You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang


Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Telefon : 04-2631472
Tingkat 3, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing Faks : 04-2611726
10300 Georgetown, Pulau Pinang Laman Web : jpnpp.moe.gov.my
Emel : spp@jpnpp.edu.my
_____________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: JPNPP(PEP)600-11/3 Jld.16(31)
Tarikh: 20 Mac 2018

Pengetua
Sekolah Menengah / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan / Maktab Rendah Sains MARA /
Sekolah Swasta / Sekolah Agama Negeri / Sekolah Agama Rakyat
PULAU PINANG

Tuan,

TAKLIMAT PENGOPERASIAN DAN PENJAMINAN KUALITI PELBAGAI INSTRUMEN


PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2018 DAERAH BARAT DAYA, TIMUR LAUT DAN
SEBERANG PERAI SELATAN

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan akan mengadakan taklimat
tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh / Hari : 2 April 2018 / Isnin


Tempat : Dewan Auditorium Sains,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang,
Gelugor, Pulau Pinang.
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang

3. Sehubungan dengan itu, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) dan Ketua Pentaksir Mata
Pelajaran (KPMP) mata pelajaran Sejarah dan Geografi diwajibkan hadir. Peserta layak membuat
tuntutan berdasarkan pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. Sebarang pertanyaan
sila hubungi En.Mohd Nur Azri Bin Kamarudin di talian 04-263 1472 sambungan 109.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Saya yang menurut perintah,

(ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD)


Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan
b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
No. Tel : 04-2631472
No. Faks : 04-2611726
“1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Sila catatkan rujukan jabatan ini apabila berhubung

You might also like