You are on page 1of 17

BAB III

PANDANGAN DARI SUDUT AGAMA DALAM PENGGUNAAN TEKNIK


PREIMPLANTATION GENETIC DIAGNOSIS (PGD)

3.1

PENGENALAN

Selepas meneliti perbincangan isu-isu etika yang bakal timbul akibat penggunaan teknik
Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD), BAB III ini akan membincangkan pandangan
dari sudut agama dalam penggunaan teknik PGD di mana Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai latar belakang yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada
kaum dan agama yang berlainan. Oleh itu, ia adalah agak penting untuk memberikan
perhatian terhadap pandangan yang diberikan oleh setiap agama seperti agama Islam,
agama Buddha, agama Hindu dan agama Kristian yang merupakan agama-agama yang
paling banyak dianuti oleh golongan masyarakat di Malaysia.
3.2

AGAMA ISLAM

Apakah sudut pandangan daripada perspektif agama Islam terhadap penggunaan teknik
PGD yang mesti diikuti dengan teknik IVF terlebih dahulu berdasarkan isu-isu etika yang
telah dibincangkan dalam BAB II? Adakah tindakan memusnahkan embrio yang
dihasilkan melalui teknik IVF dikatogerikan sebagai tindakan membunuh seorang

27

manusia? Persoalan-persoalan yang dinyatakan di atas merupakan isu yang dihadapi oleh
masyarakat beragama Islam pada hari ini, disebabkan tiadanya garis panduan yang jelas
berkenaan dengan penggunaan teknik IVF dan PGD yang dibekalkan berdasarkan kepada
sumber-sumber utama agama Islam iaitu, Al-Quran dan Al-Sunnah. Walaupun bidang
teknologi dan ciptaan Sains kian berkembang dan memberikan cabaran-cabaran baharu,
namun golongan juris Islam masih boleh menggunakan pendekatan lain seperti Usul alFiqh bagi menyelesaikan masalah yang semakin rumit ini.
Sebelum meneliti kepada pandangan golongan ulama Islam terhadap penggunaan
teknik IVF dan PGD, terdapat satu hadis di mana Nabi Muhammad s.a.w pernah
mengatakan bahawanya:
Allah mencipta penyakit dan kaedah merawatnya. Allah telah menyediakan setiap
kaedah rawatan bagi setiap penyakit. Jadi, sesungguhnya anda hendaklah merawat
penyakit dengan ubat-ubatan dan bukan ubat-ubatan yang dilarang1
Berdasarkan kepada hadis di atas, terdapat dua pandangan yang boleh disimpulkan.
Pertama, Allah telah mencipta rawatan bagi setiap penyakit, maka manusia mestilah
meneruskan penyelidikan dalam bidang perubatan bagi menyelesaikan cabaran dalam
penyakit genetik seperti penyakit Huntington. Kedua, ketika menjalankan penyelidikan
perubatan, para penyelidik mestilah tidak menggunakan ubatan atau bahan larangan bagi
mencari rawatan yang sah dan berkesan.
Teknik IVF (in vitro fertilisation) merupakan salah satu teknik di bawah bidang teknologi
reproduktif yang digunakan pada abad ke-21 ini. Teknik IVF merupakan satu teknik Sains
di mana pasangan yang tidak berjaya dalam penghamilan akan menjalani satu proses di
mana sel telur yang matang akan diekstrak daripada ovari perempuan dan dicampur
dengan air mani lelaki bagi membolehkan proses persenyawaan berlaku.2 Apabila sel telur
yang disenyawakan telah mula membahagi, sel tersebut akan dipindahkan ke dalam rahim
perempuan tersebut. Menerusi penjelasan proses teknik IVF secara ringkas di atas,
1 Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference
To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?
uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).

