You are on page 1of 1

Nur Atiqah Binti Dzulkeple,

No. 318B, Blok L07 Desasiswa Indah Kembara,


Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden,
Pulau Pinang.

Ketua Pengarah,
Pejabat Perikanan Negeri Perak,
Tingkat 8 & 9,
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

4 September 2015.

Tuan,
Permohonan Mendapatkan Jumlah Penangkapan Hasil Laut Di Kuala Sepetang.
Adalah dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas adalah pelajar yang mengikuti kursus
Kajian Luar Geografi di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
2. Untuk makluman tuan, saya sedang membuat kajian tentang sumbangan perkhidmatan
ekosistem Hutan Paya Laut Matang. Oleh itu, saya memerlukan jumlah hasil laut di sekitar
Matang untuk memperkukuhkan lagi laporan saya iaitu membuktikan ekosistem Hutan Paya
Laut Matang menyediakan sumbangan dalam aspek ekonomi masyarakat setempat.
3. Bersama-sama surat ini saya kepilkan surat akaun daripada pihak universiti. Diharapkan
tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini supaya saya dapat menyiapkan tugasan
projek dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................
(NUR ATIQAH BINTI DZULKEPLE)

You might also like