You are on page 1of 23

INTERAKSI 3

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SECARA


KONSTRUKTIVISME, KONTEKSTUAL & MASTERI

1.PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


SECARA KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan

daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu
pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu

pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid
sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam

persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri.

Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk

struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.

Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian

daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu
pengetahuan dapat dibina.

Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka

berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada murid.

Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau

membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif
makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu
asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

PRINSIP KONSTRUKTIVISME

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh

membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.

Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus

belajar sepanjang hayat.

Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru & fenomena dengan

cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.


Dalam konstruktivisme, pembelajaran dilihat sebagai :

Pengubahan idea,

Pembinaan & penerimaan idea baru,

Penstrukturan semula idea sedia ada

Pandangan konstruktivisme

Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid

menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.
Amalan pengajaran konstruktivisme

Penggunaan data mentah & sumber primer, berserta bahan manipulatif, interaktif & fizikal

membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman & kemahiran


dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur semula konsep alternatif mereka.

Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas & meramal

akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid membina konstruk
sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru atau mahupun menyesuaikan konsep
sedia ada.

Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya.

Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid


supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka.

Pengetahuan diperoleh secara kognitif & interaksi dengan individu dan alam sekeliling.

Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada interaksi murid

dengan alam sekeliling

Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia

ada.

Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis & membuat keputusan melalui proses

mengintegrasi & menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada.

Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri.

2. PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


SECARA KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran

dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan.

Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit

yang melibatkan latih amal dan berfikir.

Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru

secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan pembelajaran

yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar.
Ini akan memotivasi murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan
seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu

sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan dengan kehidupan seharian
mereka.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid

memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga mereka
memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri (memori, pengalaman dan tindak
balas sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari

maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa
seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan
bermakna.

Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang

menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai


hasil pembelajaran yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang
bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on

(aktiviti) dan pemikiran, iaitu minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Modul yang
diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), antara lain menegaskan pembelajaran
kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut;

R : (relating/menghubung kait), iaitu murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan

pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

E : (experiencing/mengalami), iaitu murid belajar dalam konteks penerokaan, penemuan

dan reka cipta.

A : (applying/mengaplikasikan), iaitu murid belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan

atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.

C : (cooperating/bekerjasama), iaitu murid belajar dalam konteks bekerjasama, memberi

maklum balas dan berkomunikasi.

T : (transfering/memindahkan), iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada

dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.

Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan (kelebihan):

(i) pengajaran dan pembelajaran lebih menarik;

(ii) meningkatkan minat;

(iii) pembelajaran realistik, praktikal;

(iv) pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid; dan

(v) menyuburkan pemikiran kreatif.

Kelemahan pendekatan kontekstual

(i) tahap kefahaman dan kesediaan guru

(ii) kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat

(iii) sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item pengajaran dan

pembelajaran;

(iv) kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks;

(v) hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi

3. PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


SECARA MASTERI

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus

kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.

Melalui pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan

kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan


pembelajaran.

Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi

memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan

berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.

Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan

diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran.

Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid

berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan
biasa

seseorang

murid

di

tahap

tersebut.

MODEL PEMBELAJARAN MASTERI

Kriteria penentuan hasil pembelajaran:

Berdasarkan Sukatan Pelajaran

Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diukur

Secara eksplisit, jelas dan terperinci

Dalam domain kognitif, efektif dan psikomotor

Faktor penentu pengajaran dan pembelajaran:

Kemudahan dan keupayaan murid yang berbeza

Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran

Kemudahan yang sedia ada

Masa yang diperuntukkan

Penilaian terhadap murid:

Mengesan pencapaian murid

Mengenalpasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

Mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai

Mengenalpasti sebab kelemahan murid dalam satu unit pembelajaran.

Menentukan pengayaan dan pemulihan

Menentukan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Mengadakan tindakan susulan:

Pengayaan

Pemulihan

Pengukuhan

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.

Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran

masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM
secara tersirat.

Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:

Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;

Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran

masteri;

Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat

menjadi pelajar berdikari;

Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian

diagnostik;

Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan menilai prestasi pelajar melalui ujian

sumatif.

Peranan

Tugas

Pelajar

dalam

Pembelajaran

Masteri

Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk

belajar

dan

dan

menguasai

apa

yang

diajar.

Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di

antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakanrakan

sebaya

dalam

kumpulan.

Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:

- tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai


- belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
- betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
- memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
- membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya

mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Berpusatkan Murid

Berdasarkan Bahan

Pemebelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Aktiviti

Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario

Pembelajaran Berasaskan Permainan

Pendekatan berpusatkan murid

Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan


peranan penting dalam proses pembelajaran.

Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.
Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti


pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.

Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

Pendekatan berpusatkan bahan

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau
murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai
objektif pelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran


menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan


bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih
jelas.

Pendekatan berasaskan projek

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh


membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan
menarik.

Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih


menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran
melalui projek yang dilaksanakan.

Pendekatan berasaskan masalah

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara


kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan
kecenderungan

murid

menggunakan

fikiran

dan

kemahiran

berbahasa

untuk

menyelesaikan masalah.

Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan


tugasan untuk menyelesaikan masalah.

Pembelajaran berasaskan aktiviti

Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan
melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan
kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru.

Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran


dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Pembelajaran berasaskan situasional

Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-gambar dan


bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh
untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan
Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran.

Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in
any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.

Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi


yang tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA

INDUKTIF

DEDUKTIF

EKLEKTIK

KOMUNIKATIF

INDUKTIF

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.

Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.

Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak
mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa
yang cuba disampaikan oleh guru.

Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid
berfikir perkaitan antara sesuatu.

Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contohcontoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba
disampaikan oleh guru.

Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat


kesimpulan.

DEDUKTIF

Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus
atau teori yang sudah diketahui umum.

Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumusrumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan.

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum


kepada spesifik.

Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan
hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.

Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid
perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih
rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi
pada contoh-contoh khusus.

Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada


murid-murid pada awal pengajaran.

Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu
yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat
kesimpulan baru.

EKLEKTIK

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan


segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satusatu pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan


deduktif.

Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.

Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya
lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.

Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti
dengan kesimpulan.

Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan
generalisasi.

Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.

Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti
dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka
ianya lebih kepada pendekatan deduktif.

Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan


kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.

Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengandalikan kelas
mengikut kehendak dan keperluan murid.

KOMUNIKATIF

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu


berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita
ataupun melapor.

Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.

Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi
tujuan komunikasi.

Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan
bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar
daripada konteks wacana.

Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.

Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan struktur
ayat yang betul mengikut konteks bahasa.

Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid
dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid
perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu
aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.

Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar
bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan.

Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan
dalam kehidupan sehari-hari.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum
dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.

Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan
pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tahun

: 3 Bakti

Bil.Murid

: 25 orang

Masa

: 7.40pagi 8.40pagi

Tarikh

: 19/ 3 / 2015

Tema

: Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk

: Senaman Menyihatkan Badan

STANDARD KANDUNGAN
2.5 Membaca, memahami dan

STANDARD PEMBELAJARAN
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat

menaakul untuk memindahkan

dalam bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan

maklumat yang terdapat dalam

betul.

pelbagai bahan dengan betul.

Objektif

: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:

i.

Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara

ii.

yang dibaca.
Menyampaikan maklumat dalam latihan isi tempat kosong dengan betul.

Sistem Bahasa

Sistem bahasa : Imbuhan awalan


Kosa kata
:Mencederakan, menjamin, mendatangkan, manfaat.

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu
Nilaimurni
Kreativiti

Strategi

: Muzik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.


: Tanggungjawab, perihatin, rasional
:Memilih aktiviti yang sesuai untuk bersenam

KB
TKP

kinestatik, visual
BCB
: Memproses maklumat tentang kebaikan bersenam.
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan senaman

: Mengenal pasti, menyelesaikan masalah


: Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik, visual.

harian.

Bahan Bantu Belajar


Bil
1
2
3
4
5
6
7

Jenis
Komputer riba
Pembesar suara
Petikan
Lembaran kerja
Kertas sebak
Gambar
Buku teks

Bilangan
1
1
25
25
5
5
25

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melakukan pergerakan senaman.

Langkah/

Isi Pelajaran

Masa

Aktiviti Pengajaran

Catatan

Dan Pembelajaran
-Aktiviti Chicken Dance.
Soalan cadangan:
1. Pernahkah kamu
melakukan pergerakan
Chicken Dance?
2. Apakah tujuan aktiviti

Induksi Set

pergerakan Chicken

(5 minit)

Dance ini diadakan?

1) Murid-murid disoal mengenai

BBB:

pengalaman mereka membuat

-Pembesar suara

pergerakan dalam lagu Chicken

-Komputer riba

Dance.
2) Guru memainkan lagu Chicken
Dance dan membuat
demonstrasi pergerakan.
3) Murid-murid dan guru membuat

Teknik:
-Soal jawab
-Demonstrasi

pergerakan sambil diiringi oleh


lagu Chicken Dancebersamasama.
4) Murid-murid disoal mengenai
tujuan pergerakan dilakukan.
5) Murid-murid dan guru

TKP:
-Verbal
-Muzik
-Kinestetik

Tajuk:

mengaitkan aktiviti dengan tajuk

Senaman Menyihatkan

pembelajaran.