28

kelihatan tiadanya prinsip atau larangan yang jelas dalam peruntukan al-Quran dan alSunnah mengenai teknik IVF.3 Namun demikian, merujuk kepada persamaan antara IVF
dan beberapa aspek, terutamanya dalam elemen reproduktif iaitu menerusi persetubuhan,
hukum agama Islam yang melarang perbuatan zina atau persetubuhan yang haram
mestilah dipertimbangkan bagi menentukan sama ada teknik IVF merupakan satu rawatan
perubatan yang sah atau tidak dalam konteks agama Islam. Menurut para Juris Muslim,
Qiyas mempunyai empat elemen asas iaitu asl (kes asal yang telah mempunyai penetapan
prinsip dan hukum yang jelas), far(kes baru yang memerlukan prinsip dan hukum),
illah (sebab yang efektif di mana ia merupakan satu prinsip yang umum bagi kes asal
dan kes baru), dan hukm (prinsip dalam kes asal yang boleh dilanjutkan kepada kes lain). 4
Menerusi penggunaan kaedah Qiyas untuk mentafsir teknik IVF, ia merupakan satu kes
baharu dan kes asalnya ialah persetubuhan. Alasan umum bagi teknik IVF merangkumi
kesihatan bayi dan kesihatan ibu bapa serta perlindungan keturunan. Secara ringkasnya,
apabila teknik IVF adalah bersamaan dengan konsep persetubuhan haram atau zina,
hukumnya ialah haram dan jika teknik IVF bersamaan dengan persetubuhan antara
pasangan suami isteri yang sah, hukumnya ialah halal.
Majma Al-Fiqh Al-Islam (Majlis Fiqh Islam) telah mengatakan bahawanya teknik IVF
adalah dilarang mengikut konteks Syariah Islam atas sebab persamaannya dengan elemen
persetubuhan haram.5 Namun demikian, majlis tersebut masih membenarkan teknik IVF
2 Warnock, M., A Question of Life: The Warnock Report on Human Fertilisation and
Embryology, (1985), hlm 29.
3 Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference
To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?
uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).

4 Al-Zarqa, Mustafa Ahmad, Al-Fiqh Al-Islami fi Thawbihi Al-Jadid, Al-Madkhal Al-Fiqhi Al-Adam, Dar
Al-Fikr Liltibaah, Damascus (1967), Jilid 1, perenggan 10.

5 Question #3474: Test-tube babies, Islam Q&A website, Al-Majma Al-Fiqhi,


http://www.islam-qa.com (17 May 2014).

29

digunakan dengan syarat bahawanya, sperma suami dan sel telur isteri yang telah berjaya
disenyawakan mestilah dipindahkan ke dalam rahim isteri yang sama. Sebagai
kesimpulan kecil bagi perbincangan teknik IVF dalam konteks agama Islam, teknik ini
dibenarkan selagi ia tidak mengelirukan keturunan seseorang dan penggunaannya tidak
mempunyai elemen persetubuhan haram, maka hukumnya ialah halal dan harus.
Hukuman di bawah teknik IVF adalah sangat penting untuk diketahui kerana jikalau
teknik IVF adalah haram dilaksanakan di bawah pandangan agama Islam, maka teknik
PGD adalah mustahil dikendalikan disebabkan seperti yang telah dibincangkan dalam
BAB I, teknik PGD memerlukan lebih daripada satu embrio untuk menjalani proses
pemeriksaan penyakit genetik. Oleh itu, buat masa ini sehingga tahun 2014 hanyalah
teknik IVF sahaja yang mampu menghasikan embrio dalam kuantiti yang banyak bagi
menjayakan teknik PGD.
Selain daripada teknik IVF, teknik PGD juga harus dikupas secara terperinci menurut
perspektif agama Islam. Secara umumnya, teknik PGD membantu menambah peluang
kejayaan dalam proses teknik IVF dalam membendung peristiwa pengguguran akibat
embrio yang tidak normal. Menurut ulama-ulama Islam, teknik PGD haruslah digalakkan
kerana teknik ini membantu menyelamatkan janin daripada mewarisi penyakit genetik
seperti penyakit Tay-Sachs dan ia juga mengurangkan kebarangkalian untuk memilih
menghentikan penghamilan atas dasar dikenalpasti menghamil bayi yang mewarisi
penyakit genetik.6 Menurut Profesor Abou Al-Serour, pakar dalam bidang obstetrik dan
ginekologi serta pengarah bagi Pusat Islam Antarabangsa Pengajian dan Penyelidikan
Populasi di Universiti Al-Azhar, teknik PGD haruslah digalakkan atas alasan teknik ini
boleh membantu mengurangkan risiko kebarangkalian bayi yang mewarisi penyakit
genetik yang ada pada ibubapanya.7 Terdapat tiga hadis yang dirujuk oleh Profesor Abou
6 Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference
To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?
uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).

7 Al-Serour, Gamal A (2000), Ethical Implication of Human Embryo Research in Islamic Educational,
Scientific and Cultural Organization (ISESCO), http://www.isesco.org.ma (17 May 2014).

