You are on page 1of 12

Sejarah P3- Imperialisme Barat

1. Pengenalan
Imperialisme membawa maksud dasar atau tindakan sesebuah negara meluaskan
pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain. Seawal abad ke 16 penjajah
Barat seperti British, Belanda,dan Portugis telah malakukan penjajahan sebagai
dasar imperialism di Timur. Dasar imperialisme Barat ini didorong oleh beberapa
faktor . Kedudukan strategik Asia Tenggara dan kekayaan bahan mentag merupakan
faktor utama penjajahan Barat untuk memenuhi keperluan Revolusi Perindustrian
yang meledak di Eropah. Malah, persaingan kuasa-kuasa Barat untuk menguasai
kawasan jajahan yang luas kerana keluasan tanah jajahan melambangkan dan
kekayaan kuasa Barat. Selain kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
turut menjadi pamangkin nasionalisme kerana pengunaan kapal berkuasa wap
mempercepatkan kegiatan imperialisme. Kapal lebih selamat dan boleh membawa
lebih banyak muatan. Pihak penjajah juga memberi justifikasi bahawa
mentamadunkan rakyat Asia Tenggara ialah tanggungjawab mereka di bawah slogan
Beban orang Putih . Maka dengan segala faktor ini, penjajah Barat telah
menjalankan imperiialisme dan mangubah struktur politik, ekonomi di Asia Tenggara.

2. Perubahan sistem politik di Asia Tenggara selepas kedatangan imperialism Barat.


a) Filipina
Sepanyol memeperkenalkan sistemn pentadbiran pusat yang diketuai oleh
Gabenor Jeneral. Pentadbiran wilayah pula diketuai oleh Datuk Bandar.
Sementara bandar diketuai oleh Gabenor kecil.Pentadbiran tempatan telah
mengikut Sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Sepanyol. Pemerintah
Encomeinda itu dikenali sebagai Encomeindero. Tugas Encomeindero ialah
menjaga kemanan dan mengutip cukai. Penduduk dibahagikan kepada barangaybarangay dan pihak Sepanyol mengkristiankan penduduk Barangay.

Di bawah Sistem Polo pula, Semua lelaki berumur antara 18-60 tahun kecuali
penghulu dan putera sulung mereka dipaksa berkhidmat secara paksa selama 40
hari setahun dengan kerajaan Sepanyol. Sistem ini dianggap satu penindasan
kerana mereka tidak diberi gaji sebaliknya diberi sedikit beras untuk mengelakan
mereka daripada mati kebuluran.
Satu lagi sistem yang diperkenalkan ialah Sistem Vandala di mana rakyat
dikehendaki menyerahkan barangan tertentu kepada kerajaan secara paksa.
Lazimnya mereka tidak diberi apa-apa bayaran terhadap barang yang
diserahkan.Kadangkala mereka diberi kupon yang tidak bernilai sebagai tanda
hutang oleh kerajaan.
Ketiga-tiga sistem ini jelas membuktikan wujudnya amalan diskriminasi dan
penindasan ke atas rakyat Filipina.
b) Indonesia
Indonesia dibahagikan kepada 2 pentadbiran iaitu pentadbiran pusat yang
diketuai oleh Gabenor Jeneral dan pentadbiran tempatan yang dikendalikan oleh
pembesar tempatan dengan penagawasan pegawai Belanda. Jabatan kerajaan
seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian ditubuhkan. Dewan Tempatan
ditubuhkan sebagai badan penasihat pentadbiran Belanda tetapi dewan ini tiada
kuasa perundangan.
Kemudian Volksraad atau Majlis Rakyat ditubuhkan sebagai langkah ke

arah

kemerdekaan akibat desakan Parti Sarekat Islam.


