You are on page 1of 5

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH,

SK DESA AMANPURI,
PERSIARAN PERDANA, KEPONG,
52100 KUALA LUMPUR.
PERLEMBAGAAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH TAHUN 2012

1.

NAMA RASMI KELAB


KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH

2.

ALAMAT SEKOLAH
SK Desa Amanpuri,
Persiaran Perdana, Kepong,
52100 Kuala Lumpur,

3.

FALSAFAH KELAB
Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan
inovatif, mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang
yang diceburi,
sahsiah,

mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga

serta menggembelingkan kreativiti diri secara global

demi

memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan


kesedaran diri
4.

MOTTO
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI

5.

6.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA:


a.

Cik Azniwati Binti Ahmad

b.

Puan Juliana Binti Shaharuddin

c.

Encik Marzuki Bin Yaakob

MATLAMAT:
Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek
pencegahan jenayah.

7.

OBJEKTIF-OBJEKTIF/TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN DAN KELAB


i.
ii.
iii.

Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang


Negara.
Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan
jenayah
Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa
pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.

iv.

Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan


menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.

v.

Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa,


negara dalam hal-hal pencegahan jenayah.

8.

AKTIVITI:
Kalendar aktiviti hendaklah mengikut penggal dan siap mengikut tarikh yang
ditetapkan oleh pihak sekolah (Rujuk Lampiran 1)

9.

AHLI JAWATANKUASA
i.

Semua AJK akan dipilih pada Mesyuarat Agong


Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib
Bendahari, Ahli Jawatankuasa, Pemeriksa kira-kira

ii.

Syarat-syarat untuk menjadi AJK


Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam
mesyuarat agung tahunan

iii.

Tugas-tugas AJK
(a) Pengerusi
(b) Naib Pengerusi

Mempengerusikan mesyuarat
yang diadakan
Memastikan semua kegiatan
dijalankan dengan baik

(c) Setiausaha

Membantu pengerusi dalam


menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi
Mencatat minit mesyuarat

(d) Naib Setiausaha

Menyediakan laporan semester


dan tahunan
Membantu Setiausaha

(e) Bendahari

(f)

iv.

10.

Naib Bendahari

menjalankan segala tugas dan


tanggungjawab yang diberi
Mengutip wang sumbangan
daripada ahli
Memastikan akaun sentiasa
dikemaskini
Membantu bendahari
menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi

Hak-hak ahli:
(a)

Ahli berhak mengundi untuk pemilihan ahli jawatankuasa

(b)

Ahli boleh menyertai aktiviti-aktiviti persatuan

(c)

Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang


dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat
atau persatuan dan berpakain yang sesuai

MESYUARAT:
i.

Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun pada hari yang ditetapkan
oleh sekolah ataupun jika perlu pada hari dan masa yang ditetapkan oleh
Ketua Guru Penasihat

ii.

Korum yang perlu untuk Mesyuarat Agong:

iii.

Perlembagaan yang disahkan oleh Guru Besar

iv.

Pemilihan jawatankuasa kelab

v.

Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Guru Besar

vi.

Mesyuarat AJK hendaklah sekurang-kurangnya dua kali sepenggal

vii.

Kuasa untuk memanggil mesyuarat AJK adalah di bawah Ketua Guru


Penasihat

viii.

Koram yang perlu unuk mesyuarat AJK adalah dua pertiga ahli

ix.

Setiap mesyuarat diminitkan dalam buku Buku Laporan Persatuan/ Kelab


oleh Setiausaha

x.

Agenda mesyuarat hendaklah ditulis dipapan kenyataan sekurangkurangnya tiga hari sebelum mesyuarat.

xi.

Laporan bertulis hendaklah dibuat untuk setiap aktiviti dalam Buku


Laporan Persatuan

xii.

Laporan lawatan dan/atau Pertandingan Persatuan/Kelab hendaklah


disediakan dan satu salinan diserahkan kepada Penyelaras Kokurikulum
sekolah.

xiii.

Tempat mesyuarat

tidak terhad kepada mana-mana bilik atau dewan


xiv.

Tempat perjumpaan untuk aktiviti

Berpusat dalam kawasan sekolah


11.

KEWANGAN
i.

Mendapatkan sumber kewangan melalui yuran tahunan, derma dan

ii.

aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli adalah RM 6.00 setahun

iii.

sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.


Kuasa membelanjakan kumpulan wang hanya untuk perkara-perkara

iv.

yang perlu dan berfaedah bagi mencapai objektif aktiviti kelab.


Bendahari tidak boleh menyimpan wang kelab dalam tangannya melebihi
RM 10.00 pada satu-satu masa dan wang selebihnya hendaklah
diserahkan kepada Guru Penasihat.
Setiap perbelanjaan wang kelab hendaklah dengan kelulusan

v.

Jawatankuasa.
12.

13.

KEAHLIAN
i.

Keahlian terbukan kepada semua murid

ii.

Pelajar yang tidak menghadiri perjumpaan tidak akan dilucutkan keahlian


tatapi kehadiran akan mempengaruhi

iii.

Markah kokurikulum tahunan pelajar

PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB


i.

Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan diluluskan


dengan mendapatkan persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung
Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar.

ii.

Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru Penasihat Kelab adalah perlu


sebelum sesuatu pindaan perlembagaan kelab dilakukan.

14.

LAIN-LAIN:
Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang
telah dan akan dikeluarkan oleh Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing

= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH =

You might also like