You are on page 1of 37

SBW 206

K14 HALATUJU BARU DASAR


PEMBANGUNAN

Rumusan daripada economic histories (EPU) dan ringkasan eksekutif MEB

FALSAFAH PEMBANGUNAN NEGARA


Sebuah negara yang mengamalkan dasar
ekonomi terbuka;
Sebuah negara berbilang etnik;
Sebuah sistem ekonomi campuran; dan
Sebuah negara persekutuan yang mengandungi
13 negeri, termasuk tiga wilayah persekutuan.

FASA PEMBANGUNAN DI MALAYSIA


Fasa Pertama Kemerdekaan, 1957-1970
Pertumbuhan Tinggi dengan Tempoh
Ekuiti, 1971-1983
Penstrukturan Semula, 1984-1990
Kemakmuran dan Kesukaran 1991 2000
Ke Arah Keutuhan dan Daya Saing Negara,
2001 - 2010

FASA PERTAMA KEMERDEKAAN, 19571970

1957

Aktiviti ekonomi negara adalah berasaskan komoditi


utama dengan pergantungan tinggi kepada getah dan
timah.
Menyumbang sebanyak 70%kepada jumlah pendapatan
eksport, 28 %kepada pendapatan kerajaan dan 36
%kepada jumlah pekerjaan.
1957 -1970, ekonomi berkembang sebanyak 6 % setahun
dengan sektor swasta menjadi penyumbang utama kepada
pertumbuhan ekonomi.
Beri tumpuan kepada mengembangkan dan memodenkan
pengeluaran pertanian serta menekankan pembangunan
luar bandar.
Penggantian import adalah strategi yang digunakan untuk
menggalakkan pembangunan industri yang memberi
tumpuan kepada industri berasaskan sumber seperti getah
dan timah.

1960an
Asas

ekonomi yang lebih luas dan kukuh (kemajuan dalam


pertanian dan perkilangan termasuk utiliti, perkhidmatan dan
sektor-sektor lain ).

1970 an

Sumbangan

eksport barangan dan perkhidmatan kepada KNK


menurun daripada 52.6 %pada tahun 1960 kepada 45.1% pada
tahun 1970

Sumbangan

getah dan timah dalam eksport keseluruhan


barangan juga menurun daripada 70% kepada 53% dalam
dekad tersebut.

Fasa

pertama daripada transformasi ekonomi Malaysia, iaitu


kepelbagaian pertanian, telah menampakkan kesan iaitu kayu
balak dan minyak kelapa sawit muncul sebagai komoditi
eksport terpenting.

Penemuan

telaga minyak di pesisir pantai Sarawak,


pengeluaran petroleum mentah pula semakin penting.
Pertumbuhan sebanyak 6% setahun bagi tempoh tersebut
adalah melepasi sasaran 5% yang ditetapkan oleh
Pembangunan Dekad PBB bagi negara-negara sedang
membangun.

PERTUMBUHAN TINGGI DENGAN


TEMPOH EKUITI, 1971-1983

Ekonomi telah meningkat kukuh, kedudukan kemiskinan dan jurang


pendapatan di antara pelbagai kaum telah menimbulkan ketegangan
dalam masyarakat.
Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990 telah digubal dengan dua
matlamat iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat.
Falsafah asas DEB adalah pertumbuhan dengan ekuiti dan
perpaduan nasional.
Perlaksanaan program pembasmian kemiskinan:
Menyediakan input dan kemudahan yang lebih baik di kawasan
pertanian
Menyerapkan keluarga miskin ke dalam pertanian moden dan lainlain sektor melalui penyediaan peluang pekerjaan yang produktif.
Menyediakan perkhidmatan sosial seperti kemudahan pendidikan,
kesihatan, perumahan dan air serta elektrik turut disediakan.

Penyusunan semula masyarakat


Usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara etnik
Antara langkah yang diambil:

Penubuhan agensi amanah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA),


Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC), Perbadanan
Nasional (PERNAS) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB),
Menyediakan peluang dan ruang kepada Bumiputera untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti berasaskan perdagangan.
Strategi untuk pembelajaran dan latihan pantas menyediakan
peluang kepada pelajar-pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk
mengikuti kursus-kursus profesional, pengurusan dan teknikal, sama
ada di dalam institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Awal 80an
Pertumbuhan negara mula perlahan :
Kemelesetan ekonomi dunia yang berpanjangan
Kejatuhan harga minyak kali kedua pada tahun1979. Kejatuhan
harga komoditi eksport telah memberi kesan negatif kepada
pertumbuhan ekonomi dan pendapatan eksport.
Akibatnya, Malaysia mengalami defisit berkembar yang berkaitan
dengan belanjawan Kerajaan dan imbangan bayaran negara.