Badan

-Berdisiplin

-Bacaan

1) Guru mengedarkan petikan

BBB:

petikanSenaman

kepada semua murid.


2) Murid membaca petikan secara

-Lembaran petikan

Menyihatkan Badan.

mentalis selama dua minit.


3) Beberapa orang murid dipilih
-Isi petikan:
1. Senaman baik untuk
kesihatan.
2. Senaman dapat
Langkah 1
(15minit)

Nilai:

menghindarkan penyakit.
3. Senaman dengan cara
yang betul.
4. Senaman dapat
memenuhi masa lapang.
-Kosa kata:
-Mencederakan

oleh guru untuk membacakan


petikan secara mekanis.
4) Murid membaca petikan secara
kumpulan dan kelas.
5) Murid-murid disoal mengenaiisi
petikan berdasarkan perenggan.
6) Murid-murid diminta

TKP:
-Verbal
-Intrapersonal
-Interpersonal
BCB:
-K.membaca

mengeluarkan kosa kata yang


terdapat dalam petikan.
7) Guru menerangkan kosa kata
tersebut.
8) Guru membimbing jawapan
murid

-Mendatangkan

Teknik:
-Soal jawab
Nilai:
-Berhati-hati
-Prihatin

-Menjamin
-Manfaat
-Latihan isi tempat
kosong.

tempat kosong kepada muridmurid.


2) Murid-murid diminta menjawab

Langkah

soalan dengan jawapan yang

2
(15minit)

1) Guru mengedarkan latihan isi

-Jawapan latihan isi


tempat kosong:
1. Berjoging
2. Terdapat

betul berdasarkan pilihan

BBB:
-Lembaran latihan.
Teknik:
-Penerangan
-Perbincangan

jawapan yang disediakan.


3) Masa yang diberikan ialah
selama lima minit.
4) Setelah siap, beberapa orang

TKP:
-Verbal

3. Berehat

murid dipilih untuk membacakan

4. Berjaga

petikan dengan jawapan yang

5. Terjejas

betul.
5) Guru membimbing jawapan
murid.
6) Guru menyelitkan pembelajaran

-Visual
KB:
-Menyelesaikan
masalah

imbuhan awalan dalam latihan


tersebut.

BCB:
-K.membaca

-Aktiviti Sukan

1) Murid-murid diminta merujuk

Kegemaran Saya.

buku teks halaman 38.


2) Murid-murid diterangkan tentang

Sampul tugasan:

pyramid aktiviti kesihatan.


3) Murid-murid dibahagikan kepada
lima kumpulan.
4) Ketua kumpulan diminta memilih
gambar aktiviti sukan yang

Langkah 3

ditampal pada papan putih.


5) Secara berkumpulan, murid-

(20minit)

murid diminta membina satu

-K.menulis
BBB:
-Kertas sebak
-Gambar
-Buku teks
TKP:
-Interpersonal
-Intrapersonal
-Verbal
-Visual

perenggan pendek menceritakan


tentang sukan yang diperoleh
dari pada gambar.
6) Setiap kumpulan perlu

KB:
-Mengenal pasti

membentangkan hasil
perbincangan dihadapan kelas.
7) Murid dan guru membincangkan
jawapan bersama-sama.
8) Guru membimbing jawapan
murid.

BCB:
-K.membaca
-K.menulis
Nilai:
-Bekerjasama
-Bantu-membantu

Rumusan isi pelajaran.

1) Murid-murid disoal kefahaman


mereka terhadap tajuk

Kognitif:
-Makanan seimbang

pembelajaran.
2) Guru bertanyakan tentang

BBB:
-Komputer riba
-Pembesar suara

-Kumpulan makanan
-Perkataan sinonim

nilai-nilai murni yang diperoleh

Penutup
(5 minit)

pyramida ktiviti kesihatan.


3) Murid-murid diminta menyatakan

Sosial:
Bertepuk tangan untuk diri
sendiri.

dalam PdP.
4) Murid dan guru sama-sama

TKP:
-Verbal
-Interpersonal
-Muzik

membuat pergerakan Chicken


Dance dengan iringan muzik.
5) Guru merumuskan isi pelajaran.

KB:
-Merumus
Nilai murni:
-Perihatin
-Sayangi diri
-Jaga kesihatan

You might also like