30

Al-Serour bagi mengukuhkan pendapat beliau bahawanya agama Islam memandang berat
terhadap isu mencegah kecacatan semulajadi sejak dilahirkan. Hadis pertama yang
dirujuk oleh beliau menurut Nabi Muhammad ialah:
Pilihlah isteri anda secara berhati-hati dalam perkara bagi mendapatkan zuriat kerana
hal keturunan merupakan perkara yang penting8
Hadis kedua oleh Nabi pula membawa maksud:
Janganlah berkahwin dengan saudara-mara yang dekat kerana perbuatan ini akan
melemahkan kesihatan bakal zuriat anda9
Hadis ketiga yang dirujuk berbunyi:
Anda akan melemahkan cucu-cicit anda. Sesungguhnya anda patut berkahwin dengan
orang asing10
Secara kesimpulannya, menerusi rujukan ketiga-tiga hadis di atas, Profesor Abou AlSerour berpendapat bahawanya penggunaan teknik PGD yang bakal memanfaatkan
golongan masyarakat Muslim dengan melahirkan insan yang bebas daripada penyakit
genetik haruslah diteruskan dan hukumnya ialah halal.11
Tambahan lagi, satu bengkel antarabangsa yang dianjurkan oleh Pusat Islam
Antarabangsa Pengajian dan Penyelidikan Populasi, Universiti Al-Azhar, yang bertema
8 Al-Ghazali, Abi Hamid, Ihya Ulum Al-Din, Beirut, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Jilid 2, hlm 47

9 Al-Ghazali, Abi Hamid, Ihya Ulum Al-Din, Beirut, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Jilid 2, hlm 47.

10 Al-Ghazali, Abi Hamid, Ihya Ulum Al-Din, Beirut, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Jilid 2, hlm
47.

11 Al-Serour, Gamal A (2000), Ethical Implication of Human Embryo Research in Islamic


Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), http://www.isesco.org.ma (17 May 2014).

31

Ethical Implications of the Use of ART for Treatment of Infertility Update telah
dilangsungkan pada November 2000 di Cairo.12 Menerusi perbincangan dalam bengkel
ini, ia telah mencadangkan bahawanya penggunaan teknik PGD haruslah bermanfaat
dengan memfokuskan kepada isu penyelesaian masalah penyakit genetik serta keadaan
patologi sahaja dan bukannya kepada unsur selain daripada penyakit genetik seperti
ketinggian dan kecerdikan.13Secara dasarnya, agama Islam telah membenarkan
penggunaan teknik PGD digunakan untuk memanfaatkan kesihatan golongan manusia
daripada penyeksaan penyakit genetik. Namun demikian, ajaran agama Islam
menekankan kepentingan nyawa manusia daripada diancam dan ekoran daripada
penekanan tersebut, status embrio manusia haruslah dibincangkan mengikut konteks
Syariah Islam juga.
Teknik IVF dan PGD merupakan teknik yang menggunakan paling banyak embrio untuk
dibuat penyelidikan bagi membolehkan kedua-dua teknik ini mencapai peluang kejayaan
yang tinggi. Namun demikian, terdapat persoalan-persoalan yang timbul apabila status
embrio dibangkitkan iaitu, sama ada embrio diiktiraf sebagai manusia atau tidak dan
adakah pembuangan embrio yang menghidapi penyakit genetik bersamaan dengan
tindakan membunuh seorang manusia? Oleh hal yang demikian itu, apakah status yang
diperuntukkan dalam ajaran agama Islam terhadap embrio yang digunakan sebagai bahan
penyelidikan? Menurut Al-Quran, Surah Al-Hajj: 5 berbunyi:
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan makhluk,
maka kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik
air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang
disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan kerana Kami hendak

12 Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular
Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?
uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).

13 Serour, Gamal I, Attitudes and cultural perspectives on infertility and its alleviation in the
Middle East area, http://www.who.int/reproductive-health/infertility/8.pdf, hlm 47 (17 May 2014).

32

menerangkan kepada kamu dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim apa
yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya
Berdasarkan kepada surah di atas, ulama Islam yang terkenal seperti Al-Bouti dan AlZuhayli telah membincangkan pandangan majoriti daripada sekolah jurispruden Islam
terhadap perkara berkaitan dengan status embrio.14 Pandangan daripada sekolah
jurispruden Islam tersebut adalah berdasarkan kepada tiga hadis riwayat Nabi Muhammad
dan empat kriteria yang dicadangkan oleh Al-Bouti. Antara kriteria yang dicadangkan
ialah: (1) sel sperma tidak mempunyai status sebagai insan yang hidup maka
pembinasaannya bukan haram, melainkan ia bercantum dengan sel telur dan bertukar
menjadi alaqah, (2) jika kehidupan tersebut diiktiraf, maka nyawa tersebut mestilah
dilindungi dan sebarang tindakan yang mengugat nyawa seperti pengguguran atau
sebagainya mestilah dilarang kecuali atas dasar keadilan, (3) bagi menentukan elemen
pengguguran, tiga hak yang relevan haruslah dipertimbangkan iaitu hak embrio sendiri,
hak ibubapa serta hak masyarakat termasuk Allah, dan (4) elemen yang boleh
disimpulkan menerusi tiga hadis yang dirujuk seperti di bawah.15
Hadis pertama berbunyi:
Ciptaan semua manusia terbentuk dalam rahim ibu selama 40 hari sebagai nutfah
kemudian alaqah bagi tempoh waktu yang sama, seterusnya mudghah bagi satu tempoh
sebelum Jibril dihantar untuk memberikan roh
Hadis kedua berbunyi:
Jika 42 malam telah lepas terhadap janin tersebut, Allah akan menghantar Jibril
kepadanya untuk membentuk dan mencipta pendengaran, penglihatan, kulit, daging, dan
14 Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference
To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?
uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).