PENSTRUKTURAN SEMULA, 1984-1990

Rentetan krisis ekonomi pada awal 1980an, mulai 1983


beberapa langkah dilaksanakan bagi penstrukturan
semula ekonomi seperti:

Mengawal perbelanjaan sektor awam untuk mengurangkan


defisit fiskal (strategi pertumbuhan dipacu oleh sektor
swasta).
Memperkenalkan liberalisasi dan deregulasasi ekonomi serta
menambahbaikan dasar dan insentif pelaburan untuk
menggalakkan penglibatan sektor swasta yang lebih rancak.
Melaksanakan pembaharuan pentadbiran dan institusi untuk
mempertingkatkan daya kecekapan sektor awam.
Memperkenalkan penswastaan agensi dan perusahaan sektor
awam telah diperkenalkan.

Penekanan dasar diorientasikan semula ke arah membekalkan


perkhidmatan infrastruktur dan sokongan untuk mewujudkan
persekitaraan yang kondusif kepada sektor swasta untuk terus
berkembang.
Mengurangkan secara beransur-ansur penglibatan langsung dalam
aktiviti ekonomi yang mana sesetengah keadaan telah bersaing terus
dengan sektor swasta.

Peringkat awal, pengurangan penglibatan sektor awam dalam ekonomi serta


kedudukan ekonomi luaran yang lemah telah memberi kesan negatif kepada
ekonomi negara.
1987 ekonomi negara semakin pulih dan terus berkembang pesat dengan
mencatat pertumbuhan sebanyak 9.3% setahun bagi tempoh 1988-90 - Rekod
pencapaian tertinggi sejak kemerdekaan.
Pendapatan per kapita meningkat pada tahun 1990.
Kedudukan fiskal kerajaan hampir seimbang pada tahun 1990 dan imbangan
pembayaran negara beralih kepada lebihan dengan mencatat RM6.6 bilion atau
7.9 peratus kepada KNK pada tahun 1987.
1989- sumbangan sektor swasta kepada pertumbuhan ekonomi telah mengatasi
sektor awam, menjadikan ekonomi Malaysia dipacu oleh sektor swasta.
Sektor pembuatan mencatat pertumbuhan terpantas dengan kadar
pertumbuhan 10.4% setahun dan menyumbang 22.6% kepada KDNK,
mengatasi sumbangan sektor pertanian.
Kepelbagaian ekonomi lebih meluas kepada industri yang lebih maju kemuncaknya ialah pengeluaran kereta nasional.
Pada akhir tempoh DEB, ekonomi telah kembali kepada landasan pertumbuhan
yang tinggi dengan pemulihan kestabilan fiskal dan kewangan, imbangan
pembayaran yang lebih kukuh dan pengurangan beban hutang luar negara.
Kemasukan dana modal luar pula adalah lebih besar daripada yang pernah
dialami sebelumnya.

KEMAKMURAN DAN KESUKARAN 1991


2000

1990an

pertumbuhan ekonomi yang pantas


Persekitaraan ekonomi makro yang kondusif telah berjaya menarik
kemasukan pelaburan yang besar dan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.

Wawasan 2020 yang membayangkan Malaysia menjadi negara maju


dengan acuannya sendiri pada tahun 2020.
Permulaan Dasar Pembangunan Negara (DPN).

Dasar ini yang dibina atas gagasan Dasar Ekonomi Baru (DEB), meletakkan
pembangunan seimbang di dalam kerangka pembangunan ekonomi yang
berkembang pantas dengan ekuiti sebagai teras utamanya.
Fokus strategi:

pembasmian kemiskinan kepada pembasmian miskin tegar di samping


mengurangkan kemiskinan umum;

pengwujudan lebih banyak peluang pekerjaan;

peningkatan penyertaan Bumiputera yang lebih bermakna di dalam


sektor ekonomi moden melalui pengukuhan komuniti Perdagangan dan
Industri Bumiputera;

penglibatan sektor swasta yang lebih besar dalam proses penstrukturan


penyertaan Bumiputera

Pembangunan modal insan.

