You are on page 1of 14

PEMARKAHAN

KRL 3033
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK
MENGKAJI HUBUNGAN DIANTARA MINAT DENGAN TAHAP LITERASI
PELAJAR TAHUN 2 DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DI
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN LOHAN

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

PENSYARAH/PENYELIA:__________________________________
TARIKH:________________________________________
KANDUNGAN

MUKA SURAT

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

4.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.3 RUMUSAN

BAB 5 PERBINCANGAN

5.1 PENDAHULUAN

5.2 PERBINCANGAN BERDASARKAN SOALAN KAJIAN

5.3 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

11

5.4 KESIMPULAN

12
2

BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENDAHULUAN
Dalam pendahuluan ini akan menerangkan tentang keputusan kajian dari segi analisis
deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif merupakan analisis berkenaan dengan butir butir
maklumat responden manakala analisis inferensi menerangkan tentang analisis soalan kajian.
4.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
4.2.1 Analisis deskriptif
Demografi Responden
Dalam analisis deskriptif mengandungi butir-butir diri responden yang meliputi jantina,
bangsa dan agama.
Jadual 1 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut faktor jantina.
JANTINA

Bil .SUBJEK

PERATUSAN %

LELAKI

21

52.5%

PEREMPUAN

19

47.5%

Total

40

100%

Seramai 40 orang responden sebagai subjek kajian dan dipecahkan kepada dua kelas
jantina iaitu lelaki dan perempuan. Daripada responden tersebut, 21 orang responden terdiri
daripada jantina lelaki iaitu 52.5 peratus manakala 19 orang atau 47.5 peratus daripada
jumlah keseluruhan responden adalah daripada jantina perempuan.
3

Jadual 2: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut faktor kelas.


KELAS

Bil .SUBJEK

PERATUSAN %

TAHUN 2 AMANAH

20

50%

TAHUN 2 JUJUR

20

50%

Total

40

100%

40 orang subjek kajian dibahagiakan kepada 2 bahagian kelas iaitu kelas tahun dua
Amanah dan kelas tahun 2 Jujur. Seramai 20 orang atau 50 peratus bagi responden daripada
kelas tahun enam Amanah dan 20 orang atau 50 peratus bagi responden daripada kelas tahun
dua Jujur.
Jadual 3: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut faktor bangsa.
BANGSA

Bil .SUBJEK

PERATUSAN %

DUSUN

18

45

MELAYU

10

25

BAJAU

17.5

MURUT

12.5

TOTAL

40

100

Selain itu, subjek kajian juga dilihat dalam 4 ketegori bangsa iaitu Melayu, Dusun,
Bajau dan Murut. Seramai 18 orang responden atau 45 peratus responden terdiri daripada
pelajar yang berbangsa Dusun, manakala 10 orang atau 25 peratus bagi responden terdiri
daripada pelajar yang berbangsa Melayu. Selain daripada itu, 7 orang atau 17.5 peratus
4

responden terdiri daripada pelajar yang berbangsa Bajau dan yang selebihnya adalah pelajar
yang berbangsa Murut iaitu 5 orang atau 12.5 peratus.

Jadual 4: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut faktor agama.


BANGSA

Bil .SUBJEK

PERATUSAN %

ISLAM

31

77.5

KRISTIAN

22.5

TOTAL

40

100

Seramai 40 orang responden sebagai subjek kajian terdiri daripada 2 agama iaitu
agama Islam dan Kristian. Daripada responden tersebut, 31 orang responden terdiri daripada
pelajar yang beragama islam iaitu bersamaan dengan 77.5 peratus manakala 9 orang atau 22.5
peratus daripada jumlah keseluruhan responden adalah daripada pelajar yang beragama
kristian.

4.2.2

Analisis Inferensi

Bahagian ini akan mengemukakan huraian statistik mengikut urutan soalan kajian yang telah
dibina. Kaedah statistik digunakan dalam pengujian hipotesis iaitu ujian kolerasi dan ujian-t.

Soalan 1: Terdapat hubungan diantara minat pelajar dengan tahap literasi pelajar
tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Lohan Ranau?
Analisis kajian dengan menggunakan ujian kolerasi menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang positif di antara minat pelajar dengan tahap literasi pelajar tahun 2 dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu (r= .272, k<0.05). ini menunjukkan bahawa wujud hubungan
di antara minat pelajar dengan tahap literasi. Oleh yang demikian, soalan kajian yang
menyatakan bahawa Terdapat hubungan diantara minat pelajar dengan tahap literasi pelajar
tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Lohan Ranau adalah
diterima. Maklumat lanjut boleh dirujuk pada jadual 5 berikut.
Jadual 5: Terdapat hubungan diantara minat pelajar dengan tahap literasi pelajar tahun 2
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Lohan Ranau.
Pembolehubah

