You are on page 1of 2

Hari Moyang- Patung & Topeng

Hari Moyang merupakansalah satu perayaaan terbesar bagi masyarakat


Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey, Klang. Perayaan ini lazimnya dilakukan
di tiga tempat berasingan iaitu di Rumah Moyang Godeng yang menjaga
kawasan tengah kampung. Moyang Amai yang menjaga kawasan hujung
kampung dan Moyang Keteng yang menjaga kawasan pangkal kampung.
Bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai pula, lazimnya akan
melakukan upacara di kawasan pantai yang lebih dikenali sebagai upacara
Puja Pantai. Antara moyang-moyang yang terdapat di dalam upacara ini
adalah Moyang Getah, Moyang Melur, Moyang Tok Naning, Moyang Bojos dan
Moyang Tok Pekong Cina. Moyang dalam kehidupan Mah Meri merujuk
kepada nenek moyang mereka. Moyang-moyang ini akan digambarkan
dalam dua bentuk elemen sama ada baik atau jahat serta sering dikaitkan
dengan fenomena alam seperti petir, hujan, kilat atau kejadian-kejadian
yang luar biasa.

Arca yang diukir dalam bentuk patung ataupun topeng lazimnya mempunyai
hubungan dengan moyang-moyang mereka dan juga alam persekitaran.
Nama-nama moyang pula diambil daripada nama-nama nenek moyang
mereka yang ternama dan banyak berjasa. Moyang bagi masyarakat Mah
Meri mestilah dihormati dan ditenteramkan kerana mereka percaya roh
nenek moyang mereka mengawal kesejahteraan hidup mereka dan boleh
menjatuhkan hukuman. Oleh itu, moyang-moyang ini akan sentiasa dipuja
dengan membuat ukiran patung dan topeng bagi menggambarkan rupa-rupa
moyang mereka. Suku kaum Mah Meri lazimnya mengukir patung atau
topeng melalui ilham atau alamat yang diperolehi daripada mimipi. Mimpi
tersebut dipercayai datang daripada moyang itu sendiri yang mahukan agar
dirinya dihormati.

Topeng yang diukir mestilah disimpan dengan baik dan tidak boleh
diserahkan kepada orang lain kerana ianya dapat melindungi diri dan
keluarganya. Apabila topeng tadi telah siap diukir maka Penghulu perlu
menggantungkan topeng tersebut di dinding ruang utama dan
kedudukannya adalah bertentangan dengan pintu masuk ke dalam rumah.
Penghulu juga diarahkan agar menghiasi topeng tersebut dengan kain

berwarna kuning serta disusun secara berselang seli di antara satu sama
yang lain.

You might also like