Sistem Tanaman Paksa juga dikenalkan oleh Belanda di Indonesia . Mengikut
sistem ini orang-orang Indonesia akan menyediakan sebagian dari tanah pertanian
untuk ditanami tanaman yang laku di pasaran Eropah seperti kopi, teh, tebu, dan
nila. Tanah yang diserahkan itu tidak lebih dari seperlima dari seluruh kawasan

pertanian. Bahagian tanah yang disediakan sebanyak seperlima luas sawah itu
bebas dari pajak. Hasil pertanian harus dijual kepada pihak Belanda.
c) Indo China
Perancis telah mengubah pentadbiran di Indochina. Pentadbiran diketuai oleh
Gabneor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah
Jajahan di Paris. Peringkat wilayah jajahan dan naungan diketuai oleh Leftenan
Gabenor yang dibantu oleh Residen jeneral dan Residen Wilayah. Perancis juga
membentuk kerajaan pusat iaitu Union IndoChinoise pada tahun 1887. Kerajaan
pusat ini mereupakan perseketuan IndoChina yang terdiri daripada Vietnam.
Kemboja dan disertai Laos pada 1904. Rang Undang-uanfang IndoChina diluluskan
oleh Parlimen Perancis. Kerajaan pusat tidak campurtangan di dalam pentadbiran
tempatan tetapi pentadbiran tempatan perlu bayar cukai dan menyediakan
kerahan tenaga.

3. Keistimewaan Sistem Birokrasi Barat yang diperkenalkan sendiri oleh pemerintah


Thailand.
Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan sistem Birokrasi Barat
tanpa canpurtangan pihak penjajah Barat.
Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai
jabatan, melatih pegawai tempatan. Penasihat kewangan, pelabuhan dan Polis dibawa
dari British. Penasihat kastam pula dari Amerika Syarikat sementara penasihat
ketenteraan dari Perancis.
Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat rendah dan Majlis
Mesyuarat Tertinggi sebagai badan penasihat Raja dalam pentadbiran. Kabinet
Menteri terdiri daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat yang

mengetuai kementerian. Juruaudit Britain berkhidmat dalam perbendaharaan


negara.
Langkah bijak dan berwawasan oleh pemerintah Thailand ini telah mengakibnatkan
kemunculan golongan baharu pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi
moden berdasarkan tahap pendidikan mereka.
Seterusnya evolusi politik berlaku di Tahiland di mana sistem raja berperlembagaan
telah menggantikan sistem raja berkuasa mutlak. Secara umumnya, pemodenan
pentadbiran yang lebih berasaskan kemajuan politik negara negara Barat berjaya
mengekalkan kemerdekaan Thailand.

4. Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan


ekonomi negara.
Salah satu aspek penting dalam memajukan eknomin negara ialah kestabilan politik
yang utuh. Pentadbiran politik yang adil dan diterima oleh rakyat sangat penting
untukl menjamin kestabilan politik untuk jangka masa yang panjang. Untuk itu ,
pentadbir negara kita telah menggunakan konsep perpaduan dalam menerajui
kepimpinan negara sejak merdeka lagi. Penglibatan semua kaum dengan tolak ansur
politik sesame mereka telah menjamin perpaduan negara dan kestabilan politik yang
berpanjangan.
Selain itu, kerajaan telah mememtingkan pendidikan sebagai satu elemen utama
untuk memajukan rakyat. Pendiddikan tadika hinggalah ke peringkat tinggi telah
dibentuk oleh kerajaan bagi membentuk satu modal insan yang mampu memajukan
negara. Kerajaan telah menyediakan sekolah-sekolah yang berkualiti dan telah
menambah bilangan institusi pengajian tinggi.
Kerajaan juga telah mengurangkan karenah birokrasi bagi memudahkan urusanurusan yang menglibatkan rakyat dan kerajaan. Dasar Penswastaan dan Dasar

Pensyarikatan telah dilaksanakan untuk meningkatkan produkitiviti agensi agensi


kerajaan demi kepentingan rakyat.
Kerajaan juga telah mengadakan kerjasama pertukaran teknologi dengan negara
maju bagi meningkatkan ekonomi negara kita. Misalnya kelahiran syarikat sulung
kerata Malaysia iaitu Proton ialah hasil pertukaran teknologi dengan negara Jepun.
Kerajaan juga telah memperkasa peranan agensi-agensi kerajaan seperti FELDA,
FELCRA dan FAMA untuk meningkatkan hasil pertanian di kawasan luar bandar.
Salah satu hasilnya ialah kawasan pertanian Segitiga Jengka yang menjadi satu
kawasan penerokaan FELDA yang kini telah menjadi satu bandar terancang yang
maju di Malaysia.

