Professional Documents
Culture Documents
Cadangan Peraturan Pemarkahan Bab 2
Cadangan Peraturan Pemarkahan Bab 2
Kedua)
1. Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang
Dunia Kedua.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja
bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah.
Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan
sejak abad ke-19.
Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan
mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja Lela/Rentap /Mat
Salleh.
[7x1m][Maksimum:5 markah]
2. Sebab-sebab penentangan
Dasar penaklukan British
Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar
penaklukan Britishdi daerah mereka.
Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.
Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan politiknya.
Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat
dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa
menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.
Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.
Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan
bagi kepentingannya.
Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan
pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti
perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada
Melaka sebagai ufti.
Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk menakluki Naning.
Dol Said menentang pasukan british.
Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali daripada
Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/DatoKelana Sungai
Ujong/Penghulu Gemencheh.
Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah 150 orang di
bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh,daerah Naning.
Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang menyerang Naning.
Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.
Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.
Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.
b) Kelantan
Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut.
Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada tahun 1910
apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British.
British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang
diperkenalkan.
Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan membayar
cukai.
Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang telah
mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal.
Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu Adam,Haji Said,Che
Ishak,dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya menawannya.
Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari
Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai Raja,Tok Janggut
sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai daerah.
Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa masuk pasukan
tentera dari negeri selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di
Tumpat.
Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring.
Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih moden berjaya
melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.
Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah diarak ke seluruh
pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan
kaki ke atas.
Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang
British.
[23x1 m][Maksimum:15 markah]
4. Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang
mampu mengekalkan kedaulatan negara
...Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
Sanggup berkorban untuk bangsa
Mempunyai sifat kerjasama.
Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
Menguasai pelbagai kemahiran.
Mengekalkan perpaduan kaum.
Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.
Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.
Menjaga keamanan negara.
Patuh pada ajaran agama.
Hormat-menghormati sesame individu
[16x1m][Maksimum:15 markah]
5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat pelbagai kaum
Membina Menara Berkembar Petronas
Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia
Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
program Angkasawan Negara.
Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Pelaksanaan K-ekonomi.
Sistem perbankan elektronik
Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail.
Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
Pembinaan Menara Kuala Lumpur.
Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak.
[13x1m][Maksimum 10 markah]
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
6. (a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan
kemakmuran negara .
Mengukuhkan perpaduan kaum
Pelbagai bahasa
Pelbagai budaya
Pelbagai kepercayaan/agama
Pelbagai fahaman politik
Pendudukan yang berbeza
Polarisasi kaum
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi
Merapatkan jurang perbezaan pendidikan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja