You are on page 1of 65

KONSEP DAN

TEORI PEMBELAJARAN

KENAPA PENTING?
BAGAIMANAKAH PELBAGAI ASPEK ILMU
YANG
BERKAITAN
PROSES
PEMBELAJARAN
MEMPENGARUHI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
BILIK DARJAH?

imp
act

TEORI BEHAVIORIS
TEORI KOGNITIF
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

TEORI HUMANISTIK

TEORI KONSTRUKTIVISME

APAKAH PEMBELAJARAN?
Seorang bayi mula merangkak
Seorang kanak-kanak memegang
sebatang pensil dan mula melukis
Seorang budak lelaki berumur 10
tahun menemui cara lain untuk
menyelesaikan masalah matematik

APAKAH PEMBELAJARAN?
Slavin (1991), seorang ahli psikologi
pendidikan:
Pembelajaran adalah perubahan
pada individu hasil daripada
pengalaman. Manusia mula belajar
sejak lahir dan semua pembelajaran ini
berkaitan dengan pengalaman
lis

APAKAH PERANAN PENDIDIK?


Bagaimana boleh membantu murid-murid
memperoleh pengetahuan, kemahiran dan
konsep yang memberi manfaat kepada
mereka di hari kemudian kelak?
Bagaimana boleh membantu murid-murid
memfokus perhatian dan proses mental
mereka supaya memperoleh pengetahuan
asas dan kemahiran secara berkesan?

AKTIVITI
Pemindahan
maklumat

Menyediakan
pengalaman

DUNIA

Mengambil
Maklumat

Peranan
GURU

AKHIRAT

SUMBER
MAKLUMAT

Cara menyampaikan
Maklumat
Model Pengajaran

Maka,

Ahli psikologi membina teori pembelajaran


yang berbeza untuk menerangkan
bagaimana murid belajar.

TEORI
PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN
Teori
pembelajaran
Behavioris
Teori
pembelajaran
Kognitif
Teori Humanistik

Teori
pembelajaran
Sosial
Teori
Konstruktivisme

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

John B. Watson, Ivan Pavlov, Edward Thorndike,


B. F. Skinner

PERANAN PENGALAMAN DALAM MENTADBIRKAN TINGKAH LAKU

PELAZIMAN

PELAZIMAN KLASIK
(PELAZIMAN PAVLOV)
Pavlov ahli sains behavioris
Menjumpai proses pelaziman klasik
semasa beliau membuat kajian terhadap
gerak balas rembesan air liur anjing

(a) PELAZIMAN KLASIK (Pelaziman


Pavlov)
RANGSANGAN TAK
LAZIM RANGSANGAN BARU
RANGSANGAN
TERLAZIM

GERAK BALAS
TERLAZIM

RANGSANGAN

Rangsangan neutral
Reaksi

berlaku secara automatik apabila


terdapat rangsangan tak terlazim

Rangsangan tak terlazim


Peristiwa

di mana gerak balas berlaku secara


automatik tanpa latihan awal

Corak Pembelajaran berlaku


apabila:
Dua rangsangan (rangsangan neutral dan
rangsangan tak terlazim) yang
dipasangkan itu (wujud serentak)
berhubungkait antara satu sama lain
Hasil rangsangan ini akan menghasilkan
gerak balas: gerak balas tak terlazim atau
gerak balas terlazim

DALAM KAJIAN PAVLOV

Rembesan air liur (gerak balas tak terlazim)


pada mulanya berlaku disebabkan oleh
makanan (rangsangan tak terlazim) yang
disajikan
Apabila makanan dipasangkan dengan loceng,
rembesan air liur (sekarang menjadi gerak balas
terlazim) berlaku semasa mendengar bunyi
loceng
Bunyi loceng (rangsangan terlazim)
rangsangan neutral yang boleh menimbulkan
gerak balas terlazim setelah dipasangkan
dengan rangsangan tak terlazim

J. B. WATSON

PELAZIMAN OPERAN
(PELAZIMAN INSTRUMENTAL)

APAKAH PELAZIMAN OPERAN?

