You are on page 1of 3

Jata Negara

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah

negeri

yang

terkandung

dalam

Persekutuan

Malaysia,

dan

Kerajaan

Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama


Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri
Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan

bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua
buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam
empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna
hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor,
hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna
Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga
Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga
Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri
dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna
Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya


dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk
semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati
bendera mereka.

You might also like