You are on page 1of 5

Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan

Karnival Sukan ICU, JPM 2012


Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

PERATURAN PERTANDINGAN
KARNIVAL SUKAN ICU JPM,
2012
SEPAK RAGA BULATAN

66

Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan


Karnival Sukan ICU, JPM 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

P.P.S.R/ KSICUJPM 2012


PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK RAGA BULATAN
KARNIVAL SUKAN ICU, JPM 2012
1.0

NAMA
1.1

2.0

UNDANG-UNDANG/PERATURAN
2.1

3.0

6.0

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan


Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012.

YURAN PENYERTAAN
4.1

5.0

Semua
pertandingan
hendaklah
mengikut
Undang-undang
Pertandingan Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Peraturan Am
Karnival Sukan ICU, JPM 2012.

PENYERTAAN
3.1

4.0

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Sepak Raga Bulatan Karnival


Sukan ICU, JPM 2012.

Sila rujuk perkara 4 Para 4.6.2, 4.7 dan 4.8 dalam Peraturan Am
Karnival Sukan ICU, JPM 2012.

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN


5.1

Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini


mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan;

5.2

Setiap pasukan hanya dibenar mendaftarkan tidak lebih dari 7 orang


pemain termasuk 1 orang pemain simpanan. Hanya pemain yang
berdaftar sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini;

PAKAIAN PERTANDINGAN
6.1

Sila rujuk Perkara 7 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM


2012.

6.2

Semua pemain hendaklah memakai jersi/T-Shirt, berseluar panjang


dan berkasut getah.
67

Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan


Karnival Sukan ICU, JPM 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

8.0

7.0

SISTEM PERTANDINGAN

7.1

Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 para 6.2 (b) Peraturan


Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012 digunapakai;

7.2

Sebelum permainan dimulakan, semua pemain hendaklah berdiri di


dalam kawasan Bulatan 6m mengarah ke pusat Bulatan 2m,
kedudukan yang sama hendaklah dikekalkan semasa permainan
sedang berjalan. Pemain gantian hendaklah mengambil tempat pemain
yang diganti;

7.3

Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan


semasa pemain menerima atau menghantar bola;

7.4

Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi oleh pemain No.


1 kepada pemain yang berada di hadapan, pemain yang menerima
bola boleh kembalikan semula kepada pemain No.1 ataupun boleh
memberi kepada mana-mana pemain dalam pasukan itu;

7.5

Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak melebihi


daripada tiga (3) sentuhan berturut-turut dan pada sentuhan ketiga,
bola tersebut hendaklah dihantar kepada pemain yang lain. Sekiranya
melebihi tiga (3) sentuhan, mata hanya dikira dalam tiga (3) sentuhan
itu sahaja;

7.6

Permainan boleh diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal


iaitu kedua-dua kaki melebihi garisan bulatan atau tempoh masa bagi
sesuatu pusingan mencukupi.

MASA DAN PUSINGAN PERTANDINGAN


8.1

Setiap pasukan akan bermain dalam tiga (3) pusingan/balingan sahaja;

8.2

Masa bermain untuk setiap pusingan ialah 5 minit. Untuk menentukan


masa bagi satu pusingan, wisel akan dibunyikan :8.2.1 Bunyi pertama menandakan permainan bermula;
8.2.2 Bunyi kedua menandakan permainan tamat.

8.3

Jika permainan diberhentikan disebabkan berlaku perkara-perkara


batal, maka masa yang diperolehi akan direkodkan.

68

Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan


Karnival Sukan ICU, JPM 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

9.0

KIRAAN MATA
9.1

Setiap satu (1) sepakan atau sentuhan akan dikira satu (1) mata. Mata
hanya akan dikira sekiranya timbangan bola melebihi paras pinggang;

9.2

Mana-mana pasukan yang memperolehi mata paling tinggi hasil dari


tiga (3) balingan akan dikira menang;

9.3

Jika mata kemenangan diperolehi sama, maka pasukan yang jumlah


masa bermainnya lebih lama akan dikira sebagai pemenang;

9.4

Jika kaedah 9.3 masih sama, maka pasukan-pasukan berkenaan akan


diberi peluang bermain masing-masing dengan satu (1) balingan 3
minit.

10.0 PERKARA-PERKARA BATAL


10.1

Pengadil berhak untuk menghentikan permainan sekiranya terdapat


perkara-perkara yang boleh membatalkan permainan iaitu :10.1.1
10.1.2
10.1.3
10.1.4

Bola jatuh ke atas lantai;


Mengepit atau mematikan bola;
Bola melurut di sebarang anggota badan;
Salah seorang pemain tidak menyepak atau menyentuh bola
pada setiap 40 mata.

11.0 PERTUKARAN PEMAIN


11.1

Perkara 4 Para 4.9 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012
digunapakai.

11.2

Mana-mana pemain boleh digantikan dengan pemain gantian pada


bila-bila masa sahaja dalam mana-mana pusingan setelah tamat satusatu pusingan.

12.0 MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH


12.1

Perkara 9 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012


digunapakai;

69

Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan


Karnival Sukan ICU, JPM 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

13.0 BANTAHAN
13.1

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan


hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Karnival Sukan
ICU, JPM 2012.

14.0 PERCANGGAHAN
14.1

Perkara 17 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012


digunapakai.

DISEDIAKAN OLEH :
JAWATANKUASA PELAKSANA serta
JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN ,
KARNIVAL SUKAN ICU, JPM 2012
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

70

You might also like