Bukan semua pembelajaran berlaku secara


automatik
Tidak semua tingkah laku dibangkitkan oleh
rangsangan
Bagi manusia, sebenarnya pembelajaran
berlaku secara sukarela
Manusia dikatakan beroperasi secara aktif
terhadap persekitarannya untuk melahirkan
akibat yang berlainan. Tindakan ini dinamakan
operan.

Mengikut Woolfolk (1998):


Proses pembelajaran yang terlibat dalam
tingkah laku operan dinamakan pelaziman
operan kerana kita belajar bertingkah laku
mengikut cara kita beroperasi dengan
persekitaran
Pembelajaran dikatakan berlaku apabila
peserta perlu memberi gerak balas untuk
melahirkan perubahan pada persekitaran

Contohnya;
Jika anda memberi sesuatu gerak balas
terhadap sesuatu rangsangan dan akibatnya
adalah menyenangkan, maka kemungkinan
besar anda akan menunjukkan gerak balas yang
sama apabila berhadapan dengan rangsangan
tersebut di lain masa
Dengan ini, pembelajaran berlaku apabila
tingkah laku sukarela menjadi kukuh atau lemah
disebabkan oleh akibat atau peristiwa
sebelumnya (Woolfolk, 1998)

PRINSIP-PRINSIP TEORI
PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

Apakah yang anda suka lakukan semasa


waktu lapang? Membaca? Atau Bermain?
Seseorang akan bertambah kerap melakukan
tingkah laku yang memberi kesan yang
menyeronokkan, manakala kesan yang tidak
menyeronokkan akan mengurangkan
kekerapan sesuatu tingkah laku.
Kesan yang menyeronokkan merupakan
peneguhan, manakala kesan yang tidak
menyeronokkan adalah hukuman.

PRINSIP-PRINSIP TEORI
PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
PRINSIP 1: PENEGUHAN
Berdasarkan ahli psikologi,
Peneguhan = sebarang kesan yang
memperkukuh atau menambahkan
kekerapan sesuatu tingkah laku
Bagaimana guru menggunakan
peneguhan di dalam bilik darjah?

PRINSIP 1: PENEGUHAN
Contoh peneguhan:
Memuji murid anda kerana tingkah
lakunya yang baik
Menghadiahkan buku cerita kepada
murid anda kerana penulisannya yang
baik

PENEGUHAN PRIMER
-

Memenuhi keperluan atau dorongan


asas biologi
Contoh peneguhan primer adalah
makanan, air, keselamatan, kemesraan,
dll

PENEGUHAN PRIMER
Urutan pengurangan dorongan:
Penghapusan kepuasan bagi keperluan asas
Dorongan rangsangan yang memberi tenaga
kepada organisme untuk bertindak
Aktiviti yang mencapai kepuasan keperluan
dan melegakan tekanan
Aktiviti yang serta merta mendahului kepuasan
keperluan atau mengurangkan dorongan
diperteguhkan

PENEGUHAN SEKUNDER
PENEGUHAN SEKUNDER
= rangsangan yang memperoleh sifat-sifat
peneguhan apabila dikaitkan dengan
peneguhan primer
Contoh; wang
Tiga (3) kategori peneguhan sekunder;
Peneguhan sosial (pujian, senyum, peluk atau
perhatian)
Peneguhan token atau simbolik (wang, gred,
bintang)
Peneguhan aktiviti (akses kepada permainan,
atau aktiviti yang menyeronokkan)

PENEGUHAN POSITIF

Rangsangan yang menyeronokkan


(makanan, air, pujian, gred) setelah
berlaku gerak balas yang menjadi
sasaran
Contoh; apabila salah seorang daripada
murid anda secara spontan membantu
murid lain, anda sebagai guru akan
memberi pujian

PENEGUHAN NEGATIF
Kaedah

meningkatkan tingkah laku melalui


penghapusan rangsangan yang tidak
menyeronokkan
Contoh; seorang murid yang mempunyai
masalah pertuturan tidak akan bercakap di bilik
darjah kerana kecacatan ini akan menyebabkan
murid lain ketawakannya
Jika guru menerangkan kesan daripada ketawa
mereka dan memujuk mereka supaya berhenti,
ini akan menggalakkan murid tersebut untuk
cuba bercakap dalam bilik darjah
Penghapusan rangsangan yang tidak
menyeronokkan akan meningkatkan kekerapan
gerak balas tersebut