5. Kejayaan Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa


a) Antara kejayaan Malaysia ialah membina dan menguruskan pelabuah dengan baik
untuk bersaing dengan pelabuhan luar negara yang berhampiran. Pelabuhan Kelang
telah diswatakan kepada Syarikat Westport yang betanggungjawab mengurus dan
memajukan pelabuhan Kelang. Pelabuhan Kelang kini mampu mengendalikan
perdagangan yang pesat dengan kemudahan pemunggahan kontena. Buktinya,
pelabuhan Westport pernah disinggahi oleh kapal perang Amerika Syarikat beberapa
tahun yang lepas.
b) Selain itu, lokasi geografi Malaysia yang mempunyai pantai yang panjang dan iklim
panas lembap dengan pancaran matahari yang banyak menjadi lokasi tarikan
pelancong ke negara kita. Pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Tioman, Pangkor,
Sipadan dan Pantai Cinta Berahi, Desaru dan Port Dickson menjadi tumpuan para
pelancong Barat. Di tambah pula dengan langkah kerajaan membina pusat-pusat
perangian dengan prasarana yang moden menjadi tarikan pelancong di seluruh
dunia.Hal ini menjadi satu sumber pendapatan negara yang penting pada masa kini,
Pengkitirafan yang diberikan oleh UNESCO kepada Pulau Langkawi dan Pulau Pinang

telah meningkatkan nilai ekonomi pelancongan di Malaysia. Pelbagai aktiviti bertaraf


dunia seperti sukan lumba basikal Tour de Langkawi dan perlumbaan Formula One di
Sepang teklah menaikkan nama negara di persada antarabangsa.
c) Dalam bidang pertanian pula, Malaysia kini menjadi pengeksport getah yang utama di
dunia, di samping hasil pertanian lain seperti kelapa sawit, koko dan teh. Dari segi
perkembangan pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya mengalami
pelbagai perubahan dan permodenan drastik. Dengan menggunakan pengetahuan
bioteknologi, produk pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan ketahanan.
Sebagai contoh, manipulasi genetik boleh dilakukan untuk mengelakkan tanaman
dimusnahkan serangga perosak. Selain itu, produk pertanian juga boleh direka
bentuk secara biologi agar tahan lama dan tidak mudah busuk. Biarpun penggunaan
bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah, khususnya terhadap produk
makanan (makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan terhadap produk
berkenaan terus meningkat. Hal ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama di
seluruh dunia. Antara strategi dalam perlaksanaan rancangan RMK-9 ialah
menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan, memajukan sumber pertumbuhan
baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bungabungaan,meningkatkan industri asas tani, pematuhan Piawaian dan Kualiti
Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.
d) Satu lagi kejayaan Malaysia dalam bidang pertanian ialah Projek Pertanian Moden
Kluang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
sempena lawatan beliau ke Royal Agriculture College (RAC), United Kingdom.Melalui
pelaksanaan Projek Pertanian Moden Kluang, pengeluaran makanan negara dijangka
akan meningkat dan secara langsung menambah bekalan makanan bagi keperluan
domestik serta dalam masa yang sama mengurangkan bil import bagi bahan makanan
negara.
Selain itu, projek ini juga menekankan betapa pentingnya penggunaan teknologi yang
bersesuaian dan terkini dalam industri pertanian bagi mendapatkan hasil yang lebih
banyak, bermutu dan kualiti yang lebih tinggi dan stabil.

e) Kerajaan juga telah menubuhkan perbadanan industri berat negara iaitu HICOM.
Penghasilan kereta nasional seperti Proton dan Perdua ialah hasil dari hasrat
kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian. Kawasan zon
perdagangan bebas telah dibuka di Skudai, Senawang , Bintulu dan banyak lagi untuk
menarik pelabur luar melabur ekonomi di negara kita.
f) Malaysia mempunyai terminal penapisan gas asli yang terbesar di Asia Tenggara di
Bintulu, Sarawak. Hasil gas asli dieksport melalui Pelabuhan Bintulu. Gas asli
dijadikan bahan mentah dalam industri petrokimia dan baja urea.
g) Selain itu, kerajaan Malaysia juga mengambil inisiatif untuk memasarkan produk
pertanian ke peringkat antarabangsa. Juga kerajaan mengalakkan peloporan hub
halal untuk menarik pasaran antarabangsa.