Nilai r

Sig

.272

.036

Stress Kerja

Komitmen organisasi
Nota; k<.05

Soalan 2: Terdapat perbezaan minat pelajar tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu berdasarkan jantina lelaki dan perempuan?
6

Analisis data kajian dengan menggunakan ujian-t untuk melihat perbezaan diantara
golongan lelaki dan perempuan dari segi minat pelajar. Keputusan mendapati terdapat
perbezaan diantara golongan lelaki dan perempuan dari segi minat (t= 2.702, k< 0.05). Oleh
yang demikian, soalan kajian yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan minat pelajar
tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan jantina lelaki dan perempuan
adalah diterima. Maklumat lanjut boleh dilihat di jadual 6.
Jadual 6: Terdapat perbezaan minat pelajar tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
berdasarkan jantina lelaki dan perempuan
Jantina

SP

Lelaki

21

26.37

Perempuan

19

Nilai t

Sig

2.702

0.009

10.04

Nota; k< .05

Soalan 3: Terdapat perbezaan tahap literasi pelajar tahun 2 dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu berdasarkan jantina lelaki dan perempuan?
Analisis data kajian dengan menggunakan ujian-t untuk melihat perbezaan diantara
golongan lelaki dan perempuan dari segi tahap literasi. Keputusan mendapati terdapat
perbezaan diantara golongan lelaki dan perempuan dari segi tahap literasi pelajar (t= 2.26, k>
0.05). Oleh itu, soalan kajian yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan tahap literasi
pelajar tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan jantina lelaki dan
perempuan adalah diterima. Maklumat lanjut boleh dilihat di rajah 3.
Jadual 7: Terdapat perbezaan tahap literasi pelajar tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu berdasarkan jantina lelaki dan perempuan
Jantina

SP

Lelaki

21

14.60

Nilai t

Sig

2.26

0.021

Perempuan

19

4.61

Nota k< .05


4.3 RUMUSAN
Berdasarkan daripada dapatan kajian, melihat kepada soalan kajian 1 ternyata terdapat
hubungan diantara minat pelajar terhadap matapelajaran dengan tahap literasi pelajar
walaupun dengan kadar hubungan yang agak lemah jika dilihat kepada data yang telah
dianalisis. Ini bermakna minat murid terhadap pelajaran mampu mempengaruhi tahap literasi
pelajar seperti membaca, menulis dan mendengar.
Selain itu, melihat kepada soalan kajian 2. Data yang dianalisis menujukkan terdapat
perbezaan minat pelajar terhadap matapelajaran berdasarkan lelaki dan perempuan. ini
bermakna wujud perbezaan minat yang ketara diantara lelaki dan perempuan. Perbezaan
minat ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain yang mendorong salah satu jantina tersebut
mempunyai kelebihan dari segi minat terhadap matapelajaran.
Disamping itu, soalan kajian ketiga yang menyatakan bahawa adakah terdapat
perbezaan diantara tahap literasi pelajar berdasarkan jantina lelaki dan perempuan terjawab
yang mana sememangnya terdapat perbezaan tahap literasi diantara lelaki dan perempuan
berdasarkan data kajian yang telah dianalisis. Keadaan ini menunjukkan jantina memainkan
peranan penting dalam proses meningkatkan minat serta tahap literasi pelajar.

BAB 5
PERBINCANGAN
5.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini, keputusan yang telah diperoleh akan dibincangakan meliputi aspek sebab dan
faktor bagi menerangkan keputusan yang telah dibuat. Disamping membincangkan keputusan
kajian, perbandingan keputusan juga dibuat dengan keputusan kajian kajian lepas
berdasarkan soalan kajian yang telah dibina

5.2 PERBINCANGAN BERDASARKAN SOALAN KAJIAN


5.2.1 Terdapat hubungan diantara minat pelajar dengan tahap literasi pelajar tahun 2
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Lohan Ranau
Melihat daripada keputusan kajian iaitu terdapat hubungan yang signifikan diantara
minat pelajar terhadap matapelajaran dan tahap literasi pelajar secara positif yang mana minat
terhadap matapelajaran yang tinggi menyebabkan tahap literasi pelajar juga meningkat
keputusan ini disokong oleh kajian Lee (2007). Dalam hasil kajian tersebut menyatakan
bahawa hubungan diantara minat pelajar dan tahap literasi secara positif disebabkan oleh
perasaan persaingan yang menyebabkan pelajar berkomitmen untuk meningkatkan prestasi
dan kemahiran literasi masing-masing. Kajian Hassan (2009) juga menyokong hasil kajian ini
yang mana dalam kajian tersebut menunjukkan hubungan positif diantara minat pelajar
dengan tahap literasi pelajar dan hubungan negative bagi minat pelajar terhadap mata
pelajaran dan prestasi pelajar.
Menurut Sulaiman (1999) yang mengkaji faktor-faktor pendorong berkenaan dengan
minat, motivasi dan literasi pelajar. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa penglibatan
ibu bapa dalam memupuk minat kanak kanak mampu membantu meningkatkan kemahiran
literasi kanak-kanak. Kanak-kanak berusia lima tahun yang terlibat dalam kajian tersebut
yang telah diberi pendedahan awal dan 73% daripada mereka menunjukkan peningkatan
terhadap minat terhadap matapelajaran yang dibaca.
9

