You are on page 1of 6

Malayan Union

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa
Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri
Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti
British Malaya.

Rasional untuk pembentukan Malayan Union


Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United
Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II
tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan
Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone.Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk
pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat.Akhirnya selepas semua
perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi
Malayan Uniondiusulkan , sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang
berasingan.
Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang
berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan
Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional
di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan
menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan
dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin
Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan
British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk
operasi strateginya di Timur Jauh.Namun begitu tujuan utama British mengecualikan
penyertaan singapura kedalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan
ekonominya di Singapura, kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan Pelbagai
lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk
mengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk
pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu
terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun
menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua
negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata
lain 'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa
rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan
menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk
memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura

berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa


pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui
pembentukan Malayan Union.

Butiran utama Malayan Union


Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak termasuk
Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang
diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan
kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan
tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan
terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan
Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu,
kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau
Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua
pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini
sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak
mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding
sebelum pendudukan Jepun.
Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan
kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta
pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum
15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hakhak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali,
kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan
kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.

[sunting] Peringkat memperkenalkan Malayan Union


Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent, Penolong
Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di Parlimen United
Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan dalam rancangan
yang asal tetapi kemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada cadangan yang terakhir kerana
ketidaksediaan pihak kerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam
keadaan yang kurang stabil. Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold
MacMichael, untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripda raja-raja
Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau
tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima
maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir MacMicheal
pernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari Tanah Melayu.Pemerintahan
Tentera British (BMA) merupakan masa yang paling sesuai bagi MacMichael untuk
mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu kerana keadaan ketenteraan amat sesuai
dijadikan asas ugutan untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.Beliau hanya

mengambil masa selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua


pemerintah Tanah Melayu hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan pada
masa itu. Pada 3 September 1945 , ketika pihak British sedang menjalani pendudukan semula
di Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang
baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti yang dijangka.
Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu untuk menerima cadangancadangan pihak British dan tidak memberikan masa untuk baginda-baginda berunding dengan
majlis masing-masing, malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut
akan digantikan dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa
Perang Dunia II. Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai
perjanjian yang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun, sebilangan daripada
sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian itu, tetapi disebabkan
oleh ugutan yang mendakwa pe baginda-baginda sultan memainkan peranan semasa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memaksa sultan-sultan itu untuk merelakan
Malayan Union untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak British dan mereka juga
bimbang akan kehilangan tahta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini ialah semua perjanjian
terdahulu yang mengakui hak kedaulatan sultan-sultan Melayu dimansuhkan. Dengan itu,
kepura-puraan pihak British bahawa mereka ingin membantu sultan-sultan Melayu untuk
memerintah dihapuskan.
Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan rancangan Malayan
Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari 1946.berserta Kertas Putih satu lagi
usul telah dikeluarkan iaitu pembatalan undang-undang NNS & NNMB yang wujud sebelum
ini dan digantikan dengan kesatuan Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.

Gerak balas daripada kaum Melayu


Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah
lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama
untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah
mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union.
Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di
Tanah Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan membidas
MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi persetujuan daripada sultansultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak meLobi Tanah Melayu di Parlimen antara
bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah
Frank Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence
Guillemard. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk merayu
kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha menukar status Tanah
Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan. Kegiatan seumpama ini mewujudkan
tanggapan bahawa terdapat tentangan yang hebat terhadap Malayan Unionbukan sahaja
daripada penduduk Tanah Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.

Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan Union yang
dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. ini mengheret baginda sultan
untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang digunakan oleh MacMichael untuk
memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut
menolak rancangan Malayan Union dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilan ke
London untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut
pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau
PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan
Union.
Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu. Selepas
pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang
di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang dari tanah
seberang (Indonesia). Di atas kesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun bersamasama untuk menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah dilancarkan
melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah
bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-sama
bergabung dengan rakyat Melayu untuk menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak
pernah terjadi di Tanah Melayu sebelumnya.
Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut
mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk menyedarkan
masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima tekanan yang begitu kuat, pihak
British yang masih ingin meneruskan Malayan Union mencadangkan satu jawatankuasa
dihantar untuk melihat reaksi masyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut
melihat reaksi yang amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan Union. di
mana sahaja mereka pergi pasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan slogan-slogan
anti Malayan Union. Malahan mereka dan Gabenor Malayan Union ketika itu turut bersimpati
dengan orang-orang Melayu. Pada akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah
mengambarkan sesuatu yang positif di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu dan
UMNO sendiri yakin bahawa Malayan Union akan berkubur.
Penubuhan UMNO

Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay
Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200
orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan
gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah
jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO).
Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru.
Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar
Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu juga mengisytiharkan bahawa perjanjianperjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.

Pelaksanaan Malayan Union


Meskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan menarik
balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Sebaliknya, kerajaan British mendesak
bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya Pentadbiran Tentera British yang
memerintah Tanah Melayu sejak akhir Pendudukan Jepun dapat dibatalkan.
Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor
yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union adalah sangat kuat
sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Malah pada majlis
perlantikan Edward Gent sebagai Gabernor yang pertama majlis tersebut telah dipulau oleh
sultan-sultan Melayu. Ia adalah kesan daripada tindakan orang-orang Melayu yang telah
berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh sultan-sultan Melayu yang ingin
menghadiri ucapara perlantikan tersebut. Ketika itu Orang-orang melayu telah bertindak
berkabung dengan cara melilit kain putih pada songkok. Orang-orang Melayu yang
berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaitu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan
sultan-sultan agar turut memulaukan upacara tersebut. Melihatkan sokongan rakyat yang
begitu kuat mempertahankan tahta mereka, telah menyedarkan sekelian baginda sultan untuk
turut berjuang bersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union.
Akhirnya,Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan
Malayan Union yang telah gagal itu pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat
Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu .
Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union
yang tidak popular dicapai, melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu
dan UMNO.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu kemenangan untuk orang-orang
Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh beberapa golongan-golongan di dalam etnik
yang lain. Bagaimanapun, mereka yang menentang cadangan Persekutuan tidak mempunyai
sokongan di Tanah Melayu sendiri. Serta lobi Parlimen dan penyokong-penyokong di London
yang telah membantu dalam pembatalan skim Malayan Union. Orang-orang Cina yang berada
di Tanah Melayu berasa dikhianati kerana mereka tahu jumalah orang Cina yang terkorban
lebih besar berbanding orang Melayu, sepanjang peperangan dengan Jepun. Sesetengah
daripada orang Cina yang tidak puas hati kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan
yang tunggal untuk mencapai sebuah kemerdekaan. Ini didasari oleh pendapat pihak British
telah meminggirkan masyarakat cina Tanah Melayu.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia, The


MacMlllan Press Ltd. (1982). ISBN 0-333-27673-6.

The World Book Encyclopedia, World Book International (1994). ISBN 0-7166-66944.

You might also like