15 Al-Bouti, M.Said Ramadan, Masalat Tahdid Al-Nasl Wiqayatan Wa Ilajan, Damascus


Maktabat Al-Farabi, Edisi Ke-4, 1988, hlm 69-72.

33

tulang. Kemudian, ia bertanya, Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan? Maka, Allah
akan menentukannya mengikut kehendaknya
Hadis ketiga berbunyi:
Dua wanita dari Bani Hadhil telah bergaduh; satu daripadanya membuang batu
terhadap satu yang lain dan mengakibatkannya mati bersama janin dalam rahimnya.
Pertelingkahan ini dibawa kepada Nabi di mana Baginda mengatakan bahawa diyyah
untuk janin ialah ghurrah dan diyyah penuh untuk wanita tersebut dan dibayar oleh
wanita yang bersalah itu
Berdasarkan kepada hadis dan kriteria di atas, para juris Islam telah membentuk tiga
pandangan umum.16 Pertamanya, golongan Maliki dan Al-Ghazali daripada sekolah
Shafiie, berpendapat bahawa embrio ialah kehidupan yang suci sejak sel sperma dan sel
telur bercantuman. Oleh itu, apa-apa serangan terhadap embrio pada bila-bila masa adalah
disifatkan sebagai jenayah.17 Pandangan kedua merupakan pandangan majoriti di mana
pandangan ini membabitkan golongan Hanafi, Shafiie, Zahiris dan segolongan daripada
pengikut Hanbali. Pandangan kedua ini mengatakan bahawanya status embrio akan
mendapat status sebagai manusia selepas 40 hari ia dikandung dalam rahim kerana pada
masa itulah cirri-ciri fizikal manusia terbentuk. Oleh demikian itu, peninggalan atau
pembuangan embrio yang kurang daripada 40 hari tidaklah disifatkan sebagai jenayah. 18
Pandangan ketiga melibatkan segolongan pengikut Hanbali berpendapat bahawa embrio
mendapat statusnya sebagai manusia selepas mencecah 120 hari kehamilan di mana pada
waktu itulah embrio tersebut memiliki roh dan boleh menjadi manusia. Oleh itu, serangan
16 Boukhari, Sophie, Religion, Genetics and the Embro in UNESCO Courier Sept 1999, hlm 24,
http://www.unesco.org/courier/1999_09/ (17 May 2014).

17 Al-Shaqfah, M.Bashir, Al-Fiqh Al Maliki fi Thawbihi Al-Jadid, Damascus: Dar Al-Qalam


(2001), Edisi Ke-2, Jilid 3, hlm 58-60.

18 Al-Bouti, M.Said Ramadan, Masalat Tahdid Al-Nasl Wiqayatan Wa Ilajan, Damascus


Maktabat Al-Farabi, Edisi Ke-4, 1988, hlm 72-78.

34

terhadap embrio yang kurang daripada 120 hari tidaklah dikatogerikan sebagai jenayah
menurut pandangan ketiga ini.19 Dengan merujuk kepada ketiga-tiga pandangan ini,
embrio sememangnya layak diberikan perlindungan ibarat manusia biasa yang hidup atas
tanah. Namun demikian, konsep yang lebih tepat mengikut Mahrdi Zahraa dan Shaniza
Shafie adalah berdasarkan pandangan kedua kerana sel daging yang tidak mempunyai
cirri-ciri fizikal manusia tidaklah akan dikatogerikan sebagai manusia kerana
pembentukannya mungkin akan terhenti pada bila-bila masa.20
Secara kesimpulannya, mengikut konteks pandangan agama Islam terhadap penggunaan
teknik PGD ialah teknik ini dibenarkan tetapi mesti mengikuti syarat-syarat tertentu
seperti yang dikemukakan dalam perbincangan sebelum ini. Terdapat satu Usual Al-Fiqh
Islam yang menyatakan bahawanya, semua perkara adalah dibenarkan melainkan dilarang
dibawah hukum syarak Islam. Maka dengan merujuk kepada Usul Al-Fiqh ini, teknik
PGD adalah halal dan dibenarkan selagi penggunaan tidak terlibat dalam elemen
persetubuhan haram, pembunuhan embrio yang mempunyai sifat-sifat manusia dan
kegiatan melakukan teknik PGD bukan atas kesihatan generasi baru. 21 Oleh itu, teknik
PGD adalah harus dijalankan berdasarkan konsep agama Islam yang mementingkan
kesihatan golongan penganutnya.
3.3AGAMA BUDDHA