6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai negara maju

a)

Malaysia dalam usaha kearah negara maju menghadapi persaingan hebat dari
negara negara yang lain. Malaysia kerap mengalami tekanan ekonomi dari
negara-negara maju seperti Amerika dan Negara-negara Eropah. Hal ini kerap
mengancam kemajuan ekonomi negara kita sehingga berlakunya kegawatan
ekonomi. Selain itu, kita juga kekurangan tenaga pekerja mahir dalam bidang
perindustran

dan

juga

tidak

ramai

rakyat

tempatan

cenderung

untuk

mengusahakan kawasan pertanian. Oleh itu kerajaan terpaksa membawa `masuk


imigran asing untuk bekerja di sector perindustrian dan pertanian. Maka warga
asing kini kian meningkat di negara kita sehingga menyumbang kepada masalah
social yang semakin meruncing. Kemiskinan di luar Bandar juga menjadi satu
cabaran kerana jurang perbezaan ekonomi masyarakat di Bandar dan di luar

Bandar masih wujud.


b) Di samping itu, kenaikan harga barang juga menjadi satu beban kepada negara dan
rakyat. Ekonomi dunia yang dikawan oleh negara-negara maju mengakibatkan
kenaikan harga barang terutamanya harga petroleum yang mengakibatkan kenaikan
semua jenis barang. Seterusnya, rakyat negara kita masih belum mampu bersaing
dengan masyarakat lain dalam aspek globalisasi kerana kekurangan mutu pendidikan
yang moden. Maka agak sukar untuk masyarakat kita untuk menembusi pasaran baru
untuk memasarkan produk atau perkhidmatan negara kita.
c) Malaysia menghadapi masalah kekurangan modal untuk menjadi sebuah gergasi
ekonomi dunia. Kerap kali kita menghadapi masalah nilai mata wang yang turun naik
yang menyukarkan penjanaan modal.
d) Selain itu, kita juga menghadapi masalah menarik pelabur asing kerana mereka lebih
berminat untuk melabur di negara-negara seperti Thailand dan Vietnam.
Malaysia juga menghadapi masalah tingkat teknologi yang masih rendah. Kita
terpaksa bergantung kepada teknologi luar. Maka kita sukar untuk bersaing dengan
negara negara maju yang jauh lebih maju teknologinya.
e) Malaysia juga menhadapi masalah pengiktirafan negara-negara maju dalam bidang
ekonomi. Dengan ini, sukar untuk menembusi pasaran antarbangsa tanpa gangguan
dari negara-negara maju. Tekanan negara maju telah mengehadkan pasaran produk
kita.
f) Malaysia juga menghadapi masalah tenaga buruh mahir. Jadi kita terpaksa
bergantung kepada tenaga buruh luar negara. Hal ini telah mengakibatkan kebanjiran
pendatang asing di negara kita.
g) Mentaliti masyarakat kita dalam ekonomi masih dalam minda kelas ketiga. Jadi kita
kurang daya saing dan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Keyakinan diri

yang kurang juga menjadi masalah mengapa kitya tidak dapt menjadi gergasi ekonomi
dunia.
h) Banyak produk indutsri kita masih dibantu oleh teknologi luar. Kita terpaksa
meminjam teknologi dan kepakaran kerana kita masih ketandusan idea, teknologi dan
kreativiti.

6. Langkah-langkah mengatasi cabaran

a) Kita harus meneroka teknologi baru supaya dapat menghasilkan ciptaan-ciptaan baru.
Selain itu, aspek Research and Developent (R&D) harus ditingkatkan kerana bidang
ini amat penting untuk menyelidik dan mengkaji supaya hasil-hasil baru dapat
dihasilkan.
b) Kerajaan juga harus meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi memastikan
objektifnya untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara masyarakat
bandar dan luar bandar tercapai.
c) Di samping itu, kerajaan harus meningkatkan mutu pendidikan di Negara kita dari
sekolah rendah hingga ke universiti. Hal ini penting untuk melahirkan belia-belia yang
akan menjadi modal insan yang produktif kepada Negara.
d) Langkah drastik harus diambil bagi menjadikan minda rakyat sebagai rakyat kelas
pertama yang mampu bersaing secara globalisasi. Industri dan pasaran baru harus
diterokai bagi menambahkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi, misalnya
Negara kita mempunyai potensi untuk menjadi hub halal di persada antarabangsa.

e) K-Ekonomi dan e-dagang harus diberi perhatian olah kerajaan sebagai satu bentuk
ekonomi untuk masa hadapan. Perkembangan teknologi dan perniagaan di alam maya
yang tanpa limitasi geografi harus di jadikan satu medan baru untuk memasarkan
produk tempatan. Inovasi teknologi maklumat harus digunakan untuk bersaing secara
global dalam menggapai kejayaan dalam e-ekonomi.