Krisis Kewangan Asia 1997/98 menjejaskan momentum


pertumbuhan ekonomi negara
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ditubuhkan pada 7
Januari 1998 - menasihati Kerajaan mengenai langkah dan
strategi untuk membendung kemerosotan ekonomi yang
semakin teruk dan merancakkan semula pertumbuhan
ekonomi.
Pada 23 Julai 1998, MTEN telah melancarkan Pelan
Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) yang mengandungi 6
objektif dan 40 tindakan bertujuan:
menstabilkan nilai Ringgit
memulihkan keyakinan pasaran
mengekalkan kestabilan sistem kewangan
memperkukuh asas ekonomi makro, meneruskan agenda
sosio ekonomi
memulihkan semula sektor yang terjejas teruk oleh krisis.
1 September 1998, langkah telah diambil untuk menstabilkan
ekonomi dan kadar pertukaran melalui kawalan modal dan
penambatan Ringgit pada kadar RM3.80 bagi USD1.

KE ARAH KEUTUHAN DAN DAYA SAING


NEGARA, 2001 - 2010

2001-Dasar Wawasan Negara (DWN) dilancarkan

Pembangunan dekad kedua Wawasan 2020. Tumpuan kepada:

Pelaksanaan Pakej Strategi Baru pada bulan Mei 2003. 4


strategi telah digaris iaitu:

Meningkatkan keutuhan dan berdaya saing negara.


Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan
berpengetahuan
Menjana pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh sumber dan kekuatan
domestik,
Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti
sekurang-kurangnya 30 % pada 2010.

Menggalakkan pelaburan sektor swasta


Memperkukuh daya saing negara
Membangunkan sumber-sumber pertumbuhan baru
Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian

Pakej tersebut berjaya:

Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam aktiviti ekonomi


domestik serta disokong oleh permintaan luar yang lebih kukuh,
Mencatatkan pencapaian pertumbuhan ekonomi yang lebih baik
daripada yang dijangkakan

Perkembangan sebanyak 5.8 % pada tahun 2003 dan 6.8% pada tahun 2004.

Separuh tahun kedua 2008


Ekonomi dunia telah mengalami krisis (Amerika Syarikat dan Jepun telah
mengalami kemelesetan ekonomi)
Keadaan ini semakin meluas pada tahun 2009 dengan hampir semua
negara maju mengalami kemelesetan ekonomi.
Pertumbuhan dunia pada menyederhana menyebabkan permintaan ke
atas eksport merosot lebih daripada 10% dan akhirnya ekonomi telah
meleset sebanyak 1.6% pada tahun 2009.
Bagi menangani krisis ini, kerajaan telah melaksanakan dua Pakej
Ransangan Ekonomi (PRE),

Dengan langkah ini, ekonomi berjaya mencatat pemulihan 7.2 % pada


tahun 2010.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2011, ekonomi dunia lagi sekali


menyederhana akibat:

RM7 bilion bagi PRE I


RM60 bilion bagi PRE II

Krisis hutang berdaulat yang berlaku di kawasan Euro, terutamanya bagi negera Potugal,
Ireland, Greece, dan Sepanyol (PIGS).
Kesan negatif masalah ekonomi di Amerika Syarikat, seperti penganguran yang tinggi,
hutang negara yang besar serta defisit yang terus melebar.

Menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya pada tahun 2011


Pada tahun 2012, ekonomi berjaya mencatatkan pertumbuhan yang
memberangsangkan dan lebih tinggi, iaitu melebihi 5% berbanding dengan
sasaran antara 4% hingga 5%.

MODEL EKONOMI BARU

Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak


dicapai
Ekonomi

melalui
(PTE)

Program

Transformasi

merupakan

satu

tonggak

utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah


status negara maju sejajar dengan matlamat
Wawasan 2020

EMPAT TONGGAK TRANSFORMASI NEGARA

KEPENTINGAN MEB
Memastikan pembangunan ekonomi akan terus
mampan dalam jangka panjang dan dinikmati
oleh setiap rakyat serta membolehkan Malaysia
meraih status negara berpendapatan tinggi
Pemangkin untuk membebaskan potensi
pertumbuhan Malaysia- membolehkan sektor
swasta cerdas dan memberikan sumbangan
penuh kepada pertumbuhan.
Merapatkan jurang perbezaan ekonomi yang
meluas di Sabah dan Sarawak serta di kawasan
luar bandar di Semenanjung.

MATLAMAT MEB

DI MANA KEDUDUKAN MALAYSIA

Malaysia-ekonomi kecil dan terbuka

Mudah terkesan dengan kejutan luar seperti:

Turun naik harga komoditi antarabangsa-impak terhadap


harga domestik
Eksport yang mungkin akan ketingalan dengan membawa
kesan negatif terhadap guna tenaga dn pendapatan negara

Jentera ekonomi yang bergerak perlahan selepas


krisis kewangan 1997-1998

Kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di


rantau Asia semakin terhakis
Peranan pelabur swasta yang kurang menggalakkankemerosotan KDNK.