PRINSIP 2: HUKUMAN
Harus diingat bahawa Peneguhan positif atau
negatif memberi pengukuhan kepada tingkah
laku, manakala hukuman melemahkannya.
HUKUMAN merujuk kepada rangsangan yang
menghasilkan gerak balas yang berkurangan
HUKUMAN boleh berbentuk penyampaian
rangsangan (hukuman positif) atau
penghapusan rangsangan (hukuman negatif)

HUKUMAN
Contoh;
Seorang murid dimarahi kerana bermain
dalam bilik darjah, maka tingkah laku ini
akan kurang kerap berlaku hukuman
positif
Seorang pemain bola keranjang digantung
kerana melanggar peraturan latihan
hukuman negatif

PRINSIP 3: PENGHAPUSAN

Penghapusan rangsangan yang menyenangkan


yang diikuti dengan gerak balas, seterusnya
mengurangkan kekerapan gerak balas tersebut
Contoh; seorang guru mungkin secara tidak
sengaja memberi ganjaran kepada muridnya
yang berteriak dengan membenarkan mereka
mengambil bahagian dalam perbincangan bilik
darjah.

PRINSIP 4: PEMBENTUKAN

Jika anda memuji murid anda serta merta,


bermakna anda telah melakukan sesuatu yang
betul
Memberi peneguhan secara serta merta dalam
pengajaran adalah penting
Pembentukan merupakan suatu alat penting
dalam arahan bilik darjah
Dalam pelaziman operan, guru dianggap
sebagai arkitek dan pembina tingkah laku murid

Teori Pembelajaran Kognitif

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Teori ini berfokus kepada perubahan yang


berlaku terhadap cara manusia berfikir
daripada peringkat bayi kepada zaman kanakkanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa
Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka,
Jean Piaget:
Kanak-kanak

sebagai murid aktif yang berlagak


seperti saintis kecil. Mereka membina teori
sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan
mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini.

Ahli teori behavioris kanak-kanak sebagai


murid pasif yang hanya bertindak kepada
rangsangan persekitaran sahaja
Tumpuan utama Piaget bagaimana manusia
memperoleh ilmu pengetahuan

Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat,


manusia melalui satu urutan empat peringkat pemikiran
secara kualitatif:

Bayi - memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman


sensori penglibatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau
Kanak-kanak prasekolah - berkembang daripada peringkat
memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi
mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak
lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk
memahami bagaimana dunia berfungsi
Remaja
Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh
mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan
sebenar

Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba


memberi pengertian tentang dunia dengan
membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang
bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran

Piaget mencadangkan 4 prinsip konsep


pembelajaran kognitif:
ORGANISASI
ADAPTASI
ASIMILASI
AKOMODASI

ORGANISASI

Ia adalah satu proses berterusan menyusun


maklumat dan pengalaman ke dalam sistem
mental atau kategori
Sistem mental atau kategori persepsi dan
pengalaman yang dinamakan skema
Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok
pemikiran dan pengurusan sistem tindakan atau
pemikiran yang membolehkan kita berfikir
Contoh skema adalah skema minum, skema
kategori, skema penyelesaian masalah
matematik, dll

ADAPTASI
Dalam proses mengorganisasi struktur
mental kita, kita akan membuat
penyesuaian terhadap persekitaran
Dua proses asas adalah asimilasi dan
akomodasi

ASIMILASI

Proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema


yang sedia ada
Seperti menambah data baru ke dalam fail data yang
sedia ada
Data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia
ada
Oleh itu, asimilasi melibatkan percubaan memahami
sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke
dalam sesuatu yang kita telah ketahui (Woolfolk, 1998)
Contoh; pada peringkat permulaan, seorang kanakkanak akan memikirkan seekor hamster bagaikan
seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut
akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan
skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti
binatang

AKOMODASI

Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang


ada dalam memberi respon kepada situasi baru
Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada
atau membentuk skema baru dalam memberi
respon baru kepada maklumat baru
Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan
skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan
pemikiran kita
Contoh; Dalam kes tadi, kanak-kanak tersebut
akan tambahkan skema baru untuk mengenali
hamster kepada sistem lain untuk mengenal
pasti binatang ini dikatakan akomodasi

