You are on page 1of 6

BAB 9: SEBATIAN KARBON

1. Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi juzuk unsur karbon.


2. Sebatian organik ialah sebatian yang sumber aslinya ialah organisma dan mempunyai satu atau
lebih atom karbon sebagai juzuk utamanya.
3. Sebatian tak organik ialah sebatian yang tidak tergolong dalam kumpulan sebatian organik.
4. Sebatian tak organik yang mgd karbon ialah sebatian karbonat, sebatian hidrogen karbonat,
sebatian sianida, sebatian karbida gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.
5. Pembakaran sebatian organik dengan bekalan oksigen yang berlebihan atau mencukupi akan
menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Pembakaran lengkap berlaku.
6. Pembakaran sebatian organik dgn bekalan oksigen yang tidak mencukupi atau berkurangan
akan menghasilkan campuran gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida, air dan jelaga.
Pembakaran tidak lengkap berlaku.
7. Hidrokarbon ialah sebatian kimia yang hanya terdiri daripada unsur Hidrogen dan unsur
Karbon.
8. Satu atom H hanya akan membentuk satu ikatan tunggal. Setiap atom C pula akan mempunyai
4 ikatan sahaja.
9. Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon yang semua atom karbonnya terikat ant satu sama lain
melalui ikatan kovalen tunggal sahaja. alkana
10. hidrokarbon tidak tepu ialah hidrokarbon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan
kovalen berganda antara atom karbonnya.
11. Alkana ialah satu siri homolog hidrokarbon yang hanya terdiri daripada unsur hidrogen dan
unsur karbon.sahaja dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n+2). Ahli pertamanya ialah
Metana.
12. Alkena ialah satu siri homolog hidrokarbon yang hanya terdiri daripada unsur karbon dan
hidrogen sahaja dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n).
13. Alkohol ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi
OH dan diwakili dengan formula am C(n)H(2N+1)OH.
14. Asid Karbosilik ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi
COOH dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n+1)COOH.
15. Ester ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi COO dan diwakili
dengan formula am C(n)H(2n+1)C(m)H(2m+1).

15. Sifat fizik kumpulan homolog hidrokarbon.


SIFAT FIZIK
SAIZ MOLEKUL
TAKAT DIDIH
DAN TAKAT
LEBUR
KEADAAN FIZIK
KETUMPATAN
KETERLARUTAN
AIR
KETERLARUTAN
PELARUT
ORGANIK
KEKONDUKSIAN
ELEKTRIK

ALKANA

ALKENA

ALKOHOL

Bertambah

Bertambah

Bertambah

ASID
KARBOKSILIT
Bertambah

Bertambah

Bertambah

Bertambah

Bertambah

4 gas 5 cecair dan


seterusnya pepejal
Bertambah

3 gas 5 cecair dan


seterusnya pepejal
Bertambah

12 cecair dan
seterusnya pepejal
Bertambah

Tidak

Tidak

3 ahli pertama

9 cecair dan
seterusnya pepejal
Bertambah
HC yg berantai
pendek

Larut

Larut

Larut

HC yg berantai
panjang

Tidak

Tidak

Tidak

Tidak

16. Takat lebur dan takat didih semakin bertambah kerana saiz molekul semakin bertambah. Jadi
daya tarikan van der waals antara molekul semakin bertambah kuat.
Oleh itu lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan tersebut.
17. Ketumpatan juga bertambah kerana jisim molekul bertambah. Semakin bertambah jisim
molekul semakin kuat daya tarikan antara molekul maka semakin padat molekul HC tersebut.
18. Semua alkana dan alkena tidak larut dalan air kerana rantai hidrokarbon adalah hidrofobik
tetapi dapat larut dalam pelarut organik. Hanya rantai hirdrkarbon alkohol dan asid karbosilik
yang pendek sahaja larut dalam air kerana dipengaruhi oleh kumpulan berfungsinya.
19. Formula struktur sesuatu bahan ialah formula kimia yang menunjukkan cara atom-atom
diikat melalui ikatan kovalen antara satu sama lain dalam satu molekul bahan tersebut.
20. Sifat kimia alkana:
Alkana adalah tidak reaktif secara kimia dan bersifat neutral.
Tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila ditindak balas dengan asid HCl, NaOH,
KMnO(4) berasid dan air bromin.
Pembakaran alkana terbahagi kepada pembakaran lengkap dan pembakaran tidak
lengkap.
Mengalami tindak balas penukargantian dengan syarat kehadiran UV dan hanya akan
bertindak balas dgn Cl, Br dan I.
21. Sifat kimia alkena:
Bersifat neutral. Lebih reaktif daripada alkana
Dapat mengalami pembakaran lengkap dan pembakaran tidak lengkap\
Mengalami penghidrogenan dgn syarat adanya mangkin platinium / nikel yang panas.
Hasilnya alkenaalkana.