7. NIlai-nilai murni/ Ikthibar


a) Kita sebagai rakyat Malaysia harus membebaskan minda kita dari cengkaman
ekonomi dan budaya oleh Barat. Kita harus mempunyai acuan pemikiran tersendiri
untuk memajukan ekonomi negara kita. Kita harus mempunyai sikap berdikari dan
mentaliti maju dengan sendiri.
b) Kita harus memanfaatkan anugerah Tuhan kepada kita bagi kebaikan bersama.
Kita harus peka kepada persekitaran kita supaya kita dapat merealisasikan
potensi ekonomi.
c) Selain itu kita mesti rajin berusaha untuk memajukan potensi geografi dan
ekonomi. Kita juga harus berani menghadapi cabaran dalam menerokai alam baru ,
jika tidak kita akan ketinggalan berbanding dengan masyarakat yang lain.
d) Di samping itu, kita mesti melatih diri kita supaya berfikiran kreatif dan
innovatif yang penting untuk menghasilkan idea baru yang konkrit. Kita juga harus
menimba pengetahuan secara berterusan supaya kita terlibat dengan perubahanperubahan di era modenisasi ini.
e) Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, kita harus sentiasa mengutamakan
perpaduan supaya Negara kita bebas daripada konflik yang boleh membawa
kepada kehancuran Negara.
f) Untuk menjadi gergasi ekonomi dunia, semua kaum di Malaysia haruslah
bekerjasama untuk mencapai matlamatnya. Perpaduan kaum ialah satu aspek yang

sangat penting bukan sahaja dari slogan dan promosinnya , malah harus disemai
dalam kehidupakan kita seharian.
g) Para pelajar khusunya harus membekalkan diri dengan jati diri dan kemahiran
yang bersesuaian dengan objektif negara untuk mencapai kejayaan ekonomi.
Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tanpa limitasi adalah penting untuk
kekal di bidang ekonomi dunia.
h) Rakyat Malaysia juga harus bijak mengambil peluang untuk merebut ekonomi. Pada
masa ini peluang ekonomi sudah menjadi global dan jika kita tidak ada inisatif,
kita akan ketinggalan.
i) Seterusnya kita harus memanfaatkan sumber yang kita ada. Kita harus mencari
potensi yang bakal membuahkan hasil. Kita tidak boleh bergantung kepada
industri yang sedia ada malah mencari bidang baru. Untuk itu kita mesti
mempunyai daya kreatif dan innovative seperti yang ditunjukkan oleh Lord
Townshend dan James Watt, yang bertekad untuk mencari cara-cara dan ciptaan
baru yang mampu memajukan negara kita.

8. Rumusan
Imperliasme Barat yang telah mengeksploitasi ekonomi negara harus dijadikan satu
pengajaran kepada kita agar sentiasa memajukan diri dengan kemahiran dan
pengetahuan yang terkini. Kuasa asing akan sentiasa bersaing dan cuba memonopoli
ekonomi negara kita tetapi kita janganlah mudah terpedaya dengan kuasa asing.
Untuk itu, kita harus belajar bersungguh-sungguh untuk membekalkan diri kita
dengan jati diri dan kemahiran yang tertinggi dan terkini. Di samping itu, kita mesti
sentiasa menghormati pemimpin dan taat kepada negara. Usaha kita haruslah untuk
mempertahankan kedaulatan negara dan memartabatkan imej negara di dunia.
Diharap dengan keadaan politik yang stabil dan perpaduan rakyat yang utuh, negara
Malaysia mampu menjadi sebuah negara ekonomi yang maju di masa hadapan. Rakyat
yang berjiwa patriotik, berdaya saing . kreatif dan innovatif mampu membentuk

sebuah negara Malaysia yang maju yamg mampu duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju yang lain di dunia.

You might also like