You are on page 1of 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 3 2015

NIZAMUDDIN SHAH BIN NAWAWI


PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 3

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan Inayahnya saya dapat
menjalani Program Bina Insan Guru Fasa 3 bagi tahun 2015. Bina Insan Guru (BIG) adalah
salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut di Institut Pendidikan Guru
Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya
bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan
emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang situasi-situasi
yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya kepada mereka yang
ditempatkan di kawasan pedalaman. Pada program Bina Insan Guru pada kali ini, kami
kumpulan PISMP Semester 3 Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam perlu menjalankan satu
program khidmat masyarakat yang bertajuk Guru Dan Masyarakat Pedalaman. Program ini
sepatutnya dijalankan pada Bina Insan Guru Fasa IV, tetapi atas arahan daripada pihak IPGM,
kami perlu melaksanakannya pada semester ini. Antara sebab pihak IPGM mengarahkan untuk
laksanakan pada semester ini adalah bagi membantu program pasca banjir yang telah
dilaksanakan di negeri-negeri Pantai Timur yang dilanda banjir teruk terutamanya negeri
Kelantan. Tugasan yang kami perlu laksanakan ialah membantu pihak sekolah di kawasan
pedalaman iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Nal yang terletak di Kuala Krai untuk
membersihkan serta menceriakan kawasan sekolah yang teruk dilanda banjir.
Sepanjang keberadaan saya dan rakan-rakan di SK Kuala Nal, saya telah melihat
kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di sekolah dan juga di sekitar kawasan tersebut.
Berdasarkan kepada kerosakan dan kemusnahan yang berlaku kami telah diarahkan untuk
membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah tersebut dalam masa empat hari. Hal ini
demikian, perkara seperti ini tidak dapat ditangguhkan untuk dilaksanakan kerana ia akan
menganggu emosi murid-murid apabila belajar di sekolah dalam keadaan yang tidak terurus.
Menurut guru-guru di sekolah tersebut, kemusnahan akibat banjir menyebabkan kemudahankemudahan di sekolah tersebut hancur dan rosak sepenuhnya. Pada hari kami berada di sana,
keadaan sekolah tersebut bertambah baik kerana sebelum ini juga ramai sukarelawansukarelawan yang datang membantu.

Sepanjang berlansungnya program bina insan guru ini , terdapat banyak perkara baru
yang saya pelajari. Setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat
menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan
manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu
diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa up to date dengan
mengamalkan adab-adab yang terpelihara. Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan
dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Norwani yang banyak membimbing saya sebagai
pelajar di IPG Kampus Kota Bharu ini. Tanpa tutor sehebat beliau siapalah saya dan terima
kasih juga kepada pensyarah-pensyarah Unit Kokurikulum kerana banyak membantu kami
dalam menjalani program-program seperti ini.
Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di jalankan di SK Kuala
Nal telah menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas
sebenar sebagai seorang guru kelas pertama yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas
pengajaran dalam kelas sahaja. Kesedaran kepada saya perlu terbit dalam diri di samping
tanggungjawab yang amat penting perlu ada dalam diri saya sebagai seorang pendidik yang
akan mendidik pelajar saya menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupannya.
Sepanjang Program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri pelatih yang
mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan sekolah tersebut.
Persiapan

sebelum

program

berlansung

juga

dilakukan

bersama-sama

sehinggalah

berakhirnya program itu. Saya sebagai seorang guru sanggup membuang perasaan malu saya
dengan berjumpa masyarakat setempat dan melakukan kerja pembersihan di sepanjang
kawasan tersebut. Tiada kata pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut saya, tetapi
apa yang ada hanyalah saya boleh, saya boleh melakukannya.
Bukan sahaja mengutip sampah di kawasan dalam dan luar sekolah saya dan rakan
sekelas lakukan tetapi termasuklah mencuci lantau, mengelap tingkap, mengecat, membuat
mural, menanam pokok bunga dan banyak lagi. Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu
masih belum mencukupi bagi program ini. Dan saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu
dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi
pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di
minta melakukan tugas seumpama ini. Saya tidak akan malu melakukan tugas ini, saya tidak

akan menyesal melakukan tugas ini dan apa yang akan keluar dari mulut saya hanyalah saya
boleh, saya boleh dan saya akan melakukan tugas-tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya
apabila posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang
mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan
orang kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai
program seperti gotong-royong dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa program seperti Bina Insan
Guru ini banyak memberi pengalaman dan mengajar erti kesabaran dalam diri guru pelatih.
Program seumpama ini harus dijalankan kerana memberi terlampau banyak manfaat kepada
guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu untuk keluar sebagai seorang bakal pendidik yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang pada suatu hari nanti.

You might also like