Prosedur birokrasi yang rumit dan lembab-sukar


untuk menjalankan perniagaan di Malaysia

Kehilangan daya tarikan sebagai destinasi pelaburan

Struktur eksport:

Kebanyakannya tertumpu kepada produk E&E dan


komoditi utama (eg: petroleum dan minyak sawit)
Kandungan import yang banyak dalam eksport
pembuatan, nilai tambah kepada produk akhir
adalah rendah

Kewujudan pekerjaan yang berupah tinggi


kurang dan sumbangan pekerja mahir merosot
merentas industri

Majikan bergantung kepada bekalan pekerja asing


yang tidak mahir

Kekurangan kreativiti dan inovasi pekerja

Melembabkan produktiviti
Selepas krisis kewangan di Asia, Malaysia hilang
kedudukan unggul sebagai peneraju pertumbuhan
produktiviti pekerja

Rekod prestasi yang lemah bagi inovasi domestik di


malaysia dicerminkan oleh bilangan penyelidik yang
secara perbandingannya adalah rendah
Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P)
yang rendah menyebabkan kurangnya inovasi dalam
sektor perindustrian dan sektor eksport

Situasi modal insan yang kritikal

Kadar penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang


mahir meningkat
Bilangan expatriat yang bekerja di negara ini
merosot
Sistem pendidikan yang tidak menghasilkan
kemahiran yang dikehendaki oleh firma

80% daripada tenaga kerja Malaysia hanya memperolehi


SPM (2007)
Kekurangan kemahiran
Rungutan tentang kurangnya kreativiti dan kemahiran
berbahasa Inggeris

Malaysia tersekat dalam perangkap pendapatan


sederhana

Jurang di antara penduduk kaya dan miskin yang


semakin lebar
DEB telah berjaya mengurangkan paras kemiskinan
merentasi etnik
Namun ketaksamaan kekal menjadi cabaran bagi
Malaysia

Kaji selidik pendapatan isi rumah menunjukkan bahawa


pertumbuhan pendapatan hanya KUKUH bagi isi rumah
yang tergolong dalam 20% teratas
Isi rumah dalam kumpulan 40% terendah mengalami
pertumbuhan purata yang paling perlahan, dengan meraih
kuranng daripada RM1500 sebulan pada tahun 2008

Perangkap pendapatan sederhana

Dari segi sejarah negara berpendapatan rendah mudah


untuk beranjak kepada status pendapatan sederhana
apabila mereka memanfaatkan sumber asli atau kelebihan
kos rendah mereka untuk menarik pelaburan. Namun
kelebihan kos rendah ini berlaku buat seketika dan akan
berakhir apabila puast kos renah yang lain pula muncul
Kelemahan ini menghalang Malaysia untuk keluar dari
perangkap pendapatan sederhana.
Hampir semua ekonomi di asia timur kini bersedia untuk
mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi
NAMUN.Malaysia mengalami risiko penurunan
berterusan yang memugkinkan berlakunya kelembapan
yang memeritkan
DEB- perlaksanaannya secara tidak langsung
meningkatkan kos menjalankan perniagaan disebabkan
merentir (rent-seeking) dan kuasa naungan (patronage)
dan proses perolehan kerajaan yang tidak telus.

Sistem subsidi mengakibatkan berlakunya


penyalahuntukan sumber
Penentuan harga bagi barangan dan perkhidmatan
keperluan di Malaysia tidak mencerminkan harga
pasaran
Sektor swasta tidak melabur dalam produk dan
perkhidmatan yang akan mendorong pertumbuhan
masa depan

Hal ini dicerminkan oleh pelaburan yang rendah dalam


P&P

APAKAH KELEBIHAN YANG ADA PADA


MALAYSIA?
Tidak miskin dan memiliki infrastruktur yang
baik
Peneraju dalam bidang pembuatan E&E dan
eksport sumber asli utama
Berjaya mewujudkan asas pembuatan bertaraf
dunia- Kini bersedia untuk lompatan teknologi
ke arah industri teknologi termaju yang lebih
berinovatif dan memiliki nilai tambah
pendapatan yang lebih tinggi
Lokasi yang terletak di tengah-tengah rantau
yang rancak berkembang- berupaya menarik
pelaburan untuk mewujudkan hab
pengangkutan dan logistik-tarik PLA

Malaysia merupakan model kepelbagaian


budaya, etnik dan biologi.

