You are on page 1of 3

Laporan Dengan Guru Cemerlang Bahasa Malaysia SK

Batu Tiga, Kluang.

Bersyukur kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu
kerana

dengan

izin-Nya

saya

dan

rakan

seperjuangan

telah

berjaya

menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa Program
Pensiswazahan Guru bagi semester 8 ini iaitu menjalani program Bina Insan
Guru (BIG) pada 25 Februari

2015 setelah terpaksa menghadapi beberapa

kekangan untuk melaksanakan tugasan ini.


Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru
mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara
proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat
sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru.
Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengisi borang guru cemerlang dalam talian.
Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran
kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar
( akademik ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh
jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak
sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada
pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut.
Banyak perkongsian ilmu dan rahsia yang diberikan oleh beliau antaranya
ialah sentiasa memegang prinsip tekun bekerja dengan penuh keiklasan dan penuh
tanggungjawab.Berikan sepenuh komitmen selagi apa yang kita buat tidak
bertentangan dengan etika hidup. Beliau juga mengingatkan agar kita perlu
cemerlang

dalam

semua

bidang

bukan

terhad

dalam

bidang

akademik

sahaja.Antara rahsia beliau ialah beliau berpegang pada prinsip bekerja atas dasar
kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Antara kejayaan yang diperolehi sepanjang Puan Misia menjawt jawatan guru
cemerlang ialah:

1) 2013 Beliau telah melonjakkan peratus BM Kefahaman (96.7%)


- 5 orang murid kelas akhir telah berjaya mendapat A dalam
BM Kefahaman dan BM Penulisan.
Antara Jawatan yang dipegang di peringkat daerah:
1)
2)
3)
4)

Setiausaha SMGC
AJK MGC Negeri
Pertandingan Kajian Tindakan Bahasa Melayu- Tempat Ketiga
JU PPGB

Berikutnya, apa yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua guru
pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Puan Mislia. Semua guru kelihatan
malu malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab dijalankan. Namun,
selepas itu, semua guru bersemangat untuk bertanyakan soalan. Masing masing
tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan
dengan guru cemerlang ini.
Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya
meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga
memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum
mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan
seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya
memahami sesuatu perkara yang diajar.

You might also like