Walaubagaimanapun terdapat kajian yang berlawanan dengan hasil keputusan kajian


ini seperti kajian yang telah dilakukan oleh Aminah Awang (1996) di sekolah rendah yang
terdapat di Kuching, Sarawak yang mana dalam hasil kajian tersebut didapati bahawa tidak
terdapat hubungan diantara minat dengan literasi pelajar. Dalam kajian tersebut faktor sikap
memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap literasi pelajar yang mana pelajar
yang mempunyai sikap rajin dan kerap membaca literasinya lebih tinggi berbanding dengan
pelajar yang tidak mempunyai sikap rajin.

5.2.2

Terdapat perbezaan minat pelajar tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu berdasarkan jantina lelaki dan perempuan


Berdasarkan hasil kajian yang mendapati, terdapat perbezaan minat dari segi jantina disokong
oleh kajian Walton (2002) yang mana mengkaji tentang perbezaan pengamatan terhadap
tahap minat dan kaedah meningkatkan minat, pengekalan minat di kalangan pelajar junior
dan senior. Dalam keputusan kajian tersebut menyatakan bahawa terdapat perbezaan
signnifikan antara dua kumpulan jantina dengan minat terhadap pelajaran.
Selain itu, kajian Yusliza (2004) yang ingin mengenal pasti perbezaan tahap minat serta
penggunaan strategi daya tindak dalam kalangan pelajar tingkatan satu dan dua di sekolah
menengah yang terdapat di Perlis. Di samping itu, pengkaji tersebut juga ingin melihat
perbezaan minat pelajar mengikut beberapa pembolehubah seperti mengikut jantina, umur,
aliran kelas serta status ekonomi. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan minat pelajar mengikut jantina, umur serta penggunaan strategi daya tindak
mengikut jantina. Namun kajian tersebut juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan stres pelajar mengikut aliran kelas sains dan sastera.
Bagaimanapun kajian Sulaiman (2001) yang mengkaji tentang personality pelajar iaitu
perbezaan dalam sikap, minat serta motivasi terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran sains
mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan diantara lelaki dan perempuan dari segi minat.
Bagaimanapun elemen sikap pelajar mempunyai perbezaan yang ketara diantara lelaki dan
perempuan.
5.2.3 Terdapat perbezaan tahap literasi pelajar tahun 2 dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu berdasarkan jantina lelaki dan perempuan

10

Berdasarkan keputusan kajian, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan tahap literasi dari
segi jantina. Ini disokong oleh Noraishah (2010), yang dalam kajian tersebut menyatakan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap literasi pelajar berdasarkan
jantina. Dalam kajian tersebut skor min yang diperolehi lelaki adalah 1.3191 (n=262,
SP=0.65374) berbanding dengan skor min perempuan iaitu 3.2604 (n=338, SP=0.566). Selain
itu, terdapat juga kajian lain yang menyokong persoalan kajian 3 seperti Gnana (2007),
Mazni (1996) yang mana hasil daripada keputusan kajian tersebut mendapati tidak terdapat
perbezaan tahap literasi pelajar diantara murid lelaki dan perempuan.
Disamping itu Hasil kajian ini juga disokong dengan analisa kajian Nani (2000) yang
bertajuk Keberkesanan kaedah gabungan bunyi kata dalam kebolehan awal bacaan di
kalangan kanak-kanak. Keputusan kajian tersebut menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan antara tahap bacaan dan jantina kanak-kanak. Nani berpendapat kanak-kanak lelaki
dan kanak-kanak perempuan mempunyai potensi kebolehan membaca yang sama.
Kajian ini turut disokong dalam kajian Zainah (2005) yang turut mengatakan bahawa
tiada perbezaan tahap bacaan antara kanak-kanak yang berlainan jantina. Hal ini menjelaskan
bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap bacaan seseorang kanak-kanak itu.
Kedua-dua kajian tersebut adalah bertentangan dengan kenyataan Rita (2009) yang
mengatakan penulisan dalam perkembangan bahasa kanak-kanak sering melaporkan bahawa
kelebihan kanak-kanak perempuan adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki.
Namun, melalui kajian tersebut menunjukkan prestasi kedua-dua jantina dalam kebolehan
berbahasa adalah sama.