19 Al-Bouti, M.Said Ramadan, Masalat Tahdid Al-Nasl Wiqayatan Wa Ilajan, Damascus


Maktabat Al-Farabi, Edisi Ke-4, 1988, hlm 78-80.

20 Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular
Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?
uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).

21 Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular
Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?
uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).

35

Agama Buddha merupakan satu ajaran agama yang tidak melihat penciptaan nyawa
manusia sebagai sesuatu benda yang suci daripada Tuhan. Namun demikian, ajaran
agama Buddha sangat memandang berat terhadap isu etika dan larangan kezaliman serta
niat tidak membahayakan nyawa seseorang.22 Menurut agama Buddha, isu berkaitan
bilakah embrio mendapat taraf perlindungan seperti manusia biasa bukanlah satu
permasalahan yang perlu didebatkan kerana agama Buddha mengiktiraf bahawa embrio
merupakan satu benda yang bernyawa, maka embrio berhak dilindungi dan tidak boleh
dibahayakan secara sewenang-wenangnya.23 Oleh hal yang demikian, ajaran agama
Buddha melihat serius tentang isu pengguguran di mana perbuatan tersebut dikatogerikan
sebagai perbuatan yang tidak bermoral menurut agama Buddha.
Perbincangan tentang perlaksanaan teknik PGD menurut pandangan ajaran agama
Buddha bermula dengan niat umum yang digunakan semasa teknik tersebut dijalankan.
Niat pertama yang dibentangkan ialah membolehkan pasangan suami isteri mendapat
anak tetapi tidak membebankan mereka dengan anak yang mengalami kecacatan atau
menghidapi penyakit genetik. Niat kedua yang diutarakan pula mengatakan bahawanya,
teknik PGD boleh membendung atau menghalang membawa kanak-kanak yang
menghidapi penyakit genetik ke dunia. Ajaran agama Buddha lebih memfokuskan kepada
isu moral berkaitan niat kedua berbanding niat pertama di mana agama Buddha lebih
mengutamakan perkara yang membendung manusia daripada diseksa oleh penyakit
genetik seperti penyakit talasemia jikalau pengetahuan tentang kewujudan penyakit waris
ini ada pada embrio tersebut.24

22Peter Harvey, A Buddhist Perspective on


http://www.bionews.org.uk/page_38031.asp (17 May 2014).

Pre-implantation

Genetic

Diagnosis,

23 Helen Twokov, Anti-abortion/Pro-choice: Taking Both Sides, Tricycle: The Buddhist


Review, 1(3), 1992, hlm60-69, http://www.tricycle.com/node/31928 (17 May 2014).
24 Peter Harvey, A Buddhist Perspective on
http://www.bionews.org.uk/page_38031.asp (17 May 2014).

Pre-implantation

Genetic

Diagnosis,

36

Tambahan lagi, ajaran agama Buddha juga mempunyai pandangan berbeza dengan
ajaran agama Islam mengenai teknik IVF (in vitro fertilisation). Berdasarkan ajaran
agama Buddha, teknik IVF merupakan teknik yang tidak dipersetujui dalam agama
Buddha di mana ajaran agama Buddha berpendapat bahawanya embrio memiliki status
sebagai benda yang bernyawa, maka embrio-embrio lain yang hidup berhak untuk
meneruskan kehidupannya dalam rahim wanita sehingga dilahirkan. Namun, demikian,
terdapat kecualian jikalau dalam proses teknik IVF dilakukan, embrio yang dihasilkan
mengalami kecacatan, maka pasangan suami isteri tersebut mempunyai pilihan untuk
menamatkan nyawa embrio tersebut dengan syarat pasangan suami isteri tersebut faham
tentang karma yang mungkin dihadapi oleh mereka pada masa depan. 25 Secara dasarnya,
agama Buddha melihat teknik PGD sebagai satu instrumen Sains yang berfaedah di mana
PGD membolehkan seseorang dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan cergas.26
Selain daripada perbincangan di atas, ajaran agama Buddha juga mempunyai
pandangan yang berbeza apabila menyentuh isu rawatan kemandulan dan juga isu
kejuruteraan genetik. Sebagai contohnya, ajaran agama Buddha menitikberat tentang isu
melegakan kesakitan, maka segala rawatan atau penyelidikan kejuruteraan genetik yang
bermotif untuk melegakan kesakitan adalah dibenarkan. 27 Tambahan lagi, agama Buddha
yang menekankan undang-undang atau prinsip karma yang mengatakan bahawa segala
tindakan manusia akan menghasilkan kesan kepada masa depan berdasarkan kepada apa
tindakan yang dibuat. Maka menerusi tindakan melegakan kesihatan atau membendung

25 Peter Harvey, A Buddhist Perspective on


http://www.bionews.org.uk/page_38031.asp (17 May 2014).

Pre-implantation

Genetic

Diagnosis,

26 Prof Suwanda H.J. Sugunasiri (Canada), Designer Babies Welcome in Buddhism,


http://www.island.lk/index.php?page_cat=article-details&page=article-details&code_title=44144 (17 May
2014).

27 Katharine Porter, Buddhist Perspectives on Contemporary Religious and Moral Issues,


Practical Resources for GSCE, 2009,
http://www.farmington.ac.uk/documents/new_reports/WR63.pdf (17 May 2014).

37

kesakitan daripada berlaku, agama Buddha melihatnya sebagai karma yang positif, maka
hukumnya adalah harus dan dibenarkan.28
Terdapat juga pandangan yang menyokong bahawa teknik PGD adalah dibenarkan
asalkan niat menjalankan teknik tersebut adalah bermoral. Menurut Persekutuan Agama
Buddha Singapura (The Singapore Buddhist Federation), konsep asas ajaran agama
Buddha ialah tidak membahayakan atau membunuh segala benda yang hidup di bumi,
namun apabila agama Buddha berurusan dengan isu teknik PGD, niat kenapa teknik PGD
dilakukan haruslah dirujuk sebagai rujukan utama. Oleh hal yang demikian itu,
Persekutuan Agama Buddha Singapura berpendapat bahawanya selagi teknik PGD
dilakukan adalah untuk kebaikan manusia dan bukan untuk mengaut keuntungan dari segi
kewangan, maka perlaksanaan teknik ini adalah dibenarkan kerana factor niat adalah
lebih relevan dirujuk berbanding dengan perbuatannya untuk dinilai sama ada bermoral
atau tidak.29
Kesimpulannya, ajaran agama Buddha membenarkan teknik PGD digunakan
dengan syarat hanya untuk memanfaatkan golongan manusia daripada diseksa oleh
penyakit genetik sahaja. Walaupun agama Buddha memegang prinsip yang teguh tentang
tidak membahayakan nyawa atau membunuh segala kehidupan yang ada di bumi, namun
niat tindakan yang diambil dalam perlaksaan PGD berkaitan dengan pemusnahan embrio
yang mewarisi penyakit genetik adalah dibenarkan kerana agama Buddha menitikberat
tentang isu kelegaan daripada seksaan penyakit genetik dalam kalangan penganutnya.
Oleh hal yang demikian ini, bolehlah disimpulkan bahawa ajaran agama Buddha lebih
memfokuskan niat seseorang sebelum menentukan sama ada tindakannya bermoral atau
tidak.
3.4

AGAMA HINDU

28 Katharine Porter, Buddhist Perspectives on Contemporary Religious and Moral Issues, Practical
Resources for GSCE, 2009, http://www.farmington.ac.uk/documents/new_reports/WR63.pdf (17 May
2014).

29 Laman Web: Singapore Buddhist Federation, http://www.buddhist.org.sg/ (17 May 2014).

38

Agama Hindu merangkumi pelbagai ideologi agama dan sistem falsafah. Manusia yang
menganuti agama Hindu mempercayai dalam perkara dharma dan karma di mana karma
yang dirujuk dalam agama Hindu adalah sama dalam agama Buddha. Agama Hindu tidak
mempunyai satu buku agama yang lengkap seperti Bible yang digunakan sebagai sumber
utama dalam pemberian doktrin atau prinsip yang menyumbangkan dalam ajaran agama
Hindu. Namun demikian, agama Hindu mempunyai mempunyai pelbagai jenis bahan
ilmiah, di mana bahan-bahan tersebut telah berjaya menyumbang dalam pembentukan
prinsip-prinsip dalam agama Hindu. Agama Hindu Vedas menjelaskan bahawa kesemua
hidupan yang ada atas bumi adalah suci termasuk binatang dan tumbuhan.30 Oleh itu,
menurut penjelasan ini, agama ini mewajibkan penganutnya menghormati setiap nyawa
yang wujud di bumi ini.
Secara umumnya, agama Hindu berpendapat bahawa pemusnahan embrio secara
sengaja merupakan satu tindakan membunuh kerana agama ini berpendapat bahawa
pemusnahan tersebut akan mengganggu proses penjelmaan semula atas sebab roh
dahuluan bakal dilahirkan semasa embrio dibentuk.31 Tambahan lagi, agama tersebut
mengatakan bahawanya roh tidak akan mati dan isu berkaitan dengan reproduktif, agama
Hindu memberikan penekanan untuk mendapatkan satu anak lelaki berbanding dengan
sekadar mempunyai anak sahaja. Oleh yang demikian, agama Hindu membenarkan
teknologi reproduktif dalam penyelesaian perkara untuk mendapatkan sekurangkurangnya satu anak lelaki dengan syarat sel telur dan sperma itu mestilah datang
daripada pasangan suami isteri yang sama. Namun begitu, amalan agama Hindu
membenarkan sperma yang disumbangkan oleh orang lain dalam proses menjalankan
teknik teknologi reproduktif seperti IVF dengan keadaan bahawanya penyumbang sperma