KESIMPULAN

Pembelajaran berlaku apabila manusia dari semasa ke


semasa, mengubah kefahaman dalaman mereka
tentang dunia semasa mereka menemui bukti luaran
yang bercanggah dengan kefahaman awal mereka
Guru mempunyai peranan penting dalam menyediakan
murid dengan pengalaman yang akan membantu
mereka membina kefahaman yang lebih tepat tentang
bagaimana persekitaran dan dunia berfungsi
Tokoh-tokoh lain seperti Vygotsky, Gagne, Bruner dan
Ausubel

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori ini berdasarkan pendekatan behavioris


atau teori pembelajaran Bandura (1977)
Ia menekankan pembelajaran berdasarkan
faktor sosial
Manusia berfikir dan bertingkah laku melalui
pemerhatian terhadap orang lain dan meniru
tingkah laku yang boleh memberi manfaat
kepadanya
Bandura menamakan ini sebagai
pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran
melalui model

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari


melalui pemerhatian terhadap model
Melalui proses pemerhatian terhadap orang lain,
seseorang individu membentuk satu idea
bagaimana kelakuan dilaksanakan dan apakah
kesannya
Manusia boleh belajar daripada contoh sebelum
melaksanakan sendiri, tidak memerlukan
percubaan dan tidak membuat kesilapan

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Menurut Bandura, terdapat 4 elemen


penting dalam pembelajaran pemerhatian
yang perlu dipertimbangkan;
i. memberi perhatian/tumpuan
ii. mengekalkan maklumat/penyimpanan
iii. menghasilkan tingkah laku
iv. motivasi dan peneguhan

i. Memberi perhatian/tumpuan

Kita harus memberi tumpuan (attention) kepada


tingkah laku model untuk membolehkan kita
mempelajarinya
Bandura & Walters (1963) menekankan bahawa
hanya dengan memerhati orang lain,
pembelajaran boleh berlaku
Sama ada subjek memberi perhatian atau
tumpuan tertakluk kepada faktor seperti nilai,
harga diri dan sikap yang dimiliki oleh model
tersebut

ii. Mengekalkan maklumat /


penyimpanan
Kita juga harus mengenkod peristiwa itu
dalam sistem ingatan (retention)
Ini membolehkan kita melakukan peristiwa
itu kelak bila diperlukan atau diingini

iii. Menghasilkan tingkah laku


Kita juga mesti mempunyai kebolehan
mewujudkan atau menghasilkan apa yang
disimpan dalam bentuk tingkah laku
(reproduction)
Bagi sesetengah tingkah laku, kemahiran
motor diperlukan untuk mewujudkan
komponen-komponen tingkah laku yang
telah diperhatikan

iv. Motivasi dan peneguhan


Kita juga memerlukan motivasi
(motivation) yang secukupnya untuk
menghasilkan tingkah laku yang tertentu
Pemberian peneguhan akan merangsang
dan menyebabkan kita mempunyai sebab
untuk melakukan tingkah laku tertentu dan
mempunyai keinginan untuk meniru

Maklumat lanjut:

1.

2.

http://tip.psychology.org/bandura.html
Soalan yang relevan:
Bagaimanakah teori ini boleh memberi
penjelasan mengenai isu-isu merokok, bohsia
dan gangsterisme di kalangan remaja di
negara kita?
Apakah kaitan antara keganasan di TV dan
tingkah laku kanak-kanak?