5.3 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Keputusan kajian yang dijalankan ke atas pelajar Sekolah Kebangsaan Lohan hanya boleh
diaplikasikan di sekolah tersebut sahaja. Ini kerana minat pelajar terhadap matapelajaran yang
wujud di sekolah tersebut tidak tidak sama dengan minat pelajar di tempat lain, dengan kata
lain keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada konteks yang lebih besar
disebabkan oleh responden yang terhad dan tertumpu hanya di dalam Sekolah Kebangsaan
Lohan sahaja .

11

Merujuk kepada limitasi kajian, pengkaji mengemukakan beberapa saranan akan


datang khususnya yang berminat membuat kajian mengenai hubungan diantara minat pelajar
dengan tahap literasi. Dalam menjalankan kajian akan datang adalah dicadangkan supaya
pengkaji akan meluaskan pemilihan sampel dan populasi iaitu agar keputusan kajian boleh
diaplikasikan secara umum kepada semua.
Selain daripada itu, hasil kajian ini dipengaruhi oleh faktor masa yang terhad.
Pengkaji hanya menjalankan kajian ini dalam masa kurang seminggu sahaja. Oleh yang
demikian, pengkaji mencadangkan untuk kajian yang akan datang, kajian sebegini dapat
dilaksanakan dalam tempoh jangka masa yang lebih panjang agar memberi masa kepada
pengkaji untuk mendapatkan maklumat dan info yang lebih terperinci serta perolehan hasil
dapatan yang lebih relevan.

5.4 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini memaparkan hubungan minat pelajar terhadap
matapelajaran dan tahap literasi pelajar tahun 2 mempunyai hubungan yang positif pada tahap
lemah. Hasil kajian akan dapat memberi maklumat dan pengetahuan terhadap pihak
kementerian dan sekolah tentang minat dan tahap literasi pelajar yang perlu diambil kira di di
sekolah masing-masing. Hal ini kerana, minat pelajar merupakan suatu perkara yang penting
yang akan mempengaruhi pembelajaran murid samada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mahupun di luar sesi.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji berpendapat bahawa seharusnya
kemahiran literasi seseorang itu harus dipupuk sejak kecil lagi. Kanak-kanak harus
didedahkan dengan literasi sebelum memasuki alam persekolahan lagi bagi mengelakkan
mereka mengalami masalah ketika di dalam bilik darjah. Ibu bapa haruslah tidak
mengabaikan pendidikan awal kanak-kanak pendidikan tersebut adalah penting kerana 90%
daripada perkembangan otak berlaku secara optimum sebelum kanak-kanak mencapai umur
lima tahun. Pendapat beliau itu adalah sangat dipersetujui oleh pengkaji kerana banyak kajian
membuktikan bahawa kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan awal sebelum
melangkah ke alam persekolahan akan mengalami kesukaran dalam 3M berbanding mereka
yang mempunyai pendidikan awal. Guru turut memainkan peranan dalam mempertingkatkan
tahap bacaan kanak-kanak dengan mengenal pasti dahulu tahap murid sebelum menjalankan
sebarang sesi pengajaran.
12

RUJUKAN

Lee (2002). Hubungan diantara minat dan tahap literasi I,II, dan III kanak kanak sekolah
rendah di sekitar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Aminah Awang (2010). Literasi Bahasa Melayu dan kaedah penambahbaikan. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya, Selangor.
Mahzan Arshad (2008). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan
pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.
Mahzan Arshad (2012). Pendidikan literasi awal kanak-kanak: teori dan amali. Universiti
Utara. Artikel Pendidikan Vol 2:34
Rita (2009). Kesediaan Membaca Kanak-kanak Prasekolah di Pekanbaru, Riau. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hassan (2009). Tahap Bacaan dan Faktor-faktor Mempengaruhinya. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zainah Mohamed Isa (2005). Penggunaan Buku Cerita Bertahap dan Kesannya Terhadap
Pemunculan Literasi Kanak-kanak. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Sulaiman (2010). Faktor minat,motivasi terhadap literasi pelajar. Universiti Malaysia Sabah.
Jurnal Pendidikan volume 5:23
Nani (2010). Model Literasi: Penglibatan Ibu Bapa dalam Memastikan Pencapaian Literasi
Kanak-kanak. Dewan Bahasa. Jurnal Umum. ms67.

13

Yusliza (2004).Strategi daya tindak terhadap pemupukan minat, sikap serta motivasi.
Universiti Malaysia Sabah. Jurnal Pendidikan.vol 2. ms 35

14

You might also like