Kepelbagaian rangkaian bahasa membantu untuk


menyokong pembangunan pelancongan dan
hubungan industri dalam pasaran yang sama (China,
India, Asia Barat dan Indonesia)
Kekayaan biodiversiti boleh dimanfaatkan untuk
menjana faedah ekonomi daripada perlancongan,
rekreasi, penggunaan farmaseutikal dan produk
nutrisi.

KEMANA TUJUAN?

Matlamat asas MEB

Melonjak ke arah status berpendapatan tinggi


Sasaran Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita kepada
AS$17,700 menjelang tahun 2020
Pelaburan menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi
melepasi tahun 2020
Menjanakan manfaat untuk semua rakyat Malaysia
Pertumbuhan terangkum
Cabaran: pembentukan langkah berkesan untuk mencapai
keseimbangan antara kedudukan istimewa kaum bumiputrera
dengan kepentingan sah kumpulan yang lain
Tindakan afirmatif:
Menyasarkan bantuan isi rumah kepada kumpulan 40%
yang terendah- 72% ialah bumiputra
Memastikan peluang yang saksama dan adil melalui
proses yang telus
Menyediakan akses kepada sumber berasaskan
keperluan dan merit bagi menambahbaik keupayaan,
pendapatan dan kesejahteraan
Mempunyai rangka kerja institusi yang mantap demi
pemantauan yang lebih baik dan perlaksanaan yang
berkesan

Penyelesaian yang mampu bertahan lama dari


segi ekonomi dan alam sekitar

Komponen kebolehmampanan MEB


Keputusan pelaburan dan dasar hanya akan dibuat
setelah mempertimbangkan keseluruhan impak
jangka panjang terhadap masyarakat, ekonomi dan
alam sekitar
Kebolehmampanan ekonomi:

pembentukan dasar fiskal yang diperlukan bagi melindungi


keseimbangan makroekonomi dan kestabilan kewangan
Pembaharuan sekotor awam

Kebolehmampanan alam sekitar:

Konsep KDNK hijau


Pengawasan dan pemuliharaan berkesan alam semulajadi
terutamanya pengurusan air serta sumber minyak dan gas

Menerima manfaat mutlak: Rakyat

Manfaat untuk perniagaan

PENDEKATAN TERHADAP PEMBANGUNAN


EKONOMI: PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN
LAMA DENGAN MEB

BAGAIMANA CARANYA UNTUK SAMPAI KE


SANA?

BAGAIMANA CARANYA UNTUK SAMPAI KE


SANA?
Kepimpinan mantap dan keazaman politik
Mendapatkan sokongan rakyat untuk bersamasama menggerakkan perubahan
Tolakan besar langkah dan inisiatif dasar
secara serentak
Mengukur pencapaian dan melakukan
penyesuaian ketika perlaksanaan berjalan

Inisiatif pembaharuan strategik (IPS)


o
o

o
o

o
o

IPS 1- menyuburkan kembali sektor swasta


IPS 2- membangunkan tenaga kerja berkualiti dan
mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing
IPS3- mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya
saing
IPS 4: mengukuhkan sektor awam
IPS 5: Tindakan afirmatif yang telus dan mesra
pasaran
IPS 6: Membina infrastruktur berasaskan
pengetahuan
IPS 7: Meningkatkan sumber pertumbuhan
IPS 8: Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan

RUMUSAN
Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam
pembangunan ekonomi dan sosial yang ketara
semenjak beberapa dekad yang lalu. Walau
bagaimanapun
dalam
keadaan
perubahan
persekitaran
persaingan
global,
Malaysia
memerlukan model ekonomi baru untuk menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi. Enjin
pertumbuhan masa lampau yang semakin lemah,
negara
menghadapi
risiko
terjerat
dalam
perangkap pendapatan sederhana. Kedudukan
fiskal negara juga tidak lagi mampan di samping
persaingan global untuk pasaran, modal dan bakat
pula semakin sengit.

Lantas itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP)


yang diperkenalkan merupakan satu perubahan
pendekatan ketara yang bersandarkan kepada
Rancangan Malaysia Kesepuluh serta input
daripada Majlis Penasihat Ekonomi Negara
(NEAC). ETP memberi tumpuan kepada pemacu
pertumbuhan utama atau Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA). Ia diasaskan kepada pertumbuhan
yang diterajui dalam sektor swasta, di mana
dijelaskan tindakan spesifik mengenai dasar dan
pelaburan yang perlu, mempunyai hala tuju
pelaksanaan yang telus dengan pengurusan prestasi
yang mantap.

You might also like