You are on page 1of 1

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada
Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau juga merupakan
keturunan bangsawan yang selama ini menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang.
Tun Hussein Onn juga merupakan abang ipar kepada beliau serta berperanan untuk menjadi
penggantinya sebagai Perdana Menteri yang ketiga. Manakala anak sulungnya, Dato'
Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah
menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain
ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]


Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan
dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran
di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.
Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau
ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun,
pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.
Selepas peperangan, beliau pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undangundang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang
sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya.
Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United
Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden
kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk
perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada
tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

You might also like