhadap penggunaan teknik PGD berlandaskan perlindungan yang harus diberi
terhadap embrio dalam konteks moral agama. Penggunaan teknik PGD juga bakal
mewujudkan isu-isu perundangan. Hal ini berlaku kerana masih tiada sumber
perundangan yang bersifat komprehensif untuk digunakan sebagai rujukan bagi
penggunaan teknik PGD. Oleh itu, dengan adanya kajian ini, masyarakat akan lebih
didedahkan dengan implikasi penggunaan teknik PGD ini serta bagaimana teknik ini
harus dikawal agar tidak menimbulkan isu-isu perundangan, agama, etika dan moral di
Malaysia.

1.5

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan dalam kertas projek ini merupakan satu bentuk kajian undangundang yang memerlukan kaedah analisa dan perbandingan yang baik. Hasil daripada
kajian tersebut dapat memberi sumbangan yang substansif kepada bidang undang-undang
dengan menjana maklumat dan pendapat terkini. Kajian yang dijalankan adalah kajian
perpustakaan. Kajian tersebut merupakan satu penggunaan kaedah dan prosedur yang
khusus secara sistematik dan teliti untuk memperolehi penyelesaian yang sesuai kepada
sesuatu masalah.12 Kajian ini menggunakan kaedah literatur primer iaitu sistem
perundangan dan autoriti undang-undang di Malaysia. Di samping itu, ia juga akan
menggunakan kaedah literatur sekunder iaitu jurnal undang-undang, kes undang-undang
dan sumber maklumat internet.
Pendekatan Sejarah
Tujuan penggunaan pendekatan sejarah adalah mengaplikasikan pemikiran reflektif
kepada masalah sosial yang masih belum diselesaikan dengan cara penemuan aliran
kejadian, fakta dan pendirian pada zaman dahulu.13 Pendekatan sejarah akan digunakan
untuk mengkaji kedudukan awal dan evolusi penggunaan PGD. Ia juga akan melihat
sejarah perkembangan sistem perundangan yang mengawal selia teknik tersebut.
Pendekatan Perbandingan
Kajian ini juga memakai pendekatan perbandingan iaitu membandingkan dan
membezakan pendirian yang digunakan oleh sistem perundangan yang berbeza dalam
persoalan tertentu, institusi keadilan dan mahkamah yang berbeza, cara pemikiran yang

12 Dr. K. Ravichandran and Dr. S. Nakkiran, Introduction to Research Methods in Social Sciences,
Abhijeet Publications, 2009, hlm 5.

13 Dr. K. Ravichandran and Dr. S. Nakkiran, Introduction to Research Methods in Social Sciences,
Abhijeet Publications, 2009, hlm 54.

berlainan, dan sebagainya.14 Melalui proses ini, kebaikan dan kelemahan sistem dapat
ditinjau dan secara langsung ia akan memberi sumbangan kepada penyelidikan dalam
membuat pembaikan atau pembaharuan undang-undang.
Pendekatan Analitis dan Kritis
Pendekatan analitis adalah kaedah kajian yang menilai hujah dan anggapan dari segi
kelogikan dan pembuktian, dan bersedia untuk tidak menerima pendapat tentang sesuatu
perkara jika tidak ada bukti yang mencukupi.15 Pendekatan kritis pula akan menjalankan
penilaian terhadap keadaan semasa. Dengan ini, ia dapat mencari kekuatan dan
kelemahan sistem undang-undang dan garis panduan dalam isu-isu implikasi penggunaan
PGD dan melaksanakan langkah-langkah pembaharuan.
Teknik Pengumpulan Data
Dalam kajian ini, penyelidikan perpustakaan akan digunakan sebagai teknik pengumpulan
data. Ia akan menggunakan teknik kajian perpustakaan yang melibatkan penggunaan
statut, jurnal, majalah, artikel, buku, laporan undang-undang , kes undang-undang, bahan
dokumen dan sebagainya.
Teknik ini didefinisikan oleh Mohd Sheffie Abu Bakar sebagai teknik yang mana
seseorang penyelidik mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan
rekod. Sumber data adalah data yang telah disediakan oleh penyelidik atau agensi lain,
dan pada kebiasaannya, merupakan data yang telah diproses terlebih dahulu. 16 Antara
kebaikannya adalah teknik perpustakaan dapat berfungsi untuk menyediakan informasi
14 David M. Walker, The Scottish Legal System: An Introduction To The Study of Scots Law,
W.Green/Sweet & Maxwell Law Publishers, 1992, hlm 26.

15 Martyn Hammersley, Taking Sides in Social Research: Essays on Partisanship and Bias, Routledge,
2000, hlm 136.

16 Mohd Sheffie Abu Bakar, Metodologi Penyelidikan, Penerbit Universiti Kebangsaan


Malaysia, 1987, hlm 41.

10

dan rujukan yang sahih bagi pelbagai subjek kepada penyelidik. Ia dapat mengurangkan
masa dan tenaga serta perbelanjaan penyelidik untuk mengumpulkan sumber maklumat.
Bahan yang menjadi rujukan utama penyelidikan perundangan adalah buku teks,
akta-akta, laporan kes, jurnal undang-undang, artikel, kertas seminar dan lain-lain.
Sumber perpustakaan dapat menyediakan pengetahuan yang diperlukan bagi kajian
masalah yang dijalankan dan membina pandangan penyelidik. Ia juga membantu dan
melicinkan perancangan penyelidikan serta menjadi asas kepada kajian perbandingan dan
analisa. Perpustakaan yang akan digunakan ialah Perpustakaan Undang-undang,
Universiti Kebangsaan Malaysia serta Perpustakaan Undang-Undang, Universiti Malaya.
Di samping itu, cara pengumpulan maklumat melalui internet turut menjadi salah
satu pilihan dalam penyelidikan kerana ia membolehkan penyelidik sentiasa mengakses
dan memperoleh informasi yang terkini dengan mudah dan pantas. Kaedah ini amat
memudahkan kerana tidak ada had dalam dunia internet, maka penyelidik boleh mendapat
maklumat yang lebih luas dalam pelbagai bidang di merata tempat.
1.6

AGIHAN BAB

BAB I

:Pengenalan

BAB II

:Isu-Isu Etika Dalam Penggunaan Teknik Preimplantation Genetic

Diagnosis

(PGD)

BAB III :Pandangan Dari Sudut Agama Dalam Penggunaan Teknik Preimplantation
Genetic Diagnosis (PGD)
BAB IV :Isu-Isu Perundangan Dalam Penggunaan Teknik Preimplantation Genetic
Diagnosis (PGD)
BAB V

:Kesimpulan dan Cadangan

You might also like