TEORI HUMANISTIK

Psikologi humanistik mempunyai banyak


pendekatan yang berbeza, berkongsi beberapa
pegangan;
Manusia

berbeza dengan haiwan


Manusia bercirikan kesedaran mereka sebagai insan
yang unik
Manusia mempunyai potensi yang unggul, dan
mereka berusaha sedaya upaya untuk
mengembangkan potensi tersebut dengan
sepenuhnya

Dua ahli psikologi yang terkemuka dalam teori


humanistik ini adalah Abraham Maslow dan
Carl Rogers

TEORI HUMANISTIK

Pendekatan humanistik menekankan


keseluruhan murid berkaitan dengan aspek
emosi dan sosial kehidupan murid
Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid
bermotivasi secara semula jadi untuk belajar,
dengan syarat pengalaman pendidikan adalah
bermakna
Pendekatan ini juga menekankan kepentingan
peranan guru dalam memberi sokongan dan
mengambil berat
Guru perlu menerangkan sebab sesuatu perkara
dengan cara tertentu

TEORI KONSTRUKTIVISME

Pendekatan terkini
Teori ini berpendapat bahawa murid membina
pengetahuan berasaskan pengalaman mereka
Setiap

murid membina makna semasa mereka

belajar
Murid membina makna secara aktif melalui
interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial

TEORI KONSTRUKTIVISME

Manusia perlukan peluang untuk meneroka dan


mengkaji
Contohnya; kanak-kanak bermain bola,
kemudian bola itu jatuh berulang kali. Tanpa
disedari kanak-kanak tersebut membuat uji kaji
berkaitan hukum graviti
Oleh itu, guru perlu menyediakan peluang untuk
muridnya menguji pendapat baru,
mengembangkan maklumat, menyelesaikan
masalah harian dan mencipta respon baru
terhadap sesuatu situasi

TEORI KONSTRUKTIVISME

Vygotsky banyak menekankan tentang


konstruktivisme sosial, di mana ilmu
pengetahuan yang dibina berdasarkan kepada
interaksi sosial, alat budaya dan aktiviti yang
membentuk pembinaan dan pembelajaran
individu
Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan
zon proksimal, di mana kanak-kanak boleh
menyelesaikan sesuatu masalah dengan
bantuan (scafolding) orang dewasa, guru atau
rakan sebaya yang lebih berkebolehan

PRINSIP PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME

Pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana


murid mengguna input sensori untuk membinanya
Murid belajar cara belajar semasa belajar. meliputi
membina makna dan membina sistem makna
Aktiviti pembelajaran melibatkan minda, tindakan fizikal
dan pengalaman langsung
Pembelajaran melibatkan bahasa. Vygotsky menyatakan
bahawa bahasa dan pembelajaran saling berhubung kait
Pembelajaran adalah aktiviti sosial. Pembelajaran
berkaitan dengan manusia lain, guru, rakan sebaya, dan
lain-lain hubungan

Maklumat lanjut:

1.

2.

http://tip.psychology.org/theories.html
Soalan yang relevan:
Dalam pendekatan pengajaran
konstruktivisme, guru perlu menggalakkan
pelajar supaya aktif. Terangkan ciri-ciri guru
yang mengamalkan konstruktivisme.
Lakarkan sebuah peta minda untuk semua
teori pembelajaran. Carikan kelebihan dan
kelemahan setiap teori.

TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIORIS
KOGNITIF
SOSIAL
HUMANISTIK
KONSTRUKTIVISME

Implikasi Teori-teori Pembelajaran


dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kaitkan peristiwa yang positif dan


menyenangkan dengan tugasan
pembelajaran. Dalam aktiviti bilik darjah,
tekankan kerja kumpulan dan kerjasama
dalam pembelajaran

Implikasi Teori-teori Pembelajaran


dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Guru perlu membentuk respon yang betul,


untuk membolehkan kanak-kanak
menyebut dan menulis respon dengan
betul. Guna pembelajaran yang
diprogramkan di mana tugasan
dibahagikan kepada langkah-langkah kecil
dan diorganisasikan dalam urutan yang
sistematik

Implikasi Teori-teori Pembelajaran


dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bantu murid membuat banding beza


situasi untuk mengenal pasti perbezaan
dan persamaan. Ini membolehkan mereka
membuat diskriminasi dan generalisasi
dengan tepat

Implikasi Teori-teori Pembelajaran


dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Memberi pujian secara jelas dan


sistematik. Guru perlu menentukan
bahawa pujian diberi dengan betul
bersesuaian dengan tingkah laku

Implikasi Teori-teori Pembelajaran


dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Hargai pencapaian murid atas usaha dan


kebolehan mereka. Beri peneguhan
kepada murid bagi membina keyakinan
mereka dalam mencapai kejayaan

You might also like