30
Anil
Bhanot,
The
ethics
of
stem
http://www.bionews.org.uk/page_38022.asp (17 May 2014).

cell

research:

31 The Status of the Human Embryo, Key Facts-Embryo


ethics.smd.qmul.ac.uk/key-facts/embryo-and-religion/ (17 May 2014).

and

Religion,

Hindu

view,

http://embryo-

39

mestilah merupakan saudara dekat pasangan suami tersebut32. Selain itu, Hindu
Endowments Board of Singapore membenarkan penyelidikan dijalankan di atas embrio
sebelum pembentukannya mencapai 14 hari jikalau perbuatan ini dibuat atas dasar
menjaga atau meningkatkan kualiti kehidupan manusia dari segi pencegahan penyakit.33
Natijahnya, kita boleh menyimpulkan bahawanya agama Hindu merupakan satu
ajaran agama yang melihat segala kehidupan yang ada di bumi sebagai kehidupan yang
suci. Walaupun agama Hindu melarang pemusnahan embrio pada peringkat awal atas
alasan unsur karma dan dharma yang akan ditemui oleh individu yang mengizinkan
penyelidikan teknik PGD atau memusnahkan embrio tersebut sama ada secara langsung
atau tidak. Namun demikian, agama Hindu tetap memberikan keizinan teknik PGD dan
teknik IVF dijalankan dengan syarat niat semasa menggunakan embrio tersebut untuk
penyelidikan mestilah bersifat bagi kebaikan bersama golongan manusia dan bukan untuk
tujuan komersial. Kenyataan yang diberikan oleh Hindu Endowments Board of Singapore
merupakan salah satu autoriti yang paling baik digunakan untuk menjelaskan bahawanya
agama Hindu lebih melihat kepada konteks niat dan kesan penggunaan teknik PGD
terhadap golongan manusia berbanding dengan mentakrif sama ada pemusnahan atau
pembuangan embrio dikatogerikan sebagai pembunuhan atau tidak. Oleh demikian,
agama Hindu boleh dikatakan membenarkan teknik teknologi reproduktif digunakan
secara umum.

3.5

AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian merupakan salah satu agama yang mempunyai pellbagai jenis aliran
seperti Vatican, Eastern Orthodox, Protestant, Anglican, Methodist dan sebagainya.
32 Laman Web: IVF Worldwide-Research & Education, http://www.ivf
worldwide.com/education/introduction/ivf-global-perspective-religious/ivf-hindu.html (17 May 2014).

