You are on page 1of 4

Pencemaran udara

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan
kimia, jirim zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada
manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan
ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gaskarbon dioksida, sulfur
dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui
cerobong asapkilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan
pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi.
Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan
keselesaan manusia ataupun harta benda

Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah Mengatasinya


Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara
Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara.
Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah
1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon
monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh
mencemarkan udara persekitarannya.
Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap.
Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan
undang-undang seperti denda dan penjara.
2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan
minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan
asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya
yang menyakitkan hidung.
Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic
converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan
kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini
kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak
mengeluarkan asap hitam!
3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang
terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa
berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di
stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.
Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik,
biomas dan tenaga suria. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah
dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan
pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di
kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika
dahulu.
Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga
biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.
5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan
Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu
yang amat teruk.
Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan
makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.
6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang
luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.
Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk
mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat
mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.
7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana
kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan
gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan
perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan
pernafasan.
Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentukawan
tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah
menghapuskan kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan


alam sekitar
Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk
menangani pencemaran.
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit,
khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika
udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.
Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan
mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah
mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses
fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon
dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan
juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan
tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan
seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan
asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah
sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan
ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan,
khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan
pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan
bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan
untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC
(kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan
tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan
kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi
atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran


Udara
Penampalan Ozon
Bahagian ozon yang berlubang di tampal denganmengionkan oksigen di atmosf
era melaluipenggunaan velon helium. Selain itu, penampalanozon juga boleh d
ilakukan dengan menembakpeluru ozon dengan menggunakan kapal terbangya
ng mampu menampal ozon. Namun begitu,penampalan ozon ini hanya dapat m
engawalpencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja

Memperkenal undang-undang
Pihak kerajaan yang bertindak sebagai egenpentadbiran Negara telah mengubal
pelbagaiundang-undang dalam mengawal kadarpencemaran udara. Sebagai
contoh, industry besardan kecil di wajibkan menapiskan asap
yangdikeluarkan. Wat scrubber merupakan penapis asapkilang dengan penyem
bur air dan batu kapur padaasap.
Proses ini dapat mengurangkan sulphurdioksida sampai 90%

Kitar Semula
Mengitar semula bermaksud mmemproses ataumenggunakan semula bahan bua
ngan sepertiplastik, kertas, tialuminium dan sebagainya. Kaesahini merupakan
proses
yang sangat selamat kepadaalam sekitar kerana dapat mengurangkan kadarpen
cemaran. Pembakaran sampah sarap turut dapatdikurangkan.

Penggunaan teknologi
Dengan adanya teknologi moden penggunaankenderaan menggunakan kuasa el
ektrik sedangdikaji secara giat di Negaranegara barat.Kenderaan jenid ini bukan sahaja tidakmenghasilkan pencemaran
udara malahpencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenagaelektrik adalah ma
hal dan kesannya terhadap alamsekitar bergantung kepada cara elektrik tersebu
tdihasilkan

You might also like