Mengalami penghalogenan dgn air klorin dan bromin untuk menghasilkan dibromoalkana
/ dikloroalkana.
Mengalami penghalidaan dgn HCl, HBr dan HI untuk menghasilkan halogenoalkana
Mengalami penghidratan dgn penambahan stim(air) pada suhu dan tekanan yang tinggi di
makmal manakala secara industri adalah dgn menggunakan mangkin asid fosforik pd
suhu 300C dan tekanan 60atm. Alkohol akan dihasilkan.
Mengalami pengoksidaan[KMnO(4)] untuk menghasilkan alkana-diol.
*alkana dan alkena dapat dibezakan melalui tindak balas pengoksidaan oleh air bromin dan
Kalium mannganat(VII)
22. Proses penyediaan alkohol:
Alkohol dapat disedikan di makmal melalui proses penapaian karbohidrat danjuga
melalui industri secara besar-besaran.
Proses penapaian ialah proses penguraian molekul organik yang besar kepada molekulmolekul yang lebih kecil dgn bantuan enzim yang dihasilkan oleh mikroorganisma.
Secara industri alkohol dapat disediakan dengan mangalirkan campuran etana dgn stim
melalui mangkin asid fosforik pd suhu 300C dan tekanan 60atm.
23. Sifat kimia alkohol:
Bersifat neutral.
Boleh terbakar dengan lengkap atau tidak lengkap
Mengalami pengoksidaan oleh agen pengoksidaan[KMnO(4)] atau [K(2)CrO(7)] untuk
menghasikan asid karboksilik
Mengalami pengdehidratan dengan membuangkan molekul air untuk menghasilkan
alkena. Memerlukan mangkin serpihan porselin panas.
24. Penyediaan asid karbosilik:
Dalam makmal malalui proses pengoksidaan
Dalam industri melalui proses peretakan petroleum dan pemanasan gas asli.
25. Sifat kimia asid karbosilik:
Merupakan sejenis asid dan menunujukkan sifat asid.
Bertindak balas dgn bes, logam, karbonat logam seperti t/b asid dan alkali.
Bertindak balas dgn alkohol dan kehadiran mangkin asid sulfurik utk menghasilkan ester.
s
26. Penghasilan ester:
Melalui proses pengesteran ant asid karbosilik dan alkohol di dalam makmal secarqa
refluks dan asid sulfurik bertindak sebagai mangkin.
Air akan disingkirkan. Jadi proses ini juga dikenali sebagai tindak balas kondensasi.
* isomerisme ialah satu fenomena di mana dua atau lebih molekul mempunyai atom-atom yang
sama tetapi susunan mereka berlainan.
*isomer merupakan molekul-molekul yang mempunyai formula molekul yang sama tetapi
formula struktur yang berlainan

27. Lemak ialah sekumpulan sebatian organik semula jadi yang terdiri daripada ester.
30. Terbahagi kepada dua jenis iaitu lemak dan minyak.
LEMAK
PERSAMAAN
MINYAK
Terdiri drpd hidrogen karbon dan oksigen.
Merupakan molekul ester yang besar.
PERBEZAAN
Haiwan
SUMBER
Tumbuhan
Pepejal
KEADAAN FIZIK
Cecair

31. Lemak dihasilkan daripada proses pengesteran ant satu molekul gliserol dengan tiga molekul
asid lemak. Lemak merupakan propan-1,2,3-triol
32. Asid lemak tepu ialah asid lemak yang hanya mempunyai ikatan tunggal sahaja. Lemak yang
mgd asid lemak tepu dikenali sebagai lemak tepu.
33. Asid lemak tak tepu ialah asid lemak yang mgd sekurang-kurangnya satu ikatan dubel.
Lemak yang mengandungi asid lemak tak tepu dikenali sebagai lemak tak tepu.

34. Perbezaan ant lemak tepu dan lemak tak tepu


LEMAK TEPU
Asid lemak tepu

ASPEK
JENIS ASID LEMAK

Ikatan tunggal shj

JENIS IKATAN

Maksimum
Tinggi
Pepejal
Haiwan
Tinggi

KANDUNGAN ATOM
HIDROGEN
TAKAT LEBUR
KEADAAN FIZIK
SUMBER
KANDUNGAN KOLESTEROL

LEMAK TAK TEPU


Asid lemak tak tepu
Sekurang-kurangnya satu ikatan
dubel
Masih boleh menerima Hidrogen
Rendah
Cecair
Tumbuhan
Rendah

35. Penghidrogenan merupakan tindak balas penambahan hidrogen yang menukarkan lemak tak
tepu kepada lemak tepu dengan syarat kehadiran mangkin nikel.
36. Pengekstrakan minyak sawit secara industri
1. pensterilanbuah sawit dikukus pd suhu 140C selama 7590minit
2. pengasinganmengasingkan buah daripada tandan
3. pencernaandiputar dgn kuat dlm stim utk menanggalkan sabut
4. pemerahan minyakbuah ditekan dan minyak yg terhasil akan diasingkan drpd gentian
sabut &biji sawit
5. penulenancampuran dibiarkan terenap dan minyak pd lapisan atas dikeluarkan

6. pengeringanminyak tersebut diemparkan dgn laju dan dihantar ke kebuk pengeringan


vakum utk dikeringkan.
7. penapisanmenyingkirkan warna,gam dan bau. Hasil yg diperoleh berwarna keemasan.
8. pemeringkatanmengasingkan trigliserida yg bertakat didih daripada trigliserida yang
bertakat didih.
37. Kebaikan minyak sawit ialah:
selamat untuk kesihatan
kaya dgn beta-karotena
dapat meningkatkan aras kolesterol yang berfaedah dan menurunkan aras kolesterol yang
berbahaya
mengurangkan kecenderungan darah membeku
daya tahan yang tinggi terhadap pengoksidaan
tidak mempengaruhi rasa dan bau masakan
38. Pempolimeran ialah proses penghasilan polimer . Terdapat dua jenis polimer iaitu polimer
semula jadi dan polimer sintetik. Polimer semula jadi getah asli.
39. Getah asli merupakan polimer penambahan yang dihasilkan daripada gabungan monomermonomer isoprena(2-metil-1,3-diena) untuk membentuk poliisoprena.

40. Penggumpalan lateks:


molekul-molekul polimer getah diselaputi oleh membran protein yg membawa cas
negatif.
Jadi semua zarah getah adalah bercas negetif. Maka wujud daya tolakan antara zarah
getah dan menghalang penggumpalan.
Apabila asid ditambah, cas negatif membran protein dinyahcaskan dan daya tolakan
zarah koloid dihapuskan,
Pelanggaran berlaku ant zarah getah dan ini akan memecahkan membran protein.
Polier-polimer getah terbebas dan bergabung menghasilkan gumpalan.
*cara mengelakkan gumpalan ialah dgn menambahkan ammonia ke dalan lateks untuk
meneutralkan asid drpd bakteria dan kulat(asid laktik).
41. Getah tervulkan ialah getah yang telah ditindakan dengan sulfur. Dapat dihasilkan dengan
memanaskan getah asli dengan serbuk sulfur.
42. Barangan getah ini dapat divulkan dengan mendedahkannya kepada wasap disulfur
diklorida(dalam larutan metilbenzena) untuk jangka masa tertentu.
43. Sulfur akan bertindak balas dgn ikatan dubel pada rantai polimer polimer getah untuk
membentuk ikatan CSSC antara rantai polimer. Ini dapat menghalang polimer-polimer
getah daripada bergelongsor.

44. Kehadiran rangkai silang sulfur menyebabkan getah tervulkan mempunyai lebih banyak
kelebihan. Antaranya :
lebih kuat : daya tahan regangan yang tinggi dan tidak mudah putus.
Lebih tahan haba
Lebih tahan kepada pengoksidaan

You might also like