33 Laman Web: Hindu Endowments Board of Singapore, http://www.heb.gov.sg/ (17 May 2014).

40

Kesemua-semua aliran agama Kristian ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap
perlaksanaan teknik PGD. Berdasarkan kepada pandangan agama Kristian tradisional,
embrio memperolehi taraf sebagai seorang manusia bermula apabila sel telur bercantum
dengan sperma. Oleh yang demikian, kebanyakan teknik teknologi reproduktif adalah
dilarang atas prinsip embrio berhak dilindungi seperti sesorang manusia biasa.34 Aliran
Vatican mempunyai prinsip yang teguh terhadap teknologi reproduktif sejak 1956, di
mana Pop Pius XII mentakrifkan teknik teknologi reproduktif adalah tidak bermoral dan
tidak sah kerana teknik tersebut akan menyebabkan manusia memisahkan isu reproduktif
secara berasingan dengan persetubuhan antara lelaki perempuan yang asalnya bertujuan
untuk menghasikan zuriat. Oleh hal itu, mengikut aliran Vatican, teknologi reproduktif
seperti IVF dan PGD adalah dilarang sama sekali dalam isu berkenaan reproduktif kerana
gereja Katholik memberikan perlindungan terhadap keselamatan manusia dan oleh kerana
embrio mempunyai taraf seperti manusia, maka embrio tersebut tidak boleh diancam oleh
sesiapa pun.35 Pada masa yang sama, bagi aliran Kristian yang lain seperti Anglican dan
Protestant serta yang lain-lain mempunyai pendekatan yang lebih liberal terhadap
penggunaan teknologi reproduktif. Aliran Protestant merupakan aliran agama Kristian
yang membenarkan pengguguran awal kerana aliran ini tidak memandang bahawanya
embrio disifatkan sebagai manusia maka proses penyelidikan yang dijalankan atas embrio
adalah sah dan dibenarkan untuk kebaikan manusia.36
Menurut Profesor David Jones37 dari Kolej St. Mary, Twickenham mengatakan
bahawanya gereja Kristian tidak pernah mendefinisikan perbuatan pengguguran sebagai
34 Laman Web: IVF Worldwide Research & Education, http://www.ivfworldwide.com/education/introduction/ivf-global-perspective-religious/ivf-christianity.html (17 May 2014).

35 Laman Web: IVF Worldwide-Research & Education, http://www.ivfworldwide.com/education/introduction/ivf-global-perspective-religious/ivf-christianity.html (17 May 2014).

36 Sozos J.Fasouliotis and Joseph G.Schenker, Preimplantation genetic diagnosis principles and ethics,
Human Reproduction jilid.13 no.8 hlm2238-2245
http://humrep.oxfordjournals.org/content/13/8/2238.full.pdf (17 May 2014).

41

membunuh secara rasmi. Menurutnya lagi, perbuatan pengguguran yang memusnahkan


embrio secara umumnya adalah salah dari segi moral kerana tanpa mengambil
pertimbangan sama ada perbuatan tersebut seiras dengan membunuh atau tidak, ia masih
digolongkan sebagai suatu tindakan yang kejam terhadap masyarakat manusia. Tambahan
lagi, menurut beliau agama Kristian tradisional hanyalah menekankan unsur hormat
kepada nyawa manusia yang bermula daripada embrio. Tambahan lagi, menurut Majlis
Gereja Kebangsaan Singapura, majlis tersebut memberikan pandangan bahawanya teknik
PGD tidak harus dilaksanakan atas alasan bahawa teknik tersebut mengehendaki
penciptaan embrio yang banyak bagi penyelidikan dan kebarangkalian isu pemusnahan
embrio yang menghidapi penyakit genetik yang bakal dimusnahkan akan timbul.38
Secara kesimpulannya, aliran yang berlainan dalam agama Kristian memberikan
pandangan yang berbeza terhadap penggunaan teknik PGD kerana sesetengah aliran
membenarkannya dan sesetengah lagi melarangnya. Namun demikian, semua aliran
mempunyai satu persamaan iaitu agama tersebut mewajibkan penganut-penganutnya
menghormati embrio sebagai sesuatu benda yang bernyawa. Pada masa yang sama, kita
boleh melihat bahawanya agama Kristian sebenarnya masih memperuntukan sedikit
ruang untuk perlaksanaan teknik PGD apabila ajaran aliran Protestant melihat
penggunaan teknik ini dari sudut untuk memanfaatkan golongan manusia. Bagi
membolehkan teknik PGD diterima secara hati terbuka dalam konteks agama Kristian,
para penyelidik teknik PGD seharusnya lebih berhati-hati ketika menggunakan teknik
IVF dalam penciptaan embrio bagi penyelidikan. Hal ini adalah sangat penting atas dasar
agama Kristian melarang manusia berkelakuan zalim terhadap benda yang bernyawa.

3.6

KESIMPULAN

37 Laman Web: Do Souls Matter?


http://www.theguardian.com/commentisfree/andrewbrown/2008/nov/20/religion-embryo-research-souls (17
May 2014).

38 Laman Web: National Council of Churches of Singapore, http://info.nccs.org.sg/joom837/ (17


May 2014).

42

Secara rumusan, kesemua agama yang dibincangkan di atas mempunyai pendapat yang
berbeza dalam konteks mengiktiraf status embrio bagi mengenalpasti teknik PGD boleh
dikendalikan atau tidak. Tetapi, menerusi perbincangan di atas terdapat satu persamaan
yang boleh dikesan iaitu semua agama memberikan pengiktirafan dan menghormati status
moral embrio. Setelah meneliti pandangan agama terhadap penggunaan teknik PGD, bab
yang seterusnya akan mengupas tentang isu-isu perundangan yang wujud akibat
penggunaan teknik tersebut secara terperinci.

You might also like